Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Mukhriz mahathir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mukhriz mahathir. Papar semua catatan

Isnin, 13 Mac 2017

Nasib Seorang Veteran Umno dibela oleh Team Sukarelawan PPBM Jerlun


Beginilah nasib seorang veteran Umno, Siti Bedah Bt Saad, lebih dikenali sebagai Long Bedah dikalangan orang kampung. Long Bedah ni sudah 8 tahun tak boleh berjalan. Kali terakhir Long mendapat bantuan kerusi roda, ketika itu disumbangkan oleh Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir pada 8 tahun lepas.

Kerusi roda tersebut telah rosak dalam beberapa bulan lepas dan baru-baru ini diganti dengan sebuah lagi kerusi roda yang baru oleh Dato Mukhriz (selepas kehadiran Anuar Musa di Jerlun).

Apa yang dihadapi oleh Long Bedah ni amatlah malang kerana rumah beliau hanya bersebelahan dengan rumah Pengerusi JKKK. Wakil kampung yang dilantik oleh Umno dan Kerajaan

Rumah JKKK jiran Long Bedah

Malah baru-baru ini Ketua Penerangan UMNO, Anuar Musa berada di Kg Tanjung selama 2 hari (10 & 11 Mac) dan telah melawat rumah Pengerusi JKKK Kg Tanjung. Dalam masa yang sama Anuar Musa juga telah merasmikan Mesyuarat Agong Veteran Umno Jerlun di Dewan Kampung Tanjung.

Mesyuarat Agong Veteran Umno

Sumber berita rasmi dari web Umno

Perkara ini cukup menyedihkan apabila Long Bedah yang juga seorang veteran wanita Umno, tidak diendahkan malah langsung tak diberi bantuan. Sedangkan rumah Long Bedah hanya beberapa meter dihadapan dewan berkenaan.

Apakah jentera Umno atau JKKK hanya memberi bantuan kepada mereka yang berpilih sahaja? Jika orang Umno sendiri tersisih bagaimana pula dengan kita yang bukan ahli?

Disebabkan perkara tersebut, Team Sukarelawan PPBM Jerlun hadir ke rumah Long Bedah untuk memberi bantuan makanan asas dan kerusi roda.


Walaupun, Long Bedah seorang ahli Umno, namun kasih sesama insan lebih penting dari jaringan politik yang memisahkan persahabatan sesama ummah.

Atas sebab demikian, Long Bedah menyampaikan ucapan salam kepada Dato Seri Mukhriz dan berterima kasih banyak atas sumbangan dan bantuan dari Dato Mukhriz selama 8 tahun ini.

Alhamdulillah didoakan semoga Long Bedah diberi kesihatan yang baik dan dirahmati Allah SWT. Kita doakan juga supaya Team Sukarelawan PPBM Jerlun terus diberi kekuatan membantu rakyat setempat.

Ahad, 24 April 2016

Tengku Sarifuddin saja buat-buat tak faham isu! @MukhrizMahathir


Sekali lagi Tengku Sarifuddin tidak memahami isu sebenar. Malah, dia mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal dan tidak berasas sama sekali bilamana beliau mendakwa saya bertanding jawatan Naib Presiden semata-mata untuk memenuhi cita-cita menjadi Perdana Menteri.

Yang pertamanya, saya ini seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dan tidak seperti seorang Ahli Parlimen, saya tidak layak memegang sebarang jawatan Persekutuan, melainkan dilantik sebagai Senator. Begitupun, apakah kebarangkalian seorang PM melantik seseorang sebagai Senator semata-mata untuk mengangkat beliau ke jawatan Perdana Menteri?

Keduanya, jawatan Naib Presiden tidak menjamin penyandangnya akan menjadi Perdana Menteri. Jangankan jawatan tertinggi, sebagai seorang menteri pun belum pasti, sepertimana yang boleh diperakui Dato’ Seri Shafie Apdal.

Yang ketiga, tidak semestinya seorang bergelar Yang Berhormat sahaja layak bertanding jawatan Naib Presiden, sekaligus menyangkal pendapat bahawa semua Naib Presiden semestinya menyimpan cita-cita untuk memegang jawatan tertinggi kerajaan Malaysia. Yang dimaksudkan, Ali Rustam.

Begitu jelas sekali bahawa serangan dan kutukan silih berganti yang dilemparkan terhadap Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Dato’ Seri Shafie dan saya sendiri bertujuan untuk mengalih perhatian Rakyat dari isu-isu sebenar dan perlakuan jenayah iaitu berbilion wang 1MDB yang lenyap, yang mengaitkan secara langsung Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Penasihatnya; jutaaan wang milik SRC International yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri; dan wang RM2.6 bilion atau berapa jumlah sebenar yang dengan begitu murah hati “didermakan” oleh seorang putera raja sebuah negara yang sedang berusaha meminjam sebanyak USD10 bilion daripada bank-bank antarabangsa.

Eloklah Perdana Menteri merombak barisan pegawai-pegawainya kerana strategi-strategi Perhubungan Awam mereka tidak membantu beliau sedikit pun. Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan telah menghakis sedikit kredibiliti yang beliau masih miliki. Tetapi, beliau sebenarnya sudah tidak wibawa.



YB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir
Adun Ayer Hitam
Ketua UMNO Bahagian Jerlun

Isnin, 12 Oktober 2015

Video nyanyian 'Tak Seindah Wajah' oleh @MukhrizMahathir



Sekali lagi YAB DS Mukhriz mendeklamasi lagu "Tak Seindah Wajah" nyanyian asal Tan Sri SM Salim.

Mendalam maksud disebalik lirik lagu "Tak Seindah Wajah" ini untuk dihayati.

Lirik Lagu "Tak Seindah Wajah" ;

Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakonan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda


MB Kedah Deklamasi Lagu "Tak Seindah Wajah"
Sekali lagi YAB DS Mukhriz mendeklamasi lagu "Tak Seindah Wajah" nyanyian asal Tan Sri SM Salim.Mendalam maksud disebalik lirik lagu "Tak Seindah Wajah" ini untuk dihayati.Lirik Lagu "Tak Seindah Wajah" ;Kusangka aur di pinggir tebingKiranya tebu di pinggir bibirKusangka jujur pancaran batinRupanya palsu penghias zahirKukira hati jiwa nuraniSuci seindah wajah terbayangKukira puji seikhlas budiKulupa lidah tidak bertulangDi manis gula semut binasaKail berduri bersalut umpanDi manis kata insan terlenaKerana budi hamba terkorbanInikah dia lakonan hidupDi pentas dunia insan berpuraTipu dan daya pencapai maksudBudi dan harta merangkum noda
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Sunday, October 11, 2015

Isnin, 14 September 2015

Pulau Langkawi Sebagai Pulau Rendah Karbon?


''Pulau Rendah Karbon'' Tidak Mustahil Untuk Dilakukan - Mukhr...
Hasrat Kerajaan Persekutuan menjadikan Pulau Langkawi sebagai "Pulau Rendah Karbon" pertama di Malaysia disambut baik oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Mahathir.Menurut YAB DS Mukhriz " Ini pun satu cara untuk kita menjadikan Pulau Langkawi itu satu destinasi pelancongan yang unik dan ianya tidak mustahil untuk dilakukan''.
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Sunday, September 13, 2015

Ahad, 13 September 2015

KPI Mukhriz Mahathir sebagai MB Kedah!



1. KPI Mukhriz Mahathir sepanjang menjadi Menteri Besar Kedah dari 6 Mei 2013 sehingga sekarang. Makhluk Asing tu difahamkan sekadar nak bertanya. So, sebagai anak Kedah "02", aku bentangkan fakta dibawah, apa yang Mukhriz Mahathir buat untuk negeri Kedah dan seluruh isi didalamnya.

2. Fokus KPI Mukhriz Mahathir yang aku dapat sepanjang beliau menjadi MB Kedah dalam konteks Pelaburan, Peruntukan Belanjawan, Penyediaan Rumah Mampu Milik dan Jumlah Kutipan Hasil. Empat perkara ini menjadi perkara pokok dalam memacu pembangunan ekonomi dan kemampanan tadbir urus kerajaan negeri yang lebih efisien.

a. Kerancakkan Pelaburan Domestik dan Asing:
Berdasarkan report daripada MIDA salah sebuah agensi dibawah MITI, nilai pelaburan langsung domestik (DDI) dan langsung asing (FDI) yang masuk ke Kedah ialah seperti berikut;

Berakhir Dec 2013 :
DDI = RM702,463,923 (USD219,519,976*)
FDI = RM4,129,732,892 (USD1,290,541,529*)
*USD1=RM3.20 - Dec 2013

Berakhir Dec 2014 :
DDI = RM768,319,917
FDI = RM4,516,895,351

Jan-Jun 2015 :
DDI = RM252,321,596
FDI = RM866,228,352

Link : http://www.mida.gov.my/…/FactsFigur…/JanJune2015/byState.pdf

b. Peruntukan Belanjawan Kedah : Belanjawan Berhemah

2014 :
Peruntukan : RM796.35 juta
Belanja Mengurus : RM243.12 juta
Belanja Pembangunan : RM235.62 juta

2015
Peruntukan : RM804 juta
Belanja Mengurus : RM527 juta (Belanja Defisit Pembangunan KWPN RM194 juta)
Belanja Pembangunan : RM276.98 juta

c. Jumlah kutipan hasil negeri Kedah : Memacu pembangunan negeri
2013 : RM512 juta
2014 : RM450 juta
2015 : RM743 juta (Anggaran)

d. Jumlah projek Rumah Mampu Milik di Kedah

2013 :
Melalui Jab. Perumahan Negara : 4,801 buah
Melalui PPR : 812 buah
Melalui SPP : 126 buah
Melalui Pihak Swasta : 1,019 buah
Melalui PR1MA : 1,349 buah

2014 :
Melalui PR1MA : 6,373 buah
Melalui Rumah Mesra Rakyat : 2,505 buah
Melalui Projek Rumah Felda Gen2 : 640 buah
Melalui KEDA : 221 buah

Rujukan : Laporan Belanjawan Kedah 2014 dan 2015

Kesimpulannya, KPI Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah ke-10 dalam tempoh masa 2 tahun 4 bulan, bagi penulis, amat membanggakan. Beliau berjaya mengembalikan Kedah ke landasan yang betul selepas huru-hara selama sepenggal bahkan dalam prospek ekonomi yang kian mencabar, Mukhriz Mahathir berjaya mengharung onak duri dalam merancakkan sub sektor ekonomi Kedah.

Rabu, 2 September 2015

Video Kemeriahan Sambutan Ambang Merdeka 2015 Negeri Kedah



Saksikan rakaman video kemeriahan Sambutan Ambang Merdeka 2015 peringkat Negeri Kedah bersama YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir yang diadakan di Daerah Yan.

Terima Kasih semua rakyat Kedah yang sentiasa memberi sambutan yang cukup meriah kepada DS Mukhriz , Menteri Besar Kedah yang cukup kita sayangi.


Saksikan rakaman video kemeriahan Sambutan Ambang Merdeka 2015 peringkat Negeri Kedah bersama YAB Dato' Seri Hj Mukhriz...

Khamis, 20 Ogos 2015

Kedah Cadang Kurang GST dari 6% ke 3% - @MukhrizMahathir


Atas sebab rungutan Rakyat mengenai GST, maka Kedah mencadangkan agar kadar cukai ini dikurangkan dari 6 ke 3%. Jika tidak boleh, dicadangkan hasil cukai GST dikongsi bersama negeri2 khususnya yg miskin seperti Kedah.

YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir
Menteri Besar Negeri Kedah

Ahad, 9 Ogos 2015

Mukhriz Risau Suara Akar Umbi Tidak Didengari Pimpinan Atasan



Dalam ucapan perasmian di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah dan Jerai semalam. YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah menegaskan bahawa UMNO kini berada didalam keadaan kritikal dan pimpinan harus tangani isu yang berkaitan, demi untuk memperolehi semula keyakinan ahli dan rakyat pada parti keramat ini.

"Parti Umno satu-satunya parti yang mempunyai ahli cukup ramai dan mesyuarat bahagian pula diadakan setahun sekali. Oleh itu disinilah tempat kita untuk menyuarakan kegelisahan rakyat bagi membincangkan dan disampaikan kepada kepimpinan bahagian seterusnya dibawa ke peringkat pusat. Keputusan yang kita buat mestilah mendengar nadi denyut rakyat dan mengambil kira pandangan mereka".

Kata Dato Seri Hj Mukhriz yang risau jika pimpinan parti tidak ambil kisah tentang suara akar umbi.

"Kalau keputusan yang dibuat tidak menyenangi hati rakyat, maka bila tiba PRU nanti mereka akan menghukum kita. Jika hilang undi 2% pun kita akan hilang kuasa mentadbir negara. Tanya soalan tak salah, kerana pertanyaan kita itu bukan hendak menjatuhkan parti, sebaliknya untuk memperkuatkan parti". Kata beliau lagi.

Beliau menegaskan tiga perkara penting dalam ucapan semalam,

 1. Jangan cuba singkirkan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Presiden UMNO. Ini kerana beliau memenangi jawatan tersebut melalui pemilihan parti dan bukannya dilantik.

2. Jangan ada pihak yang cuba mengganggu siasatan yang sedang di lakukan oleh agensi-agensi yang berkaitan termasuklah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

3. Tan Sri Zeti merupakan seorang Gabenur Bank Negara yg disegani di peringkat antarabangsa. Jika ada tindakan yg dikenakan ke atas beliau,maka hilanglah terus kredibiliti kerajaan kita.

Kita sudah menghadapi krisis keyakinan terhadap pentadbiran. Jika kita kerap melakukan kesilapan dan perkara yang membelakangkan rakyat nescaya kita (UMNO) akan dihukum dalam PRU yang akan datang.

#UMNOKedah #Kedah #MMFC #BeraniBerubah

Isnin, 27 Julai 2015

Video Kemeriahan Rumah Terbuka MB Kedah



Kemeriahan disekitar Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB DS Mukhriz Mahathir kelmarin di Seri Mentaloon yang sempat dirakamkan.


Rabu, 22 Julai 2015

Kedah Hantar 216 Pelajar Ke Mesir Dan Jordan


Alor Setar 21 Julai : Seramai 216 orang pelajar Kedah berlepas ke Mesir dan Jordan malam tadi bagi melanjutkan pelajaran mereka. Majlis pelepasan dilaksanakan oleh Menteri Besar Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir di Maktab Mahmud Alor Setar malam tadi.

Dalam majlis itu juga, pelajar-pelajar telah menerima sumbangan daripada tiga pihak termasuk Perbadanan Menteri Besar sendiri. Turut hadir dalam majlis ini adalah Exco Kerajaan Negeri YB Dato Mohd Rawi Hamid dan juga YB Dato' Badrol Hisham Hashim. 


Bagi memudahkan urusan perjalanan mereka, beberapa buah bas disediakan kepada mereka untuk terus ke Kuala Lumpur sebelum bertolak ke Mesir. 

Dalam ucapan YAB MB, beliau berpesan kepada pelajar-pelajar supaya tidak terlibat dengan politik dan kegiatan IS di Mesir. 

"Belajarlah bersungguh-sungguh supaya menjadi insan berguna dan pulang berbakti di Kedah". katanya. 








Khamis, 9 Julai 2015

Mukhriz Komen Tentang YAB PM dan WSJ


Apa komen Dato Seri Hj Mukhriz ya?

HOT! Komen Dato Seri Hj Mukhriz mengenai isu YAB PM dan WSJ.
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Monday, July 6, 2015

Video Mukhriz 'Kejutkan' Pesakit di Hospital



Video disekitar YAB MB kita dan isteri ziarah pesakit-pesakit serta memberi sumbangan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kelmarin.

Selepas ziarah dan memberi sumbangan kepada pesakit-pesakit, YAB MB dan isteri sempat berbuka puasa secara santai di Hospital berkenaan.


MB Kedah & Isteri Ziarah Pesakit Hospital Sultanah Bahiyah
Video disekitar YAB MB kita dan isteri ziarah pesakit-pesakit serta memberi sumbangan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kelmarin.Selepas ziarah dan memberi sumbangan kepada pesakit-pesakit, YAB MB dan isteri sempat berbuka puasa secara santai di Hospital berkenaan.#MMFC #KedahSerataRata #KedahAmanMakmur #DSMM
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Monday, July 6, 2015

Ahad, 5 Julai 2015

Hargai Pengorbanan Anggota PDRM - Mukhriz


Video disekitar YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir berbuka puasa bersama PDRM Kontinjen Kedah di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Alor Setar.

Dalam ucapan YAB kelmarin, YAB menghargai jasa dan pengorbanan anggota PDRM didalam menjaga keamanan negara. YAB juga memuji Polis Kedah kerana berjaya mengurangkan indeks jenayah dalam suku tahun pertama.

Malah dimajlis tersebut, YAB turut menyampaikan sumbangan kepada balu-balu dan anak-anak polis yang kurang upaya.

Saksikan video yang sempat dirakam.



Video disekitar YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir berbuka puasa bersama PDRM Kontinjen Kedah di Ibu Pejabat.
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Thursday, 2 July 2015

Ahad, 21 Jun 2015

Nukilan Mukhriz Tentang Ayahandanya


DAULAT SEORANG AYAH

Ha, when did you get back, Is?, tanya ayah walhal saya sudah hampir seminggu pulang dari MRSM Kota Bharu (kini MRSM Pengkalan Chepa) untuk cuti semester.

Sepanjang saya berada di rumah No. 3 Jalan Tunku, iaitu kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, ayah tidak banyak bercakap. Dia sekadar menjawab pertanyaan saya dengan sepatah dua perkataan sahaja. Entah kenapa, kali ini ayah tidak mesra berbual seperti selalunya.

Lima hari berlalu dengan keadaannya sama sahaja, ibu menghulurkan duit RM5 dan menyuruh saya pergi gunting rambut. Setelah pulang ke rumah dengan rambut pendek dan kemas, barulah dari belakang surat khabar ayah menyapa:

“Ha, bila balik Is?”

Rupa-rupanya kepulangan saya dari maktab dengan rambut yang agak panjang dan kusut masai sangat tidak disenangi ayah. Tetapi cara dia menunjukkan kemarahannya dengan tidak terus menegur saya, langsung tidak saya fahami.

Hal itu saya sedari hanyalah setelah ibu dengan tepat meneka tindakan yang boleh menjernihkan keadaan iaitu dengan saya memotong rambut.

Agaknya kerana terkejut dengan episod itulah pertumbuhan rambut saya terencat dan akibatnya semua orang dapat lihat sendiri!

DALAM TEGAS, KASIH MELIMPAH

Ayah seorang yang tegas dengan anak-anaknya tetapi ketegasan itu disirami kasih sayang yang sangat dalam. Kalau ada apa-apa yang tidak kena dengan anak-anak, tugas memperbetulkannya jatuh di tangan ibu. Ayah akan tangani sendiri jika timbul hal-hal yang dianggap besar melibatkan anggota keluarga.

Sejak usia muda kami adik beradik faham bahawa masa dan perhatian ayah lebih tertumpu kepada rakyat daripada keluarga. Itulah realitinya sampai hari ini. Oleh itu, hal-hal dalaman keluarga diselesaikan oleh ibu tanpa perlu mengganggu ayah.

Begitu berkesan cara ibu menguruskan hal-hal keluarga sehingga membolehkan ayah menumpukan masa dan tenaga kepada urusan negara. Dewasa ini saya dilihat mempunyai sifat penyabar. Sifat banyak bersabar itu tentunya saya warisi dari ibu.

Mujurlah Siti Hasmah berkahwin dengan Mahathir. Kalau orang lain, kemungkinannya lelaki pilihan Siti Hasmah itulah yang akhirnya menjadi Perdana Menteri!

HIJRAH

Ketika ibu melahirkan saya pada November 1964 itulah kali pertama ayah tidak berada di sisinya seperti ketika kelahiran kakak dan abang-abang saya.

Sewaktu saya teriak nyaring setelah punggung saya “ditampar” oleh jururawat - atau misi kata orang Kedah - wad bersalin Hospital Besar Alor Star, ayah berada dalam kereta api menuju ke Kuala Lumpur untuk menghadiri hari pertama Sidang Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Kota Star Selatan yang baru dimenanginya.

Semakan hansard Parlimen menunjukkan bahawa ayah tidak menyertai perbahasan Parlimen pada hari itu, mungkin kerana terlalu seronok mendapat anak baharu. Tetapi beberapa hari selepas itu ayah mula bertikam lidah dengan seorang Ahli Parlimen dari Singapura yang tidak lain tidak bukan, Yang Berhormat Lee Kuan Yew.

Beliau menyampuk Ahli Parlimen dari Singapura itu sehingga dia berhenti berhujah dan duduk. Empat puluh empat tahun kemudian, dengan takdir, saya menjejaki beliau ke dewan yang sama sebagai Ahli Parlimen Jerlun.

Sudah menjadi pengetahuan umum yang datuk saya, Master Mohamad Ali, merupakan seorang pendidik yang sangat mengutamakan penguasaan bahasa Inggeris. Dia mahu membuktikan kepada penjajah Inggeris bahawa orang Melayu juga mampu bertutur dengan penuh intelek dalam bahasa Inggeris.

Mungkin kerana itu juga ayah menghantar saya ke tadika Gereja Methodist di Alor Setar. Pada zaman itu tidak ada tadika atau taska seperti yang ada sekarang selain yang dikendalikan oleh gereja-gereja.

Seingat saya, kanak-kanak yang menghadiri tadika itu riang bermain sambil diajar subjek-subjek ringan sesuai dengan usia mereka. Setelah melihat bagaimana paderi Kristian berdoa sebelum makan dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan, saya tanya kepada ayah kenapa kita menadah tangan ketika berdoa di rumah. Ayah menjelaskan perbezaan itu dan menyuruh saya berdoa secara Islam sebelum makan di tadika.

Oleh kerana Sekolah Iskandar di Alor Setar diasaskan oleh datuk saya, maka tentulah ayah menghantar semua anak lelakinya ke sekolah itu yang terletak di belakang Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Saya hanya sempat di situ hingga darjah empat kerana pada tahun 1974, Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein melantik ayah Menteri Pelajaran.

Kami terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur dan saya tidak berkesempatan melanjutkan pelajaran ke KSAH yang tersohor itu.

Saya masih ingat betapa gembiranya kami setiap kali menaiki kereta api, termasuklah apabila kami berpindah ke Kuala Lumpur. Kami menaikinya di Stesen Butterworth untuk perjalanan terus ke ibu negara.

Sebagai hiburan dan mengisi masa, setiap seorang daripada kami dibelikan komik - saya mendapat Beano dan Dandy – dua komik Inggeris yang amat popular waktu itu. Abang-abang saya pula memilih komik Combat.

Bilik-bilik tidur dalam gerabak mempunyai dua katil bertingkat. Kami berebut-rebut untuk dibenarkan tidur di katil atas. Sinki tersorok dalam almari.

Walaupun seronok dapat komik baru, tidak sampai setengah jam kami semua tertidur dibuai ayunan gerabak dan bunyi enjin kereta api. Celik-celik mata sudah sampai di Stesen Besar Kuala Lumpur. Kini kalau tidak mahu memakan masa tidak lebih 4 jam untuk ke ibu negara melalui lebuhraya, kita boleh terbang terus dari Alor Setar ke Subang atau KLIA.

Ayah menyewa rumah di Seksyen 16, Petaling Jaya. Saya masuk darjah lima di Sekolah Sri Petaling. Pada mulanya saya berasa terasing daripada pelajar lain kerana loghat Kuala Lumpur yang mereka gunakan sehinggalah berjumpa murid-murid berasal dari Perlis yang sama loghat dengan saya. Mereka dan beberapa orang lagi dari Selangor menjadi rakan karib saya hingga ke hari ini.

MRSM DAN JEPUN

Walaupun ayah saya Menteri Pelajaran, dia tidak menghantar kami ke sekolah menengah kerajaan. Sebaliknya dia menghantar saya dan abang saya, Mokhzani, ke sekolah asrama penuh kelolaan MARA iaitu Maktab Rendah Sains MARA di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Suasana di Kelantan tidak banyak beza daripada Kedah, kecuali loghat bahasa, tetapi amat berlainan sekali berbanding dengan Petaling Jaya.

Saya mengambil masa yang lama membiasakan diri berjauhan dengan keluarga dan berasa tidak selesa berada dalam persekitaran yang cukup asing. Itulah perasaan saya pada tahun pertama di Kota Bharu.

Ayah berpesan kepada pengetua maktab supaya tegas dengan saya dan melayan saya seperti dia melayan pelajar-pelajar lain. “Kalau terpaksa tibai pun, silakan”. Dan memang pun saya dirotan kerana ditangkap merokok sewaktu dalam tingkatan lima!

MRSM, termasuklah dirotan, mengajar saya disiplin, berdikari, bergaul, berasa empati dengan taraf kehidupan yang berbeza-beza di kalangan pelajar dan menghormati serta menghargai pengorbanan guru.

MRSM memberi banyak ruang kepada pelajar untuk membuat keputusan sendiri tetapi disiplin amat dititikberatkan. Saya percaya, lima tahun di MRSM pada usia yang sangat penting dalam pembentukan watak seseorang memberi kesan yang berkekalan kepada saya. Agaknya itulah matlamat ayah apabila membuat keputusan menghantar saya ke MRSM.

Keputusan beliau selanjutnya turut memberi kesan besar kepada perwatakan saya. Ketika ramai rakan MRSM melanjutkan pelajaran ke negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, saya menjadi “haiwan makmal” Dasar Pandang Ke Timur beliau. Saya dihantar melanjutkan pelajaran ke Jepun.

Kalau di Kelantan saya mengalami permulaan yang sukar, di Tokyo lagilah.

Bukan setakat bahasanya yang langsung tidak saya fahami, tetapi budayanya juga jauh berbeza walaupun banyak ciri-ciri timur. Makan dan minum susah. Tidak cukup dengan itu, saya disuruh bekerja sambil belajar supaya dapat menampung yuran universiti dan meringankan kewangan keluarga.

Saya dihantar bekerja sambilan di ibu pejabat Bank of Tokyo Limited di Nihombashi, Tokyo. Serentak saya mempelajari bahasa Jepun sehinggalah saya memasuki Universiti Sophia di Ichigaya, Tokyo.

Ayah sangat kagum dengan budaya orang Jepun dan mengimpikan agar orang Melayu dapat menerap nilai-nilai baik daripada budaya Jepun. Kerap saya dengar hujah bahawa negara Jepun mencerminkan ciri-ciri Islam tulen walaupun ia bukan negara Islam.

Ciri dan nilai yang dipegang oleh masyarakat Jepun ini sangat bertepatan dengan ajaran Islam seperti kegigihan dan ketekunan bekerja, sentiasa memikirkan kepentingan umum mengatasi kepentingan diri, menepati masa dan menjaga kebersihan.

Mereka setia dan komited kepada organisasi atau syarikat. Mereka mengamalkan semangat juang yang tinggi. Kesemuanya nilai-nilai murni yang ayah anggap sebagai ramuan wajib bagi menjayakan segala-gala yang kita cita-citakan untuk Malaysia.

Mungkin di peringkat awal di sana, saya tidak memahami tujuan yang tersirat apabila ayah menghantar saya ke Jepun. Namun, lama kelamaan saya makin menghayati manfaat yang saya peroleh selama lima tahun di negara matahari terbit itu. Sampai hari ini saya masih kagum dengan sikap orang Jepun dan berusaha agar rakyat Kedah mencontohi mereka.

Antara sikap orang Jepun yang patut diteladani ialah jujur dan amanah.

Apabila berlakunya gempa bumi besar di Tohoku, Jepun, disusuli pula oleh tsunami besar yang meranapkan bangunan dan memusnahkan harta benda, tiada langsung kejadian curi (looting) seperti yang kerap berlaku di negara-negara lain yang ditimpa musibah seperti itu. Malah sifat kemanusiaan mereka menjadi lebih terserlah ketika berlaku tragedi.

Bukan setakat itu saja, wang tunai Yen Jepun yang bernilai lebih RM273 juta, termasuk dari bank-bank yang ranap, dikutip oleh orang ramai dan dipulangkan kepada pemiliknya. Adakah kita, khususnya orang Islam, dapat melakukan hal yang sama dalam keadaan seperti itu?

Dalam kejuaraan bola sepak terbesar dunia World Cup 2014 di Brazil, seperti dijangkakan pasukan Jepun kalah kepada Ivory Coast, seri dengan Greece dan tewas sekali lagi kepada Colombia. Namun, tidak seorang pun penonton bola yang tidak mengagumi dan menghormati Jepun.

Apa rahsianya?

Selepas setiap permainan, penyokong-penyokong Jepun mengutip sampah dalam stadium dan membuangkannya di tempat yang dikhaskan. Jepun kalah dalam pertandingan bola tetapi mereka dikagumi kerana budaya mulia yang mereka amalkan. Adakah kita mampu mencontohi mereka?

Sungguh tepat sekali keputusan ayah menghantar saya ke Jepun kerana di situ saya belajar tentang nilai dan jati diri satu bangsa kecil tetapi bercita-cita besar.

POLITIK DAN KONFLIK KEPENTINGAN

Umum juga mengetahui bahawa ayah tidak membenarkan kaum keluarganya terlibat dalam politik atau kerajaan sewaktu beliau memimpin UMNO dan negara.

Bila ditanya dalam satu forum apa maksud larangan itu, ayah berkata tujuannya ialah untuk mengelak daripada timbul situasi di mana beliau terpaksa memilih antara rakyat dengan keluarga. Dalam keadaan sedemikian, tentunya ayah akan memihak kepada rakyat jelata. Jadi di mana hendak diletak kepentingan keluarga?

Justeru, saya terpaksa menunggu hingga ayah bersara sebelum menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 2004.

Bila saya memaklumkan kepada beliau mengenai keinginan saya bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu, bahagian UMNO yang beliau sendiri terajui selama 35 tahun, jawabnya ringkas, “Hmmm…kalah.”

Saya terkedu, tidak sekali-kali menduga itu respons ayah terhadap cita-cita saya.

Sekurang-kurang ayah boleh mendorong saya untuk mencuba nasib memandangkan beliau sudah pun bersara dan saya tidak lagi terhalang dengan ketegahannya. Sebaliknya respons ayah begitu mengejut dan mengecewakan.

Tetapi tepat sekali ramalan ayah, saya kalah sembilan undi.

Dari situ saya belajar mengenai politik. Hakikat bahawa saya anak bekas Presiden yang menerajui parti selama 22 tahun tidak menjamin perjalanan politik saya akan menjadi mudah - kononnya laluan sudah dibuka orang tua saya.

Bagaimanapun, saya belajar mengenai hikmat di sebalik setiap kejadian yang saya lalui. Kekalahan di bahagian ayah saya sendiri menarik perhatian ramai terhadap usaha saya untuk bergiat aktif dalam UMNO.

Saya menang sebagai ahli majlis kerja (Exco) Pemuda dengan undi tertinggi. Sejak itu, saya tidak pernah rasa terlalu kecewa dengan keadaan yang sepatutnya mengecewakan. Saya yakin Allah SWT tentunya mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita.

Saya juga faham tujuan ayah yang seakan-akan tidak menggalakkan saya bergiat dalam arena politik. Memahami betapa politik itu dipenuhi onak dan duri, beliau mahu saya tidak ambil mudah dan dia mahu saya berpijak di bumi nyata, tabah dan tidak mudah kecewa.

INTEGRITI.

Antara perkara yang pertama saya lakukan setelah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah adalah menandatangani ikrar integriti. Saya mengumumkan pendirian saya tidak membenarkan kaum keluarga saya terlibat dalam sebarang perniagaan yang melibatkan Kerajaan Negeri Kedah.

Dua tiga hari kemudian, saya berjumpa dengan ayah. Beliau mengulas: “Jadi saya pun tak boleh berniaga di Kedah lah.”

Saya jawab: “Boleh”.

Ayah membalas: “Macam mana boleh, kalau Is dah umum macam tu?”

Saya jawab: “Kena tunggu Is berhenti dulu lah.”

“Bila nak berhenti?” tanya ayah.

“Dua puluh dua tahun lagi!” jawab saya berseloroh.

“Hai, macam balas dendam saja,” kata ayah dalam ketawa.

“Dah ayah ajar macam tu,” balas saya.

SELAMAT HARI BAPA DAN SELAMAT HARI JADI

Sempena Hari Bapa ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Bapa kepada ayah saya. Juga ucapan Selamat Hari Jadi ke 90 pada 10hb Julai ini.

Untuk rekod 20hb Disember 1924 tercatat sebagai tarikh lahir rasmi ayah. Tetapi tarikh sebenar ialah 10hb Julai 1925. Kalau meraikan kedua-dua tarikh tersebut, maka usia ayah sepatutnya akan mencecah 180 tahun Julai ini!

Terima kasih atas segala bimbingan dan didikan yang diberikan kepada saya secara langsung, dan lebih banyak lagi secara tidak langsung. Yang saya mohon ialah ayah terus mendoakan kami yang mewarisi negara ini dari orang sebelum kami.

Doakan agar Allah SWT terus memberi petunjuk dan hidayah kepada kami semua, supaya apa yang dicita-citakan oleh ayah dan ayah-ayah kita semua menjadi kenyataan, insyaAllah.

Selagi hayat dikandung badan, teruslah menegur kami agar kami tidak terpesong daripada landasan yang betul. Walaupun kami sudah dewasa, namun kebijaksanaan ayah dan orang-orang terdahulu masih kami perlukan. Supaya destinasi yang dituju terus didorong oleh momentum dan hala tuju yang diusahakan oleh pejuang-pejuang terdahulu.

Mudah-mudahan Hari Bapa tahun ini, dan ulang tahun kelahiran yang ke-90 bulan depan akan mengukuhkan lagi rasa hormat kami kepada ayah yang telah bersengkang mata berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.


Mukhriz Mahathir
21hb Jun, 2015

sumber http://www.mukhrizmahathirfc.com/

Khamis, 18 Jun 2015

Marhaban Ya Ramadhan


Marhaban ya Ramadhan
Salam Ramadhan Kepada Seluruh Muslimin dan Muslimat. Di bulan yang mulia ini marilah kita perbanyakan amalan dan ibadah kita kepada Allah S.W.T.


Marhaban Ya Ramadhan.Ucapan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak daripada MB Kedah kepada semua Umat Islam
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Wednesday, June 17, 2015

Sabtu, 13 Jun 2015

Video Menarik MB Kedah 'Walkabout' Pasar Karat Kampung Berjaya


Meriah bila Dato Seri Hj Mukhriz turun padang bersama rakyat di Pasar Karat Kampung Berjaya semalam. Tak percaya? Tengok video bawah ni.


Mai tengok video suasana meriah masa MB Kita buat kejutan berkunjung ke Pasar Karat di Kampung Berjaya, Alor...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Friday, June 12, 2015

Mukhriz 'Turun Padang' di Pasar Karat Kampung Berjaya


Awal pagi tadi, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir meluangkan masa melawat Pasar Karat di Mergong Alor Setar yang terkenal dengan jualan pelbagai barangan lama dan antik. 

Belau tiba tepat jam 9.00 pagi dan bersarapan bersama orang ramai yang datang ke sana. Luahan dan pandangan rakyat dapat di dengar secara terus oleh Dato Seri Mukhriz. 

Orang ramai juga mengambil peluang untuk bertemu dan bersembang dengan Menteri Besar Kedah secara dekat. Peluang untuk mengambil gambar bersama tidak dilepaskan oleh mereka. 





Ternyata rata-rata orang ramai terkejut dengan kehadiran beliau, cara dan pendekatan yang di buat oleh Dato' Seri Mukhriz amat disenangi rakyat dan tanpa protokol. 

Beliau melayan setiap orang yang mahu mengambil gambar termasuk sudi mengambil sendiri gambar dengan berselfie dengan mereka. 


Beliau meluangkan masa selama dua jam dan pulang sekitar jam 11.00 pagi. 

Ramai rakyat meminta beliau teruskan dan luangkan masa bertemu sendiri rakyat seperti ini. Sebelum ini Dato Seri Mukhriz seringkali berkunjung secara spontan ke pasar-pasar pagi dan malam dan bersarapan dimana saja.















Selasa, 9 Jun 2015

Ucapan DS Mukhriz Pelancaran Bulan Pelancongan Lagenda Kedah



Assalamualaikum w.b.t.

Salam Sejahtera
Salam Kedah Aman Makmur
Salam Kedah Serata-rata

Yang Berhormat Dato’ Dr Leong Yong Kong, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah / Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina dan India Negeri Kedah

Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

Yang Berhormat Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri

Yang Berbahagia Ketua-Ketua Jabatan
Yang Berusaha Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri,

Dif-Dif Jemputan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Wakil-Wakil Media dan seterusnya para hadirin yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, saya memanjatkan setinggi-tinggi puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T., pada malam ini kita sekali lagi dapat bersama-sama di Tanjung Chali yang bersejarah di Bandaraya Alor Setar, kali ini untuk meraikan satu lagi usaha menobatkan Kedah Darul Aman sebagai tarikan pelancongan yang hebat.

Program Bulan Pelancongan Lagenda Kedah Tahun 2015 Peringkat Negeri ini merupakan satu usaha transformasi komuniti oleh Kerajaan Negeri. Kedah Darul Aman merupakan antara negeri yang tertua dalam Kepulauan Melayu yang mengandungi sejarah menarik yang boleh dijadikan sebagai satu produk pelancongan.

Di antaranya, Pekan Cina dan Pekan Melayu yang hanya dibahagikan dengan satu jalan utama di mana masyarakat majmuk di sini sudah sekian lama hidup dalam suasana aman dan damai. Usaha-usaha pemahaman dan toleransi antara kaum merupakan satu identiti dan budaya yang dapat ditonjolkan kepada komuniti lain.

Selain itu, kawasan ini suatu ketika dahulu merupakan pelabuhan utama, pusat aktiviti perdagangan di Kedah yang menjadi sumber ekonomi kepada masyarakat setempat. Program Transformasi Komuniti bertujuan untuk menjadikan Pekan Cina dan Pekan Melayu sebagai tumpuan pelancongan sejarah dan sekali gus menjadikan Bandaraya Alor Setar sebagai Bandar Seni dan Kreatif yang pertama di negeri Kedah.


Program Transformasi Komuniti setempat ini telah mendapat sambutan baik dari golongan belia dan penggiat seni dalam pengenalan bazar seni dan kreatif serta berjaya menarik perhatian orang ramai. Ia telah memberikan kesan yang positif terhadap pembangunan komuniti.

Buat pertama kalinya program transformasi komuniti ini diperkenalkan kepada masyarakat setempat sebagai salah satu usaha Kerajaan Negeri Kedah menerima idea dan konsep berlainan daripada belia dalam pembangunan sesuatu komuniti. Kami amat yakin idea baru seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong ke negeri kita.

Program ini merupakan langkah kerajaan untuk berganding bahu dengan belia dan sukarelawan demi pembangunan sektor pelancongan negeri Kedah. Transformasi dalam sektor pelancongan amat memerlukan kerjasama komuniti setempat kerana gabungan fikiran yang berbeza dari pelbagai lapisan dapat mencetuskan idea yang luar biasa untuk pembangunan dan kemajuan industri pelancongan.

Tambahan lagi, industri pelancongan pada abad ini bukan sahaja tertumpu kepada tempat-tempat pelancongan sahaja malah ia juga merupakan akiviti yang boleh menyatupadukan masyarakat majmuk dan meningkat perpaduan antara kaum.

Saya juga difahamkan Program Bulan Pelancongan Lagenda Kedah ini juga mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang sama-sama mengindahkan dan menceriakan kawasan pesekitaran Tanjung Chali.

Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan kerjasama dan sokongan padu semua demi pembangunan dan peningkatan ekonomi negeri Kedah. Selain itu, tahun 2016 merupakan Tahun Melawat Kedah, tepat lagi Discover Kedah. Saya menyeru kepada semua masyarakat untuk sama-sama berusaha menarik pelancong dari dalam dan luar negeri untuk datang ke Kedah.

Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha untuk menggalakkan masyarakat menganjurkan aktiviti yang kreatif dan inovatif,nyang dapat menarik ramai pelancong. Kerajaan juga bersedia untuk menerima sebarang idea dan pandangan daripada masyarakat yang ingin bersama-sama untuk memajukan ekonomi negeri Kedah.

Inilah merupakan semangat “Anak Kedah”, dan saya berharap semua anak kedah sama-sama memberikan sokongan kepada kerajaan pada masa datang serta sokongan padu yang akan dapat membawa kepada keharmonian masyarakat khususnya di negeri Kedah.

Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberi komitmen demi menjayakan program seperti ini.

Saya berharap semua yang hadir pada malam ini dapat menikmati persembahan dan aktiviti-aktiviti yang diaturkan sempena Bulan Pelancongan Lagenda Kedah 2015. THINK TOURISM, TALK TOURISM and ACT TOURISM.

Saya dengan sukacitanya merasmikan Bulan Pelancongan Lagenda Kedah 2015 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Ta'aala Wabarakatuh.

Rabu, 3 Jun 2015

Al- Kisah Pegawai Khas MB Kedah?

Menjawab fitnah MB Kedah ada 19 orang pegawai khas dan menelan belanja sebanyak ratusan ribu sebulan?

Untuk pengetahuan hangpa semua, sebenarnya MB Kedah ada 189 setengah orang Pegawai Khas.

Setengah tu, sebab sorang tak cukup inci. Jadi kami menafikan bahawa MB ada 19 pegawai,

Sepatutnya dalam list ada 189 orang setengah.

189 orang setengah pegawai khas tu antaranya

- Pegawai Khas bidang bersih membersih. (makcik cleaner)
- Pegawai Khas bidang pengangkutan (driver)
- Pegawai khas bancuh air
- Pegawai khas masak nasik
- Pegawai khas buka pintu
- Pegawai khas tahan maki
- Pegawai khas tadah telinga
dan lain-lain pegawai khas termasuk siram pokok.

Kesemua pegawai khas ini diberi gaji RM36,545.17+ GST serba satu.

Jika zaman Pas ada elaun untuk pengunaan ipad. Zaman BN disediakan elaun cuci pinggan-mangkuk dan elaun start enjin kereta. Sebanyak RM3000 setiap satu.

Jadi kami membantah keras kononnya YAB MB Kedah mempunyai pegawai seramai 19 orang. Itu FITNAH!!! Patutnya 189 setengah!!

Malah ianya menelan belanja jutaan ringgit bagi setiap bulan dan billion jika ditukar kepada rupiah.
Sekian terima kasih.

Dari Pegawai Khas Facebook

Jumaat, 29 Mei 2015

Pendirian Kedah Berbeza dengan Pulau Pinang!



Kedah akan membantu pelarian-pelarian Rohingya atas dasar perikemanusiaan, mereka pelarian Politik yang Cuba mengelak dari kekejaman Myanmar.

PENDIRIAN KEDAH BERBEZA DENGAN PULAU PINANG .

YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir
Menteri Besar Kedah