Selasa, 3 Disember 2013

INFO! Kerajaan Kedah Roboh Candi Lembah Bujang? #HanyaDiKedah




Semalam kita dikejutkan dengan pendedahan mengenai khazanah warisan sejarah turun temurun Malaysia iaitu Candi di Lembah Bujang telah dirobohkan oleh pihak pemaju swasta untuk tujuan pembangunan..

Aku difahamkan candi yang terdapat di atas tanah dalam kawasan Sg Batu itu milik persendirian.. Candi berkenaan dikelilingi ladang kelapa sawit.

Kenapa isu tentang Candi Lembah Bujang ni menjadi perhatian ramai ?? salah satunya aku yakin isu ini bukan isu perkauman atau soal merobohkan tempat beribadat sesuatu agama, tetapi ianya adalah SALAH SATU WARISAN SEJARAH TERULUNG NEGERI KEDAH dimana ketika itu Kerajaan Tua Kedah adalah salah satunya Kerajaan  sebelum empayar Kesultanan Melayu Melaka..

Hampir kesemua rakyat Malaysia termasuklah aku sendiri mahu mempertahankan tempat bersejarah itu daripada dirobohkan. Kawasan arkeologi Lembah Bujang merupakan peninggalan warisan sejarah yang masih lagi dalam kajian pihak USM..

Sesuatu yang amat mendukacitakan apabila sebuah tempat bersejarah yang hampir berusia 1,200 tahun ini telah dimusnahkan oleh pihak PEMAJU SWASTA yang tidak bertanggungjawab hanya semata mata untuk mengejar keuntungan.. Hasil semakan aku mendapati kawasan yang dimusnahkan ini akan dibangunkan dengan projek perumahan..

Menurut Exco Kerajaan Negeri Kedah YB Mohd Rawi, Pemaju gagal memaklumkan kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani tentang struktur dalam pelan pembangunan dikawasan berkenaan.. Terdapat hampir 50 buah candi di kawasan Lembah Bujang dimana kebanyakkannya berada di atas tanah milik persendirian.

Semalam, Kerajaan Negeri Kedah sudah mengarahkan projek itu diberhentikan buat sementara. Menurut sumber, YAB MB Kedah sememangnya tidak mempunyai kuasa dalam hal ini memandangkan kawasan tersebut adalah kawasan persendirian dan diluar penjagaan beliau.. Hal ini disebabkan tanah kawasan tersebut telah dijual kepada pemaju.

Sebaik sahaja pihak MB dimaklumkan tentang berita ini, arahan agar pemaju memberhentikan kerja kerja meratakan tanah dikawasan candi ini diberhentikan sementara bagi membolehkan pihak kerajaan menyiasat punca sebenar berlaku..

Aku yakin dalam hal ini, kerajaan Kedah cukup kecewa dan sedih dengan tindakkan PEMAJU YANG KURANG PEKA terhadap monumen monumen peninggalan sejarah yang amat berharga..

Apa yang aku nak katakan disini adalah kepada MP MP pembangkang yang cuba nak tunjuk hero kononnya kerajaan Kedah roboh candi itu lebih baik duduk diam.. Kerja kerja memusnahkan kawasan milik persendirian ini dibuat oleh syarikat pemaju swasta diatas tanah milik persendirian dan tak maklumkan kepada Majlis Perbandaran tentang kerja kerja merobohkan..

Satu lagi, candi ini adalah bahan tinggalan sejarah dan bukannya tempat masyarakat India beribadat.. Isu ini bukan isu perkauman, sebab penganut HINDU DIZAMAN KURUN KE 8-11 MASIHI MERUPAKAN bangsa MELAYU bukannya INDIA ...baca balik sejarah Hindu tamadun Melayu lama.. Harap Faham Okay...

Kerajaan Kedah Tua dulu dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.

Lepas tu baru Islam masuk dan candi-candi ini ditinggalkan menjadi tempat sejarah. 

Sumber ni Mc ambil dari blog Medan Tempur. Ada lagi maklumat tambahan yang Mc dapat. Mc akan update kelak.

McTheory:
Puak Pas yang dok sibuk hingaq pasal candi kena roboh ni.. tau tak candi ni apa? candi tu Kuil.. he he.. masa Madrasah Salihiah kena roboh, puak Pas ni diam pulak noo..

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah...

mana hang tau candi tu kuil?

noor alia berkata...

Dalam buku sejarah ada wei.Cikgu aku pun cakap.

Fendy Mansor berkata...

Maksud perkataan candi adalah / The meaning of candi is :
mausoleum , monument memorial pillar or building , Hindu or Buddhist temple

Tanpa Nama berkata...

Kaurang smua salah! Tu bkn candi, jauh skali kuil dan tak ada hubung-kaitnya sikitpun dng berhala. Kaurang buta ke ceme...ke rbun? Tu sbnrnya "KOLAM ISTIREHAT DI RAJA" biasanya terdapat 2 kolam, stu kolam UTAMA dengan berbagai tumbuhan air di permukaan air kolam serta tiang menjunjung kawah air juga diisi tumbuhan air dng bunga berwarna warni di dlam kawah, manakala kolam ke2 yg lebih kecil yg dihubungkan dng laluan pejalan kaki pula adalah kolam bersiram di Raja. Terdapat juga kolam khas untuk putera dan puteri Raja berhampirannya. Biasanya kolam-kolam istirehat dibina dng tembok yg agak tinggi dng laluan pejalan kaki yg agak lebar di puncak tembok yang dikelilingi tiang-tiang berbumbung menaungi laluan pejalan kaki di atas tembok. Terdapat juga binaan rumah-rumah santai, Istana hinggap, Singgahsana luar Istana, Balai Rong Seri luar Istana dan Istana Besar di kawasan luas berbelas ekar sekali dng Taman Larangan. Yang paling pasti Kerajaan Awal Bangsa Mala-UR sama sekali bkn menganut agama hindu maupun buddha. KERAJAAN AWAL MALA-UR dan RAKYAT MALA-UR menganut AJARAN IBRAHIM atau BRAHMA ajaran yg mengESA dan menTAUHIDkan Maha Pencipta. Patung patung hindu dan buddha yg ditemuai itu pula adalah hadiah para pedagang India dan Cina pada Maharaja dan Raja-Raja Mala-Ur di waktu itu.

Tanya Khidir berkata...

Kerajaan Awal Bangsa Mala menganut AJARAN IBRAHIM, ajaran yg mengesakan Maha Pencipta, tidak menyembah patung maupun berhala. Bangsa Bukit yang terselamat dari banjir besar di empat penjuru dunia yang membinasakan kaum Sumur/MU atau Lumeria , kaum Dataran Bawah bertamadun tinggi di zaman Nabi Alah Nuh. Bangsa Mala juga terselamat dari ribut pasir di empat penjuru dunia yang membinaskan kaum Aad/Add atau Atlantis, kaum Dataran Rendah di zaman Nabi Hud. Bangsa Mala turut terselamat dari banjir besar kali ke 2, banjir Al Arim yang membinasakan kaum Saba' di zaman Nabi Allah Sulaiman. Bangsa Mala adalah Bangsa yang teramat ya amat-amat PRIMITIF terpisah di berbelas ribu pulau dan tanah besar, tersisih dari segala bentuk tamadun hinggala diTAMADUN kan oleh pembawa AJARAN IBRAHIM yang dikembangkan oleh Raja Agung Iskandar Zulkarnaen berpusat di Selatan India dan Campa. Tulisan Pallava yang mempunyai pengaruh Hebrew dan Ibrani dan bahasa pentururan masyarakat Mala yang mempunyai campuran Hebrew, Ibrani, Sanakrit dan Austronesia adalah merupakan TULISAN dan PERTUTURAN Bangsa Mala di zaman itu. Bangsa Mala yang menerima AJARAN IBRAHIM dipanggil sebagai MALA-UR, UR adalah negara tempat kelahiran Raja Agung Iskandar yang juga pusat pemerintahan kerajaan Cheldina di Zaman Nabi Allah Ibrahim.

Tanpa Nama berkata...

Blah! Balah! Balah! Buku sejarah pii lah! PhD sejarh ke apa ke jadahnya! Prof sejarh ka, Tok Hang...Tok Wan Hang! Tok Ki Hang Sejarah ka! Smua tu berlandaskan rujukkan yg ditulis oleh penulis penjajah!!! Cubalah rujuk kitab-kitab tulisan tangan dlu dlu...baca kitab dan Syaer BRAHMA brulah hang boleh berkomentar!!! Fakta sejarah kna dibahaskan melalui ' PRECISION THINKING PROCESS' melalui sistem arguement FAKTA BENAR+ALASAN BENAR=ALASAN BENAR. Cik Gu sjarah, PhD sjarah n Prof sjarh hang tu x dak stu pun benar!!!

Tanpa Nama berkata...

Saya menegaskan dengan setegas-tegasnya SEJARAH MELAYU WAJIB DITULIS SEMULA!!! Landasannya hendakkah berasaskan AGAMA dan BUDAYA BANGSA mengikut zaman-zaman tertentu...misalnya AJARAN IBRAHIM berkembang dicelah-celah kepesatan agama HINDU dan BUDHA. Adakah kerajaan setiap satu agama tersebut bercampur-baur dalam sesebuah negara di waktunya atau lain kerajaan dengan lain anutan agama memerintah lain negara. Jika setiap ajaran di bawah mana-mana kerajaan BANGSA MALA dipanggil dengan panggilan nama bangsa yg khusus seperti BANGSA MALA yang menganut AJARAN IBRAHIM dipanggil MALA-UR, BANGSA MALA yang menganut agama hindu pula dipanggil Minanga, Karincai, Rao, Batak, Mendailing, Bauyan dsb contohnya. Manakala BANGSA MALA yang menganut BUDDHA atau HINDU+BUDDHA dipanggil COWO, BANJAR, MADURA, LOMBOK dsb misalnya.

ezden klewe berkata...

Candi tu bukan kuil.. ni lah melayu cepat menghukum. Tp membaca dan mengkaji xnak.. lu pk sendiri.. cari sendiri.. jgn nk ikut sgt skema sejarah buku teks

Tanpa Nama berkata...

Kolam santai di Raja di Lembah Bujang dh diretorikkan separti asal buka link di bawah:
http://db.tt/P6Q63YDo