Sponsor

Memaparkan catatan dengan label hudud pas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hudud pas. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Mac 2015

Kelantan Mampu Laksana Hudud Tanpa Izin Persekutuan


Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan mengejutkan ramai pihak, apabila usul yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan untuk melaksanakan hudud negeri, disokong oleh semua 44 orang Adun, tidak kiralah dari Pas, Pkr atau UMNO.

Semalam pula DUN Kelantan sebulat suara terus meluluskan, rang undang-undang pindaan ke atas Kanun Jenayah Syariah II. Selepas rang undang-undang itu diluluskan, pindaan perlu dibuat di peringkat Parlimen untuk membolehkannya
dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, cabaran untuk membawa usul ini ke parlimen dijangka mendapat bantahan hebat dari pihak yang menentang hudud.

Jika dilihat pada atas kertas, gabungan ahli parlimen UMNO dan Pas akan mendapat majoriti mudah. Namun segalanya boleh berlaku, kerana tidak semua ahli parlimen beragama Islam mahukan hudud dilaksanakan di Malaysia.

Malah ketika ini Melayu PKR telah mengeluarkan kenyataan kesal mengenai kelulusan usul tersebut di Kelantan, malah mereka menyalahkan Pas kerana membelakangi perjanjian persefahaman dalam Pakatan Rakyat.

Andaikata hudud ini tidak diterima ketika usul di parlimen, apakah Kelantan mampu melaksanakannya tanpa restu dari Persekutuan?

Dalam konteks Perlembagaan Persekutuan yang ada pada hari ini, Hudud hanya boleh di laksanakan OLEH KERAJAAN MANA-MANA NEGERI dan bukannya oleh Kerajaan Persekutuan. Hujah saya ini adalah berdasarkan kepada Senarai 2 (Senarai Negeri) Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa:-

” 9. Kuasa Negeri untuk mengadakan kesalahan-kesalahan mengenai apa-apa perkara yang termasuk dalam senarai negeri atau yang diselenggara di bawah undang-undang negeri, bukti mengenai undang-undang Negeri dan mengenai perkara-perkara yang di lakukan di bawahnya dan bukti mengenai apa-apa perkara bagi maksud undang-undang
Negeri”

ISLAM adalah bidangkuasa negeri yang di ketuai oleh Sultan. Maka Perkara 9,Senarai 2 Jadual ke-9 berkenaan MEMBERIKAN KUASA YANG SELUAS-LUASNYA KEPADA DEWAN UNDANGAN NEGERI untuk meluluskan undang-undang hudud untuk di amalkan di negeri tersebut untuk orang Islam sahaja.

Jadi tanpa persetujuan dari parlimen pun kemungkinan besar Hudud di Kelantan mampu dilaksanakan. Jadi tak salah kita mulakan dari Kelantan, jika terbukti ianya mampu mencegah jenayah, apa salah negeri lain, atau negara Malaysia juga
turut mengunakan undang-undang hudud sebagai Kanun Jenayah Syariah di Malaysia?

Betulkan penulis jika cadangan ini salah..

MyKmu

Rabu, 16 April 2014

HOT!! Hadi Awang Tegas Laksana #Hudud Hanya Dalam Mimpi ka?


Hadi Awang nampaknya bertegas Pas akan melaksanakan hudud! Bagus.. Alhamdulillah, walaupun ditekan oleh rakan-rakan dalam Pakatan, Pas tetap utuh dengan janjinya!

PAS tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh rakannya dalam Pakatan Rakyat kerana parti Islam itu "tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR" untuk tidak melaksanakan undang-undang jenayah Islam itu, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
Tegas Abdul Hadi, undang-undang jenayah Islam itu telah ada dalam perjuangan PAS lama sebelum penubuhan pakatan politik tiga parti itu. 
"Ini benda yang (wujud) terlebih awal daripada pakatan pembangkang. Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan (laksana hudud)," katanya lagi. 
"Kita (PAS) tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR mengatakan kita tidak boleh laksana hudud." 
Abdul Hadi ditemui di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, di sini pada Selasa. 
Beliau membuat kenyataan itu sebagai menyokong langkah kerajaan negeri Kelantan mahu mengemukakan dua rang undang-undang persendirian ke Parlimen bagi membolehkan undang-undang jenayah Islam dilaksanakan di negeri itu seawal-awalnya tahun depan. 
Langkah kerajaan negeri Kelantan itu adalah sebagai menyahut keterbukaan yang disuarakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa kerajaan Persekutuan sedia menyokong mana-mana negeri yang mahu melaksanakan hudud dan qisas. 
Rang undang-undang persendirian itu dijangka akan dibawa ke Dewan Rakyat pada Jun ini. 
Jawatankuasa teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2 Kelantan sebelum itu dijangka akan memberi penerangan dan taklimat kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti politik yang mereka anggotai berhubung hasrat kerajaan negeri Kelantan itu. 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam reaksinya sebelum ini berkata pendirian DAP berhubung pelaksanaan hudud tidak berubah dan beliau tidak mahu hasrat kerajaan negeri Kelantan itu dieksploitasi oleh Barisan Nasional. 
"Semua orang tahu pendirian kami. Tidak ada apa lagi yang hendak ditambah," katanya semasa menjawab soalan pemberita mengenai pendirian DAP berhubung langkah PAS Kelantan itu. 
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng daripada DAP pada Isnin menegaskan 38 ahli parlimen parti itu telah secara terbuka menegaskan tidak akan menyokong langkah kerajaan negeri Kelantan itu. 
"Pendirian kami jelas, ahli parlimen DAP tidak akan mengundi menyokong undang-undang hudud," katanya. 
Timbalan Presiden PKR, Mohd Azmin Ali pada Ahad lalu memberitahu langkah kerajaan negeri Kelantan itu masih belum dibincangkan secara rasmi antara pemimpin Pakatan Rakyat dan akan dibincangkan pada pertemuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan datang.

"Saya pasti jika terdapat sebarang kebimbangan daripada pihak tertentu, Pakatan akan membincangkan perkara tersebut. Kami tidak pernah menyembunyikan apa-apa, kita mahu orang ramai untuk mendapatkan penerangan yang jelas, " kata Azmin. 
Beliau juga menjelaskan pendirian PKR mengenai isu itu tetap sama: bahawa hudud bukan sebahagian daripada rangka polisi umum bersama Pakatan Rakyat, dan ia tidak dapat dilaksanakan tanpa konsensus daripada rakan Pakatan.

Merujuk kepada kenyataan wakil parti PKR dan Dap, peluang Pas untuk mendapat sokongan mereka bagi melaksanakan hudud ni memang takdak langsung.

Tak guna kalau Hadi Awang berkeras atau tegas nak laksanakan hudud, tetapi ianya tak disokong oleh rakan sebantalnya sendiri!!



Datuk Fuad Hassan sendiri dah jelaskan pada kita. Soo.. macam mana pun, Pas tetap kena minta sokongan dari dua parti dalam PR. Jangan cakap saja, kena buktikan bahawa mereka memang sepakat!

Kalau tak, ianya takkan jadi dan Pas hanya akan laksanakan hudud ni dalam mimpi saja la. Cakap kosong!

Selasa, 15 April 2014

PANASS!! Pas Selangor TOLAK #Hudud? @KhalidSamad #PRSelangor


Di saat rakan seperjuangannya di Kelantan berjuang sekian lama mahu melaksanakan hudud di kerajaan naungan mereka, nampaknya Pas Selangor tidak berhasrat untuk mencadangkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu meskipun mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, cadangan tersebut tidak akan dibangkitkan buat masa ini sebaliknya mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ mengenai perkembangan pelaksanaan hukum itu yang sedang diusahakan Kerajaan Pas Kelantan ketika ini.

“Kita tunggu perkembangan (cadangan pelaksanaan hukum hudud) di Kelantan dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Iskandar diminta mengulas sama ada Pas Selangor akan mengikut jejak langkah kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Bukankah kerusi PAS di DUN Selangor lebih banyak dari PKR, mengapa PAS Selangor tidak mahu mengikut jejak langkah PAS Kelantan? Apakah ada beza dasar PAS di Selangor dengan Kelantan? Apakah takut dengan DAP dan PKR hingga PAS Selangor tidak berani untuk bentang hudud dalam Sidang DUN Selangor? sumber

P/s: Pas dah mula cakap tak serupa bikin.. he he


McTheory:
Apa dah jadi ni?

Isnin, 7 April 2014

PANASS!! Kerajaan Pusat dan UMNO Kelantan Sokong Pas Kelantan Laksanakan #Hudud!!


Selepas Menteri Besar Kelantan mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Kelantan akan laksanakan Hudud, keadaan agak tegang apabila pelbagai peringkat parti politik memberi pendapat masing-masing mengenai hudud di Kelantan.

Semuanya bermula apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir mengizinkan negeri Kelantan melaksanakan undang-undang hudud dinegeri itu dan kerajaan pusat akan cuba membantu untuk Kelantan mampu melaksanakannya.

Ini kerana, hukum hudud yang sering dijadikan modal PAS berkempen menjelang PRU atau PRK. Namun akhir tahun lepas menjadi panas semula apabila Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad berkata Mahkamah Syariah Kelantan kini sudah mampu untuk menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan Kelantan pimpinan PAS mampu menguatkuasakan undang-undang berkenaan di negeri ini.

Katanya, ini kerana segala prasarana berkaitan pelaksanaan hukum Islam itu sudah lengkap termasuk mempunyai hakim untuk melaksanakannya.

“InsyaAllah Kelantan sudah boleh laksanakan hudud. Undang-undang sudah ada dan kalau perlu tambah hakim, kita tambah,” katanya selepas Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Bandar Baharu Tunjung di Kota Bharu, Kelantan pada 13 November lalu.

Selalunya PAS akan sentiasa menyalahkan UMNO dalam kes hudud ini. PAS suka menuduh UMNO menolak hudud bermakna UMNO juga tolak Islam, UMNO tidak Islamik, hudud tidak dapat dilaksanakan kerana UMNO tolak usul hudud.

Tetapi kini kerajaan pusat juga menyokong dan membenarkan Pas Kelantan laksanakan hudud, malah berjanji akan membantu. Malah Tok Pa selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan juga sokong usul hudud Kelantan.


Badan Perhubungan Umno Kelantan akan membangkitkan hasrat kerajaan PAS negeri melaksanakan hukum hudud pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Tidak ada masalah...sebagai orang Islam, kita wajib sokong undang-undang Islam," kata beliau.

Mc juga selaku orang Islam, tak sabar menantikan Kelantan melaksanakan hukum hudud, kerana ianya akan menjadi contoh kepada semua negeri di Malaysia, bahawa Pas Kelantan bukan cakap kosong, mereka mampu melaksanakannya.

Insyallah jika semua berjalan lancar, mungkin hukum hudud akan dilaksanakan ke negeri-negeri.

McTheory:
Harap tiada alasan lagi dari Pas selepas ini..

Jumaat, 28 Oktober 2011

TUDIAA!! Apa Tujuan Hudud Pas Sebenarnya??


Di bawah ini dilampirkan petikan sulit fail taklimat rahsia bertajuk "Formula Kemenangan" yang diadakan pada 18 Januari 2011. Baca dan fahami sendiri motif Hudud PAS. Hudud PAS bukan untuk menegakkan Islam. Hudud PAS hanya untuk membeli undi untuk PRU13. Terima kasih buat Datuk Zulkifli Nordin di atas pendedahan ini. Kalau mata hati tak celik lagi, tak tahulah.

Maklumat ini Mc ambil dari blog CTS.

Sememangnya hudud Pas ni hanya untuk menagih sokongan umat Melayu Islam, terutamanya di Kelantan. Mereka tahu, bahawa hudud masih tidak dapat di laksanakan sekarang (kerana masih ada faktor yang tidak mengizinkan). Sebab itu mereka sengaja, war-warkan isu ini, dengan harapan dapat menyalahkan UMNO/BN (kerajaan pusat) sebagai penghalang mereka kononnya mahu membuat hukum hudud di Kelantan.

Hakikat sebenarnya, Pas takkan dapat melaksanakan hudud selagi mereka bekerjasama dengan Dap. Jikalau Pas laksanakan hudud, Pakatan Rakyat akan berpecah, seperti mana BA (Barisan Alternatif) dahulunya.

Nampak sangat Pas lebih pentingkan persahabatan politik, kuasa politik dari melaksanakan hukum Allah. Apa kiblat Pas yang sebenar? Islam atau Dap?

Tepuk dada, tanya Iman.

McTheory:
Khalifah Umar Abdul Guan Eng.. tu yang mereka sanjung..