Memang kita lihat peguam negara tak proaktif langsung. Banyak kes yang tak diambil tindakan. kenapa ya?
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro pemerintah mendesak Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail letak jawatan kerana didakwa gagal menjamin integriti sistem perundangan negara sejak tahun 2008.
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata, Abdul Ghani sebagai Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang kerajaan Pusat itu didakwa tidak dapat menjalankan tanggungjawab secara berkesan sehingga kini.
"Tujuan kami mendesak Abdul Ghani letak jawatan serta merta kerana sejak tahun 2008, dia ditugaskan membantu kerajaan membina satu negara aman dan damai menerusi sistem perundangan yang efektif sebaliknya gagal dan keadaan menjadi huru-hara selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008.
"Jika beliau (Abdul Ghani) menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cekap dan berkesan tidak mungkin isu yang memporak perandakan kemajmukan rakyat.
"Antaranya kes-kes demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, cubaan guling kerajaan, menghina dan mempertikaikan agama rasmi negara, kedaulatan negara dan sultan masih tertangguh siasatan," ujarnya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ramesh memberitahu, insiden-insiden itu tidak tercetus sekiranya Ghani dapat menjalankan amanah itu dengan cekap dan telus.
Ramesh juga menyerahkan memorandum kepada pegawai Peguam Negara, Asmawar Samad dan difahamkan, NGO-NGO terbabit telah diberi tempoh seminggu untuk membincangkan bersama Peguam Negara serta membalas tuntutan NGO-NGO berkenaan.
Dalam pada itu, tambah Ramesh, kejadian fitnah melampau dalam media sosial Facebook dan Twitter, penerima dana-dana asing dibiarkan berleluasa, penghinaan pemimpin negara, peguam dan pengamal undang-undang kerajaan dijadikan bahan jenaka yang masih gagal ditangani selain tidak mengetahui status siasatan kes tersebut.
Katanya, pihaknya juga mahu Abdul Ghani memberi penjelasan status kesemua perkembangan kes-kes yang belum selesai dan bila tindakan akan diambil terhadap pelaku-pelaku jenayah terlibat.
"Bayangkan kita sejak di bangku sekolah diajar agama rasmi negara ialah Islam dimana ia tak perlu dipertikaikan lagi tetapi kini ia dipersoal secara terang-terangan oleh beberapa pemimpin dan individu tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, adakah itu bermakna undang-undang negara kita longgar atau Peguam Negara tidak berperanan menasihati polis dan bertindak tegas terhadap apa yang berlaku.
"Selain itu fitnah melampau dalam media sosial yang bertindak menyemarakkan sentimen perkauman dan kemarahan sememangnya telah disedari beliau sebagai Peguam Negara yang dilantik Yang Dipertuan Agong, tugas Ghani seharusnya memastikan tak kira siapa memerintah negara, untuk menasihati kerajaan yang terbaik dalam perundangan dan bertindak mencegah segala ugutan dan ketegangan.
"Andai kata, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ghani sudah lama dipecat dan dihalau kerana banyak isu jenayah dan kes besar masih belum diselesaikan.
Ramesh juga turut mempersoalkan keredibiliti dan intergriti Ghani kerana beberapa kes besar antaranya kes Lahat Datu masih belum diselesaikan dan dalang sebenar disebalik kejadian itu masih belum didedahkan.
"Kami rakyat mahukan intergriti sistem perundangan negara sentiasa terpelihara dan pada masa yang sama meyakinkan rakyat bukannya undang-undang yang terlampau longgar sehingga membolehkan pesalah terlepas hukuman.
"Maka ia jelas menunjukkan Ghani gagal sebagai Peguam Negara dan langkah terbaiknya ialah beliau harus meletak jawatan yang sedang disandang itu kerana lebih ramai peguam yang berwibawa bersedia untuk menerajui amanah itu.
"Kita tidak nampak ketelusan dan intergriti dalam menangani kes-kes besar ini dan jelas nampak rakyat didahulukan tidak berfungsi di sini lagi. Kami mahukan satu perubahan atau transformasi untuk membentuk satu sistem perundangan yang tegas telus dan disegani rakyat," katanya lagi.
Secara peribadi Mc sendiri rasa pelik dengan peguam negara sekarang ni. Dulu beliau berjiwa besar, mahu menjaga negara, menegak keadilan. Namun sejak peribadinya diserang pembangkang, keluarganya diganggu, hingga anak dan isterinya nak buat aktiviti harian pun dah tak senang. Beliau terus berubah.
Malah beliau dan keluarga pernah dituduh mengunakan wang kerajaan sewaktu melancong diluar negara. Sedangkan perkara itu fitnah!
Mungkin disebabkan tekanan politik beliau mula mengasingkan diri dan malas terbabit dengan isu yang membabitkan orang politik. Bukan beliau menceburi politik, tetapi melihat apa yang terjadi sekarang di Malaysia, hampir semuanya dari permainan politik.
Masing-masing nak jadi hero, masing-masing nak tunjuk kuat, ada pengaruh. Kemudian bagi kenyataan yang bukan-bukan. Rakyat dengar, tak puashati report polis, kemudian tunggu tindakan, tiada tindakan, kecewa dan salahkan pihak berkuasa. Perkara ini berulang-ulang.
Kita hormat kalau beliau taknak terlibat dalam sebarang isu yang berkaitan politik, tetapi kalau dalam hal yang melampau, hingga boleh menjejaskan hubungan diantara kaum dan membahayakan negara. Rasanya itu dah menjadi tanggung jawab beliau untuk terlibat sama.
Tak guna juga kalau polis tangkap, buat laporan, kumpul bukti, tapi peguam negara hanya simpan kes tu dalam laci.
Kalau rasa diri dah tak mampu nak ikut perkembangan negara yang hampir 24 jam berpolitik ni. Adalah lebih baik undur diri. Boleh duduk dirumah jaga anak cucu, senang hati. Berilah jawatan pada orang lain yang mampu memikul tanggungjawab sebagai peguam negara pulak.
McTheory:
Dari menyusahkan diri dan orang lain.. baik berenti, betul tak?
Apa lagi tunggu, ikut sajalah tuntutan tu....Mmng dah nampak sangat....!
BalasPadamCepat ganti peguam yang terbaik. Sekarang ni kerajaan kita dah tak boleh lawan dengan hujah pembangkang... Tambahle kalau nak bertemu secara berdepan...Terrrrketar lutut bang.
BalasPadamHanya dengan menggunakan peguam dan mahkamah jer kita boleh hapuskan pembangkang nie. Orang kita cakap aman skit. Bolehler pemimpin kita kerap gi luar negeri dan habiskan duit. Bolehle pemimpin tabur bantuan. Kita pun boleh masyuk. Cepat skittt.
Klu dah x boleh buat kerja dan penakot tu "step down" je lah....
BalasPadamKorang cakap macam tak guna otak..ko igat senang nak handle undang2 di negara ini..tambah2 dgn ada orang2 yang macam korang nie..mana negara nk aman bila ada sampah2 macam korang yang dok mengharubirukan negara...kalau tak tahu tutup mulut..jangan jadi tikus membaiki labu..
BalasPadam