Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Saiful bukhari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Saiful bukhari. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Mei 2013

INFO! Siapa Bakal Isteri Saiful Bukhari?!


Mohd Saiful Bukhari Azlan akhirnya akan menamatkan zaman bujangnya dengan wartawan penyiaran TV3, Nik Suryani Megat Deraman.

Mengesahkan berita berkenaan, Nik Suryani berkata majlis pernikahan beliau dan Mohd Saiful akan diadakan pada 25 Mei ini di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.

Mohd Saiful Bukhari, 28, dan Nik Suryani, 33, telahpun bertunang pada 20 Oktober tahun lalu.

"Kami sudahpun bertunang pada Oktober 2012, majlis hanya diadakan secara kecil-kecilan yang dihadiri keluarga terdekat," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Mohd Saiful Bukhari sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa pernah diliwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008.

Beliau adalah bekas pembantu peribadi Anwar.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagaimanapun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan tersebut tahun lalu.

Namun begitu kes tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja kerana Pejabat Peguam Negara telah membuat rayuan berhubung keputusan kes itu.

Oleh yang demikian, Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 Julai bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Anwar itu.

Jumaat, 3 Mei 2013

PANASS!! Video Sumpah Laknat di Mekah, Rafizi Ramli Pun Sokong Saiful Bukhari? #TolakPR


Mc pun terkejut semalam apabila page Kami Bersama Rafizi yang merupakan page rasmi penyokong Rafizi telah meng'upload' video Saiful Bukhari yang bersumpah laknat buat kali kedua. Bahkan kali ni Saiful dengan berani, bersumpah di hadapan Kaabah untuk membuktikan beliau berkata benar.

Mc sempat membuat print screen semalam,


Mungkinkah Allah SWT telah membuka hati Rafizi dan penyokongnya untuk mengakui video Saiful bersumpah dihadapan Kaabah ini, membuktikan dakwaan beliau diliwat Anwar adalah benar. Atau ada Rafizi mempunyai agenda lain perjuangan peribadinya sendiri?

Pada sesiapa yang belum tengok video Saiful Bukhari tu, boleh tengok kat bawah,


Apa yang menyedihkan, video sumpah laknat ni pun ada pencacai PR yang sanggup pertikaikan lagi kesahihannya. Malah ada pula yang kata video ini propaganda BN untuk PRU, tak kurang juga kata video ini, video edit.

Kalau benar ini video ciptaan BN atau video edit. Disini Mc mencabar Anwar dan pencacainya untuk membuat video yang serupa dengan ni. Kalau video ni boleh dibuat dan edit, cuba Anwar dan pencacainya buktikan, dan buat video Anwar bersumpah di hadapan Kaabah!

Kalau boleh buat, barulah Mc percaya bahawa video ini, video edit yang dibuat khas untuk mempertikaikan moral Anwar.

McTheory:
Cuba buat tengok, jangan cakap saja pandai!

Khamis, 2 Mei 2013

PANASS!! Video Saiful Bukhari Lafaz Sumpah Laknat di Hadapan Kaabah! #TolakPR


Kat bawah ni video Saiful Bukhari melafazkan sumpah laknatnya buat kali kedua dihadapan Kaabah di Mekah. Sebagai seorang Islam, mustahil untuk Saiful berbohong dihadapan Kaabah. Mustahil Saiful mempermainkan sumpah dan nama Allah di Mekah.

Jika ada lagi individu yang mengaku diri mereka Islam dan menafikan sumpah Saiful ni. Mc agak terkilanlah. Kalau dihadapan Kaabah pun korang tak percaya, apa lagi yang dapat insan kerdil seperti Saiful ni buktikan lagi?



PETALING JAYA: Saiful Bukhari Azlan telah memuat naik video beliau mengangkat sumpah laknat di Mekah yang dengan mengatakan bahawa dirinya telah diliwat secara paksa oleh bekas majikannya yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun 2008.

Beliau turut menunjukkan kepada pemberita pada sidang media di sini pada Khamis, dan menegaskan apa yang berlaku merupakan bukti yang dikatakannya bukan satu konspirasi politik.

"Ketika ayah menghubugi saya semalam (Rabu) pagi, saya tidak dapat berkata-kata. Apa yang saya boleh katakan adalah, teruskan," katanya.

Pada Rabu, bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim pada Rabu menarik balik kenyataan beliau sebelum ini dan mengaku kejadian liwat ke atas anaknya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 benar-benar berlaku.

Pada 11 Mac lalu, Azlan, 60, berkata kes liwat yang melibatkan anaknya itu merupakan sebahagian daripada konspirasi dirancang oleh seorang pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri untuk memusnahkan karier politik Anwar.

Saiful, 29, bekas pembantu peribadi pemimpin Pakatan Rakyat itu, sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan terus konsisten dalam usaha mendapatkan keadilan bagi dirinya dalam kes diliwat bekas majikannya seperti mana yang tercatat dalam laporan polis yang dibuatnya pada 29 Jun 2008.

Bagaimanapun, pada 9 Januari tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Saiful, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara di sini, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Sejak itu, pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap tertuduh. -Mstar

Khamis, 28 Mac 2013

PANASS!! Video Bapak Saiful Bukhari yang Bakal Cetus Kontroversi! #TolakPR



Pada 24hb Mac yang lepas, PKR Pulau Pinang telah mengadakan taklimat yang turut melibatkan Azlan bin Mohd Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari. Ianya diadakan di Dewan Yayasan Aman, Penanti, Bukit Mertajam.

MiM difahamkan bahawa hanya lebih kurang 200 orang dari kalangan pemimpin PKR peringkat Cabang di Seberang Perai Utara dan beberapa lagi kawasan hadir  termasuk pemimpin-pemimpin kawasan.

Yang turut hadir ialah Johari Abdul, MP Sungai Petani. Beliau merupakan MP yang pertama melihat video China Doll yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Selain daripada Johari Abdul, Mansor bin Othman, TKM1 Pulau Pinang turut hadir. Seperti yang kita semua tahu, Mansor Othman pernah kantoi apabila rakaman audio beliau mengutuk Lim Guan Eng DAP sebagai cocky, arrogant dan tokong didedahkan sebelum ini.

Dan sekarang, satu klip video terbaru telah diload didalam youtube yang menunjukkan omongan bapa Saiful Bukhari pada malam tersebut.

Di antara adegan tegak benang yang basah bapa Saiful Bukhari ialah sekali lagi memainkan skrip Anwar Ibrahim dengan mendakwa bahawa kes liwat Saiful Bukhari itu adalah 'konspirasi politik'.

Kita sudah tentu tidak lagi mempercayai Azlan Lajim yang dilihat hilang kredibilitinya apabila timbulnya artikel mendedahkan soal moral dan buruk laku Azlan Lajim. Dan artikel tersebut tidak disiarkan oleh media pro-UMNO/BN tetapi oleh CheguBard, pemimpin Pakatan Pembangkang sendiri!

Di antara artikel dalam blog pemimpin pembangkang itu :


Azlan Mohd Lazim (gambar kanan), bapa Saiful berasal dari Janda Baik, Pahang pernah bertugas sebagai General Manager di hotel Merlin Inn di Johor Baharu. Kemudian berhenti kerja kerana dia adalah seorang yang kuat berjudi. 
Ibu Saiful, Halina Alif terpaksa melakukan berbagai kerja untuk membantu keluarga, termasuk menjadi pelakon tambahan dalam bebarapa buah filem Melayu dan drama. 
Halina memohon cerai daripada Azlan, apabila Azlan cuba memaksa beliau menjual tubuh dan menjadi pelacur. Perceraian berlaku ketika Saiful berumur empat tahun. Azlan kemudiannya menghilangkan diri. seterusnya
Realitinya, kenyataan TS Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara telah mematikan dakwaan Azlan Lazim kononnya wujudnya 'konspirasi politik' kes Saiful. Seperti yang kita tahu, Anwar Ibrahim telah menarik balik kes saman beliau terhadap Musa Hassan sebelum ini.
PETALING JAYA: Former inspector-general of police Musa Hassan has reiterated that the Sodomy I and II cases were not part of a political conspiracy to bring down Opposition Leader Anwar Ibrahim. 
Musa who was the investigating officer of the 1998 case and was serving as the IGP when the more recent 2008 aallegation by Mohd Saiful Bukhari Azlan surfaced, told FMT that both were “straight forward cases. - seterusnya
Malah keputusan mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim kerana technical fault daripada tuduhan liwat  menempelak sekali lagi bapa Saiful Bukhari itu. Dan jika anda lihat video eksklusif di bawah, anda sendiri tidak akan percaya dengan kenyataan yang mendakwa kononnya beliau diperalatkan ketika kes liwat Saiful Bukhari.

Bukti nyata ialah kehadiran Azlan Lazim bersama Saiful Bukhari di Masjid Wilayah Persekutuan. Jika segalanya ini 'konspirasi politik' kenapakah beliau merelakan anak beliau bersumpah laknat?

Azlan bersama Saiful ketika angkat sumpah muhabalah. 

Di antara sumpah tersebut :
"Bismillahir rahmanir rahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Azlan, nombor kad pengenalan 850706-01-5687, sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut: 
“A'uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismillahir rahmanir rahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. 
“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga kiamat. Wallahualam.”
Come on.... Azlan Lazim. Takkan anda juga mahu mendakwa bahawa sumpah muhabalah di Masjid Wilayah Persekutuan juga sebagai 'konspirasi politik'?
Dan MiM percaya rakyat tidak mempercayai pendedahan terbaru bapa Saiful Bukhari. Malah, tindakan beliau itu telah menimbulkan rasa simpati terhadap Saiful Bukhari yang teraniaya dek kerakusan politik pemimpin Pakatan Pembangkang.
Malah, penyertaan Azlan Lazim ke dalam Pakatan Pembangkang semasa isu 'pendedahan' beliau itu juga dianggap menjatuhkan kredibiliti beliau.


 Yang lebih memalukan ialah pendedahan KL Chronicle di bawah. Benarkah?
Keluarga Saiful Bukhari memberitahu bahawa bapanya hilang sejak 3 minggu yang lalau selepas mengalami masalah kewangan dan masalah keluarga. 
Bapa Saiful juga dikatakan pernah mengugut beberapa pemimpin Umno untuk mendapatkan wang perbelanjaan dan apabila tidak dihiraukan Azlan Mohd Lazim hilang dan tiba-tiba muncul dipentas parti keadilan Rakyat bersama Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul yang merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim, - KL Chronicle
Enough said. Kita saksikan klip video eksklusif ceramah kosong Azlan Lazim bapa Saiful Bukhari pada 24hb Mac yang lepas di Dewan Yayasan Aman, Penanti, Bukit Mertajam.

Lihat video di bawah :



Sumber DrMiM

Ahad, 10 Mac 2013

TUDIAA!! Chegu Bard Kata Bapa Saiful Bukhari Kaki Judi dan Cuba Lacurkan Isterinya Dulu!



Walaupun Azlan ni kita tahu dia kena beli dengan Anwar. Namun tak pernah la pulak kita tuduh dia cuba melacurkan arwah Isterinya. Tapi puak pembangkang pernah dedahkan semua ini dulu.

Bila tidak menyebelahi diri….dikata kaki judi dan cuba melacurkan isteri…

Itulah antara bahan yang pernah terbit di blog che’GuBard (lihat printscreen)…

Kalau ditanya sekarang, selepas bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim mengatakan anaknya menjadi bahan konspirasi dalm isu Liwat II, yang menjadi poin yang menyebelahi pembangkang…apakah Chegu Bard masih akan kata Azlan kaki judi dan pernah cuba lacurkan arwah isterinya?

Walaupun dalam entri tu Chegu Bard kata ia adalah petikan email pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Dr.Hiadayah Jr, namun bila anda dah letak di blog anda atas kerelaan, maka anda bersetuju dengan kandungan email itu bukan.

Lagipun dia sendiri letak penafian;

Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana-mana media sebagai kenyataan dan pandangan che’GuBard.

Jadi…penulis ulang semula…apakah sekarang anda akan masih berpegang kepada kata-kata anda bahawa bapa Saiful kaki judi dan cuba melacurkan isteri?

Apa tagline blog anda...Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata…..hendak laksanakan kata-kata anda tak sekarang?

Masih berjuang mengatakan bapa Saiful kaki jual bini?


Masa pilihan raya inilah macam-macam benda mula timbul…

Yang menampakan belang pembangkang… pandai kritik dan kutuk orang dan pada masa sama berlakon diri sendiri sangat suci.

Namun, pendirian itu berubah mengikut keadaan. contohnya… sudah pasti bapa Saiful kini bukan lagi kaki judi dan kaki melacurkan bini kan…

Untuk rekod, Saiful tetap berpegang kepada kenyataan bahawa dirinya diliwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tidak ada sesiapa pernah menuduh bapa Saiful kaki judi dan kaki jual bini melainkan pembangkang….sejak bapanya beralih pendirian pun…masih tidak ada sesiapa di pihak kerajaan yang tergamak sebut beliau pernah cuba melacurkan arwah isterinya. Sumber asal dari Mynewshub.

Cuba pembangkang yang sanggup berbuat demikian. Kami hanya tunjukan saja. soo.. siapa yang dedahkan siapa?


McTheory:
Tapi kaki judi memang parah..