Sponsor

Memaparkan catatan dengan label cincin bodoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cincin bodoh. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Julai 2011

CERITA CINCIN DS ROSMAH DAN MENATANG BESI!!

Apa yang korang tengok??

Boleh percaya ka menatang besi ni?

Sebenarnya Mc malas nak ulas benda bodoh macam cerita cincin ni. Mana ada manusia nak beli cincin Us24 juta main order-order ikut delivery.

DS Rosmah selalu mengikut DS Najib ke luar negara, kenapa la beliau tak beli sendiri cincin tu. Kalau beliau nak beli, cincin besar tv pun beliau boleh beli.

Lagi satu, setakat menatang besi macam skrin ni, sapa-sapa pun boleh buat. Boleh create. Betulkah benda ni origenal? takda tangan-tangan gatal atau jahat yang mengubahsuainya.

A. Krisnan tu hindu mabuk mana yang dok claim pegawai kastam. Kalau benar, panggil dia tonjol diri la, tunjuk bukti. Jangan main tuduh ikut jauh je.

Punya la hangat cerita ni, sampaikan si botak RPK pun buh link untuk panaskan blognya yang dah suam-suam kuku tu.

Tolongla rakyat Malaysia jangan percaya dengan cerita bodoh macam ni. Ini semua berniat jahat nak jatuhkan nama DS Najib. DS Najib mereka tak dapat hentam, Isterinya pula jadi mangsa. Kalau nak tau bukti-bukti benda ni palsu dan berniat jahat, korang boleh baca kat sini dan sini. Kedua-dua blogger ni dah dedahkan detail pasal cincin tu.

McTheory:
Kenapa la orang kita mudah percaya pada benda bodoh macam ni?