Sabtu, 16 November 2013

HOT! Calon BN Dedah Punca Kekalahan di Sungai Limau?



Kelakar pulak Mc dengar Dr Sohaimi calon BN yang kalah di Sungai Limau dok merepek sebab dan punca kekalahan. Orang lain tak bersuara dan salahkan sesiapa sebab malas nak bising. Dia pula beria-ria kononnya buat post mortem punca kekalahan la pulak.

Calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang hadir di analisis pasca PRK Sungai Limau di Universiti Malaya hari ini berkata BN tidak akan mampu memenangi hati pengundi melalui pemberian yang diberikan semasa tempoh berkempen kerana pengundi mempunyai calon pilihan sendiri.

“Memang diakui kerajaan menggunakan jenteranya seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dengan memberikan bantuan. Adakah kita boleh pastikan dengan bantuan seumpama itu boleh meraih undi? Jawapannya belum tentu.

“Saya lihat satu kawasan itu Fama memberikan pokok pelam dan berlori anak ayam. Saya pasti jumlah undi yang diterima dengan bilangan anak ayam yang diberi tidak sama. Ia seperti memberi bola tanggung dalam bola sepak,” katanya.

Ahmad Sohaimi turut mengakui peningkatan undi Cina kepada BN tidak berlaku kerana menurutnya jika 1,000 pengundi Cina mengundinya semasa PRK lepas maka beliau mampu memenangi pilihan raya itu.

Katanya, dalam tiga acara pertemuan bersama masyarikat Cina di Sungai Limau, terdapat majlis dihadiri seramai 400 orang tetapi pengundi sebenar di kawasan tersebut hanya kira-kira 100 pengundi Cina sahaja.

“Saya dan pemimpin MCA pada malam itu menyampaikan ceramah kepada bukan pengundi. Hadirin yang datang memberikan tepukan gemuruh sehingga ada yang berkata berdasarkan sokongan, BN mampu memenangi pilihan raya itu.

“Itulah yang dikatakan kerana tepuk kampung tergadai. Pengundi di sana beranggapan jika BN kalah sekalipun tidak memberi apa-apa makna kerana Kedah masih bersama BN. Inilah yang menjejaskan sokongan pengundi Cina selain peratus keluar mengundi Cina yang tidak begitu ramai,” katanya yang mengundang gelak tawa hadirin atas ucapannya.

Semua yang dia kata tu betui, tapi ada lagi punca sebenar kekalahan BN di Sungai Limau ialah dia sendiri! Pemilihan calon yang tidak tepat dan dilihat tidak membantu jentera pilihanraya mengakibatkan semua orang lemah semangat.

Macam mana nak menang kalau kita tengok calon sendiri pun serupa takmau menang!

Tak perlu Mc ulas panjang, tanya wartawan dan jentera penerangan UMNO, berapa ramai yang kena maki dengan pengawai calon sendiri dan berapa ramai pula yang komplen tak puas hati dengan calon BN yang tak pandai ambil hati rakyat sekeliling.

Senyum pun malas, salam pun malas.. ada hati nak kritik orang lain. adehh.. dok diam-diam la Dr Sohaimi!

McTheory:
Macam mana nak menang dengan calon macam ni?

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sememangbya BN sudah mengetahui akan kekalahan yang bakal diterima dalam PRK Sg.Limau. Ini kerana kawasan tersebut sudah sebati dengan PAS. Seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang...kubu kuat PAS. Oleh kerana itu maka calon yang dipilih bukan dari kalangan mereka yang ada nama dalam kepimpinan UMNO atau mereka yang ada nama dalam UMNO. Dengan itu UMNO memilih seorang yang belum mempunyai nama untuk bertanding. Dengan meletak orang yang tidak ada nama, UMNO merasakan bahawa PAS tidak boleh main isu peribadi calon. Jika mereka yang ada nama besar dalam UMNO , maka senang PAS untuk memainkan isu2 calon. Ini kerana nama2 besar dalam UMNO semua nya melakuan kerja2 yang tidak bermoral, salahguna kuasa dan perasuah. Jadi kesimpulan dalam PRK Sg. Limau ialah BN sudah tahu yang mereka akan tewas.

Tanpa Nama berkata...

Sabar mc..jd la natural sikit..dulu bukan main hanh sanjung dr sohaimi ni..lani dia teguq pimpinan sikit,hang melatah..sabaq....kalau hang sayang umno,jgn lambung sangat..harus juga menegur sekali sekala..

Tanpa Nama berkata...

Dari awal lagi saya nampak calon BN lekeh betui. Dato' Mukhriz lain kali pilih yang bersemangat sikit dan kalau boleh orang muda. UMNO kata nak berubah tapi dok ambil orang tua juga buat apa. Terus terang saya kata kan, semua orang tertanya-tanya, betui ka yang ni calon UMNO, tak dak tanjak langsung nak jadi ADUN.

Tanpa Nama berkata...

Inilah beza umno dengan pas..pas kalau kalah pun dema tetap sayang ahli seperjuangan..tp umno tak,masa nila timbul mcm2..andai takdir allah menang bn,harus datuk mukhriz dipuja,dr sohaimi dijulang..tapi umno is umno,bila nak berubah..betul kata tun,betul kata datuk seri ali rustam...ya allah elokkan hubungan umatmu..

McTheory berkata...

cari artikel atau posting di blog ni yang LAMBUNG Dr Sohaimi? ada ka?

Sibuk salahkan orang lain.. sedangkan dia sendiri pun buat orang jadi susah.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa org UMNO mcm ko Mc xpenah insaf dan belajaq dr perangai org PAS??

PAS kalau kalah berpuluh tahun pun depa tk salahkan calon, jauh sekali nk salahkan Nik Ajis yg mulut celupar mcm ponggong ayam tu.

Tp peranagi org UMNO no ni xubah2 bila menang puji meleleh smpai lubang juboq.. tp bila kalah hina 7 ktrunan.. weii Mc hang pun elok duk diam jg dr duk komen mcm professor?

Apa sumbangan hang skdr duk bangga dgn blog tk tera mana low rating ni??

cuba habaq mai?

Aku bukan pro dr Suhaimi, pro PAS dn atau cai UMNO.. tp aku tgk UMNO ni kaya dgn wang tp jentera ngok.. suka pecah belah dgn sikit sja jarum..

ini lemah.. sgt beza dgn PAS.. hang laga pi lah tera mana depa tetap kuat berkerja dn jrg salahkan jentera atau calon.

UMNO ni mcm dlm filem barat hollywood.. tgh ken ambush boleh lg duk katok sama kawan2.. wei bila nk ubah ha??

APa yg Dr Sohaimi buau tus gt TEPAT sbb dia org akademik dia buat post mortem tu slh satu kaedah berorganiasi yg betuii..

jgn jd ngok mcm sssth pemimpin atasan UMNO yg syok sndiri.. bg juta2 kt Cina. bila kalah hilang dgn ayaq tu.. bkn nk muhasabah.. nk post moterm..

100x PRK pun duk ulang bodoh yg sama sbb xmau muhasabah!

hangkedee berkata...

Cara kempen Umno OUT OFF date.kooman style lama.Nampak sangat orang kpg dI perbodohkan.Berkempen dlm komuniti Umno saja.Yg ketara SHOW OFF kekayaan kepada orang ramai yg marhean miskin dgn motor superbike&kereta mewah.Orang ramai jelak benci cara tersebut.-Pengundi luar pagar .hati melayuislam

Tanpa Nama berkata...

AKu nk bgtau kt pembaca Mc yg duk terpinga2 lg ni.. ni style org Yan/ SUngai Limau bkn mcm org Selangor atau org Johor.. ni Kedah laa..

Org Kedah bkn tgk energetic sgt org tu ckp..senyum smpai ke lubang telinga..tp org Kedah tgk seluruh cara jentera parti tu.. apa yg parti tu nk bawak. Org YAn SG Limau pilih PAS bkn sbb Ust Azam tp sbb PAS.. hangpa paham dak PAS!!!

Org UMNO pilih undi UMNO sbb calon.. mai calon xhensem sikit..slow sikit hangpa tolak.. hangpa kutuk mcm nak rak..

org PAS letak kayu buh logo PAS pun depa pangkah PAS..sbb bg depa perjuangan PAS itu yg utama..calon tu sbg perantaraan sj. UMNO suka pusing. Kempen di KL bkn main seksi Puteri, panggei artsi2 xcukup kain baju... solat ntah ke mana hala.. mi di Kedah buat tnjuk alim.. panggei Ust KAzem.. tp dan jg cilok Daud Kilau.. igt org Kedah ni bodo sgt ka?

klu nk pilih cara Islam buat betui2.. tnjuk semua tempt.. ni duk berlakon mcm tu.. org Sg Limau tau awai2 dh.. Cina plak mmg xsokong BN dh bg lah 1 billion pun.. tp UMNO duk ngok situ lah..duk jilat kaki cina.. Petronas punya isu skrg ni Cina berduyun2 masuk apakah pengundi Melayu tktau?? la siapa berkuasa?? UMNO ka PAS? awat bg Cina masuk byk2 dlm Petronas tp masa yg sama ckp nk bejruang utk Melayu? Nk muhong tera mana la pengundi ada sumber byk.. mcm tu lah isu PRK Sungai Limau.. jgn bohong, dgn jgn salahkan Dr Sohaimi.. imej dia slow mcm tu mmg sesuai dh dgn budaya setempat di Yan.. org luaq sj bodoh tktau..nk calonm gedik mcm mana???

Mukriz menang di Air Hitam sbb dia gedik ka? dakk sbb dia mmg slow tp faham budaya setetempat.. berapa lama dia duduk di Air Hitam.. bertahun2 turun mai jmpa org sana.. bkn soal senyum ka dak.. soal cara UMNO tu duk berubat di tempat yg salah.. sepas tu lawan TOKAK sama sendiri.. so blog mcm Kedah k Kl ni lain kali kaji dlu sblm duk pecah belah dan hentam calon UMNO. Ini sfat mcm iblis jugak.. bkn nk bina kekuatan tp nk gaduh sama sndiri.. bila nk menang dan bekrat kalau duk bawak perangai mcm ni??? org PAS xpyh baut kerja apa sbb sbb org UMNO punya sikap sudah ckup ukt menangkan depa.. bg gaduh sama sndiri ja!!

Tanpa Nama berkata...

Sbb tu Tun M kata org cerdik xboleh duk dlm UMNO.. ni peranagi sama lh yg kena kt Dr Sohaimi. Kita patut puji Dr Sohaimi sbb dia bertangunggjawab dan MAU BUAT POST MORTEM!! itu tanda dia BERTANGGUGJAWAB dan CERDIK.. tp org Bodoh byk dlm UMNO smaa lh mcm blogger yg mengaji xhabis ni! Baut post mortem hangpa kutuk sbb apa?? mcm mana nk tau apa salah silap klu tkdk post mortem? Esok lusa PRK ulang lg mistake yg sama? syok sndiri.. kalah!!

Selama ni UMNO xdk post mortem ka? Awat klu baut post mortem tnda calon tu belagak ka? Apa la teruk style pemikiran blogger UMNO...patut bg sokongan.. bukn merosakkan.. aku tk heran lah kalau PRU14 UMNO jd ketua pembangkang.. dn Najib si bibir merah tu akan duduk di kerusi Al Jub. skrg.. hangpa pn mmg suka nk jd ketua pembangkang sbb sikap hangpa org UMNO tkmau berubah!!

Azeez Rahim naik di Baling hangpa sesama sndiri nk cantaih ckup2.. tp Allah Maha kuasa dia menang..

APa punya busuk stayle org UMNO ni.. harap kaya duit tp otak kosong. ada hikmah kalah di Sg Limau.. dn aku ucap byk2 syabas kt Dr Sohaimi wpun kudrat tk kuat mana tp sifat dia bagus dgn sesuai dgn org Yan.. cuma org sana meluat dgn pemimpin elit UMNO.. itu sjaa!!

Wallahualam!!

Tanpa Nama berkata...

Aku bukan pro dr Suhaimi, pro PAS dn atau cai UMNO..

Tang pas dia letak pro..tang umno dia letak cai..haha..terang2 hg org pas. Hahahaha.

McTheory berkata...

Benda tak elok dok kata elok pun tak guna. Hanya musuh yg suka lawan yg lemah.

Macam zaman Pak Lah dulu.. Hadi Awang siap marah bila ada orang suruh Pak Lah letak jawatan..

kat situ pun kita tau.. sapa yg terukk hehe..

McTheory berkata...

rating low ka, takdak orang baca ka, hang masuk komen marah aku balik tu dah kira ok la. kira blog tak hebat pun depa marah sampai macam ni? baguih la kot noo.. ha ha ha ha..

ExIStud berkata...

Bro Mc, xpelah.. sabor..
tp be neutral sket, open minded bru, org akademik pn ade care mreka, so beri peluang adil.. UMNO bleh maju.. mne xbtul kite betolkan.. PRU14 DAP dh pulun daftar pengundi, pemimpin UMNO jg kne target awal, so bru xkelam kabut.


Tanpa Nama berkata...

Mana lagi tempat bergantung,harap pas,pas gunakan islam..harap umno ambil sikit-sikit mana yang padan dengan hati...huhu

Tanpa Nama berkata...

Dah jd adat kalu yg kita sokong kalah mcm mcm kita buat andaian dan salah itu inilah. Tapi adakah kita berfikir beberapa perkara berikut: 1- Pengundi hendakan calun yg lebih baik atau lebih teruk dr ADUN yg lps? Penilaian pengundi slps pengumuman calun. 2- Keberkesanan kempen adakah kita dpt mengubah konegtif penyokong lwn dan mengekalkan sokongan kawan. 3- Adakah kempen kita senada? 4- Adakah kita merangka strategi dsaat akhir tanpa ada kempen brterusan slps PR? Mana dia jentera politik kerajaan dkwsan itu? Mana pegawai penerangan, JASA, KEMAS dll yg dtugaskan dkwsan itu? Apa depa buat? Masuk kg kah mereka dan siapa yg memantau mereka? 5- Bolih kah kita harap sokongan dr pihak yg terang terang tak sokong melayu? Fikir lah cara supaya minoriti tak menentu nasib majoriti dan kita tak akan jd pelarian dlm negara sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Masuk bendang kejar itik cukuplah.. Terhibur org kampung.. Terus rasa nak pangkah bn?.. Funny la u olls..

Tanpa Nama berkata...

dia nampak aku minum kat kedai mamak seblah pjbt merbuk...usahkan nak hulur salam...bayar air aku pun jauh sekali...pergi cukur misai jambang tu...serabut aku tengok....