Pages
▼
Sabtu, 3 Mei 2014
HOT!! Adun Pas Sungai Limau Kemalangan Teruk?
Satu kemalangan melibatkan kenderaan yang dinaiki ADUN Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samad telah berlaku di KM 320 Lebuhraya PLUS arah selatan subuh tadi atau lebih tepat lagi di kawasan Bukit Berapit yang terletak antara Taiping dengan Kuala Kangsar.
Azam yang dalam perjalanan dari Kedah ke Kuala Lumpur bagi menghadiri satu mesyuarat telah melanggar belakang lori yang sedang bergerak perlahan kerana mendaki bukit.
Siasatan mendapati Azam memandu kereta tersebut dengan ditemani seorang kawannya. Ketika di tempat kejadian, dia telah melihat sebuah lori yang berlampu malap.
Azam dikatakan cuba mengelak lori tersebut tetapi tidak sempat dan keretanya telah bergesel dengan lori berkenaan.
Azam bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan kecuali sedikit calar pada bahagian lengan sementara kawannya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menariknya Azam dan kawannya tidak dapat memperolehi butiran tentang lori yang mereka langgar. Sebabnya ialah lori berkenaan meneruskan perjalanan dan besar kemungkinan tidak menyedari kemalangan telah berlaku.
Selesai membuat laporan polis di Balai IPD Taiping, Azam tidak meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur sebaliknya berpatah balik ke Kedah dengan menggunakan kereta yang sama.
sumber cerita dari Flykick
McTheory:
Selamat tak jadi apa-apa.. kalau tak.. PRK lagi laa..
macam cerita kapal je, nak potong tak lepas, tapi kapal tenggelam, mamat ni bergesel, kalau kata bawa laju tak mengaku, naik bukit pun nak laju..nak test driving skill ke, tak ambil air kencing test apa apa ke...travel malam nak berjaga mesti ada ubat tahan jaga atau jangan ngantuk...cuba test..tak pa test saja ada adalah,tak da takda lah..bukan salah pun nak test je...
BalasPadamTakut nk tes..klu mengandongg cene hahahaha...
Padamostad PAS bwk keta elok? sorrylah join diorng ikut prog.. atas kepala pakai kopiah tu lah bawak lg setan dr org lain..
BalasPadam