Sponsor

Memaparkan catatan dengan label bersih sial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bersih sial. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Mei 2012

PANASS!! Pas Harus Bertanggung jawab jika Kuota Jemaah Haji di SEKAT Saudi!! #bersih #bersih3





Disebabkan kebodohan pihak Pas dan Pakatan Haram, rakyat Malaysia yang lain terpaksa menanggung sebab kebodohan mereka. Kononnya nak tunjuk hero dengan melakukan demontrasi Bersih di Mekah, akhirnya mengundang padah apabila pihak penguatkuasa dan kerajaan Arab Saudi akan mengenakan tindakan keras pada pendemo dan juga kerajaan Malaysia.

Kerajaan Malaysia disalahkan kerana ada rakyatnya berdemo. Masalahnya, siapa dalang demo di Mekah tersebut? Meh kita tengok kat bawah ni..

Ini si bodoh yang berdemo di Mekah..

Ini si bangang yang berdemo di Madinah..

Banyak lagi yang akan dibongkarkan kelak..


Mari kita lihat muka-muka yang mengecewakan rakyat Malaysia. Jika sebelum ini anda mungkin orang seterusnya yang akan menunaikan haji. Jangan terkejut, apabila nama anda digugurkan atas kerana kuota jemaah haji yang ke Mekah sudah dikurangkan oleh pihak Arab Saudi.

Kita didenda atas kerana ada pihak yang kurang akal dan tidak berapa cerdik, atau dalam bahasa kasarnya BODOH, telah membuat demontrasi di Tanah Haram Suci Mekah. Disebabkan kebodohan dan degil mereka ini, berjuta rakyat Malaysia terpaksa menanggung kesan kebodohan mereka.

Tolak Pas dan Pakatan Haram.. Insyallah Malaysia aman damai..


McTHeory:
Belajar tinggi-tinggi, tapi bodohnya berkotak-kotak!!

Rabu, 15 Jun 2011

PANAS!! PAS MENYOKONG INDIVIDU YANG ANTI ISLAM!!


Siapa si Ambiga tonggok yang mahu menganjukan Bersih ni. Bersih sangatkah dia? Hinggakan Pas menganggap dia sebagai tokoh hebat!

Ambiga Sreevenasan merupakan bekas Presiden Majlis Peguam dan Ambiga terkenal dengan fahaman pluralisme di Malaysia. Dia ni pernah mempertikaikan perlaksanaan Hukum Syariah dalam Artikel 121 (1A) berkaitan dengan kes Lina Joy. Ambiga juga Penggerak dan Pendokong Interfaith Commission (IFC) iaitu badan yang memperjuangkan penghapusan keistimewaan ISLAM dan MELAYU di bumi Malaysia. Ambiga dan Majlis Peguam mempunyai agenda tersendiri dimana agenda mereka sangat jelas iaitu benci pada ISLAM. Mereka sangat benci kepada pemerintahan yang hendak mempertahankan agama ISLAM.

Kafir laknattulah ini jelas menolak Islam dan anti kepada bumiputra, namun disebabkan dia ni menentang kerajaan BN, ia disanjung oleh orang Islam yang mahu menumbangkan kerajaan. Apa yang Mc pelik ialah, apakah Melayu Islam didalam Pas dan Pkr sedar bahawa dia ini hanya mengunakan melayu untuk kerja jahatnya. Mc percaya, hampir 90% dari penyokong Bersih yang berkumpul nanti adalah orang Melayu.

Lihatlah betapa bodohnya melayu sekarang. Menyokong individu yang mereka sendiri tidak kenal dan tidak tahu apa motifnya. Sedangkan seperti yang kita tahu, Ambiga ini terang-terang menentang Islam didalam hidupnya. Ambiga ini juga merupakan rakan baik dengan Anwar Ibrahim, dan Mc percaya semua perancangan ini adalah pelan Anwar untuk membuat rusuhan secara besar-besaran seperti di Mesir. Itulah yang dia idamkan.

Tuntutan kepada SPR hanyalah satu alasan untuk memulakan rusuhan. Hakikat sebenar ialah, mereka mahu menumbangkan kerajaan Malaysia yang menyokong dasar Islam dan Melayu. Malah hajat mereka disokong pula oleh melayu yang lainnya.

Situasi Pas kini amat menyedihkan kerana mereka menyanjung orang yang anti Islam dan diangkat sebagai pemimpin. Mereka menyokong seorang manusia yang memurtadkan Melayu Islam kepada Kristian. Di manakah perjuangan Islam Pas?

Apakah Islam Pas sudah hilang atau pupus semasa bersahabat dengan Anwar dan Dap? Memang benar bagai dikata, Islam Pas hanyalah barang dagangan untuk menarik sokongan, apabila ia sudah tidak laku dijual, ia akan dibuang dan digantikan dengan yang lain.

Kiranya selama Pas wujud di muka bumi Malaysia, Pas sememangnya hanya mengunakan Islam untuk menarik sokongan rakyat kepada partinya.

Pas sekarang benar-benar berubah, selepas mengugurkan Islam sebagai matlamat utama parti, Pas mengugurkan pula kepimpinan Ulamanya, kini Pas bersahabat dengan orang yang anti Islam dan Melayu.

Apakah ini dasar Pas yang sebenarnya?...

McTheory:
Pas patut tukar nama, buang parti Islam, letak nama Parti Syaitan lagi baguss..

Selasa, 14 Jun 2011

TUNTUTAN BERSIH!! PENGANJUR BERSIH AMBIGA 'BEBAL' DI BELASAH SPR!!


Mc tak tahu pula sekarang ni, puak pembangkang suka menunjukkan yang mereka ini sememangnya bodoh. Ambiga seorang bekas Presiden Majlis Peguam, takkan lah dia tahu mengenai undang-undang, apabila membuat tuntutan yang tah apa-apa tah dan kurang munasabah?

Baca jawapan dari SPR mengenai tuntutan Bersih kepada SPR!


"SAYA tidak suka panggil ia Bersih... saya lebih gemar panggil ia kumpulan, sebab ia ada agenda.

"Sebarang demonstrasi tidak akan selesaikan masalah. Demonstrasi ini tidak akan meluluskan pindaan kerana kerajaan sedia ada tidak ada majoriti dua pertiga. Saya pun sudah jelaskan kepada Ambiga (Ketua Pemantau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil atau Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan) dalam surat saya dan pertemuan secara panjang lebar tapi dia ni masih tetap mendesak supaya dipinda peruntukan peraturan SPR ikut kehendaknya."

Demikianlah reaksi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof mengulas rancangan Bersih yang disertai parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan mahu menganjurkan tunjuk perasaan pada 9 Julai ini di ibu negara yang kononnya menuntut pilihan raya lebih adil dan bersih.

Sebenarnya, sekitar Disember tahun lepas, Ambiga dan gerombolannya ada bertemu dengan Abd. Aziz; dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar serta para pegawai kanan suruhanjaya itu. Ambiga dikatakan datang bersama sembilan yang lain seolah-olah hendak mengajar cara kerja SPR serta membangkitkan semua isu pilihan raya dalam perspektifnya. Ambiga datang seolah-olah dia pakar dalam kerja SPR.

Abd. Aziz yang baru pulang ke tanah air dari mengerjakan umrah kelmarin memberitahu Utusan Malaysia di Putrajaya semalam bahawa SPR sendiri terkejut dengan ceteknya pengetahuan Ambiga apabila dia membangkitkan isu tentang pendapat Bersih bahawa tiada halangan untuk dibenarkan pendaftaran pengundi secara automatik.

Ambiga bertanya kepada SPR kenapa tidak dibuat pendaftaran automatik, maka dijawab Abd. Aziz bahawa Malaysia perlu meminda Perlembagaan dahulu. Namun, dibalas oleh Ambiga, tak perlu.

"Saya terkejutlah, takkan Datuk Ambiga tak tahu bahawa Perkara 119 (4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa pendaftaran menjadi pemilih perlu dibuat secara memohon."

Menurut Abd. Aziz dengan ketika ini hendak meminda Perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga, maka bukan sesuatu yang mudah untuk sesuatu pindaan itu dibuat.

Pengerusi SPR itu turut menjelaskan satu persatu bagi menjawab rasa tidak puas hati Ambiga atau lebih tepat lagi 'Bersih' sehingga merangsang pertubuhan itu untuk menggerakkan demonstrasi haram bulan depan.

Antaranya tentang desakan supaya dibersihkan senarai Daftar Pemilih sedangkan senarai pengundi berdaftar dibersihkan SPR sepanjang masa.

Ada tiga cara. Pertama, nama mereka yang telah meninggal dunia dikeluarkan daripada senarai pengundi. Ia memerlukan kerjasama rapat antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Justeru, SPR memerlukan kerjasama daripada waris si mati yang perlu mengambil sijil pengkebumian yang dikeluarkan oleh polis sebelum ke JPN untuk mendapatkan sijil mati. Waris kemudian bawa sijil mati ini ke SPR untuk tindakan. SPR sendiri tidak boleh sesuka hati memotong nama seseorang pengundi.

Kedua, pembersihan melibatkan alamat mengikut kad pengenalan. Mengikut undang-undang pendaftaran, seseorang yang tinggal di satu-satu tempat selama tiga bulan atau lebih, harus menukar alamat tempat tinggalnya menerusi JPN.

Kemudian dimaklumkan kepada SPR sebab SPR hanya mendaftar pengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan (MyKad). Contohnya, jika seseorang tinggal di Kuala Lumpur tetapi mengundi di Pulau Pinang, itu bermakna senarai pengundi kita tidak boleh dibersihkan.

Abd. Aziz menjelaskan, dalam kes ini, jika orang kuat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri hendak membantu SPR, maka dia kena tukar tempat mengundi ke tempatnya tinggal sekarang di Segambut.

"Macam saya dulu mengundi di Ampang tetapi disebabkan kini saya bermastautin di Seksyen 7, Shah Alam, maka saya tukar tempat mengundi ke situ," katanya.

Namun, kata beliau, jika berbeza tempat tinggal dan kawasan mengundi pun, ia tidak akan mendatangkan masalah kepada SPR.

"Ya, pengundiannya masih sah tetapi situasi inilah menyebabkan timbulnya tuduhan wujud 'pengundi hantu' dalam daftar pemilih seperti mana didakwa parti-parti pembangkang. Sebenarnya istilah 'pengundi hantu' tidak wujud, sebaliknya berpunca daripada keengganan pengundi menukar tempat mengundi seperti mana alamat tertera di dalam kad pengenalan.

"Mengikut perkiraan SPR, peratus mereka berpendirian seumpama ini melebihi 50 peratus. Sebab itu, kita lihat apabila pilihan raya kecil sahaja, beribu-ribu orang balik ke kampung untuk mengundi.

Tegas Abd. Aziz, Malaysia tidak boleh melaksanakan pendaftaran secara automatik. Pertama, kerana ia memerlukan pindaan Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana pendaftaran sebagai pengundi dibuat secara memohon.

"Jika daftar secara automatik seperti mana yang selalu digesa oleh parti-parti pembangkang, maka akan kacau-bilau negara ini. Ini kerana semakin ramai orang tidak dapat mengundi kerana kawasan tempat mengundi dan alamat tempat tinggal tidak sama.

"Ini juga kerana pengundian dibuat berdasarkan alamat dalam kad pengenalan. Justeru, ia mengakibatkan peratusan keluar mengundi akan berkurangan sehingga bawah 50 peratus. Situasi ini berlaku di Bosnia Herzegovina apabila pendaftaran mengundi dibuat secara automatik tetapi pengundian tidak diwajibkan. Akibatnya, peratus keluar mengundi menurun mendadak bawah 50 peratus," katanya.

Demikianlah juga apabila Bersih mendesak supaya kelayakan mengundi dikurangkan dari usia 21 tahun kepada 18 tahun. Dengan jumlah sekarang sahaja menyaksikan sebanyak empat juta belum mendaftar, inikan pula apabila kelayakan itu dikurangkan kepada 18 tahun.

Risikonya, kata Abd. Aziz jika dua perkara itu dilaksanakan, parti-parti pembangkang di negara ini akhirnya akan menuduh SPR macam-macam.

"Kata SPR bodohlah, desak Pengerusinya letak jawatan. Inikan bila empat atau lima orang tidak boleh mengundi, sudah lempar macam-macam tuduhan. Nanti kalau dikuatkuasakan pendaftaran automatik, tak tahu apa pula diburuk-burukkan SPR ini," kata Abd. Aziz.

Beliau turut menolak kecaman Ambiga bahawa kononnya SPR kendaliannya tidak berbuat apa-apa dalam menangani isu rasuah semasa pilihan raya.

Tegasnya, SPR menjalin kerjasama bestari dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah pilihan raya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula untuk kes jenayah dan kekecohan ketika kempen.

"Jika tidak ada kemahiran tetapi kita tetap laksanakan, kemudian kita gagal dan malu sendiri. Apatah lagi sekarang ramai sangat peguam yang 'pandai'. Jadi, kita kena bijaksana dalam soal 'menggigit' kerana sekarang yang 'hitam boleh jadi putih' dan 'yang putih boleh jadi hitam' apabila sesuatu kes rasuah disebut di mahkamah.

"Macam kes Datuk Zaid Ibrahim bangkitkan dakwaan rasuah di Hulu Selangor, mahkamah pun tolak kes itu... jadi, kalau nak menggigit, Ambiga mesti pastikan gigitan itu tepat dan ada kesan," katanya.

Dalam soal ini, tegas Abd. Aziz, SPR menggesa rakyat Malaysia menolak sama sekali rancangan pembangkang mahu mengadakan perhimpunan Bersih.

"Ia bukan 'Bersih', kalau pilihan raya kita tidak bersih masakan pembangkang boleh menang lapan daripada 16 pilihan raya kecil di negara ini sejak Mac 2008.

"Apakah jika pembangkang menang semua sekali kerusi dalam 16 pilihan raya kecil itu, maka demokrasi dikatakan telah bersih... jika itu tanggapannya, SPR serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menilainya," kata Abd. Aziz. - Utusan-Online

McTheory:
Puak bersih ni bukan utamakan Tuntutan, tapi cuma nak buat kacau di Ibu negara!.. itu saja!

Ahad, 12 Jun 2011

Gegar!! Setuju Bantah Keras Perhimpunan Bersih!!

Mc setuju dengan tindakan presiden Perkasa iaitu Tok Him dan anggota konsensus Bebas yang juga MP Bandar Baru Kulim, Zul Nordin. Mc menyokong sangat jikalau penyokong keamanan membalas semula serangan penyokong bersih yang mahu memporak perandakan Ibu negara.

Sudah lama kita penyokong keamanan membiarkan beruk-beruk ini berkuasa dan menganggu gugat keamanan negara, jadi tak salah jika kita berhimpun dan membantah perbuatan bodoh mereka itu. Jika mereka tetap meneruskan perbuatan buruk mereka, takkan kita nak tengok saja. Bangkit menentang!!

Jadi Mc berharap pencinta keamanan negara dan rakyat yang menyokong kerajaan turun untuk membantah dan menyekat kemaraan puak bersih yang hampeh itu.

McTheory:
Usah gentar dengan pengkhianat negara!!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone