Memaparkan catatan dengan label ketua polis negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ketua polis negara. Papar semua catatan
Ahad, 13 Oktober 2013
HOT! Polis Jemput Peguam PKR Sertai Ops Cegah Jenayah!
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mempelawa Ahli Parlimen PKR, N Surendran untuk menyertai operasi polis berdepan dengan penjenayah.
Khalid membuat pelawaan tersebut melalui Twitter malam tadi.
Menurutnya, MP Padang Serai itu akan disediakan dengan perlindungan yang mencukupi dalam bentuk perisai badan sekiranya beliau menerima pelawaan tersebut.
Ketika dihubungi, Surendran yang juga naib presiden PKR memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak pasti sama ada ketua polis negara itu serius dalam membuat pelawaan tersebut.
Bagaimanapun, Surendran (kanan) berkata beliau tidak ragu-ragu untuk menerima pelawan tersebut.
"Jika beliau serius, maka saya bersedia untuk menerimanya," katanya sambil menambah bahawa beliau bersedia berdepan dengan risiko sepertimana yang dihadapi oleh anggota polis.
"Saya bersedia untuk melakukan ini demi kepentingan mewujudkan sistem keadilan jenayah yang lebih baik," katanya.
Surendran, seorang peguam yang menjadi ahli politik, lantang mengkritik pihak polis berkaitan dengan penggunaan kekerasan yang berlebihan.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau serius membuat pelawaan tersebut, Khalid memberitahu Malaysiakini: "Ya... kenapa tidak? Jika beliau (Surendran) mahu."
Dengan itu, tambah Khalid, Surendran boleh melihat sendiri apa yang anggotanya perlu berdepan dan risiko yang mereka hadapi untuk memastikan negara ini selamat.
Bagaimanapun, tawaran itu bergantung kepada kesediaan Surendran menandatangani perjanjian indemniti jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
McTheory:
Jemput sama Hadi Awang, boleh tengok dia bersilat.. ewahh..
Sabtu, 14 September 2013
PANASS!! Pemuda Ugut Bunuh Ketua Polis Negara ditahan atau dibebaskan?
Akibat dari ugutan tersebut,
Seorang peniaga jualan langsung, N. Murugan 33, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras berhubung kes ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, hari ini.
Lelaki berasal dari Negeri Sembilan dan menetap di Melaka itu tiba di IPD berkenaan pada pukul 9.30 pagi ini. - UM
Selepas menyerah diri disebabkan ugutan tersebut, Ketua Polis Negara membuat keputusan untuk membebaskan N. Murugan.
"Saya mengambil keputusan untuk membebaskan dia hari ini sebab saya rasa dia ini terpelajar tetapi dia ini mulut celupar," katanya pada sidang media hari ini.
Semalam, seorang peniaga jualan langsung dilaporkan direman selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras berhubung kes ugutan bunuh tersebut.
Dia didakwa mengeluarkan komen dalam Facebook di bawah nama Murugan Nagaretinam dengan menulis: "can anyone just hire gunman to shoot down this police or igp?" semasa memberi komen dalam laman sosial kawannya mengenai kejayaan polis menembak mati dua lelaki dipercayai anggota kongsi gelap Geng 36.
McTheory:
Kerana mulut, badan binasa..
Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!
Sabtu, 11 Mei 2013
FITNAH!! Sampai Ketua Polis Negara pun boleh kena fitnah? @PDRMsia
Untuk makluman, Tan Sri Ismail Omar memang akan mengakhiri tugasannya sebagai Ketua Polis Negara.
Bahkan laman web rasmi PDRM sendiri telah mengumumkan perbarisan perpisahan beliau pada Khamis ini (16 Mei) yang akan diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Malangnya, persaraan beliau telah dimanipulasikan pihak tidak bertanggungjawab kononnya beliau menerima desakan teruk untuk berbuat demikian.
Hakikatnya ialah Ismail akan menjalani persaraan wajib pada 17 Mei ini.
Ini disahkan sendiri oleh Penolong Ketua Urusetian KPN, ACP Ramli Yoosuf.
Bahkan Ramli juga menegaskan yang keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berada dalam keadaan aman dan tiada kekecohan atau huru-hara seperti yang digembar-gemburkan melalui media sosial.
Justeru, orang ramai diingatkan untuk tidak mengambil endah fitnah tersebut apatah lagi menjadi sebahagian daripada individu yang turut sama menyebar dan memanjangkan fitnah berkenaan.
Ini adalah satu perbuatan fitnah yang cukup jelik sedangkan Ismail telah menunjukkan kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi kepada PDRM dan negara sejak menyertai pasukan itu.
Semua pihak boleh nilai dan tengok sendiri bagaimana dalam usia yang agak lanjut itu, beliau masih lagi berada di barisan hadapan sewaktu pencerobohan Lahad Datu tempoh hari.
Justeru tidak ada sebab untuk BN, UMNO atau sesiapa saja untuk ‘memaksa’ beliau berundur.
BN dan UMNO juga tidak ada kuasa untuk berbuat demikian.
Untuk makluman, jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara merupakan jawatan khas di bawah Perkara 140 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan.
Cadangan lantikan ke jawatan ini tertakluk kepada perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.
Dilahirkan pada 17 Mei 1953 di Kulim, Kedah, Ismail telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 13 September 2010.
Beliau merupakan KPN yang ke sembilan menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang bersara pada 12 September tahun yang sama.
Beliau dikenali sebagai seorang pegawai kanan polis yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin di kalangan pegawai dan anggota bawahannya dan sangat berterus terang tentang strategi dan stail pengurusannya untuk mencapai matlamat.
Sesungguhnya percubaan untuk memperlekehkan sumbangan beliau adalah perbuatan yang cukup biadap dan tidak bertanggungjawab.
Kalaupun tidak bersetuju dengan beberapa tindakan beliau, itu bukan bermakna kita perlu MENGHALALKAN tohmahan yang seberat ini.
Diingatkan, individu yang terlibat dalam menyebarkan maklumat palsu dan berbaur hasutan ini boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Yang penting, sekurang-kurangnya beliau telah menunjukkan bukti kesetiaan dan pengorbanannya terhadap negaranya, kita sendiri bagaimana pula? – Mynewshub.my
McTheory:
Tangkap saja pemfitnah tuu..
Langgan:
Catatan (Atom)


