Memaparkan catatan dengan label kamera aes jpj. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kamera aes jpj. Papar semua catatan
Ahad, 2 Jun 2013
PANASS!! Apa Masalahnya Kalau Kedah Laksanakan AES? #HanyaDiKedah
Bila exco terlampau pandai si Tajul Urus membuat kenyataan bahawa Automated Enforcement System (AES) akan dilaksanakan di Kedah. Maka berduyun-duyunlah puak pembangkang berterima kasih kepada rakyat Kedah kena Kerajaan BN Kedah menghadiahkan AES.
Walaupun tahniah yang disampaikan tu cara perli, tapi namun pada hakikat yang sebenar, perlaksanaan AES itu penting dan perlu untuk mencegah kemalangan dan jenayah jalanraya. Kita jangan fikir ia satu hukuman, kita anggap dia sebagai alat keselamatan umpama lampu isyarat. Kenapa kita perlu lampu isyarat? Sebab nak selaraskan traffik. Sama juga macam AES, untuk mencegah pemandu dari memandu terlalu laju.
Kebanyakan orang takut dengan saman yang dikeluarkan AES. Kenapa takut kena saman kalau kita tidak lakukan? Contohnya macam ni, Kerajaan Malaysia laksanakan undang-undang keras kalau melakukan hubungan seks luar tabie, kenapa kita takut pada undang-undang luar tabie kalau kita tidak pernah terfikir nak main 'belakang'? heh..
Patutnya orang yang selalu 'main' belakang atau melakukan hubungan sejenis yang akan takut pada undang-undang itu betul? Jangan takut kalau kita tak buat salah. Macam tu juga dengan AES, buat apa nak takut kalau kita tak langgar undang-undang dan pandu terlalu laju?
Kamera AES bukan hanya untuk tangkap orang bawa laju, ia boleh digunakan untuk memantau pergerakan traffik, boleh digunakan untuk mencegah jenayah jalanraya, boleh memantau jika berlakunya kemalangan dan beberapa fungsi penting lagi.
Sepatutnya kita rasa lebih selamat dengan adanya AES, bukan rasa tersepit. Biar penjenayah yang rasa takut, bukannya kita rakyat marhein ni. Cuma kalau nak pacak AES tu biar la di tempat yang strategik, jangan main pacak ikut suka saja. Buat kajian habis-habis dahulu.
Ada orang kata pacak AES sepanjang jalan pun, kalau nak eksiden, tetap eksiden. Betul, ajal maut tu di tangan tuhan, tapi Allah juga mahu kita berusaha untuk mencegah. Kita manusia hanya mampu untuk merancang, Allah yang menentukan.
Dari biar dan berserah ramai rakyat Kedah mati katak dijalanraya, baik kita cuba untuk mencegah, tak salahkan? Sekali lagi Mc nak ulang, AES ni untuk orang yang buat salah saja, kalau tak buat salah, buat apa nak takut?
Mc bukan menyokong, ini hanya pendapat peribadi saja. Bila difikir-fikirkan, lebih banyak kebaikan dari keburukan. Betul?
McTheory:
Tolong komen wahai sahabat ku sekelian..
Rabu, 19 Disember 2012
PANASS!! AES Di Bekukan Oleh Peguam Negara??
Mc taktau ini berita baik atau buruk. Bagi sesetengah orang, ianya baik, tapi bagi Mc bila AES dibekukan, ia petanda buruk.
Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan semua prosiding mahkamah berkaitan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dibekukan untuk mengkaji isu perudangan yang dibangkitkan.
Kenyataan yang dikeluarkan AGC hari ini selepas rungutan pelbagai pihak terhadap AES yang sudah mengeluarkan hampir 300,000 saman sejak ia dimulakan pada 23 September lalu.
“Semua prosiding berkaitan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diarah ditangguhkan sementara sehingga beberapa isu bersifat undang-undang dan teknikal diselesaikan.
” Kenyataan itu turut menyebut saman AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah, bagaimanapun pihaknya mengambil berat beberapa perkara undang-undang dan teknikal yang ditimbulkan berikutan pelaksanaan saman tersebut.
“Keputusan akan dibuat dalam beberapa hari berhubung isu di atas,” kata AGC melalui satu kenyataan hari ini.
“Berikutan empat saman AES yang digugurkan kerana tidak cukup bukti, AGC akan mengkajinya semula dan akan mendaftarkannya jika mahukan pendakwaan,” tambahnya.
Putrajaya dikatakan akan membekukan kamera AES untuk mengelakkan saman berganda dengan sistem saman polis yang boleh menambahkan kesusahan kepada pengguna jalan raya.
AES ni memang membebankan, tapi ia juga merupakan langkah keselamatan yang dibuat untuk mencegah kemalangan. Apa sangat la wang jika nak dibandingkan dengan nyawa?
McTheory:
Apa langkah seterusnya ni?
Khamis, 13 Disember 2012
TUDIAA!! Patut la Zuraida Mak Lampir Takut Dengan AES!! Banyaknya Saman!!
Nah! Patutlah Selangor tak mahu AES terus. Macam PEMUDA UMNO kami mahu kajian semula dan diletakkan di tempat yang sepatutnya. Ini soal keselamatan jalanraya. Berbeza dengan Pakatan yang tak ada stand. Mereka cuma tahu membangkang sahaja.
Dan ini salah satu sebab kot mengapa mereka tak mahu AES. MP Ampang ini rupanya ada banyak saman kelajuan. Kalau AES ada maka dia akan kena saman banyak. Amboi! Nampak tak mengapa mereka tolak AES?
Ini adalah kerana mereka pesalah jalanraya. Berapa banyak saman Zuraida pasal kelajuan?
Pendedahan ni Mc ambil kat blog Keris7Lok. Banyak gila dia kena saman. Patut la mati-mati menentang AES, rupanya disebabkan perkara ni.
Rasanya bukan mak lampir sorang saja yang buat macam ni, hampir semua YB Pakatan haram pun melakukan perbuatan yang sama. Sebab tu mati-mati mereka menentang AES ni.
McTheory:
Terukk la perangai masing-masing
Selasa, 6 November 2012
PANASS!! YB PKR Buat Lawak Bangang Salahkan Hantu Kamera AES!!
![]() |
| YB bebal |
ADUN Teja, YB Chang Lih Kang seperti yang dilaporkan oleh akhbar harian Cina, berkata bahawa beliau tidak akan membayar 2 saman AES yang diterimanya kerana memandu laju di Kuala Kangsar dan Subang Jaya. Chang telah mengesahkan mengenai saman-saman berkenaan, seperti yang disemak oleh Pembantu Peribadinya melalui laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Itu cerita ADUN berkenaan di dalam akhbar Cina. Malang sekali ADUN Teja berkenaan merekacipta cerita dongeng seolah-olah mahu memburuk-burukkan Kerajaan melalui perlaksanaan AES. Pembohongan beliau sudah dibongkar. Menurut Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan MCA Perak, Datuk Tan Chin Ming, sebenarnya terdapat 7 saman atas nama ADUN Teja berkenaan dan ketujuh-tujuh saman berkenaan telah diperolehi sebelum perlaksanaan AES.
Apa yang lebih membuatkan cerita ADUN Teja ini sebagai komedi, mana ada AES dipasang di Subang Jaya. Bukankah Kerajaan PR Selangor menangguhkan perlaksanaan AES. Itupun boleh tersilap fakta ka?
Sebagai seorang pengubal undang-undang, amat malang bagi pengundi-pengundi di Teja mempunyai Wakil Rakyat yang melanggar undang-undang dan keras kepala untuk membayar samannya. Bukan satu dan bukan dua, malah TUJUH saman atas nama ADUN berkenaan. Inikah sikap Wakil Rakyat yang kita mahukan?
Sudah lupakah kita bagaimana seorang Wakil Rakyat Selangor, ADUN Sekinchan yang melanggar seorang pelajar UiTM, Mohd Bakri sehingga cedera parah dan terlantar di ICU, Hospital Sultanah Aminah, Klang. Ini gara-gara ADUN berkenaan memandu dengan laju, terbabas, melanggar pembahagi jalan dan hilang kawalan sehingga mengakibatkan pelajar berkenaan yang tidak bersalah menjadi mangsa.
Sambung baca Kat SINI
Adeh.. Mc salah seorang blogger yang meminta kerajaan menangguhkan perlaksanaan AES. Tapi bila Mc baca cerita macam ni, Mc rasa nak ketuk YB Teja ni dengan tiang kamera AES. Bodoh teramat! Ni la pembangkang, buat kerja tak pakai otak! Tipikal membangkang mengunakan kepala lutut!
Dah kena saman bayar saja la, nak salahkan AES? AES pun tak wujud kat Selangor, apa punya bangang la si YB Teja ni. ha ha ha..
Kesian pengundi Teja ada YB bebal macam ni.. sedihnya..
McTheory:
Nak bangkang boleh, jangan jadi bangang!
Sabtu, 3 November 2012
PANASS!! Menteri #AES Ni Tak Nak Menang PRU 13 ke?!!
Ni antara menteri-menteri yang taknak menang pada PRU 13 ni. Menteri yang rasa hebat nak mampuih sampai taknak dengar cakap orang. Dia kat atas sedap bercakap, kita kat bawah ni jenuh tepis la bab AES ni.
Patutnya pertimbangkanlah rayuan rakyat dan akar umbi ni. Malah Pemuda UMNO juga mengusulkan cadangan supaya AES ditangguh dan di kaji semula. Namun ego menteri pengangkutan ni tebal sangat, sampai tak boleh nak tarik handbrake.
Mc tak rasa menteri ni boleh menang pada PRU ke 13 nanti. Atau di angkat semula jadi menteri. he he.. maaf la pada semua upahan pejuang AES, teguran Mc ni ikhlas, datang dari suara rakyat marhaen.
AES memang bagus, tapi masih banyak kelemahan. Perlaksanaan pun tak kena waktu, memang gagal habis! Orang yang mencadangkan AES dan membuat AES ni sebenarnya nak bunuh kerajaan BN. Mungkin dia trojan horse dalam kerajaan persekutuan yang kita cari-cari selama ini.
McTheory:
rakyat di dahulukan.. dah lupa ke?
Khamis, 1 November 2012
PANASS!! Pemuda UMNO Desak Kerajaan Tangguh Perlaksanaan #AES !!
Syabas Pemuda UMNO kerana berani berkata benar dan mendengar suara akar umbi bagi mendesak kerajaan menangguhkan perlaksanaan AES dan mengkaji semula sistem berkenaan.
KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO hari ini menuntut dan mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan mengkaji semula pelaksanaan sistem berkenaan kerana terdapat banyak rungutan dan persoalan mengenai sistem tersebut.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata terdapat banyak pandangan serta maklum balas daripada akar umbi mengenai sistem berkenaan dan pergerakan itu berharap mesyuarat kabinet pada minggu ini dapat membincangkan dan membuat keputusan berdasarkan desakan pergerakan itu.
Menurut beliau pihaknya telah membincangkan perkara berkenaan secara pro dan kontra dan kesimpulannya pergerakan itu mendapati terdapat banyak kelemahan yang ada pada sistem AES itu.
“Banyak rungutan mengenai lokasi kamera berkenaan…. Ada pandangan orang awam yang katakan lokasi itu tidak mencerminkan kebarangkalian berlakunya kemalangan. Banyak rungutan kawasan tersebut bukanlah kawasan yang dianggap tidak selamat atau bukan kawasan hitam.
“Keduanya ada tempat yang mana kamera diletakkan had lajunya tidak praktikal.. had laju rendah untuk diletakkan kamera dan banyak kenderaan yang melepasi had laju tersebut tanpa timbulkan masalah keselamatan. Ketiganya jarak kamera terlalu dekat dengan kawasan tertentu yang mana kawasan itu mudah untuk melepasi had laju.
“Kesimpulannya kami dapati bahawa ada banyak kelemahan pada sistem AES ini dan bukan kami tidak setuju kerana pada dasarnya sistem automatik adalah sistem yang baik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeruskan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.
Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) seterusnya menambah sekiranya sistem berkenaan hendak dilaksanakan selepas ini, kerajaan perlulah mengkaji beberapa aspek seperti lokasi, had laju dan mengadakan pendidikan umum.
“Bukan kita tidak sokong AES ini untuk jalan raya menjadi lebih selamat dan kami memahami bahawa ini tidak menghalalkan mereka yang melanggar undang-undang tidak dibawa pengadilan….AES menimbulkan banyak masalah.
“Jadi Pemuda desak kerajaan tangguhkan pelaksanaan AES dan kami harap mesyuarat jemaah menteri pada minggu ini dapat membincangkan perkara ini dan membuat keputusan atas permintaan dan desakan kami,” katanya.
Dalam pada itu Khairy turut memberitahu Pemuda UMNO dan Pemuda BN akan berperanan
sebagai pemduah cara dalam usaha membantu proses pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Kita buat perkara ini atas semangat kesukarelaan sendiri dan tidak diminta oleh mana-mana pihak. Cuma kami dapati bahawa pengedaran BR1M kepada penerima baru terutama golongan bujang yang tidak tersenarai dalam BR1M pertama perlu kita permudahkan proses dan membantu mereka.
“Saya dah minta setiap bahagian edar borang dan skuad utusan pemuda pergi ke kawasan kilang-kilang, kawasan orang orang muda dan sasaran kita adalah 2,000 setiap bahagian. Kita akan pergi ke kawasan yang ramai orang muda untuk edarkan borang dan sekiranya perlu akan kutip dan hantar borang BR1M 2.0 ke LHDN.
“Walaupun borang ini mudah dimuat turun menerusi internet, boleh diisi secara elektronik tetapi contohnya ramai pekerja kilang yang tidak sempat untuk isi secara elektronik dan kami akan hantar Skuad Utusan Pemuda untuk bawa borang berkenaan kepada mereka yang layak,” katanya.
sumber dari SINI
Isnin, 22 Oktober 2012
TUDIAA!! Kamera AES dah sembah Bumi!!
Gambar ni Mc ambil dari blog TM
Kamera AES ini tak akan menyembah bumi dengan sendirinya, ini adalah perbuatan biadap manusia yang tak berguna, yakin kamera ini dijatuhkan dengan menggunakan lori yang besar dengan sengaja, tak susah pun kalau nak buat, pandu lori dan geselkan bahagian badan kepada tiang kamera, pasti tumbang tiang tersebut. hatta tiang eleltrik jenis konkrit pun boleh tumbang angkara lori , ini lah tiang keluli yang kosong.
Hmm.. Apo Nak Di Kato Lagi?
Sabtu, 20 Oktober 2012
TUDIAA!! Video Kamera AES yang Berhantu!!
He he he.. memang lawak gila Kamera AES yang bergerak ni.. sapa punya idea la yang buat lawak macam ni.
Mc pernah keluarkan artikel kritik kamera AES. Mengkritik bukan bermakna membenci. Membangkang bukan bermakna kita ni pembangkang. Salah perlu di tegur, kalau tidak, ia akan menjadi lagi teruk.
HAA TUDIAA!! Bab Ni Mc Sokong Phahrolrazi!! Tahniah Kerajaan Negeri Kedah!
Buat pertama kalinya Mc setuju dengan si Phahrolrazi. Pendirian yang beliau buat kali ni bagus. Memang patut pun tangguhkan dulu AES tu. Tak kena masa langsung. Kerajaan Negeri Kedah, bijak mengunakan peluang ini untuk menjadi hero kepada rakyat Kedah.
Semua ni salah sapa? Tak mustahil negeri Pakatan lain akan turut mengunakan isu AES ini bagi mileage politik masing-masing.
Punya la penat dok jaga hati rakyat, bila tiba isu ni, ramai yang 'swing' nanti.
Baca petikan berita dibawah..
Kerajaan Negeri Kedah mengambil pendirian menggunakan kuasa negeri untuk menangguhkan sementara pelaksanaan Sistem Kamera Penguatkuasaan Automatik (AES) hingga taklimat dan kajian dibuat ke atas sistem itu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Kedah, Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi, keputusan itu dibuat setelah mendengar keluhan rakyat yang tertekan dengan pelaksanaan sistem AES oleh Kerajaan Pusat.
Phahrolrazi menegaskan, denda dan kaedah yang digunakan dalam sistem AES ini amat membebankan rakyat.
“Rakyat merungut, rakyat tertekan dengan sistem ini.Kita ambil pendirian sama dengan negeri Pakatan Rakyat yang lain untuk tangguh hingga penjelasan membabitkan agensi berkaitan dibuat, dan kajian dilaksanakan,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundor.
Malahan pula kata beliau, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih tidak meluluskan lagi penggunaan atau pemasangan AES di kawasan membabitkan hak PBT di sana.
Ditanya samada keputusan itu adalan keputusan bersama pimpinan kerajaan Negeri Kedah, beliau memaklumkan ianya telah dibincang di peringkat PAS Negeri dan makluman kepada Pesuruhjaya, Dato’ Seri Azizan Razak selaku Menteri Besar Kedah.
Komen:
Mc tahu, AES ni bagus untuk mendidik rakyat, namun bukan sekarang masa untuk laksanakannya. Lagi satu, masih banyak kajian terperinci yang perlu kita lakukan. Malas nak kata apa lagi, bila Mc tegur ada la individu yang kata Mc ni sokong pembangkang. Dari sokong pembangkang, baik Mc dok dalam hutan lari dari dunia sebenar. he he..
McTheory:
Kita tegur kerana sayang.. tegur membina, bukan memusnah..
Khamis, 11 Oktober 2012
PANASS!! Kamera AES JPJ Akan Jadi Punca Rakyat Bencikan Kerajaan Malaysia!!
Mc tak tahu nak mulakan cerita ni dari sudut mana. Nak rasa bangga atau rasa sedih dengan pencapaian JPJ yang berjaya dengan kamera barunya AES (kamera Automated Enforcement System). Canggih memang canggih, hebat memang hebat, hinggakan dalam masa dua hari 2900 saman dapat JPJ keluarkan. wow!!
Tapi apa untungnya kamera AES kepada rakyat Malaysia? Benarkah dengan menyediakan kamera saman had laju sebegitu, rakyat Malaysia akan memandu dengan lebih berhati-hati? Dengan adanya kamera canggih sebegini, peratusan kemalangan di negara kita akan kurang?
Mc percaya, pemandu di Malaysia ni tidak berminat untuk mengetahui apa kelebihan AES. Bagaimana ia berfungsi untuk menghantar gambar, bagaimana ia digunakan untuk saman pemandu yang langgar had laju dan bla bla bla bla.. Semuanya hanya menyakitkan hati.
Mc tak memandang perkara ini dari sudut mata kerajaan, tetapi Mc memandang perlaksanaan kamera AES ini sebagai salah satu perkara yang membebankan rakyat. Kalau dalam masa dua hari, kamera AES sudah menyakitkan hati 2900 orang rakyat Malaysia, dalam masa seminggu rasanya berapa puluh ribu orang yang akan menyumpah saranah, kamera baru AES JPJ yang canggih ni?
Cuba fikir pula dalam masa sebulan? Dua Bulan? Setahun? Berapa juta orang yang akan memaki JPJ dan kerajaan Persekutuan kerana membenarkan perlaksanaan kamera ini.
Apa yang Mc nampak, kesan kamera AES untuk mengurangkan kemalangan, belum lagi kelihatan, tetapi kesan kamera AES ni mengurangkan sokongan rakyat Malaysia kepada kerajaan Pusat, rasanya lebih jelas dari sepatutnya.
Entah siapa punya idea bodoh, diwaktu Datuk Seri Najib bertungkus lumus mengambil hati rakyat Malaysia dan menyakinkan bahawa kerajaan Malaysia sekarang berjiwa rakyat. Tiba-tiba muncul satu idea bodoh dari celah mana tah, yang boleh melingkupkan segala usaha Datuk Seri Najib.
Bukan idea Kamera AES ni tak bagus, tapi tak kena masa. Wrong time broo..
Mc minta, dengan segala kebijaksanaan Pengarah JPJ dan Menteri yang berkaitan, tolong fikirkan tentang kamera AES ini betul-betul. Jangan hanya pandang perkara ini dari sebelah sudut sahaja, kita perlu pertimbangkan perkara ni dalam segala sudut yang berkaitan. Jika perlu ditangguh perlaksanaannya, tangguhkan dulu. Tolong cari masa yang sesuai. Letih la bro nak menjawab
Pembangkang dah pandang perkara ini sebagai 'point' besar mereka untuk kempen PRU ke 13. Jika isu ini dimainkan, jenuh berbuih mulut kita nak jawab nanti.
Mc tahu Datuk Solah, tengah bangga dengan kamera barunya ni, tetapi Datuk Solah perlu fikirkan orang lain juga. Apa kesan kamera barunya ni pada kerajaan, pada rakyat Malaysia yang lain, pada orang sekeliling. Apakah tujuan sebenarnya dicapai, atau kamera AES ni hanya untuk menambah pendapatan JPJ sahaja?
Apa pun tujuannya, bagi Mc sebagai rakyat Malaysia, ia amat tidak relevan pada masa sekarang. Perlu difikirkan habis-habis, sebelum kita rugi kerana kesilapan kita sendiri.
McTheory:
Sapa punya idea gamaknya tu.. tak cerdik langsung!
Langgan:
Catatan (Atom)







