Pages

Sabtu, 3 Mei 2014

INFO! Mangga Malaysia Bakal Menjana Eksport Penting negara? @IsmailSabri60 @Tunfaisal #Dsis


Mangga merupakan salah satu buah yang agak popular dinegara kita. Diketahui mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Rasanya pun agak berlainan dari setiap jenisnya.

Malah sejak ditambah dengan teknologi baru, kualiti buah mangga semakin baik dan tahan lama. Mungkin disebabkan itu, Kementerian mahu mangga menjadi antara eksport utama dalam bidang pertanian negara.

Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani kini dalam proses menambah kawasan penanaman mangga baka bermutu ekoran permintaan yang tinggi dari dalam dan luar negara.

Menurut ketua setiausahanya, Datuk Seri Hashim Abdullah, sehingga kini, kawasan tanaman mangga hanya di ladang mempelam di Tobiar, Pendang seluas 42 hektar dan hanya mampu mengeluarkan kira-kira 25 tan mangga setiap musim pengeluaran.


Untuk keterangan lanjut tengok video dibawah,


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!