Sponsor

Memaparkan catatan dengan label ajaran sesat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ajaran sesat. Papar semua catatan

Rabu, 19 Februari 2014

INFO! Tubuhkan Suruhanjaya Menangani Ajaran Sesat!


Ajaran sesat makin lama makin melampau hidupnya. Siap ada yang mengaku dia nabi pun ada. Tak terkejut kalau ada yang sanggup biar tubuh diratah dek kerana ajaran sesat. Mc bersetuju dengan apa yang UFB sarankan.



Bahaya Ajaran Sesat di Malaysia.

Ciri-Ciri Utama Ajaran Sesat


  • Mempercayai orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya
  • Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya.
  • Mengagung-agungkan keturunan Yahudi
  • Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi
  • Mengakui Dirinya Memiliki Barang-barang Peninggalan Rasulullah s.a.w.
  • Mempercayai Semua Ajaran Adalah Sama.
  • Mengaku Dirinya Sebagai Wali Atau Mempunyai Keramat.
  • Meninggalkan Sembahyang Jumaat Kerana Bersuluk.

Suatu ancaman besar kepada agama dan umat Islam di Malaysia masa kini ialah penyebaran ajaran-ajaran sesat dikalangan umat Islam yang terus berjalan dari masa ke semasa. Ajaran-ajaran ini dapat bertapak apabila saja ianya diperkenalkan.

Sehingga kini hampir seluruh pelusuk rantau negara ini diresapi oleh berbagai-bagai bentuk ajaran sesat, yang datang dari berbagai-bagai tempat. Sebilangan daripada ajaran-ajaran tersebut terang-terang boleh mengheret pengikutnya keluar dari akidah dan syariah agama Islam tetapi tidak disedari oleh pengikutnya putus hubungan dengan saudara-saudara Islamnya yang lain di dalam masyarakat.

Ada pula ajaran-ajaran di mana pengikutnya sanggup keluar dari agama Islam kerana mempercayai bahawa ajaran itu betul, dan pula yang sanggup menceraikan isteri, meninggalkan rumahtangga dan seterusnya melakukan kekejaman ke atas orang lain dan kadang-kadang melakukan pembunuhan.

Keadaan-keadaan beginilah yang benar-benar mengancam agama dan keselamatan umat Islam di negara ini dan amat sukar diatasi sekiranya tindakan yang betul-betul berkesan tidak diambil dengan segera.

Latar Belakang

Sejarah kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan akidah Islamiah ini bukanlah suatu perkara baru tapi ianya telah bermula sejak sebelum wafat Nabi Muhammad s.aw di mana telah lahir beberapa orang mendakwa dirinya sebagai Nabi selepas Rasulullah s.a.w. dan menyebarkan ajaran-ajarannya kepada umat Islam pada masa itu seperti Musailamatul Kazab, Talhah al-Asady dari Kabilah Bani Asad dan al-Aswad al-Anusi di Yaman.


Pada masa ini di negara kita sudah banyak terdapat ajaran-ajaran sesat yang muncul dari semasa ke semasa di mana hampir keseluruhannya tidak dapat dihapuskan oleh pihak-pihak tertentu. Jika ditinjau masalah ajaran sesat ini ianya bukan sahaja lahir dalam masyarakat umat Islam sahaja bahkan semua agama dan semua bangsa menghadapi cabaran dengan kelahiran ajaran yang menyeleweng daripada ajaran asal seperti tragedy Guyana di mana pengikut-pengikutnya seramai 912 orang telah sanggup membunuh diri dengan meminum racun di bawah pimpinan Jim Jones.


Di kalangan umat Islam Malaysia ajaran-ajaran sesat yang telah dikesan dan dipercayai paling lama usianya ialah ajaran Taslim yang telah diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad Matahari pada akhir abad ke-17 di Kampung Seronok Bayan Lepas Pulau Pinang. Setelah Haji Ahmad Matahari meninggal ajaran ini dipimpin oleh anaknya dan setelah meninggal ia telah dipimpin oleh cucunya dan setelah cucunya juga meninggal maka ia telah dipimpin oleh orang-orang kanannya hingga ajaran ini merebak ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Takrif Ajaran Sesat


Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang didakwanya berdasarkan kepada ajaran Islam, tetapi sebenarnya ajaran atau amalan tersebut adalah berlawanan dengan akidah dan syariah Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.

Bentuk-bentuk Ajaran Sesat

Pada masa ini terdapat beberapa jenis ajaran sesat yang dapat dibahagikan kepada tiga bentuk utama iaitu:


Bentuk Ajaran


Ajaran ini biasanya lahir melalui ajaran-ajaran yang direka atau dicipta oleh seorang guru atau penganjur ajaran sesat yang menggunakan berbagai-bagai nama atau pengamalan tertentu.

Bentuk Tarikat


Melalui bentuk tarikat ini biasanya mereka menggunakan nama-nama tarikat yang masyhur di kalangan umat Islam kerana tarikat ini telah pun diamalkan oleh ulama-ulama yang mana mereka ini mengamalkan amalan-amalan tarikat ini dengan berpandukan kepada al-Quran dan sunnah. Dengan ini meraka menggunakan nama-nama tarikat ini seperti Ahmadiah, Naqsyabandiah Sazaliah, Samaniah, Qadariah, Muffaridiah dan berbagai-berbagai lagi. Kadang-kadang nama-nama tarikat ini diciptakan mengikut ajaran tarikat ini.

Walaupun terdapat nama-nama yang bersamaan antara tarikat-tarikat yang direka dengan tarikat asal tetapi ternyata daripada ajaran-ajaran yang diamalkan oleh mereka dan konsep yang terdapat dalam ajaran tarikat itu terdapat unsur-unsur ataupun bahan-bahan yang boleh membawa penyelewengan akidah Islamiah dan boleh membawa pengikut-pengikutnya terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

Melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubungan dengan amalan mistik dan kultus.
Bentuk kepercayaan ini telah menjadi satu perkara lumrah dikalangan orang-orang Melayu Islam di negara ini kerana ianya bersifat:

a. Pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat.
b. Pemujaan kepada orang-orang yang dianggap wali dan mempunyai kelebihan.
c. Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui amalan-amalan seni mempertahankan diri dan sebagainya.
d. Kepercayaan terhadap dukun-dukun atau bomoh-bomoh yang mendakwa mendapat ilmu kedukunan daripada mimpi-mimpi atau orang-orang halus (bunian ataupun sampingan) melalui amalan cara menurun dan sebagainya.

Jika dilihat daripada bentuk-bentuk yang disebutkan di atas adalah menunjukkan bahawa orang-orang Islam di negara ini masih mencampuradukkan di antara pola-pola kepercayaan tradisi mereka dengan unsur-unsur agama Islam dan sekiranya pola-pola yang sedemikian tidak dapat dipisahkan dengan kepercayaan umat Islam pada hari ini, maka krisis akidah umat Islam makin meruncingkan.


Sumber Keris7Lok

Sabtu, 16 November 2013

HOT! List Geng Tuhan Harun Di TANGKAP!



Ritual mereka setiap hari ialah bermain muzik atau 'jamming' lagu berentak rock menjelang masuk waktu Maghrib dan menyanyi lagu yang liriknya memuja ketua kumpulan dikenali sebagai 'Tuhan Harun'.

Apabila azan berkumandang, pengikut ajaran sesat Tuhan Harun itu semakin rancak mengalunkan muzik keras sambil terlompat-lompat menyanyi serta menari.

Berikut senarai 27 individu yang dipercayai pengikut ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ yang
diminta tampil membantu pihak polis bagi menyelesaikan kes tembak Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) baru-baru ini:

Waran tangkap:
1. Harun Mat Saat, 47 (Pengasas)

2. Husin Ismail, 43

3. Pius Anahong@ Mahdi Abdullah, 40

4. Mohd Khalilie Zazali, 31

5. Syahiszam Soid, 40

6. Mohd Shahril Mohd Jaafar, 28

7. Azida Mohd Zol, 30

Lain-lain:
8. Mohd Hafizuddin Mohd Azam, 27

9. Mohamad Tirmidzi Othman, 17

10. Hashim Zakaria, 38

11. Farhaien Othman, 22

12. Lukman Harun, 20

13. Mohd Ghazali Fitri Mohd Azam, 25

14. Muhammad Nazrul Zakaria, 38

15. Mohd Rozi Akasah, 38

16. Shamsul Amri Abu Hassan, 44

17. Saufi Harun, 18

18. Norhafizah Mohd Azam, 28

19. Mohd Edham Mohd Nizam, 18

20. Khairul Amir Akasah, 34

21. Sharizal Shamsuddin, 32

22. Muhammad Harun, 21

23. Norhairi Harun, 41

24. Shazliana Mokhtarudin, 29

25. Othman Abdullah, 48

26. Kheairus Ali, 47

27. Seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun.

- Utusan

Jumaat, 21 Jun 2013

PANASS!! Menarik, Rahsia Di Sebalik Binaan 'Pelik' Ayah Pin!



Pengalaman Hj Lokman ‘Membersihkan’ Jin Di Kawasan Ayah Pin. Assalamualaikum semua, sebenarnya mungkin ramai dah tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama, tapi ada baiknya kalau kita baca kembali untuk buat renungan bersama.




Pengalaman Haji Lokman dalam membersihkan Jin di kawasan Kerajaan Langit Ayah Pin. Ramai yang tak tahu cerita sebenar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti penglibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin.

Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut laporan, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980an tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970an lagi.

Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.Struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut.Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. 


Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.

Terlebih dahulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustaz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.

Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut.

Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.

Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka.

Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.

Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.

Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. 

Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.

Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.

Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.

Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.

Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.

Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.

Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.

Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Hj. Lokman
19 November 2010

Rabu, 5 Jun 2013

GEMPAR!! Kumpulan Ajaran Sesat, Ekploitasi Budak-Budak Untuk Kutip Duit!! #HanyaDiKedah



Perkara ini adalah serius! Isu kanak kanak (pelajar) menjadi mangsa eksploitasi oleh pihak sekolah Maahad Tahfiz bukan perkara baru.. Dari dulu sampai sekarang kanak kanak ini terus dipergunakan untuk kepentingan individu..

Pusat Tahfiz Amal yang terletak di Kangkong Jalan Yan Kuala Kedah tidak asing lagi bagi penduduk setempat dan rakyat Kedah khususnya.. Pada tahun 2006 Pusat Tahfiz Amal ini juga pernah mengemparkan negara dimana 5 pelajar yang baru pulang dari mengutip derma disekitar bandaraya maut dalam nahas jalan raya..



Selepas 7 tahun tragedi hitam itu berlaku, pihat pengurusan sekolah sesekali tidak pernah menyesal.. Terbaru, sindiket menghambakan pelajar untuk jalankan kerja kerja kutipan derma ini kembali memenuhi ruangan kaki lima sekitar bandar bandar besar..

Sindiket ini bukan saja tertumpu di bandar Alor Star, malah hingga ke Kuala Lumpur dan Johor Bahru..

Gelagat gelagat pelajar yang dikerah untuk membuat kutipan derma ini diterbitkan dalam entri terbaru laman Blog Mazidul Akmal

Namun, yang menjadi tanda tanya adalah produk jualan yang digunakan untuk mengutip derma ikhlas itu sebenarnya dimiliki oleh pengasas ajaran sesat. ( Klik SINI )

Imej dibawah adalah label botol losyen panas kononnya ubat tradisional yang dirumus khas untuk sengal sengal otot, gigitan serangga dan lain lain.. Tak tahulah betul atau tak kandungan tu.. Kalau ikut pada bau, sama ja macam krim panas yang boleh beli difarmasi pada harga RM2 sebotol..

Paling menarik pada label botol ini adalah wajah wajah saudagar minyak tengah berpelukkan dengan wanita, barangkali isterinya kot.. Label sebegini tak tumpah seperti ubat peransang keintiman suami isteri.


Hairan kan, kata jualan amal tapi letak harga RM 20

Jualan Amal tapi letak harga RM 20

Siapa lelaki ini sebenarnya??

Anda kenal dengan Syarikat Al Mansur Holding Sdn Bhd ?? Syarikat ini pernah popular satu ketika dulu kalau tak silap pada tahun 2000-2004.. Syarikat ini mempunyai berpuluh rangkaian.. Pada mulanya syarikat ini adalah sebuah pusat refleksologi yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Cinta.

Kumpulan ini telah diwartakan sebagai ajaran sesat

Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang (JHEAPP) hari ini mengesan kegiatan ajaran sesat yang dikenali sebagai ajaran Azhar bin Wahab mula berkembang ke negeri ini dengan berselindung di sebalik pelbagai perniagaan termasuk membuka pusat refleksologi di sini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAPP, Ghazali Saad berkata, jabatannya menerima aduan daripada orang awam yang mendakwa kumpulan itu membuka sebuah pusat refleksologi yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Cinta.

Katanya, dalam proses rawatan mengurut itu, tukang urut yang juga dipercayai ahli kumpulan ajaran sesat itu akan membaca mentera tertentu dan menyebut: “Ya Allah dengan barkat dan karamah guruku Tuan Azhar, sembuhkanlah penyakit…”.

“Kita dapati ajaran mereka mula berkembang dan bergerak secara sulit kerana apabila disoal siasat, pekerja di pusat urut itu tidak mengaku bahawa mereka adalah ahli kumpulan ajaran Azhar bin Wahab,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, Azhar yang menggunakan gelaran sebagai Yang Mulia Raja Azhar ibni Raja Wahab, Presiden Persatuan Kerabat Raja Sakti Kedah, turut menggunakan kanak-kanak berusia antara 8 dan 11 tahun untuk mengutip derma di pusat membeli-belah untuk menjana pendapatannya.

Ghazali berkata, siasatan yang dijalankan oleh jabatannya mendapati kanak-kanak itu meminta derma daripada orang awam kononnya untuk pembinaan sebuah pusat tahfiz di Yan, Kedah dan penderma akan dihadiahkan cakera padat lagu dakwah.

“Cakera padat lagu dakwah kotemporari itu adalah nyanyian S.M. Amin dan Sharly dan kita sedang menyiasat apakah kaitan antara lagu-lagu itu dengan kegiatan ajaran sesat kumpulan berkenaan,” kata beliau.

Katanya, antara percanggahan akidah yang terdapat dalam ajaran Azhar bin Wahab ialah beliau mengaku mengamalkan Aurad Muhammadiah, mengadakan kuliah tertutup untuk ahli dan kakitangan serta mendakwa didampingi oleh ‘Pak Syeikh’ atau wali Allah.

Azhar yang berasal dari Kulim Kedah, pernah mendakwa rohnya berada di Gunung Jerai bersama Wali Songo dan Nabi Khaidir sedang tubuhnya berada di Damansara dan setiap ahlinya diwajibkan bersumpah setia mengikut segala arahan guru dan merahsiakan kegiatan mereka daripada orang ramai.

Beliau juga mendakwa mempunyai bala tentera dan pesawat ghaib, mempunyai masjid jin Gunung Jerai di samping mengaku selalu bermesyuarat dengan golongan jin di gunung-gunung tertentu seperti Gunung Santubung di Sarawak.

Ghazali berkata, selain itu, Azhar juga dikatakan tidak pernah solat Jumaat dan membolehkan sembahyang jamak pada setiap waktu walaupun bukan dalam musafir.

Beliau berkata, orang ramai tidak seharusnya terpengaruh dengan dakwah Azhar kerana dia sebenarnya tidak mempunyai kelulusan agama dan hanya tamat tingkatan tiga dari Sekolah Menengah Padang Serai, Kedah.

Azhar pernah bekerja sebagai pemandu dengan Bank Simpanan Nasional di Kuala Lumpur sebelum beliau menyertai kumpulan Al Arqam dan kemudiannya menyertai kumpulan Al Mansur.

Katanya, JHEAPP sedang mengesan Azhar dan ahli-ahli kumpulan ajaran terbabit dan mereka yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan kumpulan itu diminta menghubungi jabatannya menerusi talian 04-2637200. – BERNAMA

Paling menghairankan, walaupun Ajaran Azhar Wahab ini di ishtiharkan sesat, namun sehingga sekarang masih lagi terdapat aktiviti mencurigakan yang dijalankan..

Kepada sesiapa yang ingin kenal siapa pemilik Pusat Tahfiz Amal tu boleh tengok video kat bawah ni..




Kutip jualan amal macam ni? he he.. kelakar la sangat!!

Bawah video budak-budak dipergunakan..kesiann..



Tak cukup satu video? ada lagi kat bawah ni..



Kutipan amal untuk beli rumah mewah? Kereta mewah? atau tambah isteri baru banyak-banyak? Kesian laa budak-budak dipergunakan!!

Sumber asal Mc ambil dari SINI boleh rujuk klik SINI dan SINI untuk baca selanjutnya

Lihat FB SM AMIN di SINI

McTheory:
Jahanam SM AMIN ni.. memang jahanam gila..