Pages

Selasa, 15 April 2014

PANASS!! Pas Selangor TOLAK #Hudud? @KhalidSamad #PRSelangor


Di saat rakan seperjuangannya di Kelantan berjuang sekian lama mahu melaksanakan hudud di kerajaan naungan mereka, nampaknya Pas Selangor tidak berhasrat untuk mencadangkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu meskipun mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, cadangan tersebut tidak akan dibangkitkan buat masa ini sebaliknya mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ mengenai perkembangan pelaksanaan hukum itu yang sedang diusahakan Kerajaan Pas Kelantan ketika ini.

“Kita tunggu perkembangan (cadangan pelaksanaan hukum hudud) di Kelantan dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Iskandar diminta mengulas sama ada Pas Selangor akan mengikut jejak langkah kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Bukankah kerusi PAS di DUN Selangor lebih banyak dari PKR, mengapa PAS Selangor tidak mahu mengikut jejak langkah PAS Kelantan? Apakah ada beza dasar PAS di Selangor dengan Kelantan? Apakah takut dengan DAP dan PKR hingga PAS Selangor tidak berani untuk bentang hudud dalam Sidang DUN Selangor? sumber

P/s: Pas dah mula cakap tak serupa bikin.. he he


McTheory:
Apa dah jadi ni?

2 ulasan:

  1. PAS, PKR atau DAP masing-masing layak untuk memenangi anugerah Oscar kerana lakonan cemerlang terhadap satu sama lain....selagi perjuangan atas nama "Rakyat" selagi itulah gabungan haram jadah ini akan disumpah rakyat. Gabungan ini akan menjadi PEMBANGKANG sampai bila-bila. Amin...
    -Rakyat-

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!