Ahad, 17 November 2013

INFO! Runtuhkan Masjid Punca Filipina dilanda Taufan!



Kita sadis dan simpati apabila melihat bencana alam yang menimpa Filipina baru-baru ini, Taufan Haiyan telah meragut banyak nyawa dan memusnahkan harta benda. Kini wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang terkukur selepas dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini.


Taufan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu. Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.



Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu, mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid di robohkan di Manila pada September 2013 dan Allah turunkan bala dengan kelajuan angin 315km/sejam di mana yang terkuat sekali terjadi di dunia yang pernah di catatkan.


Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Abdelmanan Tanandato, seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang terbunuh dalam pertembungan - Yakob Macalnas, 37; Hakim Usman, 30, dan Rajid Batalo.

Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian.


Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran menguatkuasakan perintah untuk merobohkan masjid pada masyarakat Islam di daerah Baclaran dan melepaskan tembakan bagi menentang penduduk yang mempertahankan masjid tersebut.


Saksikan pula video di bawah ini:


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, wktu inilah masa terbaik bg para pendak Islam turun ke sana dn bawa misi kemanusia disamping msa inilah terbaik utk menyebarkan dakwah Islam melalui akhlak dan kemanusiaan.. cuba terangkan tentang Allah Yang Maha Esa Tuhan yang Maha Menyelamatkan Hamba-Nya dari mala petaka.!!

Kasihan mereka jauh dr hidayah Islam spt mana jauhnya Karpal SIngh dan Kit SIal wpun berpeluk dgn Hadi.

Tp takpa.kita usahakan supaya misi kemanusia kita sbg imej Islam.. tp sayang sekali lihat dlm Paper.. geng 1 Malaysia beri bantuan pakai seluar pendek shj sma mcm puak Kristian sana.. ja apa beza mereka dgn kita?? Solat mau di buat ramai2 di tgh padang supaya mereka tertarik hati dgn keastuan Islam lakukan ibadah..

sedih syg sekali kita tk nmpk kelebihan2 ini tuk bantu tegakkan Islam sedangkan dis ana rumpun Melayu kita asalnya berugama Islam.. dimurtadkan beratus tahun dlu..

Mulakan langkah ini.. harap2 adalah pihak yg terfikir utk mulakan.. Mohon Hidayah Allah SWT utk smpaikan Islam di sana!

Tanpa Nama berkata...

Anon 6:06 ptg.

Gua setuju dgn saranan lu 100%.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju. Buka setakat imej islam tetapi kita dapat membuka mata hati mereka yang islam ini adil dan kuat. Allah s.w.t telah turunkan mereka bala utk di beri petunjuk. Mmg setahu saya filipin adalah negara yg byk islam murtad. Dengan cara ini kita doakan mereka yg pernah murtad kembali menyembah allah s.w.t.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas coretan tuan. Walaubagaimanapun, tarikh kejadian runtuhan masjid adalah september 2009 dan bukannya 2013 sepertimana tuan khabarkan. Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Cuba p sana kalu nak tau perangai org philipine mereka cukup anti islam..

vatican city(asia)...renti kanlah nk buat baik puak2 kapir ni...padan muka diaorang Allah mmg bg bala pada negara kapir ni...bc quran yop!..baru hang tau.