Memaparkan catatan dengan label NKPUM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NKPUM. Papar semua catatan
Sabtu, 3 Ogos 2013
HOT! Dilemma Pemilihan UMNO, Kepimpinan atau Wang? #PemilihanUMMO
Dah rasa bahang pemilihan UMNO ni, cuma Mc agak risau format baru yang diperkenalkan UMNO ini juga boleh disulam dengan wang untuk mendapat mendapat pengaruh. Almaklumlah, yang akan bertanding ni bukan semuanya pejuang, ramai juga yang peju'WANG'.
UMNO tak perlukan peju'WANG' sebab orang peju'WANG' ni memang tak boleh buat kerja. Dah ramai sangat Mc tengok Ketua Pemuda sibuk projek dan berniaga dari menguruskan kawasan. Di Kedah pun berlambak. Bukan tak bagi berniaga, tapi agak-agaklah, dah pegang Ketua Pemuda kawasan tu, tanggung jawab utama adalah jaga pemuda. Kalau dah nama Ketua Pemuda tapi dikawasan haram pemuda pun tak kenal, baik tak payah!
Lebih baik, kalau rasa nak fokus berniaga, lepaskan jawatan politik dan tumpukan berniaga, rasanya takdak sapa nak kacau kot.
Dari terjadi perkara diatas, Mc harap ahli UMNO kali ni buat pilihan yang bijak. Tengok dulu individu tu boleh buat kerja ke tak, apa latar belakangnya. Kalau kita pilih individu tu, dia boleh bantu parti atau menyusahkan parti, kalau dok nampak menyusahkan, baik 'sepak' jauh-jauh. Dok ambil buat apa orang yang bawak penyakit?
Ini adalah pesanan ikhlas dari Mc, kalau nak terima tu terimalah, kalau taknak abaikan saja. heh..
Kat bawah ni diantara calon yang nak tanding NKPUM,
Siapa yang layak agaknya?
McTheory:
Yang tengah tu nampak hensem sikit.. he he..
Khamis, 1 Ogos 2013
HOT! Pertandingan Adik Beradik Siapa Bakal Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia? #NKPUM
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin berkata UMNO kekal sebagai sebuah parti yang tetap relevan dulu, kini dan selamanya sekiranya terdapat ramai mereka yang ingin menawarkan diri dalam pemilihan parti tersebut nanti.
Namun beliau mengharapkan ruang yang terbuka luas itu diseimbangi dengan tunggak perpaduan supaya ianya kelak dapat mengekalkan perpaduan serta kestabilan didalam parti untuk kepentingan bersama.
“Kalau pertandingan itu sihat kita akan melihat calon yang terbaik akan muncul dalam parti dan sekiranya niat tidak baik..umpamanya mengacau dan sebagainya sesiapa pun tidak akan mendapat manfaat serta faedah.
“Kita bertanding seperti adik beradik… tak perlu taktik kotor atau serangan peribadi yang memalukan. Kita mesti pertahankan institusi Pemuda dan seterusnya ubah persepsi rakyat kepada kita,” katanya.
Khairy berkata demikian pada majlis berbuka puasa Pemuda UMNO di Masjid Asy-Syakirin di KLCC. Turut diraikan pada majlis berbuka puasa itu anak-anak yatim serta ibu tunggal dan mereka yang tidak berkemampuan.
Khairy seterusnya menambah bercakap soal transformasi ianya bukan sahaja dapat dilihat di dalam kerajaan malah turut melangkaui parti UMNO itu sendiri.
“Dengan demokrasi yang terbuka dan tidak ada halangan kepada mana-mana ahli untuk bertanding kita anggap ianya cukup positif.Siapapun boleh bertanding, tapi kena ingat ia adalah untuk kukuhkan parti… kalau semata-mata nak lepaskan geram, nanti akhirnya parti yang akan rugi,” katanya.
JAMAWI JAAFAR
Tenom, Sabah
LOKMAN NOR ADAM
Shah Alam, Selangor
NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN
Titiwangsa, WP
KHAIRUL AZWAN HARUN
Pasir Salak, Perak (KPUN)
Dengar kata ramai lagi yang tawar diri bertanding NKPUM. Bertanding ramai-ramai la bagus, baru meriah. Tapi kalau hanya syok sendiri, bagi Mc tak payah la kot. he he..
Pilih Pemuda yang mampu membela, jangan yang hanya pandai cakap saja. he he..
McTheory:
Salah pilih Pemuda UMNO hanya tinggal nama..
Langgan:
Catatan (Atom)


