Sponsor

Memaparkan catatan dengan label info lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info lawak. Papar semua catatan

Rabu, 10 Julai 2013

INFO! Kisah Nujuk Pak Belalang Di Bulan Puasa! #SalamRamadhan


Cerita Nujum Pak Belalang version 2.0


Nujum Masai: Jika tuan bijaksana, marilah jawab soalan hamba

Pak Belalang: Silakan Nujum Masai

Nujum Masai: Apakah dia 1-banyak-banyak, 2-sadikit-sadikit, 3-kaddang- kaddang, 4-jarrang- jarrang?

Sunyi sebentar keadaan. Hening...

Lalu, Pak Belalang senyum keseorangan.

Pak Belalang: Ah, itu senang saja. Jawabnya .. Terawih!! (sambil tersenyum riang)

Nujum Masai: Jelaskan

Pak Belalang: "1- Baanyak-baaanyak" bermaksud minggu pertama banyak orang akan datang masjid dan surau untuk terawih. "2-sadikit-sadikit" minggu kedua sudah sadikit orang akan datang terawih. Yang ke tiga;"kaddang-kaddang" pada minggu ketiga kadang-kadang saja orang akan datang tarawih dan yang keempatnya;jarrang-jarrang" pada minggu keempat jarang-jarang jumpa orang datang terawih.

P/s: Kuang kuang kuangg... hehhe..

Ahad, 30 Jun 2013

HOT INFO! Sejarah Melayu Yang Di Sembunyikan Terbongkar! #HanyaDiKedah


Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan-kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini

1508: Alfonso de BURQUE menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 (anggaran) bala tentera

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan di sana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan Melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara... akhirnya dapat juga menawan Melaka
setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin
meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P. Pinang yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke perlis,
kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan

Seminggu selepas Feb 1512, perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso

Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah.

Perisik: Selamat pagi tuan. Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah,

Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15 ribu bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang... Antaranya hang sihat ka, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang tidoq ka, hang dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana...

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan Melayu Melaka amat ngeri... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ...

Hang ok ka? Huhu

McTheory:
Jangan marahh haa.. he he he..

Jumaat, 8 Februari 2013

HOT!! Video Kelakar GILA, Pertama Kali Naik Kapal Terbang!!


Sejak akhir-akhir ni Mc asyik berpolitik 24 jam. Sampai naik pusing kepala asyik baca politik. Tapi malam ni kita layan gelak pulak, sekali-sekala selit apa salahnya. Video ni memang kelakar, pada sesiapa tak gelak tu bermakna memang dia anak luar nikah! ha ha ha..

Ok, layan video dulu bro.. Mc ada kerja overtime malam ni.. hehe

Ahad, 6 Januari 2013

TUDIAA!! Benda yang Tak Patut Buat Kat Isteri Pada Malam Hari!!

Harap Maaf, gambar diatas bukan Pisau Kedah ya! ha ha ha..


Kesian kat wife dia tu, kena prank sampai macam tu sekali. Tapi rasanya itu ok lagi dari apa yang Anwar dan Azmin buat kat wife dorang.

Azmin gadaikan wife untuk dapat kuasa dan wang. Anwar pula, madukan wifenya dengan china doll dan jantan jambu.

Setakat prank macam video diatas apa la sangat, Anwar dan Azmin lagi terer oo..

Ahad, 30 Disember 2012

KELAKAR!! Lawak Guling-Guling Tengok Pakcik Ni Eskalator!!


Bukan niat nak mempersendakan, tetapi kelakar bila tengok orang tua ni terkial-kial nak naik eskalator. Moralnya, jangan biarkan orang tua anda macam pakcik ni, nanti dipermainkan orang.

Sekian terima kasih.. hehe.. haha..

Ahad, 16 Disember 2012

HOT!! Lawak Seram yang Patut Kita Baca!!


hiasan
Kawan aku nama dia Ahmad.. dia nie kerja kilang ikut shif.. dia nie shif petang so balik tengah malam la.Satu malam tu dia lalu la kat jalan nak ghi airport kat Ipoh nie.. then sampai kat satu masjid.. depan masjid nie ada tempat sampah.. ala tempat sampah busuk gile.. tapi malam tu tempat tu jadi wangi..then ada sorang pompuan pakai baju serba putih tahan dia. Kata nya nak tumpang sampai kat hujung kampung.

So yang kawan aku nie bagi la tumpang. So pompuan nie pun naik la.. dia punya wangi punya la semacam aje..Then kawan aku nie dah naik seram sejuk.. so sampai la kat satu jalan yang berbukit so dia nie press la minyak moto dia coz nak cepat dan dah rasa semacam bawak pompuan nie.. lepas aje kawasan bukit tu.. dia rasa ringan aje moto dia.. so dia paling la muka dia kat belakang.. tengok-tengok pompuan tu dah hilang..tapi masih wangi.. dia nie apa lagi terus pecut moto balik ghumah.. terus masuk selimut tidoq bawah katil.

So esok tu dia ghi keja lagi.. balik ikut jalan yang sama jugak. Sampai kat tempat semalam, pompuan semalam ada lagi kat situ. Then dia nie dah naik bulu roma terus pecut moto.. tapi moto dia macam tak nak jalan bila betul-betul depan pompuan tu.. apa nak buat dah terstop kat situ.. pompuan tu celapak naik (tumpang la tu) moto si Ahmad nie..

So dalam keadaan seram sejuk Ahmad nie terus aje.. bawak moto tanpa tengok belakang sambil baca ayat apa yang patut.. sampai tempat berbukit kelmarin.. pompuan yang tumpang tu tepuk bahu si Ahmad nie so si Ahmad nie tak nak paling belakang jugak.. pompuan nie tepuk lagi bahu dia.. so bila dah dua tiga lagi tepuk dia pun paling la.. si pompuan tu masih kat belakang moto dia.. then pompuan tu cakap kat Ahmad cam nie "Abang, jangan bawak laju sangat, semalam adik jatuh tergolek kat sini"

HA HA HA HA!!

Khamis, 6 Disember 2012

LAWAK!! Perompak Bangang Mengelabah Takut Kena Tangkap!!


Nak merompak, tapi mengelabah, belum sempat nak ambik duit, pegawai bank dah tekan button kecemasan. Mengelabah nak keluar, langgar habis pintu bank. he he.. Lain kali, tak payah jadi perompak laa.. dok tepi jalan meniaga keropok lekor lagi bagus.. ha ha ha..

Jumaat, 2 November 2012

HOT!! Gambar Si Malang Yang Tak Ingin Kita Lihat!!


Malang betul kucing tu.. ha ha ha.. sampai boleh pengsan bau kasut. Mesti bau dia ngeri gila kan? Kaki busuk tentu hati dan perut pun busuk. Orang macam tu hanya ada seorang saja dalam Malaysia ni, iaitu Anwar Ibrahim.. sahih kucing tu pengsan sebab bau kasut Anwar!! he he he..

Ahad, 28 Oktober 2012

Isnin, 22 Oktober 2012

HOT!! Cerita Menarik Mengenai Banduan yang Gersang!!

Hiasan semata
Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.

Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya dikerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan dikatil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya:

“Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya,berikan kepuasan.

Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang..” Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas, “Dia bukannya mencium leherku.

Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni homo dan katanyanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan bodylotion? Saya jawab di bilik mandi. Saya rasa dia ingin melakukan hubungan seks dengan abang, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan.

Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga.. – kedaionlinesu

Jumaat, 28 September 2012

Khamis, 20 September 2012

TUDIAA!! Wartawan Cun Terberak Dalam Seluar Sewaktu Temubual!!



Video yang dipaparkan ini adalah video yang sudah pun lama.

Bukanlah untuk tujuan mengaibkan sesiapa.

Tapi, memaparkan walaupun kita kuat bekerja sekali pun, sakit perut memang tak boleh nak dielakkan.

Kasihan dengan wartawan wanita ini, sedang gigih bertugas, tapi malang datang tidak berbau…

Mulanya semua nampak dalam keadaan tenang, tapi berubah dalam beberapa saat.

Nak tahu? Tontonlah video ini.

Pastinya anda juga pernah merasa sakit perut yang ditahap tidak boleh ditahan.


Layan…





SUMBER