Sponsor

Memaparkan catatan dengan label MBmesraRakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MBmesraRakyat. Papar semua catatan

Khamis, 5 November 2015

Video Program Mesra Rakyat yang menarik! #HanyaDiKedah



#Video siri 1 kemeriahan Program Mesra Rakyat yang diadakan di Daerah Yan.

YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir#MBMesraRakyat meluangkan masa bersarapan dan beramah mesra dengan penduduk Yan di sekitar Medan Selera Pekan Sungai Yan kelmarin.

Siri 1 - Program Mesra Rakyat Daerah Yan
#Video siri 1 kemeriahan Program Mesra Rakyat yang diadakan di Daerah Yan.YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir #MBMesraRakyat meluangkan masa bersarapan dan beramah mesra dengan penduduk Yan di sekitar Medan Selera Pekan Sungai Yan kelmarin.#KedahSerataRata #HanyaDiKedah #PMR6Yan #DSMM
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Saturday, October 31, 2015

Video Siri 2
Siri 2 - Program Mesra Rakyat Daerah Yan
#Video siri 2 kemeriahan Program Mesra Rakyat yang diadakan di Daerah Yan.YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir #MBMesraRakyat meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk Yan di sekitar pekan hari Simpang Tiga Sungai Limau, Yan dalam Program Mesra Rakyat (PMR) siri ke 6 yang diadakan di daerah Yan,Terima Kasih penduduk Yan melayan kunjungan YAB MB Kita dengan cukup mesra..#KedahSerataRata #HanyaDiKedah #PMR6Yan #DSMM
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Tuesday, November 3, 2015

Ahad, 12 Oktober 2014

HOT!! Ds Hj @MukhrizMahathir Cuba Bawa Madu Balik ke Rumah? #MBmesraRakyat #KedahSerataRata


Ini dialog bukan rekaan tapi betui-betui kejadiann.. he he..

Selamber abang tu sound.. ha ha ha..

Dah semua yang berdekatan gelak sekali!!

Sabtu, 21 Jun 2014

HOT!! #MBmesraRakyat Bakal Riuh Rendahkan Daerah #Baling! @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah


Masa dinanti nanti sudah tiba! Program Mesra Rakyat aka #MBmesraRakyat akan tiba ke daerah Baling esok. YAB Dato Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir akan turun bersama rakyat Baling didalam pelbagai program yang telah diaturkan oleh daerah Baling.

Ada program bersama rakyat, ada kenduri rakyat, ada program bersama Ulamak tempatan, kakitangan kerajaan, ahli-ahli politik dan pelbagai lagi.

Acara kemuncak ialah, bermalam dirumah keluarga angkat dan beramah mesra serta turun ke kampung kampung dalam daerah Baling pada 21-22 Jun ini.

YAB MB Kedah tidak keseorangan, beliau bersama Exco-Exco kerajaan negeri akan turut serta bersama rakyat untuk mengetahui denyut nadi dan kehidupan yang rakyat hadapi.


Ini bukan program kosong atau syok sendiri. Ini cara YAB DSMM mendekati rakyat disetiap pelusuk negeri Kedah. Turun ke padang bertanyakan khabar, bersua muka saling kenal-mengenal, malah rakyat boleh mengadu terus kepada beliau, tanpa ada jurang atau birokrasi.



Kepada warga Baling sudahkah anda bersedia untuk berjumpa dengan pemimpin kesayangan anda??


McTheory:
Jangan lupa bawa hp untuk berselfie, bukan senang nak berselfie dengan MB Kedah cekk oii... paling penting jangan lupa, hashtag #MBmesraRakyat


Geng jangan lupa LIKE page MukhrizMahathir FC klik link bawah ni..

Sabtu, 24 Mei 2014

HOT!! Apa Pulak Ds @MukhrizMahathir Buat Kat Pasar Malam Ni? #MBmesraRakyat #HanyaDiKedah



Semalam Menteri Besar Kedah, Dato Seri Mukhriz Mahathir turun walkabout di Pasar Malam Taman Nuri petang semalam, beliau beramah mesra dengan para pengunjung dan peniaga di situ.

Ternyata sambutan yang diterima oleh pemimpin mesra rakyat ini disambut baik oleh peniaga dan penduduk.

Rata-rata terkejut, kerana tak pernah ada seorang Menteri Besar turun ke Pasar Malam bersama mereka. Lebih-lebih lagi dalam keadaan yang tidak ada langsung protokol.

Layan gambar MB Kedah di Pasar Malam Taman Nuri,








Itu cerita semalam, pagi ni Dato Seri Mukhriz turun lagi, kalau semalam Dato Seri Mukhriz mengejutkan orang Taman Nuri, pagi ni beliau sekali lagi walkabout disekitar pekan hari, di Pokok Sena.

Ternyata pendekatan begini lebih berkesan dan lebih dekat dihati rakyat. Meluangkan masa bersarapan pagi dikedai kopi bersama penduduk tempatan.

Sambil berbual, penduduk disitu juga boleh mengutarakan masalah setempat utk beliau bawa ke agensi atau pentadbiran Kerajaan.

Layan apa yang terjadi pagi tadi,






















Selepas walkabout disekitar Pekan Hari, Dato Seri Mukhriz singgah sebentar melawat Adun Dato Mad Lebai yang baru kehilangan Ibundanya.




Dah habis kenduri di rumah Dato Mad Lebai, Dato Seri Mukhriz dibawa ke kedai kopi untuk meluangkan masa bersama orang kampung di sekitar sana.








Pelbagai reaksi secara terus yang diterima oleh Dato Seri Mukhriz. Jarang benar, dan belum ada Menteri Besar Kedah mampu melakukan sepertimana beliau lakukan.

Sepanjang kegiatan turun padang yang beliau lakukan ini, bermacam ragam yang kami sendiri saksikan. Ada yang tersengih bila melihat Dato Seri Mukhriz, ada yang tersenyum simpul, ada yang tak berkata-kata, terpaku. Namun bila seorang pemimpin turun padang macam ni, semestinya rakyat akan suka dan rasa ia akan lekat dihati sampai bila-bila.

Cara Dato Seri Mukhriz ni akan menjadi sejarah baru pemimpin Kedah. Siapa sangka, mungkin nanti bila orang tanya, MB Kedah mana yang paling disukai. Akan ada jawapan yang dan gelaran untuk Dato Seri Mukhriz. Tentulah.. MB mesra Rakyat!


McTheory:
Terbaik Dato Seri Mukhriz.. teruskan momentum ini.. 

Selasa, 20 Mei 2014

HOT!! Tasik Pedu Bakal Menjadi Pusat Tumpuan Pelancong? #HanyaDiKedah #KedahTourism


Dulu Tasik Pedu pernah dalam rancangan kerajaan negeri sebagai tempat pelancongan. Ada beberapa resort dan chalet dibina. Namun ianya gagal, kerana kedudukannya yang jauh dari bandar, dan jalan ke sana amat sempit dan tak selesa.

Tapi hari ini, jalan ke tasik Pedu dah luas dan besar. Setaraf dengan highway, cuma bezanya jalan tu takdak tol. Jadi amat tepat jika kerajaan negeri kembali membangunkan kawasan tersebut menjadi kawasan pelancongan.

Kerajaan negeri menubuhkan Pelan Induk Pembangunan Tasik Pedu sebagai sasaran menjadikan kawasan itu sebagai lokasi eko-pelancongan terbaharu di Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dengan adanya pelan induk yang melibatkan pembabitan syarikat pemaju, sebarang pembangunan di Tasik Pedu akan dilaksanakan secara menyeluruh membabitkan penglibatan pemaju swasta.

MB Kedah pun harap ada pihak swasta majukan tempat tersebut,




HOT!! Video Menarik Ds @MukhrizMahathir Teruja Sambut Hari Guru di SMK Syed Ahmad!! #MBmesraRakyat



18hb Dato Seri Mukhriz bersama Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid menyambut hari guru bersama guru dan para pelajar di Sekolah Menengah Syed Ahmad, Kuala Nerang.

Turut sama mengiringi mereka, ialah Exco-Exco Kerajaan negeri, YB Dato Rawi Hamid, YB Exco Tajudin Abdullah dan Tuan rumah YB Badrol Hisham.

Kemeriahan rombongan pimpinan negeri disambut, sukar untuk kita gambarkan.. di dalam video atau pun gambar. Mc yang ada disana pun meremang bulu roma teruja dengan suasana tu.




Kita kongsi sikit kemeriahan hari guru dengan video dibawah,




Amboi main suap-suap la pulak.. he he..

Koleksi gambar sambutan hari guru..

Ahad, 18 Mei 2014

HOT!! Bila Ulamak dan Umarak bersama dan bermesra.. @MukhrizMahathir #MBmesraRakyat #HanyaDiKedah



Program Mesra Rakyat di Padang Terap bersambung lagi. Kali ini pendekatan Dato Seri Mukhriz Mahathir lebih kearah membantu rakyat yang benar-benar dalam kesusahan. Walaupun sebelum ini sudah ada agensi seperti JKM membantu, namun sentuhan dari pemimpin besar Kedah ini sudah tentu mendapat tempat di hati rakyat Kedah.

Dato Seri Mukhriz memulakan harinya dengan berjemaah bersama penduduk dan pelajar sekitar Pondok Tok Guru Pak Teh Mat. Beliau juga bersarapan pagi bersama mereka dan bermesra dengan penduduk kampung.

Untuk pengetahuan semua, Tok Guru Pak Teh Mat ni adalah seorang Ulamak terkenal di utara tanah air. Namun sentuhan dan layanan yang diberikan amat istimewa kepada pemimpin muda seperti Dato Seri Mukhriz.


Bila Ulamak dan Umarak bersatu, Dato Seri Mukhriz Mahathir bersama dan bermesra dengan Tok Guru Pak Teh Mat di Padang Terap.

Kemudian beliau ke Sekolah Menengah Syed Ahmad untuk menyambut hari guru disana,


Sambutan hari guru di Sekolah Menengah Syed Ahmad. Sungguh meriah, malah para guru dan pelajar memberi sambutan yang menakjubkan terhadap Dato Seri Mukhriz Mahathir.

Hinggakan beliau terharu..pelbagai gimik dibuat..malah beliau tak sangka beliau akan disambut demikian rupa.

Terbaik dari Guru dan Pelajar SMK Syed Ahmad, Padang Terap!

Selepas itu beliau ke Pejabat Daerah Padang Terap untuk bertemu dengan pegawai dan kakitangan disana,


Beliau berjumpa dengan kakitangan pegawai Daerah Padang Terap. Sambil mengenal pasti masalah yang timbul di kawasan berkenaan.

Kemudian beliau ke rumah seorang nenek yang berumur 100 tahun bersama anaknya yang mengalami masalah kesihatan.

Di sana beliau bersama Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid juga ditemai oleh YB-YB Exco seperti Dato Tajudin dan Badrol Hisham. Turut sama-sama membantu dan meringankan beban mereka yang memerlukan.


Program Mesra Rakyat tak habis disini.. nanti Mc sambung ke program seterusnya..

HOT!! Pelaburan Rm4Billion! Kedah Bakal Menjadi Negeri Maju! - @MukhrizMahathir #MBmesraRakyat #HanyaDiKedah


Tahniah Dato Seri Mukhriz Mahathir di atas kejayaan ini!

Hasil usaha gigih beliau mentadbir negeri yang aman dan makmur ni.

Pencapaian suku tahun pertama sudah mencapai rm4 billion.


Kedah menerima pelaburan sebanyak RM4 bilion dalam sektor pengeluaran bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, menjadi negeri kedua tertinggi menerima pelaburan.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pelaburan yang diluluskan itu merupakan prestasi yang sangat baik kerana jauh mengatasi pelaburan keseluruhan diterima sepanjang tahun lepas iaitu sebanyak RM2.5 bilion.

Beliau berkata Kedah pada kedudukan kedua selepas Sarawak yang menerima pelaburan sebanyak RM8.26 bilion manakala ketiga Selangor (RM1.9 bilion), diikuti Johor RM1.29 bilion dan Pulau Pinang RM831 juta.

“Pelaburan ada melibatkan pembesaran kilang sedia ada dan pelaburan baru. Antara yang besar adalah pelaburan dalam sektor fabrikasi wafer di Kulim Hi-Tech Park dan juga sub-sektor farmaseutikal,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Mukhriz berkata kemasukan pelaburan yang tinggi dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan Kedah masih merupakan destinasi pelaburan yang diminati pelabur asing dan tempatan.

“Saya harap lebih banyak pelaburan seperti ini masuk ke Kedah sekaligus membuka peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat kita dan juga warga (Malaysia) dari luar Kedah,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan mempertingkat usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan, bukan hanya sektor pengeluaran tetapi juga dalam sector pelancongan dan perkhidmatan.

“Kita tidak tumpu kepada kedudukan ke berapa kita tetapi tumpu kepada jumlah pelaburan yang masuk. Tahun lepas, pelaburan termasuk juga sector perkhidmatan dan pelancongan berjumlah RM13.1 bilion,” katanya.

Sabtu, 17 Mei 2014

HOT!! Program #MBmesraRakyat GEGARkan Padang Terap!! @MukhrizMahathir @ShaifulHazizy #HanyaDiKedah





Program Mesra Rakyat bermula lagi, kali ni dalam daerah seterusnya, di Padang Terap. Program yang mendekatkan pemimpin kerajaan negeri dengan rakyat di daerah yang terpilih. YAB MB Kedah Dato Seri Mukhriz Mahathir walkabout disekitar pasar pagi (Pekan Nat) di Pekan Kuala Nerang. Bermesra dan bersarapan pagi dengan peniaga disekitar kawasan tersebut.


Berhampiran tempat yang sama Pemuda UMNO Kedah juga membuat program Kedah Fun Ride dan ianya dilepaskan oleh Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid dan Dato Shaiful Hazizy


Program Mesra rakyat diteruskan dengan program dan dialog yang mendengar masalah rakyat setempat.



Majlis penutup Kedah Fun Ride, oleh YAB MB Kedah.

Ke kenduri kampung Tepi Sungai Sri Mani, Padang Terap. Sambutan sungguh meriah!!


Hingga ke saat ini, program mesra rakyat masih terus berjalan hingga esok. Malah YAB MB Kedah akan ke forum perdana di Taman Pelangi pada 9.30 malam ini.

Jom datang beramai-ramai..