Sponsor

Memaparkan catatan dengan label bodoh babi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bodoh babi. Papar semua catatan

Khamis, 20 Oktober 2011

PANAS!! Siapa Sebenarnya si Aziz Bari, Apa Agendanya?


Laman akademimerdeka.org memperkenalkan Professor Abdul Aziz Bari sebagai Felo Kanan Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS).

Apa itu Akademi Merdeka ? IDEAS ? Siapa di belakang mereka ?

“AkademiMerdeka.org ialah projek pendidikan ide-ide libertarianisme yang diusahakan oleh Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity.

“Misi AkademiMerdeka.org ialah untuk menjadi platform penyebaran faham libertarianisme di Nusantara, terutama di negara Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei.

“Editor AkademiMerdeka.org ialah Wan Saiful Wan Jan“, lapor laman itu. Klik di sini

Menurut laman ideas.org.my, IDEAS ditubuhkan oleh 3 sahabat, Wan Saiful Wan Jan, Tunku ‘Abidin Muhriz, dan Wan Mohd Firdaus Wan Mohd fuaad pada tahun 2006 bertujuan untuk membentuk sebuah

Negara Liberal di Malaysia serta menerapkan nilai-nilai liberal di kalangan rakyat negara ini. Klik di sini

Pada asalnya dinamakan ‘Malaysia Think Tank London’ (MTTL), kemudian ditukar kepada Malaysia Think Tank (MTT) dan akhirnya ditukar kepada Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) pada 14 Disember 2009. Klik di sini

Aziz Bari dilantik sebagai felo utama IDEAS. Klik di sini

Menurut wikipedia, IDEAS adalah rakan kongsi kepada ‘the Atlas Economic Research Foundation’ di

Washington, D.C. yang menerima dana daripada ‘the International Policy Network’ dan ‘the Friedrich Naumann Foundation’.

Jadi siapa sebenarnya di belakang Aziz Bari dan apa agendanya di Malaysia ?

sumber AIDCnews

McTheory:
Ada cerita di sebalik segalanya..

Jumaat, 12 Ogos 2011

KASI PANAS!! APABILA ANWAR VS HARAKAH!!


Ini terbitan Haramkah kurun ke berapa pun Mc dah tak ingat. Tapi yang pasti waktu ni, Anwar masih lagi dalam UMNO. Tengokla politik Pas mengunakan Islam sebagai modal. Bila Anwar dalam UMNO, undi Anwar bagai menempah bilik neraka. Bila Anwar dah jadi kepala dorang, Undi Anwar umpama syurga la pulak.

Suka-suka hati dorang mengunakan syurga dan neraka sebagai modal pancing undi. Kiranya wujud dan hidupnya Pas dari dulu hingga kini, hanyalah bermodal jenama Islam dan fatwa sesat. Kalau tak ada dua-dua ni, mampukah Pas nak cari pengikut di Malaysia?

Terselit di muka depan, 'Mat Sabu hanya Berkhalwat' itu kalau kena kat geng Pas. Berkhalwat pun dia letak 'hanya'. Mau kalau kena kat geng UMNO, yang tak berkhalwat pun dia kata dah pancut. Ini politik agama yang sering digunakan Pas untuk meraih sokongan.

Mereka ini yang merosakkan akidah umat Islam Malaysia. Mereka ini yang memperbodohkan kita rakyat Malaysia supaya mempercayai Islam itu umpama menjadi hak milik peribadi mak bapak atok dan nenek dorang saja.

Dari dulu sampai sekarang, Pas tak sudah-sudah nak sesatkan umat Islam Malaysia..

Sedarkah anda tentang semua ini?..

McTheory:
Mana Pas tahu, Mat Sabu 'hanya' Khalwat, takkan tak pegang-pegang, ramas-ramas dan celup-celup kot?.. heh..

Sabtu, 6 Ogos 2011

PANAS!! KHALID GEREJA DAN KONCONYA TERUS MENCERCA JAIS DAN HASSAN ALI!!



Beberapa pemimpin Pas Selangor yang pro- Khalid Samad seperti Khairuddin Othman terus 'mencincang lumat' Hassan Ali tanpa usul periksa asalkan Dr Hassan Ali dilihat bersalah dalam isu gereja demi menjaga hati sahabat sebantal mereka DAP.

Beberapa pemimpin Pas bercakap dalam sidang media di pejabat Khalid Samad di Shah Alam hari ini, Islam tidak membenarkan sama sekali umat Islam memasuki gereja walaupun apa pun yang mereka lakukan"

Kata mereka lagi,"tindakan Jais adalah satu tindakan yang tidak beretika dan perlu menerima hukuman yang berat"

Kata pemimpin pas itu," Inilah hasil didikan penjajah dan pentarbiayahan songsang selama ini. Nak tunjuk kuat, ramai, ada kuasa. Tetapi lebih penting tunjuk akhlak dan keperibadian mulia dan mampu hormati satu sama lain,” katanya.

"Dr Hassan Ali perlu bertanggungjawab dalam insiden itu, bukan setakat itu Hassan perlu berhadapan dengan lembaga displin parti", kata Khalid Samad

Berhubung serbuan JAIS kelmarin, Khalid berhujah, sekiranya terdapat individu melarikan diri sekali pun ia tidak bermaksud melakukan perbuatan salah.

“Biasalah, bila rempuh orang akan cuba lari. Mugkin dia rasa duduk (situ) pun kesalahan, (jadi) dia takut,” kata Khalid yang juga anggota parlimen Shah Alam yang menjaga keselesaan seluruh gereja.

Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman pula menyifatkan tindakan JAIS itu sebagai tidak beretika, kurang sopan dan berniat jahat

Kata Khairuddin lagi, "JAIS juga perlu dihukum kerana tindakan bodohnya itu" sumber cerita Mc ambil kat SINI.



Bagi yang nak tau kenapa JAIS serbu gereja boleh klik SINI. Mc menyokong JAIS dan Hassan Ali membenteras 'majlis songsang' iaitu berbuka puasa di dalam gereja.

Mc taktau apa nak kata dengan umat Islam sekarang ni. Pelbagai cara dan kerja bodoh yang sudah dibuat. Punyalah banyak masjid dan surau ada kat Selangor tu. Apahal pulak nak buka puasa dalam gereja? Dah takdak otak ka, atau dah kurang didikan agama. Kalau benar kita nak buat majlis bersama pihak gereja, buat majlis kat luar, hotel ke, restoran ke.

Ini tidak, dalam gereja pulak yang dipilihnya. Kalau majlis kenduri-kendara tu ok lagi. Ni majlis berbuka puasa.. puasa di bulan Ramadhan adalah satu ibadah wajib. Bila dah masuk dalam wajib, perlu kita berbuka puasa di tempat yang diketahui halalnya, sucinya dan bersihnya. Itu cara kita menghormati agama kita.Tindakan JAIS melakukan 'kunjungan hormat' itu adalah patut dan wajib untuk mencegah umat Islam terpedaya dan murtad.

Pernah dengar ke orang berbuka puasa dalam disko atau  'club'? Dikelilingi dengan keadaan tempat yang tidak suci, bagi agama kita. Kita boleh berbuka puasa ke? Atau kita disuruh bersolat di kandang babi? boleh ke?

Cuba la hormati Agama Islam. Pada Khalid gereja dan konco-konconya yang bodoh dan nak bodek undi orang kristian tu. Balik la ke pangkal jalan. Nak pancing undi pun agak-agakla.. takkan sampai agama di hina pun masih nak sokong?

Korang nak tunggu puak ni buat sembahyang Jumaat dalam gereja pulak ka? baru nak gelabah?

Otak letak kat lutut la..

McTheory:
Lain kali, buat kat tokong pulak.. kasi makan bah kut teh.. baru sempoi..