Sponsor

Memaparkan catatan dengan label info pelik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info pelik. Papar semua catatan

Khamis, 23 Januari 2014

INFO! Punca Kenapa Salji di Indonesia?


Fenomena yang sangat luar biasa dan mengejutkan penduduk di kawasan tanah tinggi utara Indonesia pada pagi ini.

Saksikan video dibawah:


Selasa, 24 September 2013

HOT! Bayi Kembar Siam Keluar Dari Mulut?


Terbaca satu artikel beria dari laman hmetro.com.my berkenaan kembar siam parasit yang juga lebih dikenali sebagai Conjoint Twin Parasitic. Dikatakan kembar parasit tersebut bercantum melalui mulut lagi seorang kembarnya. Ikuti berita penuh yang dipetik dari Harian Metro Online.

Ketika Aep Supriatna melihat bayi yang baru dilahirkan isterinya 19 September lalu dia sangat terkejut kerana mendapati zuriatnya itu kembar siam.

Lebih mengejutkan Aep, 36, bayi pertama lahir dalam keadaan biasa tetapi kembarnya keluar dari mulut.

Menurut Aep, isterinya Yani, 33, bersalin di rumah mereka di Kampung Cikadu di daerah Cipeundeuy, Bandung Barat.

“Anak pertama kali normal tetapi yang ini nampaknya kembar siam,” katanya. Aep berkata, sebaik saja bayi itu dilahirkan dengan bantuan bidan, ia diarahkan segera dibawa ke hospital tetapi dia tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Hanya selepas itu, kata Aep, dia dimaklumkan anak ketiganya itu kembar siam.

“Saya sangat terkejut,” katanya. Bayi pertama adalah lelaki dan diberi nama Ginan Septian Nugraha dan disahkan sihat.

“Bagaimanapun rongga mulutnya penuh kerana berisi tubuh bayi kedua,” katanya.

Allah maha kuasa, pelbagai kejadian, semuanya dari Allah.

Jumaat, 4 Januari 2013

HOT INFO! Kisah Pelik, Wanita Ini Bersuami Dua!!

Hiasan semata
 Kita selalu mendengar lelaki kahwin lebih dari satu kerana di benarkan di dalam Islam tetapi kita tak pernah dengar perempuan kahwin lebih dari satu kerana ianya HARAM dalam Islam. Tentu ada sebabnya kenapa Allah S.W.T melarang kaum hawa kahwin lebih dari satu.

Namun apa yang terjadi di Batu Pahat amat mengejutkan apabila seorang wanita yang masih bersuami lagi telah berkahwin satu lagi.
 
Perbuatan wanita lewat 30-an yang dipercayai menduakan suaminya dengan menikahi lelaki lain, terbongkar apabila dokumen pernikahannya dengan doktor ditemui pihak berkuasa.

Bertindak hasil aduan orang ramai dan siasatan selama beberapa hari, serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat dilakukan di sebuah vila semasa Operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi semalam.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, setelah menerima aduan, pihaknya melakukan semakan dengan pihak berkuasa di Thailand dan mendapatkan salinan dokumen pernikahan wanita terbabit.

Katanya, semasa serbuan dilakukan, pada mulanya wanita berkenaan enggan mengaku bernikah secara senyap di selatan Thailand bersama seorang lelaki berusia 40-an, yang turut berada di rumah berkenaan.

Mereka bernikah di Thailand Julai lalu.

“Kami berjaya mendapatkan salinan dokumen pernikahan mereka, namun serbuan dilakukan untuk mendapatkan salinan asal surat nikah berkenaan dan bukti yang lebih kukuh kami peroleh iaitu gambar pernikahan mereka.

“Begitu licik wanita ini. Setelah hampir satu jam kami mencari, namun dokumen berkenaan gagal kami temui. Bagaimanapun setelah didesak beberapa kali, akhirnya dia mengaku telah bernikah dan dokumen berkenaan disorok dalam kotak kasut yang diletakkan di bonet kereta.

“Kami difahamkan doktor yang menjadi ‘suami kedua’ diberitahu yang wanita terbabit sudah bercerai dengan suami pertamanya,” katanya.

Saiful berkata, kes seumpama itu kali pertama berlaku di daerah ini dan rumit diselesaikan kerana perlu dilakukan dengan teliti kerana banyak kesalahan dilakukan.

Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27(1)(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan siasatan terperinci akan dilakukan berhubung perceraian yang didakwa oleh wanita terbabit dengan suami pertamanya.

“Saya harap kes seperti ini dijadikan iktibar dan jika ada kemusykilan terhadap nikah atau kahwin, orang ramai boleh buat rujukan kepada kami.

“Kami akan terus cari punca sebenar dan bantu selesaikannya kerana tidak boleh wanita mempunyai dua suami dalam satu-satu masa.

“Jika wanita ingin berkahwin lain, dia perlu melalui proses perceraian dengan suami terdahulu, namun ia juga perlu melalui hukum ditetapkan syarak,” katanya.

Ahad, 30 Disember 2012

HOT INFO!! Gambar Menarik Waktu Malam Yang Patut Kita Lihat!!


NASA mengeluarkan gambar wajah bumi di wilayah Eropah, Afrika, dan Timur Tengah melalui Satelit Soumi pada malam hari.









Subhanallah.. cantiknya ciptaan Allah..

Selasa, 25 Disember 2012

INFO PELIK!! Fenomena Menarik ciptaan Allah SWT yang Patut Kita Tengok!!


Segala fenomena alam yang ada di sekitar kita boleh menjadi suatu pelajaran bagi kita, betapa kecilnya kita di hadapan sang pencipta, seluruh alam semesta dan jaringan raya ini adalah miliknya .. Seperti pada fenomena ganjil ini ini, pernahkah anda melihat sebuah air terjun membeku dan berhenti mengalir? ini adalah satu lagi bukti Kebesaran Allah SWT .. Mari kita boleh melihat Air Terjun Beku berikut ini. - InfoSerius



Khamis, 20 Disember 2012

HOT PELIK!! Restoran Makan Sampai Mati??



Anda ingin cepat mati? Jangan segan untuk pergi ke "The Heart Attack Grill". The Heart Attack Grill ini mempunyai iklan dengan kata-kata kesan "Kesan buruk menu kami antara lain meningkatkan berat badan mendadak, sakit punggung, pertumbuhan payudara lelaki, kehilangan teman kencan, kanser paru-paru, sakit liver, stroke. Bahkan kematian. "

The Heart Attack Grill adalah restoran makanan segera yang ada di Lasa Vegas, AS. Di restoran ini, anda akan mencari aneka makanan dan minuman yang tidak sihat, seperti kentang goreng yang dimasak dalam minyak berlemak murni, minuman bersoda mengandung gula, dan juga rokok tanpa filter.




Makanan paling berbahaya di restoran ini adalah burger. Tidak seperti burger di restoran makanan segera lain, burger yang dijual di The Heart Attack Grill dibahagikan kepada empat jenis. Jenis pertama adalah single, seperti biasa burger jenis ini hanya mempunyai satu lapis daging burger. Jenis selanjutnya adalah double, triple, dan yang paling dijagukan adalah quadruple bypass atau burger lapis empat.








Gilaa?? Mati sebab makan? ha ha ha.. memang gila!!

Isnin, 10 Disember 2012

INFO PELIK!! Jenazah Misteri KEJUTkan Tiga Penggali Kubur!!


KANGAR: Tiga penggali kubur tergamam menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika menggali liang lahad untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, di sini, semalam.

Mayat lelaki tidak dikenali itu ditemui jam 11.30 pagi sebaik ketiga-tiga penggali kubur berkenaan menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter.

Berdasarkan maklumat, mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur.

Bagaimanapun, kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.

Penggali kubur, Desa Sulaiman, 74, berkata penemuan jenazah itu mengejutkan kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong.

Katanya, keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.

"Saya 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini.

"Sepanjang pengetahuan saya, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat," katanya.

Difahamkan, penemuan mayat itu menyebabkan urusan pengebumian jenazah seorang wanita berusia 53 tahun yang dijadualkan sebelum Zuhur, ditangguhkan beberapa jam untuk memberi laluan kepada urusan pengebumian semula jenazah yang ditemui itu.

Desa dan dua lagi rakannya terpaksa menguruskan pengebumian semula jenazah terbabit di sebelah liang lahad yang digali, sebelum meneruskan urusan penggalian liang lahad baru untuk pengebumian jenazah wanita yang baru meninggal itu.

Rakannya, Mohd Hafiz Abdan, 20, berkata beliau tergamam melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru.

"Saya sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama.

"Apa pun, penemuan mayat berkenaan bagi saya suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur," katanya.

Sabtu, 8 Disember 2012

TUDIAA!! Budak Kecik Tabiat Suka Makan Ubat Nyamuk??

Macam pelik, tetapi itulah hakikatnya yang terjadi kepada seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun bernama Abdillah Syarif. Kanak-kanak ini gemar memakan ubatnyamuk. Selera pelik ini sudah tentulah berbeza daripada selera kanak-kanak lain yang gemar akan makanan manis seperti kek dan coklat. Dalam sehari, Abdillah yang berasal dari Polewali Mandar, Sulawesi Barat, mampu menghabiskan sebungkus ubat nyamuk.



Ibu bapa Abdillah atau Adit sudah berusaha untuk menghentikan tabiat buruk anaknya itu tetapi bukan saja tidak berhasil, malah,ketagihannya kepada ubat nyamuk semakin bertambah. Tabiat aneh Adit menyebabkan anak keempat pasangan Syarifuddin dan Nurlina itu menjadi terkenal di desanya di Sabang Subik, Kecamatan Balanipa.

Adit mula gemar memakan ubat nyamuk ketika berusia lapan bulan. Pada mulanya, Adit yang belum pandai berjalan ketika itu,mendekati ubat nyamuk dan tiba-tiba memakannya. Hingga kini, dia jadi ketagih dan tiada sehari pun dilalui tanpa memakan ubat nyamuk. Dia juga melakukan tabiat itu secara diam-diam kerana takut dimarahi ibu bapanya.

“Enak dan manis,” katanya ketika ditanya sebab dia gemar memakan ubat nyamuk.

Usaha orang tuanya untuk menghentikan tabiat pelik anak mereka tidak berhasil.Walaupun sudah menyorokkannya di tempat lain, Adit akan mendapatkan ubat nyamuk dari rumah jiran mereka.

“Biasanya kalau tidak menemukan ubat nyamuk di rumah, dia akan mencurinya di rumah jiran,” kata Syarifuddin. Nurlina pula mengatakan tabiat Adit itu mungkin bawaan daripadanya.

“Dulu ketika hamilkan Adit, saya memang gemar mencium asap ubat nyamuk dan mungkin ia menurun kepada anak saya,” katanya.

Menurut doktor pakar pediatrik di Dinas Kesehatan Polewali Mandar, Sih Harjo Boko,Adit menghidap penyakit pica, iaitu kelainan keadaan pola makanan pada kanak-kanak.

Penyakit itu disebabkan kekurangan zat besi dalam diri kanak-kanak dan boleh pulih, bergantung pada keprihatinan ibu bapa menjaga anak mereka. MelayuKini.Net

P/s: Ubat Nyamuk?? giloss lehh..

Rabu, 21 November 2012

TUDIAA!! Perompak Bank Usung Satu Kampung Untuk Merompak!


Bila tengok video ni, nak tergelak pun ada. Walaupun kesian pada pak guard yang kena pukul tu. Tapi tak pernah la pula tengok perompak datang merompak bawa orang sebegitu ramai. Ni satu kampung datang merompak, pehh.. ha ha ha..

Selasa, 30 Oktober 2012

HOT!! Video Himpunan Diantara Manusia Terpantas di Dunia!!


Wahh.. memang laju-laju ni, cuma manusia terpantas sekarang adalah si Bolt tu, bukan lagi mamat dalam gambar ni.