Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Ustaz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ustaz. Papar semua catatan

Rabu, 4 Mei 2011

KASI PANAS!! ROGOL BUDAK OKU!! SATU CONTOH USTAZ MEE SEGERA CIPTAAN PAS!!

Buang la serban tu Ustaz..
"Seorang guru agama dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah melakukan seks luar tabii dan mencabul kehormatan anak tirinya di Kampung Bakong Jalan Paloh, di sini, pada Disember tahun lalu.


Hakim Zainal Abidin Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Ramli Ibrahim, 66, yang berasal dari kampung sama, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.


Tertuduh yang memakai serban serta berjubah putih dan tidak diwakili peguam kelihatan tenang ketika hakim menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun bagi kesalahan melakukan persetubuhan luar tabii dan tiga tahun bagi kesalahan mencabul.


Zainal Abidin memerintahkan hukuman berjalan serentak bermula tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 4 Januari lalu.


Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa masuk ke bilik anak tirinya berusia 44 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) di rumah berkenaan dan bertindak menggosok badan mangsa, meramas buah dada dan meraba kemaluan mangsa antara jam 12 hingga 7 pagi pada 15 Disember lalu.


Tertuduh yang pernah mempunyai empat isteri dan tujuh anak juga didakwa memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa yang cacat pendengaran dan bisu secara paksa." sumber sini

Masyallah.. apa nak jadi dengan mangkuk berserban ni. Menjatuhkan imej orang berserban saja. Ini salah satu contoh dimana, setiap orang yang berwatak seperti ustaz ini tidak semua boleh dipercayai. Cuba siasat, setakat mana pengetahuan agamanya. Setakat serban saja besar, puak singh pun ada pakai serban lagi besar.

Kebanyakkan orang yang dok mengaku alim (ustaz kononnya), boleh dok baca dua tiga kerat ayat Al-Quran, terus mengaku diri Ustaz. Orang-orang macam ni yang selalu dok menjahanamkan agama. Lepas tu buat tafsiran Quran ikut suka hati bapak dia. Macam mana Islam di Malaysia tak berpecah.

Bini dah ada empat pun dok puluh cari lain. Patutnya hukum bunuh saja orang macam ni. Tak layak jadi manusia!

P/s: ni jenih spesis Anwar la ni..

McTheory:
Pas parti Ajaran sesat!!

Khamis, 9 September 2010

USTAZ KAZIM ELYAZ AKAN BERSAMA UMNO? Alhamdullilah


Ustaz Kazim Elyaz banyak berdakwah bagi membantu UMNO mengukuhkan amalan mereka semula. Beliau begitu lantang menurunkan takabur Pas dalam amalan beragama. Pas yang selalu menyatakan bahawa mereka lebih islam dari yang lain dan sering mengkafirkan UMNO. tindakan beliau menegur Pas Perak dan Nizar serta kepimpinan Pas yang bersatu hati dengan Dap, menyebabkan Pas melabelkan beliau penyokong UMNO.

Tidak salah Ustaz Kazim menyokong UMNO kerana kedua dua adik beradik lelakinya yang lain memang pemimpin UMNO. Ust Najmudin adun UMNO dan Hasbullah bekas ketua Pemuda UMNO Larut. so, apa masalah Pas sekarang. Air di cincang tak kan putus. Aku juga peminat kuliah ustaz Kazim. Mantap dan jelas penerangannya. UMNO perlukan kewibawaan ustaz seperti ini. soalnya, mampukah UMNO menerima ustaz Kazim dan mahukah Ustaz Kazim membantu UMNO dalam arus Islam di Malaysia?

Aku yakin ramai anak muda yang cintakan Islam akan masuk UMNO dan berjuang di bawah satu nada suara seperti ustaz Kazim. Semua ahli UMNO berdoa agar terbuka pintu hati ustaz Kazim untuk terus membantu UMNO dalam menegakkan ajaran Islam.

Sumber Mutiara Melayu Pulau Pinang

Bagi yang belum pernah mendengar ceramah Ustaz Kazim, Mc sertakan video ceramah Kalimah Allah dari Ustaz Kazim.

Kalimah Allah part 1



Kalimah Allah Part2


P/s: UMNO memerlukan bijak pandai agama sebegini untuk berdepan dengan Ustaz-ustaz mee segera Pas yang sedia untuk menyeleweng akhlak dan akidah rakyat semata-mata untuk mendapat undi.

MctHeory:
Islam hanya satu, hidup kita jadi penentu.

Sabtu, 16 Januari 2010

ISU: BAHAYA USTAZ PAS (USTAZ MEE SEGERA!)



Kepada pembaca, anda faham apa itu mee segera? Pasti ramai yang faham bukan, satu makanan segera yang amat mudah dimasak. Dalam 2 minit dah masak dan boleh dimakan. Cuma makanan segara ni tidak baik untuk kesihatan kerana ada bahan pengawet, rencah yang tak berkualiti dan msg sebagai penyedap.

Mc bukan nak bercerita tentang makanan, cuma ini gambaran untuk makanan segera, bagaimana pula dengan ustaz-ustaz segera yang berada di masyarakat kita sekarang? Mungkin ada yang sedar dan ada yang tidak.

Ustaz-ustaz ala mee segera ni amat mudah untuk didapati. Semakin bersepah didalam masyarakat kita. Ia seperti juga mee segera, benda segera ni memang banyakla keburukannya dari kebaikkan.

Bukan Mc nak menghina orang yang pangkat ustaz. Mc cuma nak pembaca dan masyarakat menjauhi ustaz-ustaz mee segera yang tidak mempunyai tauliah ustaz, tetapi lagaknya pandainya Masyallah. .serupa belajar di Al-Azhar daa.

Ustaz-ustaz begini banyak dalam Pas, maunya tidak. Tandatangan borang Pas, pakai lebai atau kopiah, pergi masjid 4 atau 5 kali, mengadap terlopong mulut kat ceramah Pas, takbir tak tentu hala, tiba-tiba esok naik pentas cakap pasal agama. pehh. .tak segera ka nama dia tu.

Ustaz segera yang maksudkan ini sebenarnya golongan yang berlagak alim dan kononnya pandai dalam agama, sedangkan jika diselidik latar belakangnya. Sekolah Menengah pun tak lepas, kursus tauliah dan pengajaran agama Islam pun tak pernah pergi tapi bersyarah bukan main terer, hentam sana, hentam sini, kiranya bab agama dia sorang saja la pandai, orang lain semuanya tak betul, dahsyat-dahsyat.

Bila dalam masyarakat, golongan ni yang pakai lebai dok lepak kat kedai kopi sambil main dam atau dok belek tiket ekor (4D), pastu dok kutuk sana-sini, itu tak betul, ini tak betul.

Golongan ustaz segera ni di peringkat pemimpin pula lagi bahaya. Bila sesuatu isu keluar kita akan lihat golongan ustaz-ustaz segera ni la yang akan bagi fatwa yang bukan-bukan dulu. Biasa la tin kosong akan berbunyi kuat dari tin yang penuh. Kosong serupa otak mereka juga.

Contoh ustaz-ustaz segera ni serupa Mat Sabu, Mahpuz, Akhil Hayz, dan banyak lagi dalam puak Pas. Tauliah agama takdak, tapi bab agama, mereka ni memang pakar. Mufti atau tokoh agama yang dilantik pun kalah. Apa mereka cakap semuanya betul tak pernah la dia kata tak betul.

Oleh itu Mc harap masyarakat Malaysia lebih cerdik memilih yang mana intan yang mana kaca, yang mana tokoh agama sebenar dan yang mana ustaz segera. Mufti Perak Dr. Harussani, Ustaz Jamil Khir Baharom, Ustazah Mashitah dan ramai lagi tokoh yang dilantik merupakan tokoh agama yang sebenar dilantik oleh kerajaan dan mempunyai tauliah untuk mengajar agama.

Jauhkan diri dari ustaz mee segera kerana mereka ini pemusnah masyarakat dengan dakwah mereka yang songsang dan syok sendiri, dakwah mereka hanya untuk kuasa, duit dan parti Pas semata-mata.

MctHeory:
Boleh dikatakan, benda segera ni memang tak bagus, patut buang je jauh-jauh.