Sponsor

Memaparkan catatan dengan label berita luar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita luar. Papar semua catatan

Selasa, 10 Disember 2013

INFO! Anggota Tentera yang Hilang Di PUKUL Ombak Selamat di jumpai!




Alhamdullilah anggota tentera yang hilang akibat dipukul ombak kuat, telah selamat semuanya.

Baca bawah untuk mengetahui peristiwa yang mendebarkan,

MELAKA – “Kami mendayung menggunakan pelbagai peralatan termasuk bekas makanan dan dayung buatan sendiri serta memerah segala kudrat yang ada untuk sampai ke pesisir pantai, ditambah pula jurulatih sentiasa memberikan semangat supaya tidak berputus asa.

“Dengan kuasa Allah, petang semalam (kelmarin) selepas tiga kali dibaiki, akhirnya enjin bot berfungsi semula sebelum kami bergerak menuju ke pantai berpandukan pergerakan kapal dagang,” kata pelatih komando berusia 20-an dari Kem Sungai Udang di sini, semalam.

Dia antara 13 anggota tentera berusia 19 hingga 23 tahun terdiri 11 pelatih komando serta dua jurulatih mereka yang dilaporkan hilang selepas bot jenis Assault yang mereka naiki dipukul ribut dan ombak ketika menyertai latihan mendayung dari pantai Kem Sungai Udang ke Pulau Nangka, malam Sabtu lalu.

Kehilangan kumpulan itu disedari 32 anggota dan seorang pegawai yang turut sama menyertai latihan berkenaan menggunakan empat bot berlainan selepas mereka mendarat di Pulau Upeh, jam 12.30 tengah malam hari kejadian.

Bagaimanapun, selepas 28 jam hanyut di perairan Selat Melaka, semua mangsa tiba di pesisir pantai berhampiran Jeti Tanjung Beruas, Pantai Puteri di sini, jam 12.50 pagi semalam.

Nama semua mangsa tidak dibenarkan disiarkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pelatih terbabit berkata, kejadian jam 10 malam itu mengakibatkan bot terbalik dan mereka berenang ke arah bot dalam keadaan laut bergelora sebelum berpaut pada badan bot berkenaan.

“Jurulatih mengarahkan kami supaya tidak berpecah dan dengan menggunakan segala ilmu dan kepakaran ketika menjalani kursus asas komando, kami berusaha menterbalikkan bot berkenaan.

“Disebabkan semua dayung hilang, kami membuat layar supaya dapat ke pesisir pantai, tetapi angin dan ombak membawa bot hanyut ke tengah laut hingga hampir memasuki perairan antarabangsa,” katanya ketika ditemui di Hospital Kem Terendak, semalam.

Mereka yang mendapat rawatan di hospital itu menerima kunjungan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob. Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri dan Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Seorang lagi mangsa berusia 20-an berkata, mereka yang bertolak dari pantai Kem Sungai Udang pada petang Sabtu lalu dijadualkan tiba di Pulau Nangka jam 5 pagi.

“Berbekalkan semangat kerjasama yang kuat, kami memperbetulkan semula kedudukan bot yang terbalik, namun ketua mengarahkan hanya lima orang berada dalam bot pada satu-satu masa manakala yang lain berpaut pada badan bot bagi mengelakkan ia terbalik semula.

“Kami bertukar kedudukan untuk menyimpan tenaga dan pelbagai usaha dilakukan dan menggunakan segala ilmu dan kemahiran yang dipelajari ketika kursus.

“Alhamdulillah, selepas beberapa kali mencuba enjin bot akhirnya dihidupkan dan kami terus bergerak ke pantai,” katanya.

Isnin, 21 Mac 2011

PERTEMPURAN DAHSYAT DI LIBYA SUDAH BERMULA.. Satu Lagi Kroni US Bakal Tumbang!!


TRIPOLI  Mac - Tentera Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis membedil Libya dengan peluru berpandu Tomahawk dan serangan udara secara besar-besaran sehingga ke awal pagi ini, mencetuskan kemarahan Muammar Gaddafi yang mengisytiharkan seluruh Mediterranean sebagai 'medan pertempuran'.

Kapal-kapal perang Amerika dan kapal selam Britain melancarkan sekurang-kurangnya 110 peluru berpandu Tomahawk ke Libya mulai semalam, dalam campur tangan Barat yang terbesar di dunia Arab sejak serangan AS dan sekutunya ke atas Iraq pada 2003, kata tentera AS.

Televisyen kerajaan Libya berkata, 64 orang terbunuh dan 150 lagi cedera dalam serangan udara tentera bersekutu itu, termasuk gelombang serangan baru ke atas ibu negara, Tripoli awal hari ini.

Pegawai Pentagon, Laksamana William Gortney memberitahu wartawan, peluru berpandu itu 'mengenai lebih 20 sistem pertahanan udara bersepadu dan kemudahan pertahanan udara lain di darat'.

Serangan itu dilancarkan dua hari selepas resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan sokongan Liga Arab meluluskan tindakan ketenteraan bagi menghalang tentera Gaddafi daripada menghancurkan pemberontakan terhadap pemerintahan autokratik pemimpin Libya itu.

Wartawan AFP berkata, bom-bom digugurkan awal hari ini dekat ibu pejabat Gaddafi di Tripoli, Bab al-Aziziyah, dibalas oleh tentera Libya dengan bedilan antipesawat udara yang berlarutan selama 40 minit.

Televisyen kerajaan sebelum itu berkata, beratus-ratus orang berkumpul sebagai perisai manusia di Bab al-Aziziyah dan di lapangan terbang antarabangsa Tripoli.

Serangan tentera bersekutu itu bermula pada 1645 GMT semalam (12.45 malam tadi waktu Malaysia) dengan serangan jet pejuang Perancis ke atas sebuah kenderaan yang dikatakan dinaiki oleh tentera pro-Gaddafi.

Gaddafi dalam mesej ringkas yang disiarkan oleh televisyen kerajaan mengutuk serangan itu sebagai 'keganasan tentera salib yang kejam dan tidak wajar'.

Beliau berikrar akan melancarkan serangan balas ke atas kedudukan tentera dan awam di Mediterranean, rantau yang telah bertukar menjadi 'medan pertempuran sebenar'. - Utusan

Gaddafi ni dulunya salah satu sahabat-sahabat U.S di rantau Arab. Dia pun sama juga seperti Mubarak di Mesir yang di 'bela' oleh U.S sekian lama. Makin lama, makin tersungkur kroni-kroni U.S di Arab, mula-mula Sadam Hussien, lepas Mubarak dan kini Gaddafi pulak. Kat Malaysia pun ada 'sekor' Melayu berjiwa U.S yang teringgin nak jadi Presiden Republik Pertama tak percaya baca kat sini.

P/s: jangan berkawan dengan syaitan, nanti makan diri..

Mctheory:
U.S umpama dajal di dunia ini, baiknya selalu ada makna..