Sponsor

Memaparkan catatan dengan label adun pkr kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adun pkr kedah. Papar semua catatan

Selasa, 30 April 2013

PANASS!! Tiga Exco Kedah Letak Jawatan Tersisih Dari Parti! #TukarKedah #SaveKedah


Sebenarnya desas desus yang mengatakan 3 exco PKR yang disingkirkan ni akan letak jawatan dah lama tersebar. Cuma Mc menunggu waktu, bila depa ni nak merajuk dan keluar PKR. Ada yang pujuk suruh depa ni keluar lepas PRU. Tapi kalau keluar lepas PRU, 3 orang ni memang jadi sampah la. Takdak sapa nak layan pun. he he..

Tiga Exco Kedah telah mengambil langkah drastic. Manikumar merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Lim Soo Nee (Kulim) dan Tan Chow Kang (Sidam). Ketiga-Tiga Exco Kedah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini melepaskan semua jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta kerana mendakwa telah dikhianati.

"Kami dikhianati," kata Naib Pengerusi III PKR Kedah Datuk S. Manikumar, mewakili dua lagi Exco, Lim Soo Nee dan Tan Joon Long@Tan Chow Kang. Manikumar ialah Timbalan Ketua PKR Cabang Merbok dan Tan, Naib Pengerusi Perhubungan PKR Kedah, Naib Pengerusi Cabang Sungai Petani serta Ketua Pasukan Keadilan untuk Bangsa Tionghua Kedah serta Perlis, manakala Lim ialah Ketua Biro Aduan PKR Kedah.

Ini adalah kerana mereka tidak dicalonkan semula oleh PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka bertiga sebulat suara bersetuju melepaskan semua jawatan yang disandang dalam parti itu kerana mendapati berlaku pengkhianatan terhadap mereka oleh kepimpinan tertentu dalam parti.

"Ini telah membawa kepada situasi "mundar-mandir" dalam politik Kedah di mana 10 kerusi yang ditandingi oleh PKR kali ini telah mengalami penyusutan dalam sokongan keseluruhan.

"Saya adalah penyandang kerusi Dun (Dewan Undangan Negeri) Bukit Selambau, menang pada Pilihan Raya Kecil 2009 dengan majoriti 2,403 undi tetapi tidak diberi semula ruang untuk bertanding," katanya pada sidang media mereka.

Mereka masih kekal sebagai anggota PKR, namun tidak akan mencampuri urusan parti, termasuk menghadiri mesyuarat parti. Kekecewaan kerana mereka tidak mendapat penjelasan daripada pucuk pimpinan tertinggi PKR mengenai mengapa mereka digugurkan daripada senarai calon untuk PRU13 ini.

"Kalau kita tengok hari ini, dalam Majlis Kepimpinan negeri, secara keseluruhannya kami adalah antara lima kepimpinan utama di peringkat negeri.

"Namun, sehingga kini, tidak terdapat satu pun maklum balas atau surat penjelasan daripada PKR pusat, malah Pengerusi PKR negeri Datuk Wan Salleh Wan Isa sendiri tidak mendapat sebarang notis mengenai situasi ini," katanya.

Mereka bertiga adalah antara nama-nama utama dalam Majlis Kepimpinan negeri yang tidak dipilih sebagai calon pada PRU kali ini.

"Kita tak tau bagaimana percaturan politik di peringkat atasan, siapa yang pilih, "tangan-tangan ajaib" mana yang menentukan hala tuju parti PKR secara keseluruhan yang menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini," katanya.

Bagi Mc, PKR bukan parti yang stabil. Walaupun di parlimen, PKR bertanding lebih dari Pas dan Dap. Namun harapan untuk PKR menang adalah tipis. Kalau buat ceramah pun, takdak orang nak pi dengar. Orang Kedah dah tak percaya pada PKR lagi.

Kenapa agaknya tak percaya? Tanyalah 3 orang kat atas tu, adakah depa buat kerja masa jadi exco dulu? he he he...


McTheory:
Makan gaji buta ada la.. biasa la orang PKR memang macam tu..

Selasa, 5 Februari 2013

PANASS!! Bila Pegawai Khas Exco Negeri Kedah Di UGUT!!




Maklumat ni Mc ambil dari blog Pisau Kedah. Terdapat maklumat dari pihak dalam PKR menyatakan Pegawai Khas Adun Bukit Selambau, S Manikumar (PKR) K Suppiah telah membuat laporan Polis di IPD Kuala Muda baru-baru ini kerana telah diserang dan di ugut oleh salah seorang pemimpin PKR .

Pemimpin PKR tersebut adalah K. Vasanthakumar. Kejadian itu berlaku ketika Pegawai Khas Manikumar sedang makan di sebuah gerai di Jalan Sekerat, Sungai Petani.

Di katakan punca berlaku serangan tersebut adalah ketidak puasan hati Vasanthakumar terhadap Manikumar yang di khabarkan telah berjumpa dengan bekas calon MIC PRK Bukit Selambau, S Ganesan dan Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, R.S Thanenthiran semasa sambutan Thaipusam baru-baru ini di Sungai Petani

Punca Pegawai Khas Manikumar di serang, bukannya hanya kerana perjumpaan berkenaan tetapi di sebabkan isu ingin jadi calon di kawasan DUN Bukit Selambau.




Siapa K Vasanthakumar ??
K Vasanthakumar, ahli PKR Jerai merupakan individu yang sebelum ini di katakan bakal mengantikan Manikumar untuk bertanding di kawasan DUN Bukit Selambau pada PRU 13 setelah Manikumar sebelum ini pernah membuat pengakuan tidak akan bertanding lagi di DUN Bukit Selambau pada PRU akan datang.

Namun pengakuan yang di lakukan Manikumar hanyalah omong kosong saja apabila baru-baru ini dia membuat pengakuan kepada penyokong PKR akan bertanding lagi di kawasan DUN Bukit Selambau pada PRU akan datang.

Di Sebabkan pengakuan itu, K Vasanthakumar merasakan kurang senang dengan tindakan yang di ambil Manikumar sehingga pernah berlaku peristiwa bertikam lidah di antara kumpulan masing-masing sehingga la sampai kemuncaknya apabila K Vasanthakumar menyerang pegawai peribadi Manikumar dan mengugut akan mencederakan pegawai khas Manikumar dan akan mendedahkan penipuan Manikumar terhadap Kerajaan Negeri sekiranya terpaksa.

Tertanya-tanya juga apakah benar Manikumar menipu Kerajaan Negeri seperti yang di perkatakan K Vasanthakumar atau K Vasanthakumar berniat memburuk imej Manikumar ?

Yang pastinya kini telah berlaku perpecahan dari kalangan penyokong PKR di bukit Selambau. Sehinggakan segelintir penyokong PKR dah bosan dengan PKR.


McTheory:
Boleh tahan gak puak tu rebut calon, siap ugut-ugut tuu..

Ahad, 11 Disember 2011

PANAS LAGI!! ADUN PKR KEDAH, SEMAKIN KAYA, SAPU TANAH RIZAB!!



Dalam poket kami sekarang terdapat cerita mengenai seorang Adun PKR Kedah yang semakin kaya. Rumahnya 3 tahun lepas biasa saja. Namun sekarang ni dah makin besar. Hinggakan ada swimming pool dan bar (besarnya gaji adun ya). Namun bukan itu yang mahu kita ceritakan. Apa yang mahu didedahkan disini ialah, tentang dua tanah rizab yang dimilik oleh adun ini.