
Apa lagi nak dikata, hebat sungguh Kongres PKR kali ini. Lebih hebat dari tahun lepas semasa di Selangor. Ternyata sambutan penduduk setempat masih terpengaruh dengan Pakatan Rakyat. Kelantan merupakan tempat terkuat Pas. Cincang lumat pun UMNO masih sukar nak tawan Kelantan.
Pengaruh N.ajis nampaknya masih kuat, walaupun Anwar sudah kurang auranya, tetapi Kongres kali ni banyak bergantung kepada populariti Pas dan semangat yang masih subur kerana kemenangan Pakatan di Sibu tempohari. Hebat pada luaran saja, tapi isinya kosong, apa yang bincangkan oleh perwakilan dan pembahas umpama angan-angan dan harapan kosong.
Antara yang menarik ialah PKR Selangor dihentam teruk oleh para perwakilan, kerana kelemahan Khaid gagap menangani kes rasuah, sosial, salahguna kuasa dan birokrasi diantara kerajaan dan kontraktor yang lambat mendapat persetujuan.
Ketua AMK juga antara yang dibelasah teruk, kerana tidak pandai memimpin AMK dan tidak mempunyai visi untuk AMK pada masa hadapan. Isi yang lainnya Mc kurang berminat, kerana banyak perkara yang diulang tayang dan riuh rendah dengan mat dan minah jenin yang teringin nak jajah Putrajaya.
Anwar seperti biasa, Ketua Umum Pakatan Haram dan PKR, berjanji, berangan dan menghembus segala harapan pada ditonggong yang hadir supaya mereka lebih terbeliak dan membuka mulut dengan seluas yang mungkin. Paling best, janji pendedahan mengenai adun yang lompat, akhirnya jadi kenangan. Bukti tak pun didedahkan, yang tinggal hanya janji kosong.
Akhirnya Kongres yang kononnya hebat ini, hanya kosong. Hanya dipenuhi dengan janji dan tempikkan kosong orang-orang gila meroyan. Apabila ketua sindrom down si Anwar yang masih kepinggin kerusi empuk di Putrajaya dan masih berusaha bersama jenin-jeninnya.
MctHeory:
Masih ramai Melayu jenin PKR yang sindrom down!
