Memaparkan catatan dengan label isu kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu kedah. Papar semua catatan
Sabtu, 27 Julai 2013
INFO! Kerajaan Kedah Akan Selamatkan KUIN! - @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur
Kerajaan Kedah akan mengambil pendekatan terbaik untuk menyelamatkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang menghadapi kemelut kewangan daripada dijual, kata Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Katanya pendekatan itu bukan sekadar menyelamatkan Kuin malah bagi memastikan kebajikan semua warga Kuin mendapat pembelaan sewajarnya.
"Kerajaan negeri sedang melihat pilihan-pilihan yang ada supaya Kuin dapat diselamatkan, infrastruktur dan secara fizikal keseluruhannya," kata Mukhriz kepada pemberita selepas merasmikan program Bubur Lambuk anjuran Telekom Malaysia (TM) di sini, Khamis.
Menurutnya apapun pendekatannya, ia tetap mengutamakan kepentingan mahasiswa iaitu mereka dapat mengikuti pengajian dengan sempurna.
"Kita akan pastikan kepentingan mahasiswa terbela dan ijazah yang diterima laku di pasaran," kata Mukhriz yang menambah ramai mahasiswa dan staf Kolej Universiti itu mengadu menghadapi masalah tempat tinggal.
Beliau berkata walaupun kerajaan membelanjakan RM330 juta bagi membina Kuin masalah kemudahan seperti rumah dan masjid masih gagal dibangunkan.
Katanya masalah itu memberi kesan secara langsung ke atas mahasiswa selain Kuin sendiri gagal berfungsi dengan sempurna sebagai universiti milik kerajaan negeri.
Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata sejak Kedah mewartakan fatwa anti-Syiah pada 18 Julai lepas, kerajaan negeri menerima tindak-balas cukup baik daripada rakyat Kedah termasuk ahli-ahli pondok-pondok agama yang bersetuju dengan tindakan itu.
Mereka juga berpendapat tindakan itu tepat bagi membanteras penularan fahaman Syiah yang memberi kesan negatif termasuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam, katanya.
Katanya kerajaan negeri akan terus memberi penerangan agar rakyat tidak terkeliru perbezaan fahaman Syiah dan Ahli Sunnah Waljamaah.
Mukhriz berkata fatwa anti-Syiah sebenarnya telah diwartakan di Dewan Undangan Negeri Kedah pada 1998 selepas dua tahun ia diwartakan di peringkat kebangsaan tetapi tiada tindakan jelas dikenakan kepada orang yang menyebarkannya. - BERNAMA
Jumaat, 26 Julai 2013
PANASS!! Peniaga Pekan Rabu Bakal Gulung Tikar, Datuk Bandar Alor Setar Tolong Prihatin Sikit!! #KedahAmanMakmur
Mc tertarik untuk mengulas isu yang dibawa oleh blog JKKKKP. Isu yang beliau bawa ialah isu mengenai nasib peniaga Pekan Rabu. Apakah MBAS tidak mengkaji dulu kesan yang akan diterima oleh peniaga Pekan Rabu jika mereka memenuhi parking dengan peniaga?
Tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar mengeluarkan lesen kepada peniaga-peniaga Melayu bagi sama-sama menjual barangan keperluan umat Islam sempena Aidilfitri adalah sesuatu yang dipuji tetapi tindakan membina gerai-gerai sementara sehingga ke tempat meletak kenderaan telah menimbulkan masalah untuk pelanggan meletakkan kenderaan mereka.
Pelanggan yang meletakkan kenderaan atau berhenti berhampiran dengan Pekan Rabu pula akan dikenakan tindakan saman. Hal ini telah menyebabkan bilangan pengunjung Pekan Rabu semakin berkurang.
Bilangan gerai-gerai sementara yang terlalu banyak disekeliling Pekan Rabu juga secara tidak langsung telah mengurangkan pelanggan yang masuk ke kompleks Pekan Rabu. Ada peniaga yang langsung tidak menerima pelanggan sehari suntuk. Peniaga Kompleks Pekan Rabu kini berada dalam keadaan yang amat tertekan sementara Aidilfitri pula semakin hampir.
Justeru, peniaga-peniaga Kompleks Pekan Rabu amatlah berharap pihak MBAS dapat berbuat sesuatu bagi menangani permasalahan meletakkan kenderaan dan jumlah gerai-gerai sementara di sekeliling kompleks Pekan Rabu dengan segera. Janganlah kerana ingin mengambil kesempatan untuk meningkatkan pendapatan MBAS, peniaga Kompleks Pekan Rabu pula menderita dalam sambutan Aidilfitri ini.
Biarlah sempena Aidilfitri ini, semua peniaga Kompleks Pekan Rabu, peniaga-peniaga bazar di sekeliling Kompleks Pekan Rabu dan MBAS sendiri saling berkongsi limpahan nikmat Ramadhan dan Aidilfitri.
McTheory:
MBAS punya tindakan makin lama, makin pelik..
Ahad, 23 Jun 2013
PANASS!! Tak Bayar Air, Kerajaan Kedah Nak Tawan Semula Pulau Pinang?! #HanyaDiKedah
Memang patut pun Kerajaan Kedah terus desak Kerajaan Pulau Pinang agar membincangkan isu penjualan air mentah yang disedut bejuta juta gelen setiap hari oleh Kerajaan Pulau Pinang..
Sebelum ini Guan Eng mendakwa kerajaan Pulau Pinang tidak perlu membayar caj air kepada kerajaan Kedah kerana air Sungai Muda yang mengalir itu adalah hak milik mereka juga..
Namun harus diingat, Kerajaan Kedah terpaksa belanja berjuta juta setiap tahun untuk memastikan air yang mengalir dari hulu Sungai Muda hingga ke hilir itu bersih.. Sudahlah sebarang aktiviti di hulu tak dapat di jalankan semata mata untuk memastikan air mentah sentiasa bersih..
Kerajaan Pulau Pinang tanpa perlu berbelanja 1 sen pun untuk menjaga kualiti air memandangkan sumber air yang mengalir di Sungai Muda terletak di negeri Kedah.. Sepatutnya Guan Eng harus bertanggungjawab untuk membantu Kedah dengan membayar setiap liter air mentah yang disedut dari negeri ini.
Pulau Pinang satu negeri yang mendapat faedah cukup banyak untuk membangunkan sebuah negeri industri dengan menggunakan air dari Kedah yang disedut percuma.. Sepatutnya Pulau Pinang perlu membalas dan menghargai sumber berkenaan dan bukannya menuduh kerajaan Kedah mempolitikkan isu..
Ini bukan soal politik, atau nak mempolitikkan isu air tapi ini satu adalah satu tanggungjawab yang perlu diberikan oleh Pulau Pinang kepada Kedah. Kalau Kerajaan Kedah nak politikkan isu air ini dah lama boleh buat.. Lencongkan saja air yang mengalir tu masuk ke dalam sempadan Kedah..Habis cerita..
Sebelum ini Datuk Mukhriz Mahathir pernah berkata, Pulau Pinang pernah menulis surat kepada Kedah untuk meminta dilepaskan air dari empangan di Kedah ke Sungai Muda untuk meningkatkan bekalan air yang semakin berkurangan disebabkan kemarau pada suatu ketika dulu.
Ini menunjukkan surat itu adalah bukti pengakuan bahawa bekalan air itu sememangnya berpengkalan di Kedah.
Dari konteks sejarah pula, Kedah masih lagi mempunyai hak keatas Pulau Pinang dimana sehingga sekarang kerajaan Pusat masih membayar ufti kepada Sultan Kedah seperti yang termaktub dalam perjanjian Sultan Kedah dan British pada 1786.. Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian 1786..
Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak. Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan..
Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah waktu tu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.
Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.
Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.
Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan.
Sumber Medan Tempur
McTheory:
Kita mintak dua-dua sekali laa..
Langgan:
Ulasan (Atom)



