Pages
▼
Selasa, 15 April 2014
HOT!! Reformis 98 akan Berdemo Tuntut Wang RM100Juta Dari SUARAM?
Bukti bukti yang dilampirkan semenjak tahun 2012 langsung tidak disiasat malahan tiada sebarang tangkapan atau tindakan yang dibuat keatas individu yang menerima dana asing ini semenjak 1998 yang diakui sendiri oleh pihak SUARAM.
SUARAM adalah sebuah syarikat. Ianya ditubuhkan untuk menyalurkan dana dana kepada parti yang dikehendakinya iaitu PKR, Jadi PKR tidak pernah mengalami masalah kewangan kerana dana yang disalurkan semakin hari semakin banyak?! Pernahkah anda lihat PKR menjaja tabung disetiap ceramahnya? Berbeza dengan PAS yang terpaksa mengais kocek sendiri untuk survival pemimpin parti. Kata blog Daeng Selili
Duit itu juga digunakan untuk membocorkan maklumat negara kepada pihak pembangkang.
Maknanya SUARAM mengunakan wang tersebut untuk merasuah pegawai kerajaan, untuk membocorkan maklumat sulit.
Tapi, jumlah rm100juta tu banyak, pihak Reformis 98 pun dah mula bersuara, dimana wang tersebut hilang? Guna sendiri ka? Atau songlap terus?
Sehingga hari ini dua individu yang disyaki masih berdiam diri walaupun ada yang mendakwa wang RM100juta untuk parti dari SUARAM disonglap oleh dua inidividu yang cukup lantang mempertahankan SUARAM?
Mereka tahu tapi sengaja buat senyap?!
Puak PKR taknak buat demo ka, tanya kemana hilang duit tersebut?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!