Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selangor. Papar semua catatan

Rabu, 27 Julai 2011

PANAS!! SIAPA CAKAP KAT SUNWAY MENTARI ADA JUAL ARAK DRIVE THRU??



KUALA LUMPUR 26 Julai - Siasatan bahagian penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mendapati tiada sebarang kegiatan penjualan arak pandu lalu di sebuah premis di Sunway Mentari, Petaling Jaya.

Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat MBPJ, Zainon Zakaria ketika dihubungi berkata, berdasarkan siasatan tersebut juga mendapati, pemilik premis itu mempunyai lesen perniagaan dan penjualan arak yang sah serta tidak melakukan sebarang penjualan minuman berkenaan di lorong belakang kedai ketika pemantauan dilakukan.

Semalam, MBPJ mengeluarkan kenyataan untuk melakukan siasatan terperinci secepat mungkin ke atas pemilik kedai arak pandu lalu di Sunway Mentari, Petaling Jaya itu setelah kegiatan haram mereka didedahkan oleh Utusan Malaysia.
Sementara itu, Pegawai Daerah Petaling, Datuk Zulkepli Ahmad berkata, selaku Pengerusi Lembaga Perlesenan Arak Daerah, beliau akan terus memantau kegiatan premis terbabit bersama wakil-wakil lembaga tersebut meliputi MBPJ, polis dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

''Lembaga Perlesenan akan bermesyuarat setiap tiga bulan bagi membincangkan perkembangan dan kegiatan pemilik-pemilik lesen penjualan arak ini.
''Namun, jika ada aduan berkaitan perkara yang melanggar syarat penjualan, kita tidak menunggu tempoh itu malah tidak teragak-agak untuk menarik balik lesen penjualan jika perlu,'' katanya. - utusan

Wahai penguatkuasa MBPJ, hampa dah tau benda di dah dibongkarkan dalam surat khabar, mesti la tokey2 tu berhentikan operasi penjualan..ka hampa takut dengan si RONNIE LIU? bila rampas kena serah balik??lain kali buat la pemantauan betul2.gunakan khidmat perisik.bukanya buat kerja bila ditegur..

PMK: bak kata pepatah OSTAT JIJAN "LAIN KALI KALAU NAK BUAT KERJA BUAT KERJA CARA ORANG ISLAM"...

Isnin, 24 Mei 2010

CERAMAH SELAMATKAN ANWAR! BUKAN MALAYSIA!


Bosan! itu yang dapat Mc ungkapkan mengenai ceramah bersiri Pakatan Rakyat yang bersepah kini diseluruh Selangor. Cerita lama diulang-ulang. Penafian liwat oleh AMK PKR dan anjing suruhan terbaru Tamrin pun ikut serta.

Sambutan pun taklah ramai, ada la takat 100 lebih je kot. Anwar pula mungkin sebuk dengan kerja lain, dia pun tak turun ceramah. Tak ramai tokoh-tokoh Pakatan yang turun dalam ceramah bersiri kali ni. Mungkin dah habis modal atau dah bosan berceramah.

Apa yang penting siri ceramah ini hanya untuk memanaskan rakyat dari sejuk. Ceramah ni hanya untuk selamatkan anwar, bukan Malaysia. Panaskan balik isu-isu lama. Isu terbaru pun cuma isu judi. Yang lain amat membosankan. Kepada sesiapa yang berniat nak pergi dengar ceramah ni, Mc nasihatkan tak payah la. Baik dok rumah lagi bagus. Buat penat badan je.

MctHeory:
Hampir tetidor semasa mendengar!

Sabtu, 27 Mac 2010

SELANGOR JUARA 'LENDIR' (MESTI BACA!)



Dalam posting terdahulu Mc pernah mendedahkan mengenai kedai menjual minuman keras, Pub dan Cybercafe (game+judi) semakin bersepah tumbuh disekitar Petaling Jaya, Subang dan Sunway. Mc ingat cuma perkara ini saja yang timbul, rupanya ada yang lebih advance dan lebih dahsyat yang berlaku di Selangor akhir-akhir ni.

Tumbuhnya kelab malam dan pub bistro tu satu perkara, ni ada satu lagi bisnes 'baik' punya dah terjadi diantara kelab-kelab malam. Walaupun bukan semua, tapi ada diantara kelab malam ni yang menawarkan khidmat jualan lendir. Atau dalam bahasa lebih jelas lagi adalah pelacuran. Mc tak tahu macam mana perkara ini boleh terlepas pandang, tapi inilah hakikat yang berlaku.



Setakat ini Mc dah mengenal pasti ada beberapa kelab yang menjadi sarang urus niaga ini. Dua kelab dekat Sunway, satu dekat Lagoon Perdana dan satu lagi karaoke dekat PJS 8/9. Jikalau pembaca tidak percaya boleh lihat sendiri. Perniagaan ini bermula dari jam 7 petang. Di depan kelab ada dua-tiga ekor ayam yang sedang menunggu pelanggan dan didalamnya pasti ada seorang taiko cina yang sentiasa memerhati gerak geri dari jauh.

Mc mengambil masa seminggu juga untuk memerhatikan keadaan. Memang betul ada bisnes haram disebalik bisnes kelab atau bistro. Satu kelab bernama 'M***o' dan kelab 'Y****a' beroperasi betul-betul berhampiran Sunway Piramid. Manakala Kelab **** Sukan (nama baik punya) beroperasi di Lagoon Perdana. Belum lagi kira kelab di sekitar Bukit Segar pun bersepah..siap ada poster untuk tarian istimewa untuk tengah malam.

Jual belinya mengunakan ejen atau orang tengah (bapak ayam) yang akan berurus niaga bagi pihak anda mungkin atas sebab-sebab keselamatan. Pasti ada pembaca yang terfikir Jikalau blogger jalanan seperti Mc boleh nampak keadaan ini. Kenapakah penguatkuasa tidak boleh ambil tindakan? Nak tahu kenapa?. Mc dimaklumkan, sewaktu ada serbuan oleh pihak penguatkuasa. Kelab-kelab ini telah tutup terlebih dahulu sebelum penguatkuasa datang. Pelik Bukan! Bagaimana kelab-kelab seperti ini boleh tahu tindak tanduk serbuan pihak berkuasa?

Apakah ada orang 'dalam' yang mendedahkan semua serbuan dari pihak berkuasa? Mc tak dapat jawab semua ini, kerana Mc tak ada bukti untuk didedahkan. Tapi Insyallah Mc akan cuba masuk kedalam pihak berkuasa dan mencari siapa punca dan dalang sebenar disebalik semua ini. Apa yang pasti, sejak Pakatan Haram berkuasa di Selangor, banyak kelab seperti ini wujud. Kenapa ye? Adakah ini salah satu janaan ekonomi cara baru dari Pakatan Haram Selangor yang didalangi oleh Dap?

kemana perginya Pas Selangor? Merajuk menghilangkan diri, atau tak sudah-sudah menikus? Apakah ini kemajuan yang penduduk Selangor inginkan? Adakah ini yang orang Selangor mahu dalam pentadbiran Pakatan Haram? Cuba jawab sikit. Kata lesen hiburan tak dikeluarkan..tapi kelab haram macam ni tumbuhnya tak terkawal. Apa cerita ni?

MctHeory:
Tunggu pendedahan bab 'Mak Nyah' dan 'pengedaran dadah di Selangor'

Jumaat, 12 Mac 2010

APA DAH JADI DENGAN SELANGOR?!



Apa dah jadi dengar Selangor? Mungkin ada diantara rakyat Selangor yang sedar atau tidak, tumbuhnya kedai minuman keras dan pusat hiburan di Selangor semakin bercambah. Walaupun Mc mendengar khabar bahawa kerajaan Selangor tidak melepaskan lesen kedai arak dan hiburan yang baru. Akan tetapi, atas lesen apa dan bagaimana pula kedai-kedai seperti ini boleh beroperasi?
Mungkin mereka beroperasi tanpa lesen?

Tidakkah ada diantara anda penduduk Selangor yang sedar akan kewujudan semua ini? Mc tidak menyalahkan kerajaan Selangor 100 peratus, akan tetapi Mc cuma mempertikaikan masalah penguatkuasaan atas perkara seperti ini. Sudahlah kedai minuman keras disekitar Sunway dan Petaling Jaya semakin banyak dan terbuka. Pusat hiburan seperti Club, pub, snooker, pool, cybercafe (game, judi) boleh beroperasi sehingga lewat malam kadang-kadang sampai kepagi.

Cuba pergi jenguk disekitar Sunway, ss15, Taman Manja, Sekitar PJS 8/9. Bersepah cybercafe dan pusat hiburan yang beroperasi hingga lewat malam. Pengunjungnya terdiri dari remaja dan budak sekolah. Nama saja cybercafe, tetapi dalamnya lebih kepada game dan judi. Kalau Mc si blogger jalanan boleh perasan akan semua ini, dimana pihak penguatkuasa?

Apakah ada arahan dari pihak atasan supaya tidak menganggu kedai-kedai sebegini beroperasi? Apakah ini satu cara kerajaan Selangor mahu menjana semula ekonomi mereka yang sudah hampir bangkrup? Mr.Ronnie punya angkarakah ini? Khalid gagap sedang buat apa? Pas Selangor tak sedar ke apa yang telah terjadi kepada negeri Selangor sekarang? Kalau UMNO buat, korang pandai bersuara, bila kena Pakatan buat, korang diam seribu bahasa.

Mc ada banyak lagi rahsia mengenai masalah sosial di Selangor yang semakin meningkat. Tak tahulah sama ada kerajaan Selangor sedar atau tidak. Mc pasti akan bongkarkan, satu demi satu.

MctHeory:
Sudahlah ekonomi jatuh. Akhlak dan sosial juga turut jatuh di Selangor. Agaknya nanti, apa lagi yang tinggal?

Isnin, 22 Februari 2010

APABILA MELAYU DAH TAK SERUPA MELAYU!


Mc nak ceritakan tentang orang melayu yang mungkin dah lupa dia ni melayu, atau sudah hilang kemelayuannya atas sebab harta dan kuasa. Alhamdullilah dia cuma hilang kemelayuan, kalau hilang kemaluan lagi teruk perangai agaknya.

Cerita ni bermula di tandas lapangan terbang Subang. Sewaktu Mc baru balik dari Kedah. Bukan Mc nak cerita tandas, tetapi nak ceritakan tentang seorang hamba Allah yang berlagak tahap dewa. Orang melayu biasa la, boleh pakai kot, neck tie sikit. Mula la, jalan kembang dada.

Ketika Mc sedang buang air kecil, Mc terdengar ada mamat dok bising-bising dalam tandas, sebabnya, takde tisu. Bagi kita orang melayu, takde tisu biasala, basuh dengan tangan kiri. Lepas tu sabun. Habis cerita. Tapi mamat ni, nak tunjuk berlagak, dia bising-bising panggil bangla pencuci tandas minta tisu.

Bangla tu pun macam blur, kata tisu takde, tisu dah habis. Mamat ni hangin, dia kata dia sakit perut, takde tisu macam mana nak membuang, terus ditamparnya bangla tadi. Dua kali berturut dia tampar, bangla terdiam dan cuma pegang pipi, tak melawan.

Mc dan beberapa orang kat situ tarik dia jauhkan dari bangla tadi. Sambil bagi nasihat. Kita orang cuma kata, tak baik pukul dia, dia cuma clearner je. Nak tau mamat tu cakap apa? Dia kata, ''korang peduli apa! korang tau aku siapa! Aku orang kuat kerajaan tau, sukahati aku la...''. Dengan megahnya dia berkata demikian.

Mc nak bagitaula ni. Mc peduli apa dia ni siapa. Tapi agak-agakla, pasal tisu pun nak pukul orang. Airkan ada, basuh la. .kalau dia cina ka, india ka, ok la. Ini, orang melayu minta tisu tandas. Bodohla ya amat! Inilah yang dipanggil orang melayu yang dah tak jadi melayu. Berlagak konon orang kuat kerajaan negeri, peduli apa!

Kalau hebat sangat, orang kuat kerajaan Selangor la katakan, panggil la si gagap tolong basuh pungkoq ko tu. Atau anwar lagi bagus, boleh dia tolong liwatkan sekali, senang sikit ko membuang nanti. Mc nak bagitau ni, Allah maha adil, hidup kita umpama roda, kadang-kadang kita diatas, kadang-kadang kita dibawah.

MctHeory:
Tunggu balasan dari nya nanti, pasti tiba!

Jumaat, 29 Januari 2010

DALAM PENTADBIRAN SELANGOR ADA PELIWAT BUDAK?!



Ada berita panas mengenai seorang board of director syarikat yang listed dalam BSKL. Dia ni seorang berpangkat dalam parti politik yang menyokong peliwat dan sudah bekeluarga.

Mc dapat cerita ni semasa pegi lepak dengan budak-budak yang kerja bawahnya dan cerita ni dah menjadi buah mulut di Selangor. Kiranya sekarang ni memang tengah panas la beb!

Ceritanya macam ni, dia ni suka cari budak-budak sekolah, bagi upah untuk tidur dengan dia. Bukan budak sekolah je, yang jambu-jambu yang muda-muda hensem, semua dia sapu.

Kalau nak tidur dengan dia, dia bagi rm500 atau rm800 ikut layanan dan kualiti la. Paling Mc tak tahan dengar, orang tua ni lelaki, dah la badan gemuk dah berkawin, anak pun dah besar sanggup nak makan luar lagi.

Tak sangka pula dalam pentadbiran Selangor ada peliwat juga? siap nak yang segar-segar, cari pelajar IPT atau budak sekolah. Ini cerita betul, bukan Mc buat cerita. Demi Allah! Mc dengar semua ni dari pekerja-pekerja dan orang yang pernah diajak tidur dengannya.

Walaupun cerita ni masih dalam khabar angin atau gossip. Mc akan pastikan cerita ini nanti, sebab petang ni Mc nak pergi jumpa dengan anak si peliwat segar ni. Dengar cerita, anak dia pun tahu pasal bapanya ni, dia pun dah benggang gila.

Mc akan cerita lagi pasal peliwat ni, dalam posting yang lain pula. Sebab Mc kena confirmkan dulu dengan anak dia dan mangsa yang diliwatnya. Jika betul-betul ada bukti, Mc akan dedahkan dalam post yang akan datang. Nak siasat dulu!

MctHeory:
Sangkakan Brader Anwar je peliwat tegar. Rupanya ada lagi pengikutnya ni peliwat segar! Masyallah!. Kenapa ramai sangat Gay dalam PKR ni!.

BUKTI RAKYAT SELANGOR MAKIN TOLAK KHALID GAGAP!



Mc nak beritahu ni, baru-baru ni ada bancian mengenai kepopulariti Si Khalid Gagap mentadbir Selangor. Mc difahamkan, Si Khalid sekarang ni dah kurang popular berbanding dulu.

Menurut bancian Merdeka Centre, mereka yang berpuas hati dengan pentadbiran menteri besar itu telah jatuh lapan mata sejak beberapa bulan lalu dan ia mencatatkan 62 peratus pada Jun 2009 tetapi menjunam kepada 54 peratus pada Januari tahun ini.

Mc harap puak ahlul-ahlul PR ni berwaspadalah dengan keadaan ini. Khalid ni makin hari makin teruk pentadbirannya. rakyat Selangor dah mula sedar atas kesilapan yang lepas. Rakyat bukannya bodoh macam korang.

Mc rasa la, bila sampai PRUke13 nanti, si Khalid ni mesti orang Selangor dah tolak dia habis-habisan punya la. Makin lama, makin tak laku lagi Khalid ni. Banyak sangat kes dia buat, macam kes sapu duit anak yatim, kes uitm dan macam-macam kes lagi. Nak baca klik di sini.

Bersedialah kau Khalid. Hari akhirmu pasti menjelma. Khabar pengakhirnya Pakatan Haram di Selangor sudah nyata. Hanya tunggu hari menjelma.

MctHeory:
Projek Selangor bangkit makin berjaya sedarkan rakyat! Usaha lagi supaya rakyat terus tolak khalid gagap ni.

Selasa, 26 Januari 2010

ISU ZULKIFLI NOORDIN DILARANG BERI KENYATAAN, DRAMA ATAU REALITY!




Mc nak update sikit pasal kes dalaman PKR Zul Noordin dan sekutu-kutu PKR yang lain. Puak-puak PKR sebelum ni menghentam Zul kerana buat laporan polis dan failkan saman kepada Khalid James Samad.

Kes ini menjadi berlanjutan apabila Brader Anwar campur tangan, boleh baca disini. Mc juga sudah terangkan tadi mungkinkah ini drama PKR yang terbaru, nak sila baca klik di sini

Bawah ni berita terbaru Mc baca dari MstarOnline. Kenyataan Setiausaha baru PKR Saifuddin Nasution. Mengenai hal Zul.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu, Zulkifli Noordin diarah supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan media sehingga siasatan berhubung kesnya selesai disiasat oleh lembaga disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Keputusan untuk merujuk konflik antara Zulkifli dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ke lembaga disiplin parti diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik parti itu hari ini. Setiausaha Agung PKR yang baru, Saifuddin Nasution ketika membaca kenyataan medianya - MstarOnline


Mc dah kata, benda ini akan menjadi bersambung-sambung dan berlanjutan. Ini mungkin drama terbaru PKR. Lepas ni Mc takkan cerita bab ni lagi sehinggalah kes ini selesai.

Minta pembaca jangan alihkan perhatian kita kepada kes Anwar. PKR sedaya upaya untuk mengalihkan perhatian rakyat dan media. Janganlah kita terpedaya dengan tipu helah parti penyokong komunis zaman moden ini.

MctHeory:
Asyik nak drama, bosan dah orang tengok wei!. .

Khamis, 21 Januari 2010

AZMIN DALANG KONSPIRASI GULINGKAN KHALID MB SELANGOR!


Mc tertarik dengan berita ni. Mengenai ulasan bekas Mb Selangor. Dr Khir Toyo mengenai pembubaran cabang Pkr di Kuala Selangor. Bagi Dr Khir semua ini konspirasi dalaman Pkr untuk cuba menjatuhkan Khalid gagap sebagai MB Selangor.

Sebelum ini kita pernah dengar bahawa Pesuruhjaya Pas Selangor ingin menjawat jawatan MB Selangor dengan cuba mengulingkan Khalid. Sekarang kita dengar lagi kejadian seumpama ini berlaku dalam kerajaan Selangor. Apa nak jadi dengan Kerajaan PR di Selangor? Masing-masing berebut kuasa. Macam beruk dapat bunga.

Kadang-kadang Mc kesian juga dengan Khalid ni. Banyak betul orang tak suka dia. Malah orang Pkr sendiri pun tak suka sama Khalid ni. Macam mana PR nak mentadbir negara, kalau negeri pun, mereka asyik nak berebut kuasa.

Baca ulasan Dr Khir dibawah ni:

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa terdapat usaha di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu untuk menggulingkan kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut beliau, PKR di negeri itu kini menghadapi krisis dalaman yang cukup ketara terutamanya bagi merebut jawatan di peringkat negeri dan pimpinan tertinggi.

"Sesama mereka sendiri ada masalah dalaman, perkara ini tak dapat nak selindung lagi kerana ia jadi semakin besar.

"Perkembangan terkini menunjukkan memang ada usaha untuk jatuhkan Tan Sri Khalid, ada kumpulan tertentu dalam partinya sendiri mahu rampas kedudukan beliau," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai peletakan jawatan 13 ahli jawatankuasanya (AJK) PKR Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Abdul Khalid.

Kesemua 13 AJK berkenaan termasuk Ketua Angkatan Muda (AMK), Nazaruddin Darmawan dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman meletak jawatan secara berperingkat bermula November lalu hingga kelmarin kerana hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor.

Situasi ini bermakna Abdul Khalid hilang jawatan Ketua Bahagian sehingga pemilihan baru diadakan yang dijangka pada Mac ini.

Selain itu, Dr Khir yang juga bekas Menteri Besar Selangor turut mendakwa bahawa Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali merupakan dalang di sebalik kemelut yang melanda parti itu di Selangor.

Malah menurutnya, penglibatan Azmin dalam perkara ini adalah sebagai langkah persediaan untuk merebut jawatan tertinggi dalam parti jika sebarang kemungkinan berlaku terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menghadapi tuduhan liwat di mahkamah.

"Permainan ini mereka yang rancang, Azmin yang menjadi dalang. Beliau dan sebahagian penyokong PKR yang lain sudah was-was dengaan Anwar kerana kes liwatnya.

"Kalau Tan Sri Khalid tidak dihalang atau disekat, tidak mustahil beliau akan naik menggantikan tempat Anwar menerajui PKR nanti.

"Jadi Azmin mula bertindak dari sekarang dengan cuba menghancurkan karier politik Tan Sri Khalid," katanya.

Tambah Dr Khir lagi, Abdul Khalid kini menghadapi krisis hilang kepercayaan yang cukup ketara.

"Kumpulan yang menyokong Azmin kini dilihat mula bertindak, malah saya juga ada dimaklumkan bahawa selepas ini mungkin ada lagi bahagian atau cawangan PKR di Selangor yang akan dibubarkan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Khir menegaskan kemelut yang melanda PKR Selangor tiada kaitan dengan Umno.

"Ini semua hal mereka sendiri, saya harap mereka tak akan menunding jari kepada Umno setelah apa yang berlaku.

"Umno tak perlu lakukan perkara-perkara sebegini untuk meraih sokongan rakyat," katanya.


Biasala, bila kejadian macam ni berlaku. Ada la suara-suara sumbang yang menyalahkan UMNO menjadi dalang yang kononnya membeli ahli-ahli Pkr yang keluar parti. UMNO takdak masa nak layan semua ni. Kalau ada pun mereka yang ikhlas nak kembali pada UMNO macam posting lepas yang Mc ceritakan nak baca klik di sini.

Azmin rupanya ada udang disebalik batu. Ada usaha untuk menjatuhkan Khalid kemudian Anwar. Dahsyat ni Azmin ni. Azmin buat macam ni mungkin kerana banyak ahli Pkr yang sudah tidak percaya kemampuan Anwar mentadbir Pkr. Macam mana pula dengan Pakatan Haram yang lain. Adakah mereka semua masih nak ikut pungkoq Anwar yang sibuk dengan kes liwatnya tu?

Pakatan Haram sekarang dalam dilema. Mereka takut jika Anwar masuk dalam check in hotelnya di Sungai Buloh balik, tentu hala tuju mereka terjejas, siapa nak jadi ketua PR? N.ajis? Mana boleh dia sibuk bersilat kat Kelantan dengan menantunya, mana la ada masa nak jaga PR. Hadi Awang? dia ni suka tidur, macam Pak Lah dulu, mana layak. Lim Kit Siang? tak boleh, rosak dikerjakan PR, jadi parti komunis la agaknya nanti. Ikut je pesanan Mc ni. Bubar dun Selangor! dan bubarkan sekali Pakatan Rakyat! Rakyat gembira, Kami bahagia!

MctHeory:
BUBARKAN DUN SELANGOR, SINGKIRKAN KHALID! HAPUSKAN PAKATAN HARAM DI SELANGOR!

Rabu, 20 Januari 2010

UMNO JUARA RAKYAT! SAMSENG AMK SELANGOR MEREPEK LAGI!



Mc ada terbaca ulasan samseng kencing manis Selangor, Ezli yang pendek-pendek tagap tu mengenai UMNO juara rakyat. Dah memang menjadi tugasnya, merepek untuk AMK Penerangan Selangor, untuk menghentam UMNO. Sedangkan kempen UMNO juara rakyat ni tak usik duit poket Pakatan Haram langsung.

Hari tu Mahfuz dok merepak pasal peruntukkan kempen UMNO ni. Sekarang Si pendek ni pula yang bersuara. Ezli ni anggap UMNO ni dah terdesak sangat dah, sebab tu buat kempen. Kononya nak tarik perhatian rakyat.

Alahai. .bagus apa Ds Najib buat kempen UMNO juara rakyat, sekurang-kurangnya UMNO cuba untuk berubah demi rakyat, yang Si Brader Anwar buat kempen apa pula? KEMPEN SAYA TAK MELIWAT! jelajah kemana-mana negeri. Sambil jual muka seposen minta simpati rakyat. Dia ingat rakyat bodoh macam puak-puak Pakatan Haram hapa.

Bacala statemend dari Ezri pendek, kat bawah ni dulu.

20 jan-Angkatan Muda Keadilan Selangor menganggap kempen terdesak pihak Umno untuk memenangi hati rakyat dengan slogan ‘Umno Juara Rakyat’ adalah omongan kosong dan gimik politik murahan semata-mata.

Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut yakin bahawa rakyat tidak mudah termakan dengan slogan itu kerana jelas bahawa trek rekod Umno dulu, kini dan selama ini sememangnya parti itu adalah juara rasuah politik dan banyak dasarnya menyusahkan dan membawa beban kepada rakyat dan negara.

“AMK Selangor ingin mengingatkan Umno memang juara rakyat dalam hal merampas tanah rakyat, rasuah dan penyelewengan, skandal akhlak dan moral, membawa kebobrokkan kepada sistem kehakiman, merampas kuasa di Perak dan pelbagai lagi persepsi negatif,” ujarnya lagi
- Haramkahdaily

Mc ingat si budak AMK ni tak update otak dia dengan isu semasa kot. Dia tuduh UMNO merasuah, tu cerita lama. Sekarang UMNO dah buat pembersihan untuk membuang terus ahli yang terlibat dengan politik wang. Bagi yang pernah terlibat, memang jadi suspek utama la. Kalau dah pernah kena hukum, dah bertaubat tak salah kalau terima kembali. Betul tak?

Setahu Mc la. UMNO dah kurang dalam kes rasuah ni. Walaupun UMNO teras pemerintah Malaysia. Salahlaku rasuah hanya sebilangan kecil sahaja. Itu pun yang lepas-lepas. Ada ke kes yang terbaru. Mana ada!

Sekarang ni yang tengah seronok merasuah, bukan orang UMNO tapi orang Pas, Pkr dan Dap. Cuba kita lihat isu-isu semasa yang ada sekarang. Contohnya:

- Di Kelantan, N.ajis tengah bersilat menepis pelbagai tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan kroni.
- Di Selangor, Khalid sedang mengelupur bersama kejatuhan ekonomi negeri sambil kes-kes penyalahgunaan kewangan kerajaan.
- Di Pulau pinang, Lim Guan Gangsta, sedang berparti menghalau orang tanah melayu dan india untuk buat projek perumahan mewah.

Kiranya sekarang ni, UMNO dah mahu tamatkan zaman kotornya dahulu. Mahu suci dan bersih. Sedangkan Pakatan Haram masih lagi ketagih merosakkan pentadbiran negeri dengan pelbagai salah laku kotor mereka. Belum puas pegang duit, nak sapu duit rakyat lagi.

Sebagai rakyat Malaysia, yang mana patut anda pilih, yang dah bertaubat, atau yang tengah buat!

MctHeory:
Bagi Mc UMNO tetap juara dihati rakyat!

Selasa, 12 Januari 2010

EKONOMI: MELAYU MASIH BELUM SELAMAT!





Tajuk ini dipilih disebabkan kebimbangan Mc (nama bagi penulis) mengenai ekonomi kaum Melayu di Selangor sekarang yang kiranya bagi penulis tidaklah didalam keadaan yang baik.

Apa yang Mc katakan ini adalah daripada pengalaman yang Mc lalui sendiri. Kita selalu mendengar bahawa ekonomi kaum Melayu semakin meningkat pada setiap tahun, Melayu mengawal ekonomi Malaysia dalam 25℅ daripada kaum lain.

Itu apa yang diperkatakan pada tahun lepas dan tahun yang sebelumnya. Pada pandangan Mc sendiri, ekonomi kaum Melayu berada pada tahap yang agak membimbangkan.

Apa yang menyakinkan Mc mengenai perkara ini, ialah apabila Mc menghadiri majlis perjumpaan pembekal-pembekal utama bahan mentah disekitar Selangor yang mengabungkan 50 buah syarikat besar yang menjadi nadi utama pembekal di Selangor. Mc sangat terkejut. Diantara 50 buah syarikat pembekal, hanya 1 sahaja syarikat yang diuruskan oleh kaum Melayu.

Kenapa Mc berkata demikian. Ini kerana pada tahun sebelumnya (2008), ada 11 buah syarikat Melayu dari 50 buah syarikat pembekal di sekitar Selangor. Tahun ini hanya tinggal sebuah sahaja. Apa yang menghairankan aku, banyak muka-muka baru dari kaum lain yang amat berjaya, manakala kaum Melayu yang berjaya semakin kurang dan mundur malah banyak yang bankrup.

Apakah punca keadaan ini ada kaitan dengan kegawatan ekonomi? Apakah ini ada kaitan dengan harga barang yang naik? Pernah kita dengar kaum lain mengeluh apabila harga barang naik? Sedangkan kita asyik menghentam kerajaan jika berlaku kenaikkan barang atau subsidi barang dikurangkan.

Sekarang bukan Mc nak menceritakan perihal kaum Melayu, tetapi hanya hendak memberitahu bahawa kita jangan ingat kaum Melayu sudah kukuh dari segi ekonomi dan politik, kerana hari demi hari kuasa ekonomi dan politik semakin terhakis jika kita tidak melakukan sesuatu yang boleh mengubah kedudukan kita.

Kita tahu bahawa kerajaan sentiasa membantu usahawan Melayu yang baru hendak ceburkan diri dalam perniagaan, banyak dari segi bantuan kewangan, kursus dan institusi yang membantu kaum Melayu memulakan perniagaannya sendiri.

Pada pandangan Mc sendiri, kaum Melayu tidak mengunakan bantuan kerajaan dengan sebaik mungkin untuk menguruskan perniagaan. Banyak yang berlagak kaya dan perniagaannya tak seberapa. Banyak yang membazirkan duit pinjaman dengan membeli barangan peribadi dan bukannya untuk memajukan perniagaan.

Itu cuma sebilangan sahaja. Ada juga yang rajin dan betul-betul hendak berniaga cuma tidak diberi peluang. Umpamanya kerajaan Selangor sekarang. Tiada bantuan kepada usahawan-usahawan Melayu yang baru untuk memulakan perniagaan. Tiada usaha-usaha untuk membantu kaum Melayu meningkatkan ekonomi sendiri dan seterusnya ekonomi negeri juga negara.

Ini cuma petanda kecil menunjukkan kurangnya pembekal dan peniaga Melayu di Selangor. Bagaimana pula dengan agihan projek pembangunan oleh kerajaan negeri? Adakah dibahagi sama rata atau di bolot oleh kroni sahaja.

Setahu Mc, soal pembangunan ekonomi setempat dibawah tangan gengster Dap Mr.Liu. Walaupun Kalid MB Selangor. Dia hanya berpandukan kiblat yang ditunjukkan oleh Dap. Jika ini berterusan. Ekonomi kaum Melayu di Selangor pastinya akan pupus dan hancur. Jika keadaan ini berterusan, apakah Selangir akan menjadi Pulau Pinang nombor 2?

MctHeory:
Apa yang perlu kita lakukan ialah, tolak Pakatan Haram di selangor. Untuk meningkatkan kembali ekonomi kaum Melayu sekaligus menjaminkan masa depan anak cucu kita ditanah air kita sendiri. Kita perlu kuasa ekonomi, kalau kita hendakkan anak cucu kita rasa apa yang kita rasa. Jangan perjudikan anak cucu kita di tangan mereka-mereka ini

Isnin, 11 Januari 2010

ISU: PAS SELANGOR! MANA LARANGAN JUALAN ARAK DI KAWASAN UMAT ISLAM?!!




Isu arak di Selangor sebenarnya telah di ghaibkan dari pandangan umum, bagaikan sudah selesai, hakikatnya, ramai lagi umat-umat Islam yang hati perutnya kelam mudah mendapatkan air kencing syaitan ini di kedai-kedai 24jam.

Semasa aku turun ke Petaling Jaya Selatan untuk mencari maklumat berkenaan Topic Serbu Taman Medan, aku terserempak dengan sekumpulan remaja Melayu Islam (walaupun sudah tak nampak lagi Islamnya), baru keluar dari kedai 24jam sambil memegang minuman keras ditangan.

Melihat kejadian tadi, aku sangat terkejut. Aku pun terus masuk kedalam kedai 24jam tu. Kelihatan botol-botol minuman keras di belakang kaunter cashier sahaja, disitu juga kelihatan poster besar bertulis "Orang Islam Dilarang Membeli minuman keras, arak adalah haram!" tapi macam mana pula remaja terbabit boleh beli minuman keras.

Situasi 1:
Untuk mendapatkan kepastian mengenai pembelian minuman keras, aku pun memanggil
seorang bangla yang menjadi pembantu kepada cashier.

"baiya..sini kejap" aku panggil. "ada apa abang" bangla tu tanya.
"sini la baiya, saya mau minta tolong sikit" kata aku pada bangla tadi.

Bangla tu pun datang, aku terus tarik bangla tadi pergi belakang kedai untuk dapatkan kepastian.

"baiya, saya mau tanya sikit boleh?" aku tanya.
bangla jawab "mau tanya apa abang, cepat sikit saya ada banyak kerja (loghat bangla)"

"Saya mau beli arak tapi saya Melayu boleh beli ka?" aku bagi soalan cepumas.
"abang pergi kaunter suruh itu cashier ambil, bayar saja la" bangla tadi jawab lagi

"Eh!..orang Melayu boleh beli ke? tak kena tangkap ke?" aku tanya lagi.
"Ramai orang Melayu beli la abang" dia jawab balik.

"tapi poster kat belakang kaunter tu kata, orang melayu tak boleh beli? kalau jual kat orang melayu tak takut itu 'haji' (JAIS) tangkap ka?" aku tanya lagi.
"Takda apa la abang, itu poster letak saja, 'haji' pun tak penah datang, bos suruh letak-letak saja la". bangla tu jawab dengan bangganya.

"itu macam ka, kalau aku beli pun ok la ni" tanya untuk kepastian.
"tadapa la abang, line clear, jangan takut, abang mau yang mana, saya tolong ambil bagi abang". bangla tu jawab dengan yakin sekali.

"takpa-takpa, nanti kalau aku nak, aku cari ko ok" jawapan nak lari.

Bangla tadi pun masuk kerja balik sambil garu-garu kepala memandang aku.

Situasi 2:
Seterusnya pada malam berikutnya aku pergi kekawasan yang memang penempatan orang-orang Islam kawasan PJS 8/9. Kawasannya tidak jauh dari kawasan masjid. Sebuah kedai 24jam yang selalunya sibuk, bersebelahan dengan kedai makanan halal. Aku difahamkan kedai 24jam tersebut merupakan tempat pembelian arak paling mudah bagi remaja melayu, walaupun dibawah umur.

Sampai di kedai berkenaan, aku terus meninjau keadaan kedai tersebut. Didalam kesibukkan kedai tersebut. Kelihatan ada remaja Melayu yang sedang membeli minuman keras. Aku hanya memerhatikan dari jauh. Selepas remaja itu pergi aku terus ke kaunter pembayaran yang ada botol arak dibelakangnya.

Dialog antara aku dengan dua pekerja kedai berkenaan:

Mc: Baiya.. tadi ada orang melayu beli arak, u takdak larang ka?

Pekerja1: Apasal u tanya ada apa hal? (secara kasar dia balas)

Mc: Aku tanya, itu budak melayu beli arak, kenapa u bagi?

Pekerja2: Sukahati la, u apa peduli, kenapa u polis ka? (bangla kedua menyampuk)

Mc: Sana ada tulis orang Islam tak boleh beli arak, tapi kenapa u bagi jugak, aku mau report sama haji (Jabatan Agama Islam Selangor).

Pekerja1 : Hey! pirigi la, jangan buat kaco sini. kalau mau report pirigi la. Bos saya tada takut puya, itu haji pun tadak nampak.

Pekerja2: Gila puya orang!

Mc: Babi, Sial punya bangla bodo! (aku terus blah sebab panas aku dah tahap nak meletup) sambil orang ramai memandang aku dengan penuh tanda tanya.
Sambil jalan ke motor, aku sumpah aku tak pergi lagi kedai tadi. Sial betul bangla, berlagak!



Pas Selangor memberi jaminan bahawa tiada minuman keras dijual di kawasan orang Melayu Islam, tapi hakikatnya bersepah kedai 24jam yang menjual minuman keras di kawasan orang Melayu Islam. Apa dah jadi ni. Mengikut dua situasi terbabit, nampak sangat, penguatkuasaan atas pembelian arak hanyalah janji-janji kosong.

Adakah kata-kata dan janji-janji tadi hanya untuk menutup tembelang Pas Selangor yang pecah disebabkan Dap? Atau Pas memang sudah berubah hingga sanggup menghalalkan penjualan arak di kawasan orang Melayu Islam.

Adakah ini perjuangan menegakkan Syiar Islam yang dilaung-laungkan oleh ulama dan ustaz Pas? Fikir-fikirkan lah..



MctHeory Huk Aloh.. Pas sekarangkan dan join sekular, meraka sekarang dan TAKEBEER! bukan lagi TAKKBIRR!!