Sponsor

Memaparkan catatan dengan label info seram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info seram. Papar semua catatan

Selasa, 19 November 2013

INFO! Kisah Benar dan Video Mengenai Villa Nabila!



Bagi penduduk yang berasal dari Johor Bahru, pastinya korang tahu kan misteri rumah banglo Villa Nabila nie. Sebenarnya saya ada cerita menarik yang ingin dikongsikan kepada korang semua disebalik misteri rumah banglo tersebut.
Menurut cerita apa yang saya tahu, kalau masuk genap kat dalam rumah banglo tu, jadi ganjil. Macam mana tu? Hurm. Masuk 8 orang, tapi sampai dalam ada 9 pulak. Sorang lagi tu siapa? Peristiwa nie terjadi kepada seorang bekas mat rempit yang bernama Tyes Hades(bukan nama sebenar tapi boleh search kat facebook kalau korang nak tahu).

Kisah ni berlaku ketika masa zaman rempitnya dulu. Mat rempit biasa lah, hati cekal dan kering. Dieorang akan cuba membuat sesuatu yangg orang lain tak berani nak buat. Kalau korang dah pergi ke Villa Nabila tapi tak jumpa apa-apa tu Alhamdulillah la kan. Kadang-kadang ada yang nak balik dari tempat tu, enjin kenderaan tak boleh nak start. TU MEMANG DAH BIASA TERJADI kat Villa Nabila.


Ada beberapa budak penakut yang saya dengar cerita nie lagi lah best, takut punya pasal, dieorang pilih cantik je iaitu pada bulan Ramadhan. Lepas dieorang bersahur kat Singgah Selalu (depan danga bay) pukul 2 pagi, dieorang terus buat rombongan Cik Kiah ke Villa Nabila. Nak tau apa terjadi? Lepas je matikan enjin nak ke rumah tu, tiba-tiba bumbung kereta dieorang kena ketuk. Lagi dasyat enjin kereta dia tak boleh nak hidup. Tapi Alhamdulillah, selepas beberapa doa di baca, enjin kereta pun hidup dan mereka membatalkan hasrat untuk menjejak kan kaki ke dalam Villa Nabila tu.

Untuk pengetahuan korang, terdapat 3 buah banglo terbiar di Bukit Serene. Pertama Banglo kerabat sultan, Kedua Villa Nabila dan yg ketiga agak dalam sedikit iaitu sebuah Banglo seorang doktor yang khabarnya mempunyai cerita mistik jugak. Tapi yang paling cerita mistik yang paling top sekali banglo Villa Nabila la. Pasal rumah doktor tu pon ada jugak. Tapi Saya masih tak berapa tahu sangat berita mengenainya.

Mengapa Villa Nabila begitu mistik? Apakah punca dari mulut ke mulut yang sering di katakan di kalangan rakyat Johor Bahru? Nabila ni adalah seorang budak kecil, dia di bunuh oleh mak tiri (ada yg kata amah) yang tamakkan harta peninggalan bekas suaminya juga ayah kepada Nabila. Lama juga tertanam di dalam dinding rumah berkenaan. Sehinggalah polis dapat selesaikan kes ini.


video

Disebabkan ramai sangat yang nak tau pasal cerita Villa Nabila ni, Mc pun kutip cerita ni di blog Daeng.

Dengar cerita sampai sekarang masih ada seorang remaja hilang, dan tidak dijumpai. Kononnya hilang di kawasan Villa Nabila tu.

Tapi pada hakikatnya remaja tersebut bersembunyi di rumah kawan. Jadi cerita seram mengenai Villa Nabila ni betul atau pun hanya kabar angin?

McTheory:
Kadang-kadang khabar angin, lebih menakutkan dari cerita sebenar.. hehe

Ahad, 6 Januari 2013

INFO SERAM!! Kenapa Gadis Melayu Selalu Kena Histeria!!

PELAJAR perempuan Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar dipujuk anggota penyelamat apabila mengugut untuk terjun dari tingkat dua bangunan sekolah itu

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana salah nya… … ..Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

Kes histeria di sekolah kat BSB… ..Misteri di Asrama Puteri terjawab!
Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu.
Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang engan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik..

Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya!
Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

“Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah?
Jawap!!!” Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???”
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab…

“”Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat”"
“”Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik,Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK… “”
“”Aduhai… (korang nyanyilah sendiri lagu ni sampai habis..) hehehehe…..

sumber


P/s: Sekadar hiburan tengah malam.. kalau tak reti nak melawak, pergi duduk dalam hutan looo..

Khamis, 3 Januari 2013

INFO SERAM!! Roh Ibu Datang Mencari Anaknya di Hospital!!



Setiap hari tanpa jemu Saripah akan melakukan kerja menjaga bayi di wad penjagaan bayi yang baru dilahirkan. Apa yang membuatkan Saripah seronok dengan tugas tersebut kerana sikap yang menyukai kanak-kanak yang memang tersemat di dalam dirinya. Tambahan pula Saripah turut mempunyai seorang cahaya mata yang baru sahaja berusia setahun membuatkan naluri keibuannya terserlah.

Jika sesetengah orang tidak akan selesa dengan tangisan bayi yang laparkan susu atau kerana lampinnya sudah basah, namun bagi Saripah tangisan tersebut seakan satu bunyi yang sudah sebati dalam dirinya. Sebagai ibu dia pernah merasai keadaan tersebut. Memang tidak dapat dinafikan pada mulanya dia juga tidak selesa dengan keadaan tersebut tetapi lama kelamaan dia telah biasa dan lali.

Setelah 2 bulan ditugaskan bekerja syift siang, kini tiba gilirannya pula untuk bertugas pada syift malam. Sebagai kakitangan baru, Saripah hanya mampu mengikut jadual tanpa banyak soal. Nasib baik jugalah suaminya bekerja bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang, maka Saripah tidak risau akan penjagaan anaknya di rumah.

Jadual kerja Saripah memerlukannya sentiasa memeriksa bayi-bayi di wad berkenaan agar segala-galanya berjalan dengan sempurna. Selain Saripah, terdapat juga 3 orang jururawat yang bertugas menjaga bayi ini secara bergilir-gilir. Dengan cara ini dapat jugalah mereka berehat sambil melakukan kerja-kerja lain.

Hari pertama bekerja malam,segala-galanya berjalan lancer. Cuma kadang-kadang Saripah dan rakan sekerjanya sibuk sedikit apabila terdapatnya kelahiran baru pada waktu itu. Namun disebabkan diri masing-masing sudah dilatih untuk mengatasi sebarang masalah, setiap tugas mampu dilakukan dengan baik sekali.

TANGISAN KUAT

Begitu juga hari kedua. Segala-galanya baik dan ini membuatkan Saripah berasa senang walaupun ditugaskan pada waktu malam. Namun begitu pada malam yang ke-3, sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku ketika tiba giliran Saripah member minum susu kepada bayi-bayi yang terjaga pada pukul 2 pagi.

Tangisan seorang bayi lelaki yang agak kuat memecah keheningan awal pagi membuatkan Saripah yang baru bertukar giliran berasa amat terkejut. Sepanjang pengalamannya bekerja, tidak pernah dia mendengar bunyi tangisan yang sebegitu.

Sedang Saripah tergesa-gesa mahu menuju ke bilik yang menempatkan katil bayi tersebut, tiba-tiba dia mendengar suara seorang wanita yang mahukannya agar cepat ke sana. Terkejut juga Saripah mendengar suara itu, sebab setahunya pada waktu begini tiada ibu-ibu yang terjaga. Mungkin itu hanya khayalannya. Fikir Saripah dalam hati.

Sebaik sahaja Saripah sampai ke dalam bilik tersebut, dia berasa amat terkejut apabila melihat bayangan seorang wanita berada di luar cermin bilik itu. Tambah menghairankannya ialah cermin tersebut pula menghala ke balkoni luar dan tidak ada tempat berpijak yang cukup walaupun untuk seorang insan.

Saripah agak kaget, tasingan bayi tersebut tidak diendahkan. Apa yang terdetik di hatinya ketika itu ialah menyelamatkan wanita tersebut dari terjatuh. Tanpa membuang masa Sarimah pun menuju ke cermin tingkap yang boleh dibuka bersebelahan dengan balkoni tersebut. Namun belum sempat Saripah tiba di situ, tiba-tiba bayangan tersebut terbang dengan pantas. Saripah berasa terkejut dan menjerit ketakutan.

Apabila mendengar jeritan Saripah itu, dua orang rakannya yang berada berhampiran bergegas mendapatkannya. Sebaik sahaja mereka sampai di bilik tersebut, segera mereka mendapatkan Saripah. Beberapa ketika kemudian Saripah tersedar dari terkejut lalu mendapatkan bayi yang menangis itu. Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku pada bayi lelaki itu.

Setelah berpuas hati dengan keadaan bayi itu, barulah Saripah menceritakan keadaan yang berlaku pada rakannya. Terkejut juga mereka sebab sewaktu mereka bertugas tiada apa-apa yang berlaku.

Saripah tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut. Terus sahaja dia mengambil keputusan untuk menyiasat bayi siapa yang menangis dan mengapa bayangan tersebut berada di sana. Setelah disiasat barulah Saripah faham apa yang berlaku.

Ibu bayi tersebut sebenarnya telah meninggal dunia sebaik sahaja bayi tersebut dilahirkan. Mungkin disebabkan rindu dan kasihan dengan anaknya, roh wanita tersebut datang melawat anaknya pada malam itu.

Khamis, 20 Disember 2012

HOT! Seram Malam Jumaat! Kisah Tandas Misteri Di Balai Polis!


Sebuah kisah benar yg terjadi dan tak dpt dilupakan oleh penulis sepanjang hidupnya!

Pesanannya, Hati2lah bila masok ka tandas dan pandang sekeliling dan baca doa masuk tandas supaya anda tidak mengalami apa yg beliau alami.

Malam itu, malam Jumaat. Kebanyakkan anggota polis dan penyiasat-penyiasat semua dah balik ke rumah, ada yang keluar makan, ada pulak yang sedang melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat disarangkan jenayah.

Aku baru jer balik dari rumah mayat SGH utk mengenal pasti satu mayat yg menurut doktor rumah mayat, adalah Lim Ah Bee, seorang pemandu teksi, yang dilaporkan hilang 7 hari lepas. Memang betul tu lah dia, menurut gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya, yg melaporkan kehilangan Ah Bee kelmarin.

Badanku berlengas peluh dan bau busuk dari bilik mayat. Setibanya dipejabat, aku mencapai tuala dan sabun, menukar kasut, dan menuju ke arah bilik mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:20 malam. "Apa lah nasibku ini," aku mengeluh...

Baru semalam shif pagi, dan hari ini hari cuti aku. Tapi terpaksa bekerja juga. Sgt Hilal terpaksa mengambil cuti tergempar kerana bapanya sakit teruk. Takpelah hari ni hari dia. Besok mungkin hari ku pulak.

Sampai jer di bilik air, aku terus menuju ke kamar mandi. Seluruh bilik air tu kosong, sebab hanya 3 orang jer yg bertugas malam tu. Kedua-dua rakan sekerja yg bertugas keluar menghadiri kes. Aku pun melucutkan pakaianku, terus membuka air panas dan membiarkan air itu menbasahi seluruh rambut dan badanku...

Tiba-tiba, terdengar bunyi yang aneh, "Pssssttttt."

Mula mula, aku fikir salah seorang dari kedua rakanku itu dah balik ke stesyen dan ada di kamar mandi.

Aku pun menjerit "Bala, kau ke tu ?" tapi tak ada jawapan.

Aku pun sambung menggosok gosok sabun ke seluruh badanku. Kurang dari 3 minit kemudian, bunyi tu ada lagi " Psssssssttttt". Tetapi kini, diikuti dengan bau wangi, seperti bunga mawar. Dentuman hatiku terus pantas, dan perasaan takut menyelubungi ku. Aku pun bergegas mengosokan sabun yang masih ada di tubuhku, ambil tuala dan mengelap seluruh tubuh. Setelah menyarung seluar, aku mencapai baju dan terus membuka pintu.

Tiba-tiba, didepan muka ku, bunyi itu datang lagi, kini lebih kuat "PSSSSTTTTTT" ............ diiringi bau wangi yg menusuk hidungku...

Aku terpaku, tidak bergerak seketika... Lepas tu barulah aku pandang ke atas.....

***PERHATIAN!!!

Pada sesiapa yg lemah semangat, harap hentikan membaca sampai disini jer, kerana kejadian ini memang benar2 berlaku.

Sila scroll ke bawah...

> > > >>

> > > >>

> > > >>

> > > >>

> > > >>

> > > >>

> > > >>

> > > >>

> > > >>

> > > >>

> > > >>

> > > >>

> > > >>

> > > >>

> > > >>

> > > >>

> > > >>

> > > >>

> > > >>

> > > >>

> > > >>

> > > >>

> > > >>

> > > >>

>>> > >

>>>>>>

>>>>>>

>>>>>

Lalu aku tertawa sendiri...

"Cilaka punya perfume dispenser" buat suspend jerrrrrrrr.

Jumaat, 14 Disember 2012

HOT SERAM!!! 18SG! Jangan Tengok Video Ini Jika Anda Seorang Penakut!!

VIDEO SEBENAR YG DIAMBIL SECARA TIDAK SENGAJA OLEH PENGAWAL POS POLIS BANTUAN FELDA DI LEPAR HILIR 7,PAHANG...SAKSIKAN...

Sabtu, 24 November 2012

SERAMM!! Gambar dan Kejadian Mengerikan Di Rumah Mayat!


Pada hari selasa tanggal 20 Rabi’ul Awal 1422 H, aku berangkat ke tempat kerjaku jam tujuh pagi dan seperti biasa kembali sekitar setengah jam sebelum shalat Ashar, lalu menyantap makan siang dengan cepat. Tiba-tiba telepon berdering dan ternyata penanggung jawab tempat memandikan mayat yang dekat dari rumahku memintaku membantunya memandikan mayat agar dapat dishalatkan setelah shalat Ashar. Sementara waktu shalat Ashar tinggal lima menit lagi.

Dengan memohon pertolongan dari Allah, aku segera pergi ke tempat tersebut dan sampai di sana tepat saat muadzin mulai mengumandangkan adzannya. Ini bukanlah kali pertama aku memandikan jenazah. Namun yang mendorongku untuk menuliskan kejadian kali ini dikarenakan kondisi mayat yang aku saksikan sendiri dengan mata kepalaku ini.! Kita bermohon kepada Allah semoga menganugrahkan kita Husnul Khatimah.

Aku masuk ke tempat pemandian mayat. Mereka telah menurunkan mayat dari kendaraan sebelum aku sampai di tempat. Saat itu bau yang sangat busuk memenuhi tempat tersebut padahal mayat tersebut ditutup sangat rapat.

Kemudian kami membuka penutup dan aku melihat jasadnya berwarna putih kekuning-kuningan. Yang membuatku agak terkejut adalah ketika aku melihat kepala dan wajahnya. Aku melihat wajahnya menghitam menghadap ke kiri. Ketika memandikannya, kami berusaha untuk meluruskan wajah dan lehernya ke arah yang normal atau menghadapkannya ke arah kanan, namun tak seorang pun yang dapat menggerakkannya karena lehernya sudah terlanjur kaku.

Setelah selesai memandikan dan mengkafankannya, aku dan tiga orang yang kekar mengusungnya lalu meletakkannya di keranda untuk di bawa ke masjid yang berjarak sekitar 100 m. Beban jenazah yang sangat berat membuat tanganku seakan-akan terputus-putus dan punggungku terasa sakit. Aku memuji Allah ketika kami berhasil membawanya ke tempat tujuan yaitu masjid. Ketika kami sampai, pada saat itu juga imam menyelesaikan shalat Ashar kemudian menshalatkan mayat tersebut. sementara aku tidak sanggup melaksanakan shalat karena bayangan yang menakutkan yang aku lihat tadi masih terbayang. Aku bertanya dengan salah seorang temannya tentang kabar si mayat.

Mereka mengatakan bahwa ia adalah seorang dokter dan usianya sudah mendekati 50 tahun. Lalu aku bertanya kepada mereka tentang bagaimana dia meninggal? Mereka menjawab, "Kemarin malam ketika berada di kamar mandi, tiba-tiba ia mendapat serangan jantung sehingga terjatuh dan tewas seketika. Semoga Allah menganugerahkannya Husnul Khatimah.

Aku tidak bertanya banyak tentang bagaimana shalatnya dan lain-lain karena khawatir nanti terlontar dariku ucapan yang membuka aibnya. Aku kembali ke rumahku dengan bayangan yang aku lihat. Keringatku bercucuran dan ada ganjalan di hatiku kala melihat kondisi lelaki tersebut.

Pemandangan seperti ini menjadikan aku untuk senantiasa introspeksi diri dan aku berharap kepada mereka yang membaca kisah ini juga berusaha kembali untuk introspeksi diri dan taubat kepada Allah dengan menjauhkan segala kemaksiatan karena ini merupakan penyebab Su'ul Khatimah. Boleh jadi anda mati dalam berbuat maksiat sehingga menjadi anda orang yang merugi di dunia dan di akhirat.

Aku bermohon kepada Allah agar menganugerahkan Husnul Khatimah kepadaku dan kepada kalian semua dan meraih surga serta selamat dari neraka.



(SUMBER: Serial Kisah Teladan oleh Muhammad bin Shalih al-Qahthani dengan sedikit perubahan, Penerbit DARUL HAQ, Telp.021-4701616)

Ahad, 11 November 2012

SERAMM!! Gambar Hantu Berjaya Di Rakam!!


Imej lembaga berwajah putih dengan mata kemerahan dipercayai hantu berjaya dirakam seorang pembantu gerai, yang mendakwa melihat lembaga itu di sebuah gerai makan belakang Pasar Chukai, malam kelmarin.

Mohd Hishamuddin Mazidi, 16, berkata, walau tergamam melihat lembaga misteri itu, tapi dia sempat mengeluarkan telefon bimbit lalu merakam gambar lembaga berambut panjang itu kirakira jam 11.30 malam.

“Lembaga itu berada di dalam gerai di belakang pekerja kedai yang sedang duduk membelakanginya. Bila imej dirakam, dapat dilihat wajah lembaga itu tetapi gambarnya tidak terlalu jelas.

Namun bila diamati akan dapat dilihat wajah hantu tersebut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu, seorang peniaga, Faridah Puteh, 46, mendakwa, kemunculan lembaga itu berkemungkinan ada kaitan dengan penyakit misteri yang dialami anaknya yang bekerja sebagai tukang masak di gerai berkenaan tempat dirakam imej hantu.

Katanya, anak ketiganya, Mohd Suhaimi Khairul Samri, 27, yang masih bujang mengalami masalah buang air kecil berdarah, sejak Jumaat lalu.

“Darah yang keluar seperti darah beku dan kehitamhitaman.

Terkejut dengan keadaan itu saya membawanya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Chukai sebelum pergi mendapatkan rawatan di sebuah hospital pakar di Kuantan, Pahang pula.

“Namun, hasil pemeriksaan menyeluruh yang dilakukan, doktor yang merawat anak saya beritahu dia tidak mengalami sebarang penyakit.

Yang peliknya anak saya tidak mengalami sakit ketika membuang air kecil tetapi darah hitam yang keluar dan bukan air kencing biasa,” katanya.

Susulan itu dakwanya, badan anaknya kini semakin susut dan hanya memakan ubat hospital dengan harapan penyakit misteri itu sembuh.

Sehubungan itu, Faridah memohon mana-mana pihak terutama pengamal perubatan Islam tampil membantu dengan menghubunginya menerusi talian 012-9845772 agar penyakit misteri anaknya itu dapat diubati.


SINAR ONLINE

Sabtu, 27 Oktober 2012

GILA!! 10 Tahun Simpan Mayat Isteri Dalam Peti Air!


TOKYO: Seorang lelaki berusia 80 tahun semalam disoal siasat di Jepun kerana disyaki mencekik isterinya dan menyimpan mayat mangsa dalam peti sejuk hingga 10 tahun, lapor media dan polis.

Masaichi Yamada yang mempunyai syarikat memproses ikan ditahan di pelabuhan Kushiro di utara negara itu awal pagi kelmarin apabila mayat mangsa yang beku dan masih berpakaian ditemui.

“Suspek mencekik mangsa dengan objek seperti tali di kediaman mereka dan membiarkan mayat mangsa dalam peti sejuk di tempat kerjanya,” kata jurucakap polis Hokkaido kepada media melalui telefon. Tidak diketahui bila pembunuhan itu berlaku, kata polis sambil menambah mangsa mungkin berusia 71 tahun jika dia masih hidup hari ini.

Yamada dilaporkan mengaku kepada polis bahawa dia membunuh isterinya ketika bertengkar di kediaman mereka “antara 2002 dan 2006” dan membawa mayat mangsa dengan kereta ke kilang. Polis melakukan pemeriksaan di kilang itu selepas abang wanita itu berkata, dia tidak dapat menghubungi adiknya selama beberapa tahun. - AFP

Isnin, 8 Oktober 2012

TUDIAA!! Ngeri!! Ratusan Cacing Di Buang Dari Perut Budak 3 Tahun!!


Ngerinyaa.. tu bukan pasta atau speghetti, tapi tu ialah cacing yang dibuang dari perut budak berumur 3 tahun. Pehh.. nak muntah tengok video ni. Itulah akibat kalau tak jaga makan, dan selalu makan makanan yang tidak bersih.

Jaga-jagalah anak anda ya!!

McTheory:
Hampeh punya Keris7Lok.. Mc tengah makan megi dia bagi video ni!! kejamm!!

Ahad, 7 Oktober 2012

GEMPAR!! Gambar Hantu Tanpa Kepala Dalam Masjid!!


Gambar hantu tanpa kepala yang diambil di sebuah masjid ini bukanlah gambar hasil dari kerja fotoshop atau diedit tetapi ianya memang asli.

Jadi tak payahlah kata gambar hantu tanpa kepala ni pemipu. Inilah fenomina misteri yang berlaku bukan sahaja di sebuah masjid, tetapi telah berlaku hampir seluruh masjid di seluruh Malaysia.

Yang peliknya lagi, kejadian hantu tanpa kepala hanya boleh dilihat pada hari jumaat. Umat islam berjantina lelaki mesti sangat biasa dengan kejadian manusia tanpa kepala ini tetapi tidak kepada kaum wanita.

Nak tengok? Jom lihat gambar hantu tanpa kepala di bawah ini.


Ini merupakan satu kejadian yang selalu berlaku di masjid-masjid ketika khatib sedang membaca khutbah Jumaat.

Sepatutnya jemaah kena dengar dengan mata yang celik dan hati yang terbuka, tetapi ini jadinya. Salah siapa agaknya? Jangan lah kita menuding jari, bersama lah kita berusaha, dari pihak masjid dan juga jemaah solat Jumaat supaya kejadian atau fenomena manusia tanpa kepala ini dapat dihindarkan di masa hadapan. Amin

Sumber SINI

McTheory:
Hantu tanpa kepala tu, maksudnya orang yang tidur semasa khutbah Jumaat!!

Sabtu, 6 Oktober 2012

MISTERI!! Batu Nisan 'Bernyawa'?


misteri+batu+nisan

KUALA LIPIS: Misteri batu nisan sebuah kubur dipercayai berusia lebih 300 tahun yang seakan ‘bernyawa’ apabila semakin tinggi hingga mencecah hampir satu meter menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk Kampung Dusun di sini.

Kubur lama itu menempatkan cucu kepada seorang mualaf yang juga kapitan Cina dikenali sebagai Loo Soon yang membuka kampung berkenaan dan lelaki itu datang ke Kampung Dusun untuk mencari emas.

Loo Soon atau nama Islamnya, Bedu Ahmad atau Tok Dusun kemudian berkahwin dengan wanita tempatan dan memperoleh empat anak. Seorang daripadanya dipanggil Tok Muda.

Penduduk kampung terbabit mendakwa, kubur mempunyai batu nisan bernyawa itu milik Karim Muda iaitu cucu kepada Tok Dusun yang juga individu bertanggungjawab membuka perkampungan berkenaan.

Bekas Penghulu Kampung Dusun, Ahmad Nazri Abdul Rani, 73, berkata, keanehan batu nisan berkenaan membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya apakah fenomena sebenar di sebalik kejadian itu.

Katanya, batu sungai yang dijadikan nisan itu pada mulanya tidaklah setinggi dilihat kini dan perkara itu amat menghairankan penduduk.

“Kami percaya batu nisan itu hidup kerana di sini ada lagi beberapa kubur dipercayai daripada keturunan Tok Dusun yang diletakkan batu jenis sama untuk dijadikan nisan tetapi tidak pula meninggi.

“Sehingga kini, penduduk kampung berusaha mengesan identiti sebenar kubur lain yang dipercayai daripada keluarga Tok Dusun untuk mencari salasilah individu dikatakan bertanggungjawab membuka kampung yang turut dinamakan sempena namanya itu,” katanya ketika ditemui.

Sambil menunjukkan ketinggian sebenar batu nisan itu, Ahmad Nazri yang juga ‘orang lama’ di kampung berkenaan berkata, dia percaya kejadian pelik itu bukti hikmah dan kekuasaan Allah.

“Kita janganlah memikirkan yang bukan-bukan kerana apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya.

“Sebagai hambaNya, kita mesti percaya pada apa yang berlaku dan jangan sekali-kali melakukan perbuatan menyalahi agama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Dusun, Ibrahim Aziz, 58, berkata, disebabkan keganjilan yang berlaku itu, penduduk kampung kini berusaha menjaga kawasan tanah perkuburan berkenaan kerana khuatir kemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab berbuat syirik di kubur itu.

Katanya, mereka tidak mahu sesuatu perkara khurafat yang menyalahi agama dilakukan di kawasan tanah perkuburan berkenaan apatah lagi di ‘kubur bernyawa’ itu.

“Kita sedia maklum benda pelik begini mudah dijadikan pihak cetek agama sebagai tempat melakukan perkara syirik seperti pemujaan nombor ekor dan sebagainya.

“Justeru penduduk kampung berusaha menjaganya supaya bebas daripada gangguan pihak tidak bertanggungjawab itu,” katanya.

Ibrahim berkata, sehingga kini penduduk kampung masih tidak melihat sesuatu kejadian pelik berlaku di sekitar kubur berkenaan.

“Jika boleh, saya minta pihak berkenaan datang menjalankan kajian di sini untuk mengenal pasti identiti sebenar beberapa lagi kubur lain,” katanya.sumber


Sabtu, 22 September 2012

SERAMM!! Gambar Hantu Penangal Berjaya Di Tangkap!!




Gambar hantu terkini ini dikirimkan oleh seorang pembaca. Menurut pengirim gambar hantu penanggal ini tersebar di laman sosial Facebook dan disertakan dengan teks berikut:

Astaghfirullah hal azim, masih ada lagi manusia yang menggamalkan syirik kepada Allah swt.Makhluk Penanggal ini berjaya ditangkap oleh penduduk di Kuala Kangsar, Perak.

Gambar hantu penanggal ini menyerupai ciri-ciri hantu yang dikatakan sebagai 'Hantu Penanggal' dengan isi dalam perut yang kelihatan, paru-paru dan tali perut jelas dapat dilihat dalam gambar ini.


Sumber gambarhantu.blogspot.com

Kat bawah ni pulak video hantu penanggal yang berjaya ditangkap..





Apa pendapat anda semua ??

Ahad, 16 September 2012

SERAMM!! Video Lelaki di Rasuk di Pasaraya!!


Taktau la nak kata benda ni palsu ke betul. Masing-masing ada pendapat tersendiri, soo.. fikirkanlahh..

Rabu, 12 September 2012

GEMPAR!! Bayang Langsuir Jelas Dalam Gambar!!



Menggemparkan penduduk di sebuah kampung yang terletak Mukim pulai. (Belakang kompleks sukan Batu 42) dari Lenser kamera wartawan sinar, semasa menjalankan tugas untuk melaporkan berita mengenai masaalah yang di hadapi oleh penduduk Kampung tersebut.

Menurut beliau lagi, dia yang mendapat panggilan dari JKKKP kampung tersebut merakamkan gambar mengenai masalah parit tersumbat ketika waktu mahgrib.

Baca selanjut kat blog di bawah:-