
Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia! huh! Meremang bulu roma orang Pas bila dengar salam 1Malaysia, terkincit dalam seluar pun boleh. Bagi mereka, salam 1Malaysia ini salam yang salah, salam yang yang sesat. Mc nak tanya orang Pas, apa bezanya salam 1Malaysia dengan Salam sejahtera untuk orang bukan Islam?
Takde bezanya, Salam 1Malaysia untuk orang bukan Islam, sama la seperti salam sejahtera cuma ditukarkan untuk menyahut seruan kerajaan dengan ideologi 1Malaysia. Itu pun Pas nak pusing. Bodoh Ya Amat!
Mc nak cerita pasal isu panas dalam Pas sekarang, Semenjak dua menjak ni, sejak N.ajis berdoa pecah perut. Mc tengok Pas teruk dilanda masalah. Beberapa perkara pelik yang tak pernah kita dengar atau dah lama didiamkan oleh Pas mula terjadi dalam parti itu.
Perkara Peliknya, Isu 'cah keting' atau cantas-mencantas yang ditimbulkan oleh N.ajis kelmarin, merupakan satu bentuk peringatan bahawa Pas tidak sunyi daripada menghadapi masalah duniawi seperti itu.
Lepas tu kes bazaar Tok guru, kes rasuah, kes menantu (dergar kata Nik Aziz taknak menantunya letak jawatan betul ke?) kes bawa lari anak dara orang, kes salah guna kuasa, kes kroni dan pelbagai kes lagi yang berkaitan dengan masalah dalam parti Pas ni.
Kalau ikut kata Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Sahir, Pas ni parti politik, perkara macam tu memang biasa la akan berlaku sebab Pas sama macam parti politik lain.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob kata pula, benda macam tu biasala sebab Pas ni Sebuah parti politik masalah tersebut tak dapat dielakkan kerana ahli-ahli Pas juga merupakan manusia biasa yang serba kekurangan.
Ohh. .Dua-dua taiko Pas ni dah mengakui bahawa memang wujud masalah-masalah sedemikian didalam Pas cuma ada kala didiamkan atau disembunyikan. Lepas N.ajis mengaku baru semua nak mengaku.
Dulu wujudnya Pas kerana dikatakan UMNO tak islamik, UMNO tidak menegakkan syiar Islam dengan betul di Malaysia. Namun selepas sekian lama Pas bersepak terajang dalam politik Malaysia. Pas pula sudah hilang dari tujuan asal perjuangannya iaitu memperjuangkan Islam. Setakat pakai serban, banggali jual susu pun serban lagi besar, setakat pakai tudung, sister kat gereja pun pakai tudung. Semua tu boleh diwayang dramakan.
Jadi Mc mempertikaikan parti Pas, apakah perlu lagi kewujudan parti itu di Malaysia? kerana saban hari selepas Pas bersekedudukan dengan Dap tanpa nikah, Pas mula liberal dan sekular. Malah pelbagai masalah berkaitan dengan harta duniawi sudah mula timbul dalam Pas. Ini belum lagi memerintah Malaysia. Cuba jawab, APAKAH KEWUJUDAN PAS MASIH RELEVAN LAGI DI MALAYSIA?

MctHeory:
Bubarkan saja parti Pas itu!
Post asal 19-01-2010 pukul 09:24