Sponsor

Memaparkan catatan dengan label blogger kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blogger kedah. Papar semua catatan

Selasa, 10 September 2013

HOT! Tangan Ghaib Jahat Cuba Atur Blogger Kedah?



Kita seringkali diperingatkan tentang campurtangan asing dalam hal ehwal politik Malaysia.

Banyak negera luar hancur apabila negara asing mula mencatur politik dalaman sesebuah negara. Mesir, Libya, Tunisia dan kini sedang berlaku di Syria. Ini menyebabkan pihak tertentu saja dalam negara yang beroleh kesejahteraan hidup.

Malah ramai rakyat yang terpinggir gara-gara pemerintah yang dipilih terhutang budi dan ingin membalas budi pihak luar yang membantu. Pihak luar ketawa berdekah-dekah melihat kejayaan mereka. Pihak dalam negara menangis kerana sentiasa bertelagah antara satu sama lain.

Di Kedah, blogger-blogger Pro BN membantu BN tanpa banyak pertolongan dari pihak luar. Kalau adapaun dari luar, ianya 'a paid blogger'. You pay me, i will write for you. Mereka tidak tahu isu sebenar yang berlaku di Kedah, sebaliknya bergantung kepada sumber-sumber mereka yang tertentu sahaja.

Tetapi blogger yang berada dikalangan rakyat Kedah tahu isu sebenar di Kedah. Jadi mereka boleh dikatakan amat mengetahui hal-hal isi hati rakyat di Kedah. Dan mereka bergerak secara sukarela dan tanpa tuan.

Ini membuatkan ada beberapa pihak yang teringin sangat untuk mengawal mereka, malah ingin membentuk satu kumpulan yang berketua. Maka kedengaranlah pelbagai Jabatan atau Kumpulan yang bakal ditubuhkan.

Hasilnya lahirlah mereka-mereka yang merasakan mereka amat layak untuk mengetuai persatuan/jabatan/kumpulan ini. Berseronok dan mengaku diri hebat demi mendapat jawatan.

Tapi bagi kami, bukan jawatan sangat yang mereka hendak pegang tetapi imbuhan yang bakal mereka perolehi. Yang mereka nampak ialah curahan peruntukan yang bakal diurus kelak terutama ketika dekat dengan PRU.

Nak baca cerita kontroversi ni,  boleh sambung baca kat SINI dan SINI.

Nak kenal dengan blogger Kedah, nak lantik ketua di sini. Utamakan sokongan majoriti, bukan main atur dan syok sendiri. Kalau tak, jangan harap orang Kedah nak terima.

Masa untuk bersatu, bukan masa bergaduh!

McTheory:
Bukan nak bergaduh, cuma nak pesan saja..

Rabu, 26 Jun 2013

HOT!! Biar Muflis, UMNO Kedah Tak Payah Risau Pasal Blogger!! #HanyaDiKedah


Semalam riuh la dunia bila sahabat blogger berbicara tentang kumpulan blogger dan cybertroopers Team Media Kedah (TMK). Aduhai.. macam-macam cerita keluar, ada yang kutuk, ada yang puji, tak kurang juga ada yang kata Mc ni bengong. heh..

Korang taktau politik Kedah macam mana, korang tak kenal UMNO Kedah kat Bangunan Tunku tu. Depa bukan baca blog-blog ni, mana ada pasukan pemantau, mana ada jentera siber, depa mana peduli hal dalam internet ni. Bagi depa tak penting punn..

Ada blogger yang kutuk Ahmad Bashah dan Penerangan UMNO, buang masa saja kutuk, taip sampai penat jari atau tercabut keaboard pun depa bukan kisah. Nak kisah macam mana, depa tak baca pun! he he.. suruh geng typewriter jadi computer, memang tak boleh la kan.

Kepada sahabat blogger Sangkakalajari9, Double Y, BudakSriKinta, Kulaan Niring, Kedah Times, Harapan Esok, Keris7Lok dan 1Peluru. Terima kasih kerana mengambil berat pasal kami. Biar la ada orang nak kata kami bengong, bodoh atau apa saja, tapi kami di TMK akan terus berjuang selagi kami mampu. (Setiap nama blog boleh klik dan baca)

Bab UMNO Kedah upah orang luar tu, Mc taknak komen apa-apa, sebab itu rezeki masing-masing. Kalau itu rezekinya, Mc akur.. nak komplen buat apa, duit depa, ikut suka depa la nak bagi kat sapa pun, betul?

Bab TMK tak dipedulikan tu, bagi Mc alah bisa tegal biasa kot.. dari dulu pun depa tak pedulikan kat kami. Ahh.. malas la nak cerita, bab dalam kain takkan nak bising kat orang ramai. Biar la perkara itu menjadi sejarah antara TMK dan UMNO Kedah.

Cuma harapan Mc kepada pentadbiran UMNO Kedah yang baru nanti, (itupun setelah Najib susun balik organisasi UMNO Kedah) tolong peka dan prihatin dengan nasib blogger dan cybertroopers di Kedah ni. Jangan nampak orang luar saja, sebab kita kat Kedah ni pun ada bakat yang hebat-hebat! Bak kata blogger otai Kedah Times, susukan anak bagi kenyang dulu, kemudian baru fikir nak bela beruk pulak! he he..


Tak payah la UMNO Kedah fikir pasal TMK ni, kami bukan ada apa-apa pun. Biarlah kami berjuang di alam maya, tak bantu pun takpa, biar Mc dan rakan-rakan terus berjuang sampai kami muflis, demi pertahankan BN di Kedah. Bila dah muflis dan tak dapat berjuang lagi, sampai situ sajalah perjuangan kami. Itu saja yang mampu kami buat.

Kalau ada orang kata berjuang kena ikhlas, yups.. memang kami ikhlas, tapi perlu ingat, perjuangan sebenar dan utama dalam Islam adalah 'menjaga' keluarga, anak bini. Kalau sampai anak bini pun tak makan, nak berjuang apa? Itu dah berdosa balik.

Jadi kami dah buat sehabis baik untuk membela Agama, bangsa dan tanah air. Takkan nak tunggu kami minta sedekah kot?

Oklah sampai sini saja coretan dari McTheory, kalau tengok blog ni dan sahabat TMK lain dah tak update tu, faham-faham saja la ya.


McTheory:
Kena kat kita, berjuang, ikhlas, kalau kat depa, sapu habis apa yang ada.. puii!

Selasa, 18 Jun 2013

PANASS!! Kedah Tetap Menuntut Pulau Pinang Bayar Air!! #HanyaDiKedah



Kerajaan negeri Kedah bercadang mengadakan rundingan dengan Pulau Pinang berhubung cadangan untuk mengenakan caj bagi air mentah, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Sebelum ini Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, menyatakan cadangan negeri Kedah untuk mengenakan caj kepada Pulau Pinang untuk air mentah adalah "tidak masuk akal" dan sama dengan "meminta wang tanpa sebab" kerana Pulau Pinang mengambil air dari bahagiannya di Sungai Muda dan Kedah tidak mengeluarkan sebarang kos.

Bagi Mukhriz pula berkata, kerajaan negeri sebelum ini telah cuba membincangkan isu ini, tetapi beliau percaya ia hanya di peringkat exco dan bukan di antara Ketua Menteri dan Menteri Besar.

Beliau menambah adalah adil bagi kedua-dua kerajaan negeri untuk mencapai persetujuan mengenai perkara itu.

"Kita akan berunding dengan mereka dan lihat jika kita boleh mencari penyelesaian kepada masalah ini," katanya.

Sebagai tindak balas, Mukhriz berkata bekalan air telah disediakan di sebelah Pulau Pinang, tetapi kawasan tadahan air atau sumbernya berpangkalan di Kedah.

"Saya masih ingat ada kemarau sekali, dan Pulau Pinang telah menulis kepada Kedah meminta kita untuk melepaskan air dari empangan kami ke Sungai Muda untuk meningkatkan bekalan air yang semakin berkurangan.

"Surat itu sendiri merupakan pengakuan bahawa bekalan air itu sememangnya berpangkalan di Kedah," katanya.

Bagi pendapat Mc, perkara ini perlu diteliti oleh pakar persempadanan dan pakar sejarah. Lama mana lagi kita nak tangguh perkara yang penting macam ni. Jikalau benar air tu hak Kedah, Pulau Pinang perlu membayarnya. Takkan nak 'free' sampai kiamat kot?

Dengar kata Kerajaan negeri Kedah sanggup ke mahkamah untuk selesaikan perkara ini.

Bincang dulu, kalau tak dapat kata sepakat, kita bawa ke pihak ketiga, sudah tentulah mahkamah, betul?

Kalau nak kata isu ini disebabkan BN menang di Kedah dan Pulau Pinang pulak Dap, pun tak betul. Sebab dari zaman Pas memerintah lagi, Azizan Razak dan Exconya Phahrolrazi pernah mengeluarkan kenyataan untuk mengenakan bayaran RM30juta setahun kepada Pulau Pinang.

Jadi BN Kedah hanya meneruskan apa yang patut dibuat oleh sebuah Kerajaan Negeri. Lagi pun, Pulau Pinang kan dah kaya, jadi tak salah kalau bantu negeri susah macam Kedah ni. he he he..

McTheory:
Lama mana lagi nak bagi free?

Khamis, 11 April 2013

PANASS!! Video Terpanas Pendedahan Berani Blogger Kedah!! @MukhrizMahathir #TukarKedah #SaveKedah


Aksi Panas? Aksi panas macam mana?

Blogger TMK ka? ishh.. 

Bukan blogger TMK, tetapi dari sahabat blogger Kedah yang lain. Namun video dari meja blogger ini sebenarnya bagus.

Blogger selalunya menulis, sekarang blogger bercakap untuk menerangkan isu. Kita tengok isu apa kat bawah ni..


Kerajaan Pas Kedah memang teruk pun, kalau pegang 5 tahun lagi, rasanya bungkuih la Kedah! Bankrup!

McTheory:
Video dari Meja Blogger ni akan disiarkan bersiri kelak..