Pages

Rabu, 23 April 2014

HOT!! Pas hanya Parti 'COP' Islam, bukan Parti Pejuang Islam!! #PasSyiah

Pas for ALL?

Ada orang aju soalan kat aku. Pasaipa aku benci Pas? Aku jawab, mana ada aku benci, aku cuma tak suka cara Pas berpolitik, bawa nama parti Islam tapi tak tonjolkan ciri-ciri Islam pun.

Cuma aku lebih suka Pas zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor. Tegas dan keras dalam memperjuangkan Islam. Cuma zaman tu, Pas gagal tarik orang melayu Islam sebab nampak depa terlalu ekstrem!

Pemakaian dan pembawakan dah bagus. Ramai alim Ulamak yang besar-besar. Macam Ustaz Harun Din, Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Harun Taib, malah Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dan TG Nik Aziz sendiri sendiri pun kurang berpolitik macam orang sekarang ni.

Cuma Pas dulu, suka keluar fatwa sendiri dan yang bukan-bukan. Macam Hadi Awang punya 'amanat' lepas tu doa kafirkan kerajaan dan UMNO. Lepas tu maki kerajaan atas pentas ceramah, lepas maki laung takbir, doa pecah perut. Sebab tu ada melayu Islam yang tolak cara Pas berjuang. Islam tak berjuang macam tu.

Kalaulah Pas dulu berjuang secara berakhlak, beradap dan betul-betul cara Islam. Rasanya dah lama semua melayu Islam di Malaysia ni sokong Pas.










Cuma agak sedih, Pas sekarang makin teruk, makin menyimpang dari perjuangan sebenar. Makin berpolitik kotor, hinggakan banyak benda yang telah mereka buat, semata-mata untuk menghalalkan cara. Contohnya ialah isu Kalimah Allah, LGBT, Comango dan pluralisme. Pas tahu benda tu salah, tapi tetap menyokong atas dasar Pakatan Rakyat.

Sebab tu lani, ramai penyokong Pas yang benar-benar berjuang untuk Islam, kecewa dan marah sebab Pas dah lari dari perjuangan asal. Jubah dan serban hanya di badan, tapi jiwa dah kosong.

Demi untuk kuasa dan menumbangkan UMNO, agama pun depa tolak tepi!

Sebab tu aku kata, aku tak benci Pas, cuma perjuangan Pas tu dah salah! Patutnya Pas menjadi lebih baik, tapi ia jadi sebaliknya, jadi lebih buruk pulak. Aku tak kata UMNO tu baguih, tapi sekurang-kurangnya, UMNO cuba menjadi lebih baik dari dulu!

Malah selama 56 tahun UMNO memerintah ni, tak pulak aku dengar UMNO nak gadai kalimah Allah, bagi Comango masuk, bagi bible melayu, sokong LGBT dan buat benda-benda yang merosakkan.

Dulu UMNO tolak hudud di Terengganu dan Kelantan. Sebab hudud yang depa submit, bukan hudud sebenar. Malah bercanggah banyak dengan hudud Islam yang asal.

Jadi ianya ditolak. Hudud Islam apanya sampai dibenarkan meliwat Isteri? Dah hukum kata haram, haramlahh.. buat apa nak halal lagi? Itu baru satu contoh, ada banyak lagi.

Jadi.. sekarang ni, pembaca dah faham la kan. Aku tolak Pas bukan sebab benci, tapi sebab perjuangan depa yang cakap tak serupa bikin! Itu saja!!

Bawah ni keterangan mengenai Hudud Pas yang ditolak dulu. Pada yang belum pernah baca, sekali lagi Mc pamerkan disini.

Banyak persoalan berlegar-legar di pemikiran kita, kenapa Dr Mahathir sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri menolak hukum Hudud. Sedangkan kita sudah jelas ianya hukum Allah dan termaktub di dalam Al-Quran. Jadi di sini kita rungkaikan sedikit persoalan tersebut.

Undang-undang syariah terbahagi kepada tiga elemen iaitu:

1. Hudud
2. Qisas
3. Ta’zir

Dalam undang-undang syariah Malaysia, Qisas, Ta’zir dan Diat telah dilaksanakan kecuali Hudud. Mari kita lihat perbandingan antara Hudud, Qisas dan Ta’zir

1. Hukum Hudud – Dari segi istilah Hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang WAJIB dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.

2. Qisas – Dari segi syarak, Qisas bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. kerana kesalahan­kesalahan yang melibatkan hak individu.
Mengikut hukum Qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.

3. Diat – Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.
Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu Qisas atau Diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, Qisas bunuh dikenakan.
Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak sengaja adalah Diat sahaja. Qisas tidak dikenakan.

4. Ta’zir – Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta’zir;

(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.

(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.

(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.

Kerajaan Kelantan telah memperuntukan RM 500,000 untuk menyediakan draf Hudud. Hudud juga telah diwartakan dan diluluskan di Kelantan. Namun, belum ada perlaksanaannya lagi. Walaupun begitu terdapat 3 versi Hudud yg berbeza dari segi fasal dan huraiannya. Hudud adalah milik Allah, dan telah ditetapkan oleh Allah. Tetapi mengapa pula boleh berbeza-beza mengikut negeri-negeri yang berlainan?

Sehingga kini ada tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza.

Pertama hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal.

Kedua hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002 bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal.

Ketiga Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.

Mana satukah hudud yang sebenar antara ketiga-tiga hudud Pas itu?

Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada Bughah (Fasal 23, 24 dan 25).
Sedangkan dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada Bughah.

Mengapakah bughah diketepikan dalam kedua-dua undang-undang hudud itu? Draf Hudud oleh PAS didapati tidak memberi keadilan malah menzalimi rakyat.

Ini kerana Hudud dikatakan terpakai untuk orang Islam sahaja, sebagaimana petikan dlm surat Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir) kepada Nik Aziz, yang menyatakan;

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)”. 
2. Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat. 
3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. 
Disamping itu Al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam. 
4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut: 
(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. 
Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. 
Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. 
Tetapi terdapat perbezaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. 
Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan Agama Islam. 
5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku.
Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. 
Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya. 
6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. 
Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya. 
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

Permasalahan yang akan menjadi perkara pokok dalam hal hudud ini ialah perlantikan hakim. Dalam urusan pelantikan hakim terdapat dua percanggahan besar. Pertama tidak merujuk langsung kepada 15 syarat kelayakan menjadi hakim mengikut hukum syarak.

Yang kedua rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu tidak ada peruntukan khusus mengenai syarat-syarat kelayakan menjadi hakim. Sebaliknya sekadar disentuh secara tumpang dalam fasal 66 (1) Mahkamah Bicara Syariah Khas yang berbunyi “…daripada hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau daripada seorang yang berkelulusan dan berkelayakan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.”

Yang peliknya apa yang dibentangkan dalam seminar 12 Mei 2002, bulat-bulat Pas Terengganu mencedok fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan menjadi fasal 70 dalam `Draf Cadangan’ yang dibentang pada seminar di Kuala Terengganu. Tiba-tiba dalam rang yang diluluskan di DUN 7-9 Julai 2002 terus dibuang sahaja fasal berkenaan.

Apakah peruntukan fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan itu tidak diiktiraf oleh Pas Terengganu? Tetapi harus diingat, apabila tidak mengikut syarat-syarat kelayakan dalam Islam maka seseorang hakim itu tidak sah melakukan perbicaraan. Dengan itu seluruh proses Mahkamah Syariah Khas di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi tidak sah.

Jadi.., kesimpulannya di sini ialah, Hudud Allah dengan Hudud PAS berbeza. PAS mengubahsuai Hudud Allah supaya memberi manfaat kepada mereka dan mengatakan Hudud PAS adalah Hudud Allah. Mereka juga mendakwa, menolak Hukum Hudud PAS samalah seperti menolak Hudud Allah.

Hukum Hudud Allah tak boleh dipinda atau dikurangkan. Jika hitam, maka hitamlah, tidak boleh dicat putih ataupun kelabu. Jelaslah PAS memperalatkan Agama Islam demi kepentingan politik. Kemudian menuduh UMNO kafir semata-mata kerana Tun Mahathir menolak Hudud PAS.

Jadi jelaslah kenapa hudud Pas ditolak bukan?


McTheory:
Soo.. rasanya Pas ni parti Islam ka atau cuma COP brand Islam?

5 ulasan:

  1. Pas bukan parti Islam. Pas hanya parti mainkan Islam. Pakai jubah pakai serban. tapi nombor ekoq main juga.

    BalasPadam
  2. Ciri Khawarij yg jelas.
    Pure Khawarij atau tidak ? WaAllahu'alam !
    Abg ipar aku dgn mak dia, dulu masa idup, sekali la ngan bapak tiri dia, penyokong tegar PAS, rumah dia dgn bendera, dgn gambar tok guru, kat kete pun penuh, pantang sentuh tok guru ngan parti diaorg, nak mrh saje. K'jaan salah semue, diaorg je yg betul. Salah laku pemimpin diaorg tu semua fitnah UMNO. Cakap agama bukan main, maklumla sekolah pondok. Masjid k'jaan boleh dibakar sbb bina dgn wang haram, cukai judi, cukai arak, cukai riba. Solat Jumaat tak pergi sbb imam pasik munafik kerana sokong k'jaan. Sambil dok ceriter ngutuk k'jaan isap rokok benson, hembus hembus asap, abuk rokok bertabur, puntung rokok cempak ikut suker die je. Aku duk perati diam je, bukak mulut kang jadik gaduh , so biasenye aku diam je dgn dieorg ni. Abg ipar aku tu dgn mak die yg jugak PAS tu pun selalu gaduh, mak dia sakit, pak tiri dia sakit dulu pun dia tak ambik kesah. Tu le die salah satu contoh depan mata aku. PRU 13 lps siap pesan, jgn masuk rumah die kalau undi BN, undi BN nanti masuk neraka, tp aku buat bodoh je sbb tak nak putus silaturrahim, diaorg pun bukan tahu aku undi apa.

    BalasPadam
  3. UMNO pun banyak cakap tak serupa bikin gak. Cakap nak bantu melayu dan usahawan melayu...tapi haprak...Niat ada, tapi tindakan tidak menggambarkannya


    Tapi saya setuju (walaupun tak 100%) dengan artikel ni. Kita orang melayu/islam selalunya suka melihat luaran saja. Nampak orang tu pakai jubah, serban, cakap ala-ala arab sikit (ana anta) kita dah terpana dgn dia. Walhal Allah menilai sesorang itu apa yang ada dalam hati sesorang...fikir-fikirkanlah

    BalasPadam
  4. Kat tmpt aku, klu sebut nama tmpt mmg memalukan, org pas ni, out standing person jugak aku rasa dlm pas kws aku, sbb beberapa majlis dia duduk kat depan, kdg kdg atas pentas lg, aku pun dah lama sgt tak ikut program mrk. Dia ni ada jugak tu kdg kdg aku jumpa kat masjid. Satu hari tu, patut ada kuliah maghrib tp ust tak dtg, bilal bertugas pun bukak halaqah mengaji. Nakal pulak dia, dia test sorg sorg. Kena kat mat yg sorg ni, Surah An Nas je, bacaan kalut, sebutan pun tak betul. Nak kata fitnah, terpulang, ramai dlm halaqah tu, tp kiteorg diam je, lps tu pun tak ceriter apa apa, jaga akhlak, jaga aib, org masjid kan.

    BalasPadam
  5. Orang klw ikut islam sebenar jadi lebih baik...
    ini huru hara jadi nya..betul ke ikut islam...?
    Atau membelakangkan islam..?

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!