Pages
▼
Selasa, 22 April 2014
INFO! Orang Melayu Merupakan Manusia Pertama Merentasi Dunia!!
Seorang Pensyarah di Universiti Harvard, Cambridge di Masschusets Dr. Joyce Chaplin dalam buku tulisannya bertajuk “Menjelajah Bumi : Penjelajahan dari Magellan Hingga Ke Orbit” diterbitkan tahun lalu mengatakan orang pertama yang mengelilingi dunia ialah seorang pemuda Melayu dan Islam.
Buku itu diterbitkan oleh penerbit buku Simon & Schuster.
Dr Joyce berkata, pengembara itu hanya dikenali dengan nama Enrique de Malaca yang diperolehi oleh pengembara terkenal Ferdinand Magellan ketika perang di negeri Melaka.
Menurut beliau dalam tempoh 250 tahun pertama manusia mengelilingi bumi, sebanyak 90 peratus gagal dengan kebanyakan daripada mereka mati ketika dalam pengembaraan.
Ketika itu bumi terbukti terlalu luas untuk dikelilingi dengan mudah. Pelbagai cabaran wujud dalam pengembaraan dan cabaran paling besar ialah jangkitan pelbagai jenis penyakit.
Menurut Dr Joyce, Enrique atau nama Melayunya Panglima Awang digunakan oleh Magellan sebagai penterjemah dan pemandu di beberapa wilayah di Asia.
“Enrique de Malacca, nama yang diberikan tuannya Ferdinand Magellan ini, dikenal di kawasan Nusantara masa itu sebagai Panglima Awang, yang disebut-sebut berasal dari Sumatera atau Melaka,”
“Enrique menyertai Magellan dalam semua penjelajahannya, termasuk pelayaran dari tahun 1519 hingga 1521 yang dibiayai Raja Spanyol, untuk mencari rempah ratus,” katanya.
Magellan meninggalkan Sepanyol dengan armada lima kapal bersama 270 orang kelasi tetapi hanya satu kapal dengan 35 orang pelaut berjaya kembali ke Sepanyol. Magellan pula telah pun terbunuh di Filipina.
Bagaimanapun, Enrique atau Panglima Awang pula berjaya sampai semula ke Melakasekaligus melengkapkan pusingannya mengelilingi dunia.
Dr Joyce mengarang buku itu dengan ilham dari novel tulisan Jules Gabriel bertajuk“Mengelilingi Dunia Dalam Masa 80 hari” yang diterbitkan pada 1873 dan kini telah diterjemahkan kepada pelbagai jenis bahasa.
Dr Joyce pernah mengajar di lima buah universiti di dua benua dan sebuah pulau serta menyertai sebuah program kajian maritim di Lautan Atlantik.
Sumber rujukan : voaindoesia.com
Pemuda Melayu yg di maksudkan ialah Panglima Awang,sepertimana yg di ceritakan dalam Hikayat Panglima Awang karya Harun Aminurashid.Panglima Awang adalah org kepercayaan Maggelin.Hikayat Panglima Awang ini sepatutnya di jadikan filem setidak-tidaknya dalam bentuk animasi bagi membangkitkan semangat kegemilangan org Melayu sebagai Pelaut.
BalasPadamPernah membaca buku yang kulit nya berwarna merah dan tebal.
BalasPadamTittle nya: Pelayaran Panglima Awang
pada tahun 60 han...waktu itu masih dalam sekolah rendah. Apa yang masih teringat ia lah ...buku itu ada menceritakan tentang sa bilah keris yang di buat oleh tukang keris dengan hanya memicit besi yang pasas untok membentuk sa bilah keris. Di katakan keris tersebut di buat di tanah Jawa yang mana pembuat nya hanya memakan lada padi....
adakah Panglima Awang dan Panglima Hitam orang yang sama ?
BalasPadampemuda melayu nie mesti pemuda umno.....
BalasPadamhebat ler bro....
panglima awang ni bukan ke antara pembantu chritopher columbus gak? ke panglima hitam? yg kononnya lahir di pasir panjang perak di mana tempat tersebut skrg adalah tokong Tue Pek Kong tu.. ntah la..
BalasPadampanglima awang hitam @ henry the black.
BalasPadamTanpa nama ubat dh mkn ?
BalasPadam