![]() |
| Menteri AES Kedah?? |
Sekarang ni kecoh la puak Pas bila depa baca kenyataan Exco negeri Kedah yang baru, si Tajul Urus. Katanya si Tajul ni nak laksanakan AES di Kedah. Betul ka Kerajaan Negeri Kedah setuju dengan perlaksanaan AES ni? Atau Tajul sendiri yang cakap macam tu?
![]() |
| Betul ke Kedah nak laksanakan AES? |
Mc tau, si Tajul ni orang yang macam mana. Mungkin disebabkan nak tunjuk pandai, si Tajul dah tersalah cakap. Kena pula spin dengan akhbar Sinar yang sememangnya pro Pakatan, teruslah hanyut si Tajul ni hingga tidak memikir apa yang dia cakapkan tu memberi kesan yang besar pada rakyat.
Untuk laksanakan AES, Tajul perlu membawa perkara ini ke mesyuarat Exco dan berbincang dengan Menteri Besar terlebih dahulu. Jikalau ada yang tolak, maka AES tak dapat dilaksanakan. Untuk membuat sesuatu pembaharuan, kepentingan rakyat perlu diutamakan, bukan main sedap mulut saja cakap.
Adakah Tajul tahu MB Kedah setuju atau tidak bab AES ni. Bagi Mc, AES baguss sebab mengajar pemandu lebih berhemah, namun ia perlu diteliti dan buat kajian lebih mendalam, sebab AES masih banyak kelemahan!
Akhbar Sinar pula, bila Tajul sebut 'akan' laksanakan, esok terus keluar tajuk besar 'Kedah Akan Laksanakan AES'. Apakah kata-kata Tajul itu mewakili Kerajaan negeri? Kalau MB yang kata macam tu, mungkin ianya betul. Tapi ianya keluar dari mulut seorang Exco. Banyak perkara yang perlu dilalui dan diperhalusi lagi.
Bagi Mc, kenyataan Tajul tu tak betul, dan Sinar pula 'Spin' kata-kata Tajul tu untuk sensasikan akhbar mereka. Puak cacai Pakatan pula kutip story Sinar tu, untuk dijadikan modal menyerang Kerajaan Negeri. Agak-agaklah kalau nak serang, bincang pun belum, dah tuduh Kerajaan Negeri Kedah nak laksanakan AES!
Rakyat Kedah jangan risau, jangan pedulikan tohmahan mereka. Nak tau cerita betul, baca Utusan atau Berita Harian. Kalau Kerajaan Negeri Kedah betul-betul nak buat, dah tentu diumumkan dalam Utusan Malaysia, bukannya akhbar tabloid setaraf majalah gosip tu.
AES tu bagus, cuma bukan senang ajar orang jadi baik, dari nak suruh seseorang tu buat jahat! Apa-apa pun kita tunggu kenyataan dari Menteri Besar Kedah.
McTheory:
Manusia sekarang, lebih pentingkan WANG dari NYAWA!!

