Memaparkan catatan dengan label air kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label air kedah. Papar semua catatan
Khamis, 19 Februari 2015
Betui Ka Cas Ayaq SADA Naik? #Kedah
Ayaq SADA awat yang susah sangat ni chekk oii..
Betui ka SADA cas mahai lanie?
Banyak orang tak faham penjelasan panjang lebar dari Chairman SADA dan EXCO PBT. Entah susah nak faham, atau sengaja takmau faham, atau memang suka bantah dari faham.
Mai aku nak jelaskan.. chek bagi kliaa naa..
Caj pemotongan naik RM10 dari RM25 ke RM35. Kenaikan atas sebab teknikal, malah mengalakan org kita membayar bil dari kena potong. Kalau bayaq bil, tak kena potong ayaq, apa nak risau? Dia naik pi RM100 pun.. bukan kita kena bayaq.. betui dak?
Tak payah penin, sampai bil nanti bayaq la. Kalau takmau bayaq banyak, jimatlah ayaq tu. Malam Jumaat, mandi sekali ja jangan banyak kali. Nak jimat katakan. he he..
Bab penyelarasan pulak..
Penyelarasan Deposit tu untuk SADA memegang duit pelanggan sementara untuk jaminan atas dia. Dia bagi servis dan ayaq, kita jadi tukang bayaq. Kalau takmau servis dia, suh dia kerat paip kat rumah kita, kita guna balik telaga lama.
Dia pegang pun atas pengunaan kita, kalau kita pakai purata RM100 sebulan, SADA akan pegang deposit RM100 selama setahun utk jaminan dia.
RM100 tu bukan bayaq seketoi.. bayaq sikit-sikit pun boleh. Hangpa bayaq la RM10 sebulan, cukup sepuluh bulan, dah ada deposit RM100. Cukup murah.. kalau rokok boleh beli RM13.50 (yang murah pun naik RM12.00) sehari.. Ni bekalan ayaq untuk anak bini dan mak bapak takkan RM20 atau RM10 sebulan pun nak berkira kot.
Deposit tu bukan hak SADA.. itu duit kita, kena faham tu.
Kalau tahun depan purata kita dah kurang sikit macam RM80, RM20 akan dipulangkan dalam potongan bil bulanan. Depa tak ambik aihh duit tu.. Kalau tiba-tiba kita nak pindah rumah pi dok KL ka.. kita boleh minta balik deposit (duit) kita tu, dengan syarat kita takdak hutang depa. Kalau kita hutang, depa potong berapa bil yang kita hutang, lebihnya depa bagi balik.
Depa cuma nak hak depa terjaga, sama la macam kita nak hak kita.
Penambahbaikan atau servis.
Kita dok hingaq SADA servis tak elok, ayaq takdak. Nak elok macam mana kalau depa pun tak mampu nak bagi elok. Berapa banyak yang hutang SADA, berapa ramai yang tak jelaskan bil? Kalau SADA rugi kata depa tak pandai jaga. Bila depa minta kita bagi deposit sikit pun, kita dah hingaq.
Selangor dan Penang, dah naikkan tarif ayaq, negeri lain pun dah penaik. Kelantan yg ayaq koko pun penaik harga. Cuma Kedah saja tak penaik. Kira baguih la tu.. nak macam mana lagi?
Pada yang ada masalah ayaq dikawasan tu harap sabaq la noo.. jangan dok saja, pi kat pejabat SADA buat report. Lagi tak elok, lagi tu dok ulang buat report, kalau tak jalan juga, pi gegaq rumah Adun suruh tolong. Ayaq dan servis tu hak kita, kena jaga hak kita. Deposit dan bil cas kita hak SADA kita ikut saja.
Kalau sama-sama jaga, dua-dua senang. Servis makin baguih, kita pun hidup aman dan sentosa. Kedah Aman Makmur la katakan. Bak kata orang, ada pi, mesti la ada mai. Betui dak?
Ikhlaih daghi..
- Mat Paip Ayaq #TMK -
Jumaat, 21 Februari 2014
INFO! Air Kedah Mampu Tahan Hingga 3 Tahun Lagi! #INFOKedah
Jangan risau, air di Kedah cukup untuk tampung 3 tahun lagi.
KUALA NERANG - Kedah tidak menghadapi krisis air yang kritikal kerana tiga empangan di negeri ini mempunyai kapasiti lebih 1,000 juta meter padu air dan cukup untuk menampung kegunaan domestik dan pertanian.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrul Hisham Hashim berkata tiga empangan di Padang Terap iaitu Empangan Pedu mempunyai air sebanyak 773 juta meter padu atau 72 peratus.
Beliau berkata Empangan Ahning pula mencatatkan jumlah takungan air sebanyak 163 juta meter padu atau 67.43 peratus, manakala Empangan Muda pula mencatatkan 74 juta meter padu air.
Katanya jumlah air di tiga empangan itu mencukupi untuk menampung kegunaan domestik dalam tempoh tiga tahun.
"Kapasiti air yang ada di tiga empangan itu juga dapat disalurkan ke sawah padi untuk satu musim penanaman padi yang akan bermula akhir Mac ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Empangan Pedu dekat sini hari ini.
Badrol Hisham berkata rakyat di negeri ini juga tidak perlu bimbang mengenai krisis air pada musim cuaca kering ini kerana sumber air yang ada dapat digunakan dalam tempoh tiga tahun walaupun keadaan ini berterusan.
Beliau berkata, setiap bulan sebanyak 1 juta meter padu air diagihkan untuk kegunaan rakyat negeri ini untuk tujuan pengairan pertanian dan kegunaan domestik. - Bernama
Langgan:
Catatan (Atom)
