Memaparkan catatan dengan label Pemuda Pas lembik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemuda Pas lembik. Papar semua catatan
Sabtu, 17 November 2012
PANASS!! Pemuda Pas Kelantan Tentang Nurul Izzah?
Pemuda Pas Kelantan dah sedar diri ke? Betul ke kain rentang ni dari Pemuda Pas Kelantan? Mc tak percaya la ini kerja Pemuda Pas. Sebab Pemuda Pas sekarang ni mana ada telur lagi. Pemuda Pas yang wujud sekarang, hanyalah kaki angguk dan kaki ikut saja.
Mereka dah tak berani bersuara untuk lawan kepimpinan. Telur mereka kena ikat. Kalau dulu, bab-bab agama ni, Pemuda Pas akan tentang tanpa kompromi, tapi sekarang, nak bersuara bantah Nurul Izzah pun takut.
Ye la, kalau bantah Nurul Izzah, takut kena sembur dengan kepimpinan Pas dan kepimpinan Pakatan Haram. Lebih-lebih lagi kalau kena sembur dengan Anwar, mau terkencing-kencing dalam seluar gamaknya.
Jadi senang cakap, Mc rasa kain rentang ni Pemuda UMNO yang buat. Pemuda UMNO buat, sebagai wakil kepada Pemuda Pas Kelantan, kesian tengok dorang macam takdak telur, jadi UMNO tolong la buat.
Dulu Pemuda Pas kata nak demo bantah Nurul Izzah, lepas tu 'cancel' sebab takut dengan Anwar, alasan sms layang. Kali ni dorang naik kain rentang, tapi akhirnya dorang kata, kain rentang ni Pemuda UMNO yang naikkan.
Macam-macam hal la.. he he.. nampak sangat Pemuda Pas sekarang ni baling batu sembunyi tangan, telur dah takdak!
McTheory:
Simpan dalam peti ais saja la telur tu.. tak guna kalau ada pun..
Jumaat, 9 November 2012
TUDIAA!! Fitnah La Pulak, Pemuda Pas Terbukti Takdak Teloq!
Mc memang dah syak dah. Dah berapa kali macam ni. Dulu kata nak demo bantah Karpal sebab hina Islam. Last sekali tak jadi sebab arahan orang atas. Lepas tu nak berdemo tentang Dap pulak, tapi tak jadi sebab kononnya soal keselamatan. Depa dok pi demo bersih macam orang gila tak fikir la pulak pasal keselamatan. Nampak sangat Pemuda Pas ni cakap saja kuat, tapi hati kholdu!
Kali ni mereka berdolak dalih pasal isu Nurul Izzah pula. 'SMS' Pemuda Pas nak berdemo ni dah lama tersebar. Dah hampir seminggu. Tapi Pemuda Pas tak pernah menafikan. Kenapa bila esok dah sampai masa nak demo, tiba-tiba si Tantawi ni mengatakan SMS itu fitnah.
Apakah semua ini arahan dari pimpinan tertinggi Pakatan yang menghalang Pemuda Pas dari berdemo? Tentunya Anwar akan menghalang Pemuda Pas dari berdemo mengutuk anaknya. Pemuda Pas pula bagaikan tiada telur dan pendirian, akur dengan arahan tersebut.
Mereka kata mereka pemuda yang memperjuangkan Islam. Tapi bila Islam dipermainkan, mereka hanya berdiam diri dan melihat dari jauh.
Dimana kesetiaan mereka kepada Islam? Mereka takut kepada Allah SWT atau takut kepada Anwar al kutty?
Kalau dengan Anwar pun takut, tak payah nak burak la nak perjuangkan Islam. Simpan saja nama Islam kat nama parti tu. Buat malu saja!
McTheory:
Jelas terbukti, Pemuda Pas mana ada telor!
Rabu, 7 November 2012
TUDIAA!! Akhirnya Anak Nik Aziz TEGUR Anak Anwar Berkaitan Isu Murtad!
Akhirnya ada juga orang dalam Pas yang berfikiran waras menegur si Nurul Izzah anak Anwar yang mengalakkan melayu supaya murtad.
Ingat semua orang Pas nak jadi pak turut saja, rupanya ada lagi yang masih memegang perjuangan Islam. Tapi Mc tak tahulah dibelakangnya macam mana, tapi kenyataan yang anak Nik Aziz ni bagi jelas menunjukkan Nurul Izzah memang mengalakkan supaya umat Melayu Islam murtad.
KOTA BHARU - Dewan Pemuda Pas semalam ‘menempelak’ Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan kontroversinya mengenai isu kebebasan beragama di negara ini yang didakwa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk kepada orang Melayu.
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, ungkapan ‘tiada paksaan dalam agama’ daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.
Beliau berkata, sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.
“Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim. -UTUSAN
Bagi pencacai yang masih taktau cerita pasal ni, mari sini Mc nak jelaskan. Sebenarnya cerita ni dibawa oleh portalhaprak Malaysiakini yang kononnya menunjukkan Nurul Izzah menyokong kebebasan beragama, namun akhirnya makan diri, kerana ia jelas memperakui kebebasan agama (pluralisme) yang selama ini hanya disokong oleh bapanya si Anwar Ibrahim.
Biasa la mana lagi nak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi?
McTheory:
Bagus la anak dan bapa pejuang pluralisme!
Sabtu, 27 Oktober 2012
PANASS!! Pemuda Pas Sibuk Berdemo Kutuk MCA! Karpal Singh?
Bila Soi Lek tegur bab Islam, bagai nak rak mangkuk-mangkuk Pas ni melenting. Siap berdemo kutuk MCA, hinggakan UMNO yang takde kena mengena pun teruk di kutuknya.
Namun puak ni lupa, Karpal Singh yang selama ini menghina Islam, puak-puak ni langsung tak peduli.
Apakah ini tuntutan Islam yang adil? Soi Lek cuma bantah, Karpal siap suruh bunuh dia dulu, baru boleh buat undang-undang Islam kat Malaysia ni. Apakah itu bukan satu perkara yang kurang ajar?
Kenapa puak Pas tak berdemo tentang Karpal? Kenapa?
Selasa, 1 November 2011
GEMPAR!! Apabila Pemuda Taliban Marahkan Ustaz AF!!
Apabila puak taliban tak mengaku mereka taliban. hehe..
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang semalam diselar Pemuda PAS sebagai “keterlaluan” menegaskan beliau tidak pernah mengatakan PAS sebagai Taliban, kecuali menasihatkan parti Islam itu agar “jangan tiru Taliban” dalam pendirian mereka menentang konsert Elton John di Malaysia bulan depan.
“Saya tidak kata PAS Taliban, saya kata jangan tiru Taliban,” kata bekas mufti Perlis itu dalam responsnya kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi.
Petang semalam, Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyelar Asri yang mengaitkan sayap itu dengan Taliban ekoran pendirian mereka membantah penganjuran konsert artis, yang dikaitkan dengan amalan gay, di Genting Highlands akhir bulan depan.
Sabtu, 13 Ogos 2011
TERGOLEK!! KENA SOUND SIKIT, TANTAWI DAH KECUT TELOQ?
Puak-puak ni langsung tak boleh pakai. Hari ni cakap lain, esok cakap lain. Bila kena sound dengan bos saja, terus salahkan Utusan, salahkan UMNO. Sedangkan dia sendiri yang tulis dalam blog dan facebook bahawa dia akan pertahankan Islam dengan tenaga dan darah. Bila kena sound saja, terus mengelupoq jadi kot lain.
Ni la orang panggil hangat-hangat taik ayam. Inilah hasil Islam Pas, cakap bergegar-gegar, akhirnya habuk pun tarak.
Apa nak buat, Teloq Pas dah Dap pegang. Bila Dap ehem.. sikit saja.. luruh habis yang dok tergantung tu.
Macam ni punya orang nak pejuangkan Islam? Macam ni? heheh.. lawak-lawak.
McTheory:
masuk raja lawak dengan Bob Lokman bole la kot..
Langgan:
Catatan (Atom)




