Memaparkan catatan dengan label Ustaz Azizan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ustaz Azizan. Papar semua catatan
Sabtu, 28 September 2013
HOT! Puak Pas KUTUK Ayahanda Tun Dr Mahathir dan Mukhriz Ziarah Kubur Allahyarham Ustaz Azizan!!
Tak sangka Mc bahawa niat ikhlas Ayahanda Tun Dr Mahathir dan Dato Mukhriz memberi penghormatan dan ziarah terakhir kepada Allahyarham Ustaz Azizan menjadi isu besar pada puak Pas yang jumud lagi sempit ni.
Baca dibawah,
Kenapa nak pertikaikan niat orang samaada ikhlas atau tidak. Sedangkan sebelum Allahyarham Ustaz Azizan meninggal, sememangnya Dato Mukhriz kerap kali mengunjungi Allahyarham tanpa pengetahuan media dan rakyat Kedah. Kalau benar beliau gilakan publisiti, sudah tentu Dato Mukhriz akan menyebarkan perkara tersebut kepada media. Hanya pegawai dan keluarga terdekat saja yang tahu akan perkara tersebut.
Janganlah politik kan perkara ini, Mc percaya masih ramai ahli Pas yang waras dan mengalu-alukan umat Islam lain memberi penghormatan kepada Allahyarham. Kenapa perlu marah dan caci bagai. Mana lebih penting, ukhwah sesama Islam atau politik kebendaan? Sudah-sudah la berpolitik tu bro.. sampai orang meninggal pun nak berpolitik, cemuih ehh..
McTheory:
Selepas beberapa jam Ustaz meninggal, orang Pas dok sibuk dah, sapa nak jadi calon!! GILA!
Khamis, 22 Ogos 2013
INFO! Azizan Razak Bakal Gegarkan Sidang Dun? #KedahAmanMakmur
Akhirnya tanda tanya mengenai kedudukan Tan Sri Azizan terjawab juga apabila semalam bekas Menteri Besar itu mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Menurut bekas Setiausaha Akhbar beliau, Helmi Khalid, rombongan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Md Rozai Safian tiba di wad hospital berkenaan kira-kira pukul 12.45 tengah hari tadi untuk proses angkat sumpah itu.
“Proses berkenaan mengambil masa kira-kira 15 minit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Antara yang hadir semasa proses angkat sumpah itu ialah Timbalan Speaker Datuk Azmi Che Husain; Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Syed Isa Syed Ibrahim, Penasihat Undang-undang negeri Datuk Anas Ahmad Zakie dan Adun Anak Bukit Datuk Ir Amiruddin Hamzah.
Difahamkan proses angkat sumpah berkenaan berjalan lancar dan Azizan tidak menandatangani, sebaliknya hanya menggunakan cap jari sebagai pengesahan diri.
Azizan dipotong kedua-dua belah kakinya kerana mengalami komplikasi diabetes yang kronik 10 Mei lalu dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira tiga bulan sebelum dipindahkan ke HSB minggu lepas.
Selasa, 2 Julai 2013
PANASS! Azizan Razak Mahu Berehat Terus Dari Politik? #HanyaDiKedah
Semalam Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turun melawat Ustaz Azizan yang masih lagi dirawat di hospital Pulau Pinang.
Ketibaan Tuanku Hajah Haminah disambut isteri Azizan, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah dan anak-anaknya.
Sementara itu, anak Azizan, Rahmah, 33, berkata bapanya memberi respons dan sentiasa senyum selepas Tuanku Hajah Haminah bertanya khabar beliau.
anak Azizan, Rahmah, 33, berkata bapanya memberi respons dan sentiasa tersenyum bila orang bertanyakan khabar beliau.
"Keadaannya semakin pulih walaupun tidak boleh bercakap berikutan tiub di lehernya, beliau memberikan respons dan kita faham apa yang beliau ingin cakap berdasarkan pergerakan bibirnya," katanya kepada pemberita selepas lawatan Tuanku Hajah Haminah.
Rahmah berkata mereka sekeluarga tidak bercadang memindahkan bapanya ke hospital lain kerana pasukan perubatan HPP menasihatkan supaya beliau dirawat di situ sehingga sembuh sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
"Dari segi perkembangan kesihatannya, ia bertambah baik namun masih dipantau rapi doktor di sini. Ingatan ayah juga masih kuat dan kenal sesiapa yang melawatnya," katanya.
Azizan, 73, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Limau, menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis pada awal Mei lepas.
Rasanya dah lama Ustaz Azizan di hospital tu, kita doakan semoga beliau cepat sembuh, dan keluar dari hospital.
Kadang-kadang saja Mc nak update keadaan kesihatan Ustaz Azizan.
Namun apa yang menjadi persoalannya sekarang, apakah Ustaz Azizan masih mahu berjuang dalam politik atau mahu berehat terus?
McTheory:
Dalam keadaan tersebut, lebih baik Ustaz Azizan berehat terus dari politik.
Khamis, 23 Mei 2013
HOT INFO! Keadaan Kesihatan Terkini Ustaz Azizan! #HanyaDiKedah

Hari ini genap 17 hari bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjadi penghuni Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).
Beliau kini masih lagi dipantau rapi oleh 10 doktor pakar antaranya kardiologi, ortopedik dan diabetes dan selepas menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis dihidapinya pada 9 Mei lalu.
Selepas mendapatkan rawatan yang terbaik di HPP, kini keadaannya semakin stabil dan beliau sudah sedar namun masih berada dalam keadaan yang masih lemah.
Bekas setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata, Azizan kini sedang menjalani rawatan mencuci luka di kakinya.
“Alhamdulillah kesihatannya semakin baik dan beliau dilihat bertambah pulih sejak dua hari lalu dan cuba berkomunikasi dengan ahli keluarga serta rakan rapat yang menziarahinya, namun tidak mampu bercakap dengan baik dan tersekat-sekat.
“Beliau juga sudah mengetahui kedua-dua belah kakinya sudah tiada, dari reaksi yang dapat saya lihat, beliau reda dengan apa yang menimpanya,” katanya.
Menurutnya, sepanjang berada di HPP, kedua-dua isteri Azizan, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah dan Shamsiah Shafie serta 14 anaknya setia menjaga di hospital.
Sepanjang menerima rawatan, Azizan tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai termasuk kepimpinan tertinggi negara.
Antara kenamaan yang hadir menziarahinya ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Perlis, Azlan Man.
Beliau kini masih lagi dipantau rapi oleh 10 doktor pakar antaranya kardiologi, ortopedik dan diabetes dan selepas menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis dihidapinya pada 9 Mei lalu.
Selepas mendapatkan rawatan yang terbaik di HPP, kini keadaannya semakin stabil dan beliau sudah sedar namun masih berada dalam keadaan yang masih lemah.
Bekas setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata, Azizan kini sedang menjalani rawatan mencuci luka di kakinya.
“Alhamdulillah kesihatannya semakin baik dan beliau dilihat bertambah pulih sejak dua hari lalu dan cuba berkomunikasi dengan ahli keluarga serta rakan rapat yang menziarahinya, namun tidak mampu bercakap dengan baik dan tersekat-sekat.
“Beliau juga sudah mengetahui kedua-dua belah kakinya sudah tiada, dari reaksi yang dapat saya lihat, beliau reda dengan apa yang menimpanya,” katanya.
Menurutnya, sepanjang berada di HPP, kedua-dua isteri Azizan, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah dan Shamsiah Shafie serta 14 anaknya setia menjaga di hospital.
Sepanjang menerima rawatan, Azizan tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai termasuk kepimpinan tertinggi negara.
Antara kenamaan yang hadir menziarahinya ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Perlis, Azlan Man.
Isnin, 20 Mei 2013
TERKINI!! Keadaan Kesihatan Terbaru Ustaz Azizan? #HanyaDiKedah
Dah lama Mc tak update pasal kesihatan mantan menteri besar kita tu. Ada orang tanya Mc, Ustaz Azizan dah sehat ka? Mc pun taktau, jadi Mc pun hubungi orang yang mengetahuinya.
Apa yang Mc tau, kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semakin baik dan beliau sedang dalam proses mencuci lukanya. Namun begitu beliau masih belum boleh bercakap. Walaupun keadaannya pun lemah tetapi stabil.
Azizan juga menunjukkan respons yang baik apabila sudah mengenali orang yang berada di sekelilingnya. Beliau juga masih belum makan, cuma bergantung kepada ubat diberikan melalui suntikan. Azizan dijangka berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) sehingga rawatan selesai. Tambahan pula, beliau kini dipantau 10 doktor pakar. Jadi tiada masalah dengan rawatan di HPP.
Azizan juga boleh mengunakan reaksi mata untuk menjawab dan cara beliau mengenali seseorang.
Azizan kehilangan kedua-dua belah kaki melalui pembedahan yang dijalankan akibat komplikasi penyakit kencing manis. Kami semua terus mendoakan semoga beliau sembuh sepenuhnya secepat mungkin.
McTheory:
Semoga cepat sembuh Ustaz.. Insyallahh..
Rabu, 15 Mei 2013
HOT! Keadaan Terkini Ustaz Azizan di Hospital dan Beliau Di Pulau Pemimpin Dap dan PKR?
Mengikut maklumat terkini yang Mc dapat tentang kesihatan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan beransur baik apabila mula memberi respon dengan membuka matanya apabila dipanggil doktor Selasa.
Setiausaha akhbarnya Mohd Helmi Khalid bagaimanapun berkata Azizan belum boleh bercakap dan masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.
"Kira-kira pukul 4 petang tadi, doktor yang merawatnya memanggil isteri dan anggota keluarga dan saya untuk memaklumkan bahawa doktor telah mengurangkan sejenis ubat tahan sakit kepada Datuk Seri Azizan berikutan keadaannya yang semakin stabil.
"Doktor juga maklumkan, beliau telah memberi tindak balas dengan membuka mata apabila dipanggil. Alhamdulillah ini satu perkembangan yang baik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Katanya, Azizan diberi pemerhatian rapi lebih 10 doktor pakar termasuk pakar kardiologi, pakar ortopedik, pakar diabetes dan pakar nephrologi.
"Setakat ini doktor belum maklumkan bila Datuk Seri (Azizan) boleh dibenarkan keluar atau dipindahkan ke hospital lain (di Kedah)," katanya.
Hilmi berkata setakat ini orang awam belum dibenarkan melawat Azizan berikutan keadaannya masih lemah.
Sampai sekarang Mc dok tunggu juga, bila Guan Eng, Karpal Singh, Anwar, Phahrolrazi dan Dr Ismail nak melawat Ustaz Azizan? Satu Pakatan pun tak ambil berat satu sama lain ka?
Malah ada seorang Dr dari Pas kata, "Ustaz Azizan mati, baru dia nak pi tengok!" Siapa agaknya orang tu ya? he he..
McTheory:
Setakat tu saja la moral puak Pakatan, dendam tak sudah!
Selasa, 14 Mei 2013
PANASS!! Kisah Benar Ustaz Azizan Melarang Kakinya Di Potong! #HanyaDiKedah
![]() |
| Ustaz Azizan dalam ICU |
Kisah benar yang Mc petik dari blog Sanusi Setpol Ustaz Azizan Mantan Menteri Besar Kedah. Walaupun Mc dan Sanusi merupakan seteru dalam media siber dan politik. Namun sebagai saudara seislam, Mc menghormati beliau sebagai seorang pekerja yang amat patuh pada bosnya. Kesetiaan dan semangat perjuangan beliau tidak dapat dinafikan.
Dibawah ni cerita situasi cemas yang berlaku semasa dan sebelum pilihanraya umum dan sehinggalah Ustaz Azizan masuk ke hospital. Bacalah catatan dari seorang Setpol Azizan Razak.
Aku menemani Ustaz Azizan di KMC setelah beberapa hari tak bertemu kerana urusan kempen pilihanraya. Beberapa kali dia berpesan kepada rakan-rakan untuk menghubungi aku yang agak sibuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah MTD DUN Jeneri (aku adalah Timbalan Pengarah 1 sebelumnya, terpaksa memangku pengarah yang dilantik sebagai wakil calon). Kami hanya berhubung melalui telefon. Dia foward beberapa sms dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas calon-calon dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus bersabar. Dia sudah buat yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan parti. Tak ada apa perlu dikesalkan.
Beberapa kali dia merungut... "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni". Saya hanya mendengar dan menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat keputusan-keputusan besar perlu dilakukan.
Ramai orang lama PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan untuk memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya" Hampa kata hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa."
Setelah keputusan PRU diumumkan, barulah saya berkesempatan bertemu dengannya, itupun dia sudah di KMC, mengadu sakit kaki dan demam. Kali pertama mengunjunginya pada Isnin, dia sedang menjalani prosedur rawatan di ICU, saya pulang jam 6 petang, setelah menunggu 2 jam. Salur darah di kakinya tersumbat.
Esoknya, saya dimaklumkan oleh anaknya Mohamad Rafie, ayahnya mungkin dirujuk ke IJN dengan kondisi kesihatannya yang tidak didedahkan. Saya masuk menemui Azizan di ICU KMC jam 2 petang, dia mengalirkan air mata setelah saya mencium tangannya yang sedang terbaring. Saya tak mampu menahan lelehan airmata yang makin laju. "Sik macam mana dah? Aku tau hang pulun nak bagi menang jugak, tapi ni semua takdir Allah. Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang, dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besaq daripada awal 2012 hari tu". "Tak pa lah Ustaz, tok sah dok pikiaq pasai politik lagi, kita berubat bagi lega dulu". Aku jawab perlahan memujuknya.
"Kaki aku kebas, tak rasa apa-apa. Hang angkat aku sat, aku nak pi bilik ayaq". Sejak beberapa bulan terakhir, terutama ketika dia mengadu tentang calon-calon PAS Kedah, tekanan dalaman parti, sikap rakan-rakan parti, caci maki melalui SMS yang diterimanya, saya sering sebak dan buntu. Apa lagi yang tak kena, apa salah aku apa dosa kita... Dia merungut. Tak ada siapa mai habaq dosa apa yang aku buat, main hentam jauh- jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat tangga Pejabat Agong, kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah.
Beberapa kali dia menyatakan pada waktu ini PAS memiliki terlalu ramai pencatur politik ( munawarah al-siasiyah) dan kita ketandusan Al-Murabituun dalam jemaah. Saya hanya mendengar dan membayangkan masa depan parti yang kian mencabar. "Hang talipon bagitau Cikgu Pa, tanya dia aku nak lepas jawatan Pesuruhjaya, minta pandangan dia, nak letak la ni ka atau lepas muktamar"?
MB Kedah yang baru, Dato' Mukhriz sampai jam 3.00 petang. Saya melihat dan mendengar perbualan mereka, seperti seorang bapa bercakap dengan anaknya, tapi penuh hormat dan sopan. Ustaz Azizan meminta dua perkara untuk diberi perhatian atas kerja kerasnya selama 5 tahun, diteruskan. " Saya nak minta tolong pada Dato' dua perkara, pertama tentang KUIN dan kedua tolong teruskan pembinaan Ma'ahad Tahfiz Sains Pulau Tuba. Semua bajet untuk itu sudah diluluskan". Dia masih sempat bergurau tentang beberapa perkara. Sewaktu melangkah keluar dari bilik, MB Kedah itu bersalam dengan aku dan berpesan. "Jaga Ustaz elok-elok".
Saya mengiringi Azizan ke General Hospital Pulau Pinang jam 3.30 petang hari selasa 7 Mei 2013. Bersama saya anaknya Mohamad Rafie dan rakan lamanya Saudara Mazlan. Sampai sana jam 5 petang, terus ke unit kecemasan. Azizan masih sedar dan berbual. Dia berpesan beberapa kali supaya terus bekerja memajukan PAS. Dia masih bertanya beberapa orang calon yang menang dan yang tewas, termasuk Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuddin di Kepala Batas.
Dia haus dan dahaga. Saya meminta cawan dan straw, dia minum beberapa kali. Dia menjadi cemas dan memanggil saya apabila doktor memaklumkan kakinya tidak dapat diselamatkan lagi. Dia berpesan beberapa kali, "Hang jangan bagi depa potong kaki aku". Saya berjanji akan mencari ikhtiar lain. "Jom kita balik, naik kereta pun tak pa lah". Katanya beberapa kali.
Jam 7.30 malam, Ustaz Ali dari Alor Setar telah menunggu di Bukit Minyak, Bukit Mertajam. Ada seorang pakar yang merawat kesan diabetis yang lebih parah, tak perlu di potong. Saya bercadang membawanya ke sana. Ustaz Ali pernah dirawat di situ. Saya menghubungi ambulan daripada St John Ambulan, untuk membawa dia keluar, atas alasan nak pulang ke KMC, tetapi nak singgah di Bukit Minyak. Ambulan yang lengkap dengan alat bantuan pernafasan hanya boleh datang jam 8.30, saya menunggu tidak sabar lagi. Saya keluarkan wang di mesin RM3 ribu untuk kos ambulan dan rawatannya di Bukit Minyak.
Doktor tidak membenarkan saya mengambil risiko besar untuk membawanya keluar kerana takanan jantungnya tidak stabil. Beberapa kali saya berbincang dengan Tok Puan Faekah untuk mengambil risiko itu, tetapi kondisi terakhir Ustaz Azizan tidak membolehkan kami membawanya keluar. Kena tunggu jantungnya stabil baru kita bawa dia keluar. Saya dan Tok Puan Faekah (saya panggil Kak) akur.
Saya mengambil beberapa keping gambar bahagian kaki Ustaz Azizan dan memecut bersama Mazlan ke Bukit Minyak. Doktor Kumar memberi keyakinan bahawa keadaan seperti itu masih boleh dirawat tanpa pemotongan. Hanya bahagian hujung jari ibu kakinya perlu dibuang. "As long he still conciuos and you can bring him here, his leg can be safe, no need to cut it off". Dia menunjukkan beberapa gambar dalam simpanannya yang lebih parah, kaki yang hitam, isi yang tumbuh kembali selepas rawatan di situ. Saya dan Mazlan lega dan gembira. Saya sudah temui penyelesaian alternaif, amanah Ustaz akan tertunai. Saya membuat temujanji untuk membawa Ustaz Azizan ke klinik itu seawal mungkin, sebaik sahaja dia membuka kliniknya jam 2.00 petang.
Saya kembali kepada Ustaz Azizan, memberi keyakinan kepadanya bahawa kakinya boleh diselamatkan. Dia tersenyum. "Jom kita pi la ni". Dia cuba bangun. Saya dan Kak Faekah menerangkan nasihat doktor yang sedang menstabilkan jantungnya. "Kita pi esok jam 2.00 petang. Ustaz tidoq dulu bagi jantung stabil, jam 12.00 tengahari esok saya akan mai dan bawa Ustaz keluar. Ambulan saya sudah panggil, depa dah ready untuk esok."
"Kalau macam tu, hang balik lah dulu, aku nak tidoq, kita jumpa esok". Kata Ustaz Azizan. Saya menunggu hingga semua anak menantunya datang. Mereka masih berbual dengan Ustaz Azizan, dan dipesan macam-macam perkara sewaktu saya bergerak pulang untuk mengambil pakaian. Jam 3 pagi saya sampai di rumah.
Jam 5.30 pagi, Kak Faekah menelefon tiga kali memaklumkan Ustaz tenat dan koma. Saya bertanya beberapa kali, betulkah berita ni, sapa yang bagitau Kak? Ahmad (anak Ustaz Azizan yang menunggu di wad) yang telepon bagitau, Kak dok bersiap nak pi la ni. Jawab Kak Faekah. "Ahmad tau ka tenat ka nazak tu macam mana, dia reti ka Kak?" Doktor yang bagitau dia.... Mendengar itu saya bingkas mencapai seluar, bergegas ke Pulau Pinang dengan Mazlan dan Shahril Rizal, bekas pengiring Ustaz yang diarahkan kembali melapor diri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Dia tidak diperlukan lagi di Pejabat Menteri Besar kerana sudah ada yang bersiap menggantikannya. Katanya dari Bukit Aman.
Saya masih berdoa Ustaz akan sedar dan mampu dibawa keluar jam 12 tengahari nanti. Di wad CCU, ustaz sedang dibantu dengan alat bantuan pernafasan, lebam hitam di kaki kanannya sudah melarat ke sebelah kiri, melepasi lututnya, terlalu pantas dan luar biasa. Kakinya sejuk. Dia bernafas menerusi mulutnya saja. Saya terus berdoa, membaca Yaasin dan membisikkan talqin. Dia seperti mendengar dan mengajuk. Kelopak matanya berkedip-kedip.
Saya memaklumkan kepada pimpinan dan kawan-kawan dalam PAS Kedah kondisi semasa Ustaz Azizan. Jam 10.30 pagi panggilan mula masuk meminta pengesahan, benarkah Ustaz Azizan sudah tiada? Ada sebaran sms dan tulisan di blog ke seluruh negara bahawa ustaz sudah meninggal. Dari jam 10.30 hingga jam 1.00, telefon saya tidak berhenti berdering, saling bertindih panggilan yang masuk. Jawapan saya ringkas dan cepat. "Ustaz masih hidup, tetapi sedang koma, berita kematian itu palsu".
Jam 2.00 saya ke surau, solat Zohor dalam fikiran yang bercelaru. Ustaz tak dapat di bawa ke Bukit Minyak, walaupun semua persiapan telah dibuat. Berita palsu ini pula sengaja dimainkan. Saya membayangkan perasaan anak-anak dan isteri-isterinya. Saya solat dengan En Zahari, Pegawai Daerah Yan. Dia mendahului saya saya satu rakaat. Saya masukkan handphone yang hampir habis bateri itu ke dalam beg sandang, sesudah berwuduk. Saya sandarkan beg itu di tiang di belakang saf saya, dan memulakan solat jamak dan qasar.
Saya berpaling ke belakang sesudah berdoa. Beg sudah tiada. Saya meraba poket, alhamdulillah, dompet yang tidak berduit masih ada, semua duit ada dalam beg, termasuk bekalan yang saya siapkan untuk ambulan dan rawatan di Bukit Minyak. Saya buntu dan mati kutu. Handphone saya ada dalam beg itu. Saya mengingati apa lagi yang ada. Aduhhh! iPad, pendrive, charger, parfume, pisau belati, buku cek, bil-bil, dan banyak lagi.
Saya memaklumkan kepada Ustaz Hafiz Nordin yang kebetulan ada di situ, dia cuba mendail nombor saya, tiada jawapan. Dia memanggil kawannya di syarikat telekomunikasi untuk menamatkan talian saya, semua urusan itu selesai di tanggnya.
Saya ke hulu ke hilir, mencari dalam tong sampah, belakang surau, dalam longkang dan tempat-tempat tersembunyi. Tiada!
Hingga malam itu, saya tidak dapat update keadaan semasa Astaz Azizan. Ada sedikit masa terluang, saya ke maxis, ambil simcard baru dan sain kontrak baru untuk dapatkan telefon yang lebih murah.
Saya update di facebook tentang kehilangan itu, ramai yang simpati dan berdoa. Sejak hilang pada hari Rabu, saya tak terfikirkan apa-apa tentang beg itu. Duit dan semua isi beg sudah ditakdirkan menjadi rezeki pencuri. Saya berdoa supaya dia memulangkan apa yang dia tidak perlukan. Saya halalkan apa yang sudah diambil dan dibelanjakan. Kalau dipulangkan handphone dan iPad saya itupun sudah satu rahmat besar buat saya.
Ketika membawa dua anak kecil ustaz ke Chowrasta membeli pakaian dan keperluan diri, saya menerima panggilan daripada seorang wanita. "Adakah encik kehilangan iPad?" Ya! Saya menjawab." Saya terkedu, seperti tak percaya bila mendengar beg saya ada padanya. Saya menunggu di Balai Polis Lebuh Keramat, hingga dia datang bersama ibunya. " Panjang ceritanya Encik, adakah encik mahu report polis kes ini?" Saya kata tak perlulah, asalkan saya dapat balik iPad saya.
Saya belanja mereka minum. Beg itu dicuri oleh seorang pemuda penagih dadah, seorang anak muda 27 tahun yang dipelihara oleh ibu tirinya. Ayahnya berkahwin dua, isteri pertama ayahnya memelihara dua anak angkat dengan penuh kasih sayang, tetapi menjadi penagih dadah. Ibu peliharaanya itu jatuh sakit dan tak mampu lagi mengawal anak belanya itu. Dia anak isteri kedua ayahnya, tetapi sesekali dikunjungi oleh 'abangnya' itu meminta wang atau menumpang tidur. Pada tengahari hari rabu, 'abangnya' datang meninggalkan sebuah beg berwarna coklat, katanya beg itu milik kawannya.
Dia kurang percaya dan mula memeriksa beg itu, dia menelefon saya dengan maklumat yang diperolehi dari iPad saya. Handphone dan wang tunai sudah lesap, tetapi saya tetap bersyukur. Saya menghubungi ibu pemuda itu yang sedang sakit, nombor telepon saya ambil dari anak tirinya. Saya memaklumkan hal anaknya mencuri beg dan saya sudah mendapatkannya semula. Saya ucapkan terima kasih dan memberi sedikit nasihat. Saya ingin bertemu Mohd Nasrul Bin Daud!
Saya pulang ke rumah selepas 5 hari di Penang. Anak saya demam dan isteri saya masih di klinik, sakit perut. Ustaz Azizan masih terlantar, anak-anaknya, isteri-isterinya saya sudah aturkan penempatan dan pergerakan mereka. Moga semuanya bersabar. Kita jumpa esok!
Komen:
Sebenarnya ada beberapa moral cerita disini. Kesahihan apa yang terjadi didalam jentera Pas Kedah. Bagaimana Ustaz Azizan selaku Pesuruhjaya Pas Kedah diperkotak-katikan. Wujud gejala kejar kuasa yang serius sehingga membelakangkan pemimpin.
Tak perlu Mc senaraikan nama pemimpin Pas Kedah yang mengejar kuasa dan membuat kacau, kerana jikalau pembaca mengikuti blog Mc sejak dari mula, tahu siapa musuh Ustaz Azizan paling utama di dalam Pas Kedah sendiri.
McTheory:
Ada hikmah disebalik kejadiann.. terimalah ia sebagai Qada dan Qadar..
Jumaat, 10 Mei 2013
INFO! Kaki Ustaz Azizan Di Kebumikan Sebelah Kubur Ustaz Fadhil Noor! #HanyaDiKedah
Gambar ini yang diambil dari FB Pemuda Pas sendiri. Dikatakan liang lahad untuk kedua-dua kaki Ustaz Azizan, bertempat di tanah perkuburan di KIDU bersebelahan kubur Allahyarham Ustaz Fadhil Nor.
Ustaz Azizan telah menjalani pembedahan sekitar pukul 11.30 malam, bagi membuang kedua dua kaki beliau yang dijangkiti kuman.
Sama-sama kita doakan beliau bersabar dan cepat sembuh.
HOT INFO! Kaki Mantan MB Kedah Azizan Razak Bakal Di Potong! #HanyaDiKedah
Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak akan menjalani pembedahan bagi memotong kedua-dua belah kakinya untuk mengelak jangkitan kuman, kata Setiausaha Akhbarnya Mohd Helmi Khalid.
"Doktor menasihatkan supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan," katanya hari ini.
Azizan, 69, yang juga pesuruhjaya PAS Kedah dan anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin.
Keadaan beliau yang dilaporkan kritikal semalam kini stabil.
Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang melawat Azizan di Hospital Pulau Pinang, meminta semua umat Islam melakukan solat hajat dan berdoa agar Azizan cepat sembuh.
Turut menziarah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid dan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Sebagai umat Islam, marilah kita bersama-sama doakan Ustaz Azizan selamat dalam menjalani rawatan.
McTheory:
Senjata utama Umat Islam adalah Doa..
Khamis, 9 Mei 2013
Demi Muafakat Melayu! PM @NajibRazak Doakan Ustaz Azizan Cepat Sembuh! #BNbagus
Ketika ada syaitan bernama Anwar sedang menghasut rakyat Malaysia untuk saling bermusuh-musuhan. Kita terlupa seorang insan yang selalu mengajar kita erti kedamaian.
Barisan Nasional (BN) hari ini mengajak rakyat Malaysia berdoa agar bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang segera sembuh.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian menyiarkan semula kenyataan daripada akaun Twitter rasmi BN itu di Twitter beliau.
Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dimasukkan ke hospital itu selepas dikatakan mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) sejak Isnin lepas.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah hari ini menziarahi Azizan yang dimasukkan ke wad Unit Rawatan Kardiologi (CCU) Hospital Pulau Pinang.
Baginda diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah serta anakanda baginda Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff serta Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Badlishah.
Turut melawat Azizan ialah Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Menteri Besar Perlis Azlan Man.
Pulau Pinang? Di mana Lim Guan Eng, tak datang melawat ke?
McTheory:
Khalifah Umar Abdul Aziz.. tak join Pas baca yasin sekali ka?
Rabu, 8 Mei 2013
TERKINI! Ustaz Azizan Razak Mantan MB Kedah Di Laporkan Sudah Dalam Keadaan 'Stabil' #HanyaDiKedah
Keadaan terkini Ustaz Azizan di ICU Hospital Pulau Pinang, dilaporkan stabil.
Namun beliau tidak dapat menghadiri angkat sumpah adun kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
McTheory:
Doakan beliau cepat sembuh..
TERKINI!! Ustaz Azizan Mantan MB Kedah Masih Koma, Belum Meninggal! #HanyaDiKedah
Pagi tadi Mc mendapat satu sms dari seorang sahabat yang bertanyakan tentang kesihatan Ustaz Azizan, sebab dikatakan Ustaz Azizan kena serangan jantung yang teruk. Memang benar, Ustaz Azizan sedang tenat.
Ustaz Azizan diserang penyakit jantung dan beliau dihantar ke KMC (Kedah Medical Center). Semasa di KMC, beliau dilawati oleh MB Baru Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir. Kemudian, Ustaz Azizan sekali lagi dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang, kerana disana peralatannya lebih canggih.
Mc menafikan kenyataan Ustaz Azizan sudah meninggal, kerana beliau masih lagi dirawat dan sedang dalam keadaan KOMA.
Kalau tak percaya boleh ke Hospital Pulau Pinang sendiri untuk mengetahui hakikat yang sebenar.
McTheory:
Marah macam mana pun, kita orang Islam, doakan beliau selamat.
Isnin, 14 Mei 2012
TUDIAA!! Perancangan Pas Pusat Nak Pelingkup Ustaz Azizan!! #saveKedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menerima tamparan hebat dari editor lidah rasmi PAS, Harakahdaily, apabila portal itu menyiarkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan keputusan KUIN menggantung 5 orang pelajarnya tahun lalu.Selalunya, kisah-kisah yang memaparkan kesalahan, kesilapan dan keburukan PAS tidak akan sesekali disiarkan oleh sidang editor portal milik parti itu.
Sangat berlainan kali ini, berita tersebut disiarkan oleh editornya dan dipercayai bahawa penyiaran berita tersebut mempunyai agenda tersirat, “ada udang di sebalik batu”.
Azizan yang merupakan Pengerusi Kolej Universiti Insaniah (KUIN), sebuah IPTS milik penuh Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini telah menggantung 5 orang mahasiswanya kerana berdemo menentang pengurusan IPT tersebut.
Selain itu, dikhabarkan juga bahawa KUIN kini di dalam keadaan “tenat” ekoran dilanda krisis kewangan yang parah!
Sumber mendedahkan bahawa maklumat dalaman KUIN tersebut dibocorkan oleh orang PAS sendiri kepada media dan beberapa pemimpin UMNO bertujuan untuk memberi tekanan kepada MB yang mempunyai masalah jantung itu.
Khabarnya, yuran pengajian dinaikkan dari RM60 kepada RM200 sejam kredit bermula Julai ini.
KUIN juga memotong gaji kakitangannya untuk KWSP dan SOCSO, tapi bila diperiksa, tiada satu sen pun caruman dibuat oleh KUIN ke dalam akaun mereka.
Begitu juga dengan pemotongan terus dari bank bagi pinjaman sewa beli rumah, kenderaan dan sebagainya oleh kakitangan KUIN di mana pihak bank tidak menerima bayaran mengikut masa dan ada dikalangan mereka yang menerima surat amaran dari pihak bank.Menurut risikan maklumat yang dibuat di dalam PAS Kedah, kedudukan Azizan Razak kini bagaikan “telur dihujung tanduk”.
Maklumat memberitahu bahawa gerakan-gerakan untuk menjatuhkan Azizan Razak yang dulunya dibuat secara diam-diam, semakin berani dibuat secara terbuka seolah-olah mencabar kewibawaan Pesuruhjaya PAS Kedah itu.
Menurut sumber lagi, segala maklumat dalaman termasuk fail-fail sulit MB turut “dilarikan” oleh “orang dalam” bagi didedahkan kepada musuh-musuh politik Azizan Razak.
Nampaknya, jika Azizan tidak bertindak tegas dari sekarang, bukan saja jawatan Menteri Besar yang disandangnya itu akan “hilang”, malah berkemungkinan besar jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah juga akan “terbang”!
Persoalannya, siapakah pemimpin PAS Kedah yang layak menggantikan Azizan Razak sebagai MB?
Mahfuz Omar? Phahrolrazi Zawawi? Taulan Rasul? Amiruddin? Nasir Mustafa? Dr. Ismail Salleh? Sanusi Mohd Nor? Atau Datuk Ahmad Bashah?
Layakkah Mahfuz Omar yang sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh yang hanya akan ditertawakan oleh rakyat? Layakkah Phahrolrazi sedangkan dia terbukti “gunting dalam lipatan” di dalam PAS Kedah?
Taulan Rasul yang semakin dibenci ahli PAS di Pendang boleh ganti Azizan? Dan Nasir Mustafa yang “bertapa” dirumahnya “menggoyang telur” sambil makan gaji buta sebagai ADUN?
Dr. Ismail pula “sekutu” Phahrolrazi yang tidak lagi diyakini orang PAS sendiri. Sanusi Mohd Nor pula terlalu “mentah” untuk menggantikan “mentor”nya.
Saya fikir, jika keadaan PAS Kedah yang huru-hara begini, penuh dengan pepecahan, “cas keting”, gila kuasa, gila glamour dan “syok sendiri”, rasanya UMNO/BN akan mengambil alih Kerajaan Negeri Kedah selepas PRU13 ini.
Dikala UMNO sedang merayakan ulangtahunnya yang ke-66 di Stadium Bukit Jalil menandakan kekuatan UMNO yang semakin disokong rakyat negara ini, PAS Kedah pula sedang kritikal bergaduh dilanda ribut!
Jika perkara ini berterusan lagi (meskipun dalam diam dan dirahsiakan), tidak hairanlah UMNO Kedah yang diketuai oleh Datuk Bashah akan mengambil alih jawatan MB dari PAS dan Azizan Razak. Artikel asal dari MyKmu
McTheory:
Nampak sangat, puak ni nak jatuhkan Azizan dah..
Jumaat, 9 Mac 2012
CONFIRM!! Ustaz Azizan Nazak masuk Hospital?!!
Sabtu, 25 Februari 2012
EKSKLUSIF!! Ustaz Azizan bakal sertai TAGTEAM Hasan Ali!!
Huru hara yang melanda pentadbiran Pas di Kedah dikatakan telah merebak di dun-dun dan parlimen yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Lebih terasa panasnya ialah di dun yang di pegang oleh Pas. Masing-masing masih lagi terkeliru, mengenai apa sudah jadi dengan exco dan Menteri Besarnya.
Walaupun Adun-adun Pas telah lama mengetahuinya, namun ahli Pas yang di akar umbi masih lagi teraba-raba mencari realiti mengenai apa yang telah berlaku di Wisma Darulaman. Malah ketika Mc ajukan soalan, masih ada yang terlopong, tak terkelip mata mendengar peristiwa ini. Almaklumlah.. ahli Pas mana tengok TV dan baca Akhbar lain selain Harakah, jadi mereka bagaikan terkesima, terpaku dan juga bingung.
Langgan:
Ulasan (Atom)














