Memaparkan catatan dengan label Hadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadi. Papar semua catatan
Sabtu, 14 Julai 2012
TUDIAA!! Hadi Awang Mimpi Basah di Siang Hari!! #PasGila
Ha ha ha... agaknya Hadi Awang ni baru bangun tidur dari mimpi basah kot? Tiba-tiba sebut nak bertanding 80 kerusi parlimen. Kat mana celah Pas nak ambil kerusi ni? Kerusi kayu, besi dan plastik banyaklah kalau nak. Kalau kerusi parlimen, rasanya Pas kena tanya Dap dulu.
Dap nak bertanding 90 kerusi parlimen, Pas pulak nak 80 kerusi? PKR pulak nak 60 kerusi? Ini dah lebihh.. rasanya kena pinjam kerusi dari negara jiran Thailand atau pun Singapura bagi kat puak-puak ni cukupkan kuota!! ha ha ha... lawak paling bangang hari ni!!
Sudah-sudahlah Hadi.. cukup-cukuplah la buat lawak tu.. dah semput dah nih..
McTheory:
Meroyan ka apa si Hadi ni?
Rabu, 1 Februari 2012
GEMPAR!! Hadi Awang Terludah Mukanya sendiri?
Bekas ahli Umno yang mengkhianat kepada "Parti Keramat" UMNO tidak akan senang hidupnya. Ungkapan terbaik dari Menteri Besar Terangganu Datuk Seri Ahmad Said, Asal perjuangan terdahulu Parti Keramat ini dimulakan dengan niat berjuang demi Bangsa, Agama Dan Tanahair tercinta. Pejuang terdahulu dalam UMNO berjuang dengan sifat keikhlasan dan hati yang tulus membantu Melayu.
Ahad, 16 Oktober 2011
TERKINI!! ULASAN SPIN HADI AWANG MENGENAI AKTA MURTAD!!
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) membayangkan bahawa Akta Murtad tidak diperlukan kerana perkara berkaitan murtad sudah pun terkandung dalam hukum hudud.
Tanpa menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung usaha membendung gejala memurtadkan umat Islam, beliau berkata, apa yang penting sekarang adalah kuasa untuk memerintah.
''Semua hukum sudah ada dan ia boleh dilaksanakan apabila tiba masanya kelak.
''Yang penting kita kena ada kuasa untuk memerintah. Sekarang ini siapa yang memerintah?
''Barangkali awak tidak sempat tahun 60-an. UMNO (ketika itu) cakap tidak boleh laksanakan hudud sebab tidak cukup batu hendak buat jalan raya,'' katanya kepada pemberita pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Badan Perhubungan Pas negeri di Pantai Pandak, Cendering dekat sini hari ini.
Rabu, 28 September 2011
KASI PREVIEW!! WAJAH SEBENAR??
KITA PREVIEW BALIK PENDEDAHAN YB ZULKIFLI NORDIN BERKAITAN ANWAR&SEDIKIT ULASAN BERKAITAN NEGARA ISLAM YANG DIBUAT OLEH HADI AWANG SUATU KETIKA DAHULU..
PMK
ANWAR KENCING HADI KELENTONG
Isnin, 12 September 2011
KASI PANAS!! Bila Otak Hadi Awang Sudah Kena Rasuk Mat Sabu!!
Apabila hadi samakan pejuangan Rasullulah dengan komunis!!
Kalau memang benar begitu maksud Hadi Awang, maknanya PAS sekarang ini betul-betul terdesak mahu membela Mat Sabu yang sudah terlanjur kata mengangkat dan mengiktiraf perjuangan pengganas komunis yang mahu menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah Republik Komunis.
Nampaknya untuk menegakkan benang basah dan demi membuktikan bahawa apa yang dikatakan oleh Mat Sabu itu adalah benar, PAS sanggup mengaitkannya dengan apa sahaja hatta dengan sejarah perjuangan Rasulullah SAW sekalipun.
Mari kita baca petikan khutbah Eidulfitri Hadi Awang di Masjid Rusila seperti yang dilaporkan oleh Haramkahdaily.
"Dunia hari ini akan menghukum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanahair. Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian".
“Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT,” tegasnya semasa berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.
Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom."
“Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.”
"Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri".
Adakah Hadi Awang cuba mengatakan anggota polis yang dibunuh di Balai Polis Bukit Kepung itu sama keadaan mereka seperti jahiliah Arab? Dan pengganas komunis yang diketuai Mat Indera yang menyerang bangsanya sendiri sama pula keadaannya dengan perjuangan Rasulullah SAW yang mahu membebaskan Mekah?
Jika memang benar begitu maksud Presiden PAS berkenaan, maka memang amat sesuai benarlah Mat Sabu digandingkan dengan beliau untuk memimpin PAS.
Rakan-rakan pembaca sekalian nilaikanlah sendiri apa sebenarnya maksud Hadi Awang itu.
blog Horas
Khamis, 9 Jun 2011
KASI PANAS!! KENAPA HADI TAKNAK JADI PM??
Oleh: Tarmizi Md. Jam
Kenyataan Hadi Awang, Presiden Pas bahawa dia tidak bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dilihat tidak konsisten dengan sikapnya yang sombong dan takbur. Sedangkan dalam beberapa insiden, Hadi Awang sudah pun berlagak seperti Perdana Menteri kuku besi apabila melawat ke negeri-negeri jajahan PAS. Dia sering menganggap segala harta benda dan aset milik negeri tersebut sebagai milik PAS dan di bawah kekuasaannya. Sikap ini jugalah yang menyebabkan ketegangan di antara dia dengan Menteri Besar Kedah beberapa hari lalu.
Melihat dari personaliti dan kelayakan, sememangnya elok benarlah kenyataan Hadi yang dia tidak ingin menjadi PM. Ini kerana Hadi tidak mungkin mampu menangani permasalahan yang lebih besar dari permasalahan rumah tangga sahaja. Di tangan Hadi, kita menyaksikan bagaimana PAS tergadai prinsip dan maruah. Di tangan Hadi juga ummah berpecah belah. Bayangkan jika negara berada di tangan Hadi, sudah tentu akan tergadai kedaulatan juga. Jadi elok benarlah jika Hadi tidak menjadi Perdana Menteri.
Namun, persoalannya kenapakah Hadi tiba-tiba membuat kenyataan yang kononnya merendah diri ini? Tidak mungkin Hadi Awang benar-benar sedar yang dia tidak layak. Tidak mungkin juga kerana dia bersungguh-sungguh ingin ‘menyelamatkan’ Malaysia kerana Malaysia telah pun selamat dan dia menyedarinya. Satu-satunya ancaman yang mampu ‘membunuh’ Malaysia ialah perjuangan Hadi sendiri di dalam Pakatan Rakyat. Untuk benar-benar menyelamatkan Malaysia, Hadi Awang harus terlebih dahulu ‘membunuh’ Pakatan Rakyat.
Oleh itu, apakah sebenarnya niat Hadi dalam membuat kenyataan sedemikian?
Bolehlah kita menganggap yang itu hanyalah kenyataan politik untuk menunjuk tawaduk kepada pengikutnya. Tetapi boleh juga kita menilainya sebagai strategi politik untuk menaikkan Nik Aziz terlebih dahulu bagi membuka jalan untuk menyahkan orang tua itu terus dari menjadi beban Pakatan Rakyat. Jika Nik Aziz ditolak ke atas, pastinya dia akan dihumban ke bawah dengan segera oleh Anwar dan DAP. Lalu, jalan untuk Hadi ke atas akan lebih selesa, tanpa perlu memulakan pergaduhan dengan Anwar.
sambung baca SINI
Jumaat, 15 April 2011
APABILA HADI SUDAH MEMELUK NAJIB? Apa kes ni?
Bila Mc tengok video ni, Mc agak terkejut. Kenapa Hadi Awang sampai begitu sekali memeluk Ds Najib? Lama tak jumpa kah? Rasa bersalah kah? Atau itu memang salah satu tabiat Hadi? Apapun Mc menganggap itu salah satu perkara yang baik. Perkembangan yang bagus untuk perpaduan Islam dan kaum Melayu.
Semenjak akhir-akhir ini, pemimpin-pemimpin Pas termasuk Nik Aziz agak 'mesra' dengan DS Najib. Apakah mereka sudah tidak mempercayai Anwar lagi? Atau Pakatan yang di'pakat'kan dalam Pakatan sudah semakin longgar, apabila pendedahan demi pendedahan perangai buruk Anwar terbongkar? Semuanya mungkin dan segalanya mungkin berlaku.
Pernahkah kita terfikir bahawa satu hari nanti Nik Aziz akan menyahut seruan gelombang 1 Malaysia DS Najib? Dulu mungkin tidak, sekarang? Tengoklah sendiri. heh! Macam Mc kata, semuanya mungkin, segalanya mungkin. Dalam politik, apa yang tak boleh? he he he..
P/s: Siap pakai baju 1 Malaysia lagi.. wow! heh!..
Mctheory:
Macam-macam boleh berlaku..
Sabtu, 26 Jun 2010
SIAPA SEBENARNYA NIK AZIZ DAN HADI AWANG?

Kedua-duanya orang kuat PAS dan mereka memegang jawatan-jawatan utama dalam parti itu. Tapi tahukah kita sejarah mereka? Mari kita lihat secara ringkas riwayat kehidupan mereka ini. Nik Aziz adalah seorang pelajar dalam bidang tafsir dan usuludin di sebuah pondok di Hyderabab. Pondok tersebut letaknya di Deo Band yang mana adalah dipengaruhi fahaman Wahabi. Fahaman Wahabi ini adalah adik kepada Khawarij yang mempunyai sikap “tidak Sabar”.
Puak Khawarij ini menuduh Syaidina Ali dengan bermacam-macam tuduhan selepas beliau mengambil alih pucuk pemerintahan Islam selepas kematian Syaidina Osman. Muktazilan mendesak supaya Ali segera menyiasat dan menangkap pembunuh pemerintah lalu. Tetapi Syaidina Ali memohon mereka bersabar kerana beliau ingin menyusun kerajaan beliau pada waktu itu. Tetapi kerana ketidaksabaran mereka, maka mereka memusuhi sesiapa saja yang tidak menyokong mereka. Sikap ini ditonjolkan dalam perangai ahli-ahli PAS.
Seterusnya selepas pulang ke Malaysia, Nik Aziz mengajar ilmu agama di surau-surau serta mana-mana tempat yang orangramai panggil beliau untuk memberi kuliah. Ahli-ahli UMNO sangat kesian melihat beliau yang ke sana-sini mengajar agama dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Maka mereka membawa beliau ke dalam Kemas sebagai Guru Agama. Beliau juga pernah dilawati oleh Anwar Ibrahim sewaktu di Kelantan dan hasil dari itu Anwar Ibrahim mencadangkan beliau membuka sebuah pondok untuk dijadiukan pusat pembelajaran agama. Nama pondok itupun hampir sama dengan nama Anwar Ibrahim.
Cuba pergi Kelantan dan siasat!
Untuk menjadi guru Kemas, beliau mesti menjadi ahli UMNO terlebih dahulu dan beliau pun menjadi ahli UMNO demi untuk menjadi petugas Kemas. Walaubagaimanapun selepas beberapa lama menjadi guru agama Kemas, dalam menjalani proses kenaikan pangkat beliau telah gagal kerana ketiadaan ketokohan serta kegagalan dalam interview. Maka bertitik tolak dari situlah beliau terus keluar dari UMNO serta Kemas dan menjadi seorang ahli PAS.
Bermulalah era ‘sikap tidak sabar’ beliau serta penyokong-penyokong beliau hasil serba sedikit pengajaran dari pondok di India yang berfahaman Wahabi. Sehingga ini kita dapat melihat sikap tersebut. Ini satu kejayaan besar Nik Aziz dalam karier politik beliau … menanamkan sikap tidak sabar dikalangan pengikut beliau.
Sementara itu Hadi pula adalah secara ringkasnya seorang pelajar bidang Dakwah dan Usuludin di luarnegara. Setelah tamat pengajian beliau pulan ke Malaysia dan bertugas sebagai pegawai agama di agansi kerajaan di Terengganu.
Bapanya iaitu Hj. Awang adalah bekas Setiausaha UMNO bahagian di Terengganu, Di Atas kekuatan bapanya sebagai seorang Setiausaha bahagian, maka dengan senangnya beliau dilantik menjadi pegawai agama di Terengganu.
Tetapi, selepas gagal dilantik sebagai Kadi kerana ketidakupayaan atau kegagalan menghasilkan prestasi tugas yang baik, beliau terus mendaftar menjadi ahli PAS dan meletakkan jawatan sebagai pegawai Agama. Dan selepas itu beliaulah yang menfatwakan yang UMNO itu kafir.
Itulah dua orang pemimpin PAS. Kedua-duanya kecewa kerana tidak mendapat jawatan yang lebih tinggi. Kedua-duanya adalah bekas pemakan budi UMNO. Kedua-duanya juga menjadi pemecahbelah kepada masyarakat Melayu Islam di Malaysia.
Yang lebih penting ialah kegagalan mereka berdua menghasilkan undang-undang hudud yang sama. Undang-undang hudud PAS Terengganu juah berbeza dengan undang-undang hudud PAS Kelantan. Kenapa terjadi begini?
Ini adalah kerana mereka berdua bukan pakar dalam bidang syariah. Mereka hanya pakar dalan dakwah, tafsir dan usuludin. Seorang pandai bercakap dan seorang lagi hanya pandai mentafsir tetapi mengikut citarasa sendiri dan kepentingan parti.
Wallahualam
Sumber Mesra.net dan The Unspinners
MctHeory:
Ada ahli Pas yang kisah?
Ahad, 21 Februari 2010
KES LIWAT ANWAR: HADI AWANG TAKUT, ATAU HARAKAH SPIN CERITA?

Semalam Mc tergelak sendiri, apabila terbaca dua berita yang sama dan dilaporkan cara berbeza. Tak tahulah Mc, sama ada Mc salah baca, atau tukang lapor yang salah tulis.
Mengikut berita dilaporkan oleh bernama, Hadi Awang, President Pas menyelar 50 ahli parlimen kangaroo kerana campur tangan mereka keatas kes liwat anwar, yang mendesak kes liwat anwar digugurkan.
Hadi Awang dilaporkan, berkata menyelar 50 ahli parlimen Australia kerana campur tangan asing keatas keputusan dan undang-undang mahkamah Malaysia.
Tapi dalam Harakah pula, lain yang dilaporkan, mereka lebih memberi keutamaan tentang laporan Hadi Awang yang mempertikaikan mahkamah kerana berada dibawah jabatan Perdana Menteri.
Memang benar dalam temubual Hadi dengan bernama, Hadi juga ada pertikaikan bidang kehakiman, tapi selama ini pembangkang hanya mengsyaki, tiada sebarang bukti yang menunjukkan mahkamah dikuasai oleh Jabatan Perdana Menteri.
Mungkin disebabkan takut ahlul Pas bising atas kenyataannya, Hadi sekali lagi meminta Setiausaha politiknya menjelaskan isu berkenaan dengan mengubah kenyataannya. Daripada selar, menjadi tidak setuju.
Semua laporan tadi boleh baca kat sini, sini dan di sini
Bagi mengikut pandangan Mc, apa yang Hadi Awang kata adalah betul, biarkan anwar dinilai oleh mahkamah, tanpa sebarang campur tangan asing. Kerana mereka tidak menghormati undang-undang kita jika mereka campur tangan.
Mungkin Hadi mahu melihat adakah anwar boleh dipercayai atau tidak. Ataupun Hadi sudah tidak mempercayai anwar lagi, kerana sering menunda kesnya dimahkamah. Biarkan mahkamah menilai kes liwat anwar ini adalah keputusan yang bijak.
MctHeory:
Nampaknya sekarang, Hadi Awang lebih pandai berfikir berbanding politik sempit N.ajis. Kerajaan Perpaduan, apa cerita? Senyap je?
Langgan:
Catatan (Atom)





