Sponsor

Memaparkan catatan dengan label BN Kedah bagus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BN Kedah bagus. Papar semua catatan

Ahad, 16 Jun 2013

PANASS!! Tangguh Bina Pusat Tahfiz Sains Pulau Tuba, Bukti Kerajaan BN Kedah Kejam!!



Puak Pas dok sebar kata Kerajaan BN Kedah nak tangguhkan pembinaan Pusat Tahfiz Sains Pulau Tuba. Siap ada kenyataan media dari Ketua Pemuda Pas Kedah. Kerajaan negeri baru kata nak tangguh, tak kata pun nak batalkan, tapi puak Pas punya lompat, serupa kata nak batalkan dah.

Kalau betul Pusat Tahfiz tu penting sangat, awat Pas tak pulun buat dalam masa 5 tahun depa dok perintah Kedah?

Nak tau cerita sebenar?

Ceritanya macam ni, Pusat Tahfiz Sains Pulau Tuba Langkawi tertangguh disebabkan segala peruntukan untuk projek tersebut telah habis digunakan oleh Kerajaan Pas Kedah semasa mereka memerintah dulu.

Maknanya duit untuk buat projek tu, Pas pakai untuk projek lain, ataupun mereka dan kroni dah kebas duit projek tu!!

Sebab tu selama 5 tahun mereka memerintah dulu, mereka masih gagal untuk sambung balik projek Pusat Tahfiz tu. Nak sambung apa duit dah takdak!

Lanie depa pulak tuduh Kerajaan BN Kedah saja nak tangguh projek tu. Apa punya syaiton puak Pas ni. Lahanat sungguh!

Depa buat taik, kita pula nak kena cuci. Dah tu siap tuduh dan fitnah kita bukan-bukan. Apakah ini parti Islam? Atau parti syaiton?


McTheory:
Fitnah tu macam sarapan pagi la bagi puak Pas ni, hari-hari kena buat!

Jumaat, 14 Jun 2013

GEMPAR!! Mukhriz Ada Bela Jin Aladdin Untuk Jaga Kedah!! #HanyaDiKedah


Ada orang tanya Mc, sejak BN perintah Kedah ni, awat takdak apa-apa perubahan pun. Dulu BN dok canang, BN menang rakyat senang. Tapi sampai lani, rakyat tak nampak apa yang boleh menyenangkan rakyat. Semua sama saja macam Pas memerintah juga.

Kalau ada orang tanya Mc soalan tu, Mc rasanya dia ni jenis manusia yang tak berapa nak cerdik, tak reti berfikir atau malas nak fikir. Jenis suka makan apa saja depan mata dan tak reti nak pi cari sendiri.

BN Kedah hanya rampas balik Kedah dari tangan Pas pada 5 Mei 2013 yang lepas. Termasuk hari ni, rasanya baru 40 hari lebih kot. Dalam masa 40 hari, apa kerajaan baru boleh buat? Selain dari mengubah dasar dan mencuci kembali karat dan tahi dalam Wisma Darulaman (pentadbiran).

Mungkin sesetengah rakyat Kedah mahu Mukhriz buat pengumuman yang popular seperti 'harga air Kedah turun' atau Kerajaan negeri Kedah beri wang RM300 pada setiap keluarga di Kedah. Bila Mukhriz buat macam tu, baru depa kata BN menang rakyat senang!

Tapi tahukah rakyat Kedah bahawa, negeri Kedah yang kita cintai ini tidak lagi mempunyai simpanan wang yang banyak untuk mentadbir?

Kerajaan negeri Pas dulu pun tinggal hutang RM3 Billion, bukan aset atau simpanan RM 3 Billion, tapi hutang yang perlu dijelaskan! Jadi macam mana MB Kedah yang baru ni nak belanja duit untuk buat perkara yang bukan-bukan atau umum benda yang popular, sebab Kedah sebenarnya takdak duit.

Sebab tu, dalam masa 40 hari ni MB Kedah dok bawa masuk pelbagai pelabur luar untuk datang melabur di Kedah. Bila di congak secara kasar, rasanya dah lebih 10 billion duit luar masuk ke Kedah bagi menjana ekonomi! Itu perkara yang Pas takkan mampu buat walau jadi Kerajaan dalam masa 20 tahun pun! Tapi MB kita ni buat dalam masa 40 hari saja.

MB kita cari duit dulu, barulah boleh buat perubahan. Cuma MB kita ni tak jelaskan pada semua rakyat, beliau ingat rakyat Kedah ni faham dan boleh sabar! Tapi beliau lupa, sengsara yang Pas buat dulu masih menghantui rakyat Kedah!

Dah 5 tahun dok tunggu Pas buat perubahan, dari setahun ke setahun, akhirnya sampai hilang kuasa pun, tak nampak apa yang Pas buat. Mungkin sebab itu, rakyat Kedah mahu Mukhriz tak hampakan rakyat Kedah seperti mana Pas buat dulu.

Tapi rakyat Kedah kena fikir la, Mukhriz bukan ada 'teko' ajaib yang boleh keluarkan jin dan tunaikan permintaan sekelip mata.

Kalau ada jalan berlubang tu, pi la report kat JKKKP dulu, atau PBT yang berhampiran, dok marah Kerajaan negeri buat apa, ahli majlis kat semua majlis daerah tu pun ramai puak karat hijau lagi. Kalau depa takmau dengar aduan, mai email Mc, kita pi terjah kat semua majlis daerah yang tak buat kerja tu. Baru ada akai!!

Puak Pas dok gelak, sebab depa ingat depa tera, boleh sabotaj pasal dua tiga perkara depa ingat depa hebat! Takpa, nanti kita hantar depa pi main dalam hutan. Orang bagi kerja, bagi gaji, dah kira bagus. Bukan nak bersyukur, kira nak sabotaj, kepala otak hampa!

Pada semua rakyat Kedah, Mc minta kita jangan bagi muka pada geng karat hijau ni, puak ni la dok kira cuba nak perjahanam semua kerja Kerajaan BN, depa kalau kita buat apa pun, depa tunggu masa nak sabotaj saja. Punya la jahat puak ni!

Untuk perubahan, insyallah bila semua dah stabil, 'Aku Janji BN' akan ditunaikan dengan segera, lanih kita bagi masa MB kita buat kerja dulu. Biar dia cari duit untuk Kedah, lepas dah ada duit baru boleh buat perubahan, betui dak?


McTheory:
Sabar, ada hasilnya nanti...

Jumaat, 31 Mei 2013

GEMPAR!! Parasit Dalam Kerajaan BN Kedah Mula Buat Kacau!! #HanyaDiKedah


Artikel yang menarik dari blog Kedah Times. Cerita mengenai parasit dan pengkhianat dalam Kerajaan Negeri dan SLC yang bersedia melingkupkan Kerajaan BN Kedah dari dalam.

Setelah kerajaan PAS ditolak rakyat pada 5 Mei 2013 dengan undi popular kepada BN sebanyak 399,890 bersamaan 45.28 peratus, manakala, Pas dan PKR pula hanya memperolehi sekitar 24.2 peratus, YAB Menteri Besar yang baru, Dato' Paduka Mukhriz Tun Mahathir telah mengarahkan secara terbuka dan melalui arahan dalaman agar perkara-perkara yang merugikan rakyat termasuk penebangan balak dan pentadbiran Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (SLC) dihentikan sementara untuk dirujuk dan diteliti.



Dengan tersadainya lori balak dan tiada lagi aktiviti penebangan, sekurang-kurangnya rakyat tahu bahawa arahan itu telah dipatuhi.

Tetapi ini tidak berlaku di anak-anak syarikat kerajaan, dimana arahan agar sebarang anugerah projek baru atau mengeluarkan perbelanjaan besar perlu dirujuk ke pejabat Menteri Besar tidak diendahkan.

Dato' Ahmad Shukri

Oleh kerana kerajaan Umno tidak bertindak kejam dan memecat terus lantikan politik, sebagaimana PAS memecat secara terhina Dato' Ahmad Shukri dari golongan profesional pada 2008, ahli politik PAS sehingga kini masih memegang teraju SLC.

Namun, bukan terima kasih yang mereka ucapkan, sebaliknya mereka mengambil kesempatan dengan menganugerahkan projek-projek kepada kroni mereka yang bukan kecil nilainya.

Di KHTP misalnya, projek pembangunan bernilai RM12 juta telah dianugerahkan kepada kontraktor PAS tanpa merujuk pejabat MB tidak sampai 24 jam selepas arahan diterima daripada YAB Menteri Besar. KHTP yang selama ini melaksanakan projek-projek yang 100% dari dana kerajaan persekutuan, sepatutnya lebih memahami prosedur sebaliknya meredah arahan Menteri Besar!


Projek yang telah melalui kajian dan perbicangan semenjak lebih setahun lalu, secara gopoh gapah dianugerahkan kepada kroni PAS iaitu Arkitek Juhari Hashim, walhal Arkitek Farah Sofiah adalah pencadang asal yang bekerja dari mula, ditinggalkan terkontang kanting. Juhari Hashim pula kemudiannya melantik kroni pas antaranya Perunding Mojass dan Perunding K&H untuk melaksanakan projek yang mana lantikannya dibuat tergesa-gesa ini. Jauh sangatkan pejabat MB di Wisma untuk dirujuk?

Perlu disegerakan sangatkan anugerah projek ini, sedangkan prosesnya telah berjalan selama lebih setahun.

Bukanlah siapa mendapat kontrak yang pertikaikan, tetapi kenapa engkar arahan YAB Menteri Besar sedangkan projek boleh diteruskan, cuma kenapa lari daripada merujuk kepada Pejabat Menteri Besar? Kenapa?

SLC mungkin perlu dirombak secepat mungkin agar harapan rakyat yang telah menolak mereka ditunaikan.

Harap pejabat Menteri Besar Kedah beri perhatian pada apa yang berlaku!

McTheory:
Parasit dalam Kerajaan dan SLC perlu dipantau dan diambil tindakan.

Sabtu, 25 Mei 2013

TUDIAA!! Pas Kedah Mula Main Kotor Serang BN Kedah Tak Guna Akal!! #HanyaDiKedah


Belum pun 3 minggu Kerajaan Negeri Kedah yang baru ini ditubuhkan. Pas Kedah melalui cybertroopersnya mula menyerang Kerajaan BN Kedah yang baru ini dengan pelbagai cara. Kalau pada minggu pertama mereka menyerang dengan tohmahan BN Kedah merampas Kedah dengan cara menipu. Kini serangan peribadi kepada Menteri Besar Kedah, Dato Paduka Mukhriz Mahathir juga ditelah dibuat.

Mungkin mereka mahu tengelamkan 'aura' Dato Mukhriz di Kedah dengan pelbagai fitnah, namun mereka silap, serangan peribadi yang keterlaluan, akan membuatkan rakyat Kedah menyampah terhadap Pas! Serangan kepada pemimpin tanpa membuat salah, itu adalah keterlaluan, Mc percaya rakyat Kedah bijak untuk berfikir yang mana betul dan yang mana palsu.

Itu serangan peribadi, belum lagi serangan pada 'Aku Janji BN Kedah'. Dalam masa 3 minggu ini, apa yang kerajaan BN Kedah boleh buat? Buka buku hutang Negeri Kedah pun, Dato Mukhriz dah pening kepala. Selama 5 tahun Pas perintah, hutang negeri Kedah sudah bertambah lebih RM2 billion!

Tau banyak mana RM2 billion tu? Mula kira dari sekarang, sampai mati pun kita takkan habis kira sampai RM2 billion tu!

Itu percapaian terbaik Pas Kedah kepada negeri Kedah. Bukan kurangkan hutang, tapi buat tambah banyak-banyak!

Sudahla pendapatan negeri Kedah hanya bergantung kepada BALAK semata, pelaburan hancur, pertanian lingkup, industri lain pun takdak! Jadi Pas meninggalkan negeri Kedah dalam keadaan yang teramat teruk. Selamat BN ambil balik, kalau tak ambil, nescaya Kedah akan jatuh bankrup!!

Sekarang ini apa yang Mc dengar, Dato Mukhriz akan bawa masuk pelabur dari luar. Jangan risau, bukan pelabur 'haram' seperti difitnah oleh Pas tuu.. Dato' Mukhriz akan perkuatkan balik Kulim Hi-Tech, besarkan lagi industri perkilangan di Baling, projek Sulihh juga akan disambung balik, dan pelbagai cara lagi untuk tambah pendapatan negeri Kedah.

Kalau dulu pendapatan negeri Kedah ketika dibawah Pas pendapatan 90% hanya bergantung pada balak. Kini BN akan cuba membuat negeri Kedah menjadi negeri Industri. Kita buat dan kita jual! Bila kilang dah banyak buka, ia akan memberi lebih peluang pada orang Kedah cari kerja di Kedah! Tak payah cari kerja di KL lagi!!

Cuma semua itu memakan masa. Apa yang dijanji dalam buku 'Aku Janji BN Kedah' akan dilaksanakan! Kerana ianya 'Janji yang perlu ditepati' BN Kedah bukan macam Pas Kedah, janji itu ini, akhirnya apa yang mereka janji, haram apa pun tak buat!

Lagi satu, BN Kedah takdak la teko aladin yang boleh digosok untuk tunaikan janji sekelip mata! Macam serangan puak Pas terhadap jalan di Kulim Bandar Baharu. Baru 3 hari jadi Kerajaan, puak Pas sana dok bising tuntut janji. Wei guna akai laa..nak buat jamban pun belum tentu 3 hari boleh siap!

Inilah masalah puak tegar Pas, mereka jarang gunakan akai untuk berfikir. Mereka lebih gunakan hati dari akal, sebab itu mereka boleh cakap dan tulis perkara yang memang tak masuk akal manusia biasa, mungkin makhluk asing faham la kot.

Tapi Mc percaya, bukan semua orang Pas macam tu, ada ramai yang masih waras dan menanti apa Kerajaan Kedah yang baru ini akan buat. Sabaq nooo.. sama-samalah membantu Kerajaan negeri Kedah yang baru. Kita bina sama-sama, buang iris hati dan dengki, Insyallah.. Kedah akan lebih maju jika kita bersatu!

Mc percaya Dato Mukhriz sedang merancang sesuatu yang baik untuk rakyat Kedah. Nasihat dari Ayahandanya yang amat berpengalaman dalam memajukan negara, Mc rasa Kedah akan lebih maju atau setaraf dengan Selangor.

Kita biarkan blogger dan troopers Pas meroyan, sebab itu saja yang dapat depa buat! Boleh baca apa yang depa tulis, tapi kalau nak percaya tu, baik tak payah. Sebab segala tulisan depa tu, hanya persepsi tanpa fakta dan bukti. Biasa laa.. setakat tulis dan cakap, siapa pun boleh, betul tak?


McTheory:
Tolak fitnah, tolak persepsi, sama-sama kita bekerja!!