Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Pas bukan Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pas bukan Islam. Papar semua catatan

Isnin, 30 Januari 2012

PANASS!! Ceramah Hasan Ali di Serbu!!

Walaupun Pas Bukit Gantang dan Anwar Ibrahim sendiri mengeluarkan arahan supaya orang Pas tidak menghadiri ceramah Hasan Ali, namun masih ramai yang berdegil  dan turun untuk mendengar sendiri luahan dari hati nurani seorang bekas Exco Pas Selangor tersebut.

Ternyata, masih ramai orang Pas yang menyokong perjuangan Islam sebenar, daripada perjuangan Islam politik ala Pas.

Sumber gambar Mc ambil dari Sungai Rapat Online


Lihatlah betapa ramainya orang..

Rabu, 23 November 2011

TUDIAA!! PEMUDA PAS KEHILANGAN TELURNYA!!


KUALA LUMPUR Nov (Bernama) -- Pemuda PAS membatalkan
rancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi membantah konsert
penyanyi Elton John di Genting Highlands Selasa malam.
Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan ketika dihubungi mengesahkan
rancangan untuk mengadakan demonstrasi itu tidak diteruskan
walaupun pihaknya tidak bersetuju dengan konsert oleh penyanyi
berkenaan.

"Ya, tak ada demo malam ini. Ia merupakan keputusan pucuk pimpinan
PAS negeri," katanya secara ringkas.
PAS pernah membantah konsert penyanyi terkenal Adam Lambert pada
tahun lalu apabila Nasrudin mengetuai lebih kurang 200 anggota
pemuda PAS membantah konsert penyanyi itu pada malam konsert itu
diadakan.

Sabtu, 22 Oktober 2011

ISLE CARA PAS IALAH MENOLAK PERHIMPUNAN SESAMA UMAT



Perpaduan kaum di sebalik kisah Natrah




ESOK hari Sabtu 22 Oktober 2011, akan menjadi hari Himpunan Sejuta Umat (Himpunan) yang aman buat pertama kali bagi orang Islam setelah berlalu 60 tahun sejarah memurtadkan Natrah oleh penjajah. Kecuali isu murtad, banyak bezanya himpunan ini dengan apa yang ada dalam sejarah Natrah.
Apa hebatnya sejarah Natrah? Apa kaitannya sejarah agenda penjajah memurtadkan Natrah dengan perpaduan antara kaum? Sejarah Natrah sebenarnya adalah sejarah yang sangat istimewa - bukti cintakan agama bagi bangsa Melayu dan India Muslim ketika itu.

Sejarah Natrah juga adalah bukti perpaduan orang Melayu yang berbeza fahaman politik, berbeza latar belakang pendidikan dan berbeza status kedudukan - bergabung membela agama yang dihina penjajah sehingga sanggup mengorbankan kepentingan diri tahap tertinggi iaitu nyawa mereka sendiri.
Setelah 60 tahun berlalu, apa jadi kepada perpaduan orang Melayu ini? Nampaknya dalam isu murtad yang begitu aggresif terhadap orang Melayu kini, ia belum berjaya menghimpunkan atau menyatukan pelbagai perbezaan kedudukan orang Melayu hari ini untuk bersatu membela Islam.

Sehingga rencana ini ditulis - Parti Pas terang-terangan menolak untuk bersama Himpunan ini, padahal isu murtad jelas berkepentingan Islam yang dikatakan diperjuangkan oleh Pas.
Sejarah Natrah juga menjadi bukti gabungan semangat kerjasama dan perpaduan luar biasa kepada bangsa-bangsa yang bergabung dengan Melayu atas nilai-nilai murni sejagat dan hak asasi manusia. Ketika itu dengan rela hati, tanpa ada kepentingan diri bangsa-bangsa Cina, India dan Serani ikut berjuang menentang penjajah Inggeris yang menzalimi hak asasi anak kecil bernama Natrah.

Isnin, 7 Disember 2009

Kekuatan UMNO adalah wang?

 Hari ni harakah atau haprakdaily menulis berkenaan ucapan Timbalan Ketua Pemuda Pas Kawasan Marang Ust. Pas Muhammad Khalid abd. Hadi yang mengatakan kekuatan UMNO cuma bergantung kepada wang untuk meraih sokongan rakyat. Manakala Pas pula di gambarkan (kononnya) sebagai parti islam yang suci dan ahlinya yang setia pada parti di sebabkan kekuatan agama.

MctHeory: aku ni bukanlah ustaz atau ilmuan Islam, tapi apa yang Muhd. Khalid ni cakap, rasa macam kelakar je la. Kekuatan UMNO dengan lebih 4 juta ahli berdaftar, kalau semuanya nak di beri duit maka bankrup la UMNO, semuala orang UMNO kaya-kaya. Kita semua tak payah kerja, masuk UMNO confirm kaya, dah bagi duit la katakan. Semangat UMNO lain, UMNO tak perlu paksa orang dengan mengguna dan memperalatkan agama supaya setia dengan parti. UMNO tak melarang dan mengikat ahli-ahlinya yang ingin menyertai parti lain dengan adanya perjanjian baiah talak la sumpah laknat la. UMNO juga tak mengunakan ayat-ayat Al-Quran untuk berpolitik dan mengeluarkan fatwa-fatwa syok sendiri seperti Pok Nik.

Manakala Pas pula:

Kononnya ahli Pas setia di sebabkan kekuatan agama, dan perjuangan pas yang suci. tapi kenapakan wujudnya, baiah talak tiga @ sumpah laknat, sering menakutkan penyokongnya dengan fatwa yang bukan-bukan, seperti sokong UMNO masuk neraka, selalu mengunakan ayat Al-Quran untuk menyakinkan penyokongnya kadangkala ayat di salah guna untuk kegunaan sendiri. Jika betul Pas parti Islam, kenapa pemimpin Pas banyak yang salah guna kuasa, termasuk ulama pas tersohor nik aziz. Sebenarnya Pas dengan UMNO tiada bezanya, kedua-duanya parti politik. UMNO di tubuh dengan semangat Melayu islam demi negara .Cuma Pas terlalu menunjuk baik dan berpura-pura, sedangkan dalamannya penuh dengan kotoran. Pas bukan parti agama, dan sangat jauh dari Islam. Jangan katakan Pas itu Islam, kerana Pas bukan Islam.