Pages

Khamis, 10 April 2014

INFO!! #BTN Pusat Provokasi Perkauman Negara? @RazaliIbrahim


Tidak timbul isu provokasi dan perkauman yang didakwa kononnya berlaku dalam kursus Biro Tatanegara (BTN) di bawah Jabatan Perdana Menteri, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata ini kerana banyak program BTN yang dijalankan sebelum ini meliputi semua kaum termasuk di Sabah dan Sarawak. 

"Kita sebenarnya mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk memohon menyertai program ini, tidak ada masalah dari segi itu...tidak timbul perkara tersebut (provokasi dan perkauman) bagi mereka yang pernah hadir," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Rubiah Wang (BN-Kota Samarahan) yang ingin tahu adakah kerajaan berhasrat melakukan transformasi BTN selepas banyak maklum balas yang diterima daripada masyarakat kononnya program BTN lebih berbentuk provokasi.

Razali berkata, kerajaan mengambil serius dakwaan yang dilemparkan pihak tertentu itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

"Kita (BTN) tidak pernah membangkitkan semangat benci membenci, bersakit-sakit hati dalam kalangan peserta.

"Kalau ada aduan yang boleh dikemukakan kepada pihak kami, saya akan ambil tanggungjawab tersebut, tidak pernah kita membezakan peserta atas asas politik dan kepentingan peribadi," katanya. 

Beliau berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai penambahbaikan dan pembaharuan dari semasa ke semasa bagi mengembalikan kecemerlangan BTN dalam menyemai rasa cintakan negara dan semangat patriotisme rakyat.

Menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang ingin tahu berapakah perbelanjaan untuk aktiviti BTN serta kriteria untuk memilih penceramah dan pensyarah dalam program itu, Razali berkata setakat ini kerajaan membelanjakan sekitar RM30 juta setahun.

Beliau berkata, pada tahun 2011 kerajaan membelanjakan RM30.2 juta, pada tahun 2012 (RM27.5 juta) dan pada tahun 2013 (RM26.4 juta).

"Bagi penceramah pula kita lihat kepada latar belakang peserta yang terbabit dalam program yang dianjurkan kerana kita (BTN) ada banyak program yang berbeza dan ada kumpulan sasarnya termasuk daripada mahasiswa, pemimpin masyarkat, kepimpinan korporat, kakitangan awam dan mereka yang ingin ke luar negara," katanya. - BERNAMA


McTheory:
Masa Anwar pegang dulu lagi teruk.. buat rekrut untuk diri sendiri..

3 ulasan:

  1. Masa Anwar dulu lagi teruk. Adakah maksudnya skarng pun teruk juga.

    Tapi skrang dia dah berubah. Barisan bila nak ubah. BTN ni klentong jer. Aku sokong pembangkang. Nak tergelak time aku kena BTN dulu. Yang bagi ceramah konon hebat tapi tak der hujah, copy skrip macai jer...

    Itu dulu. Skarang kenalan aku (orang muda anak orang barisan) pun nampak sama jer. Silap2 dia pun pangkah Pakatan. hah..hah

    BalasPadam
  2. BIRO TATANEGARA ADALAH PROGRAM YG DIBUAT BERTUJUAN UNTUK MEMPERKASAKAN JATI DIRI.Bg yg rasa BTN NI USELESS MAKA DISARANKAN AMBIL KURSUS BIRO TATAYAHUDI!!

    BalasPadam
  3. Adalah lagi ke lagu "Kecik kecik bermain api?"

    Duit BTN untuk bagi kat kroni BN sebagai elaun tambahan je. Kan membazir?

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!