Sponsor

Memaparkan catatan dengan label leman raja lawak lembu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label leman raja lawak lembu. Papar semua catatan

Ahad, 22 Disember 2013

HOT! FlashMob Pemuda Pas Kedah Berjaya Dengan Teruk Sekali! #Kelakar #HanyaDiKedah



Petang semalam puak Pemuda Pas yang diketuai oleh Leman Raja Lawak telah membuat Flashmob 'Barang Naik' di traffic light Pekan Pendang. Mc diberitahu, flashmob yang depa buat tu memang dapat sambutan yang amat mengalakkan. Dikatakan hingga beribu rakyat Pendang turun menyertai mereka dan menyebabkan Pekan Pendang sesak teruk sejauh 20KM untuk masuk ke Pekan.

Kalau tak percaya tengok gambar kat bawah ni..

ramai der...

memang ramai..

sesak padat melekat..

Sebenarnya Mc agak kesian dengan budak-budak ni.. nak tolong photoshop bagi nampak ramai pun tak boleh, sebab memang takdak orang.

Tahniah laa Leman kerana berjaya membuat lawak ditengah jalan semalam. ha ha ha..


McTheory:
Leman memang pakar lawak.. lawak giloo..

Rabu, 27 Februari 2013

TUDIAA!! Leman Tak Lawak Nasihatkan Nabil dan Salleh Yaakub?


Lawak seh dengan Leman Raja Tak Lawak bakal calon Pas parlimen Padang Terap tu, merangkap Ayahanda Panglima tanpa pedang, sekali ketis, dah jatuh terlentang! he he.. Ada ka patut Leman nasihatkan Nabil dan Salleh Yaakub? Leman tu sapa? Kalau nak dibandingkan dengan Salleh dan Nabil? Jauh panggang dari api.

Leman nasihatkan Salleh dan Nabil supaya mengkaji dulu buku jingga sebelum buat lawak. Cehh.. ni Mc nak tanya hang Leman, hang ada baca buku dulu ka sebelum buat kat fitnah UMNO/BN?

Oit Leman, dalam setiap ceramah hang, segala percakapan yang keluar dari mulut hang tu, penuh dengan isi sampah! Langsung takdak isu dan hanya menyakitkan hati. Kerja hang buat lawak fitnah UMNO/BN, kutuk peribadi pemimpin.

Berbeza dengan video Nabil dan Salleh ni. Mereka ni tak 'khusus' kan pada sesiapa. Mereka hanya buat parody buku jingga. Tapi disebabkan lawak mereka tu sinikal yang tajam, maka cai-cai Pakatan termasuklah Leman ni terasa!

Mesej dari Leman Tak Lawak!

Saya minta sahabat sy saudara nabil raja lawak dan otai lawak negara saudara saleh yaakob,meneliti dan membaca dahulu isi buku jingga dan fakta jelas dlm pentadbiran negara sblum membuat satu lawak politik,kerana jika tiada isi dan fakta ,lawak yg anda lakukan itu hanyalah ibarat diperbodohkan oleh UMNO..

Saya tidak kisah anda ingin menyokong mana2 parti tp biar berfakta kerana anda berdua pelawak yg hebat dimalaysia.kita boleh merapu tapi jangan sampai merapu2 hingga menjadi najis dimasa akan datang.. Gunakanlah lawak anda untuk membina rakyat dlm negara..baca dulu fakta sblum membuat lawak untk rakyat malaysia. - Leman


McTheory:
Piirahh mampuih Leman, balik jual minyak urut batang hang tu lagi baguih la!

Rabu, 16 Januari 2013

PANASS!! Kisah Leman Lembu Skandal Dengan Janda dan Laporan Polis!!

Kaki betina Leman ni..

 Baru-baru ini telah tersebar kisah seorang janda yang telah di tipu oleh seorang peserta pertandingan Raja Lawak musim ke 5, si Leman Lembu. 

Mungkin Leman nak cover malunya tu, Leman telah membuat laporan polis. Skandal terbaru in dilihat bakal meleburkan harapannya menjadi calon Parlimen (PAS) bagi kawasan Padang Terap.

 Si Leman Lembu telah membuat laporan Polis di Balai Polis Gong Badak, Kuala Terangganu bagi menafikan apa yang di perkatakan dan akan mengambil tindakan menyaman janda terbabit.



Ada percanggahan dalam report polis Leman tu..

Dalam laporan yang di taip Si Leman Lembu, ternyata dia telah memutar belitkan cerita yang sebenar.


Leman menuduh laporan di akhbar itu fitnah, kerana kononnya dia tak pernah bercinta dengan janda terbabit. Namun kalau mengikut laporan yang sebenar, ia bukan tulis cinta, tetapi lebih kepada hubungan erat.

Bukankah hubungan erat tidak semestinya ianya merujuk kepada hubungan percintaan. Kawan baik juga boleh di katakan mempunyai hubungan erat.

Seterusnya dalam laporan Polis yang di taipnya sendiri tu, dia mengaku mempunyai hubungan dengan si janda berkenaan dan hubungan tersebut telah putus di sebabkan pergaduhan dan salah faham yang wujud diantara dia dan janda terbabit.

Selain itu dalam laporan terbabit, Si Leman Lembu mengakui bahawa dia agak terlewat bayar duit yang di pinjamkan dari janda terbabit, ini menunjukan benar la apa yang di perkatakan janda terbabit bahawa Si Leman Lembu menipu di dalam membuat pembayaran balik.

Lepas ni kita tengok berani tak Si Leman Lembu membawa kes ni kes Mahkamah untuk menyaman janda terbabit kerana apa yang kita dapat lihat dari laporan tersebut ia merupakan laporan yang bercanggah dan berbelit-belit.

Nampak sangat Leman Lembu sedang menyembungyikan sesuatu dari umum. Macam mana cara di Leman ni nak belit pun, rasanya tak lepas, sebab orang Kedah dah kenal dengan perangai buruk si Leman ni.

Kalau semua nak tau si Leman Lembu ni bukan setakat duit Janda tu dia sapu, malahan ramai lagi yang menjadi mangsanya. Dahulu bekas tunang Si Leman Lembu pernah membuat laporan Polis keatas dirinya kerana kebas duit loan bekas tunangnya.

Teruk betul la si Leman sekor ni.. memang patut pun orang yang tak berguna macam dia ni masuk Pas!!


McTheory:
Berlagak kaya, biar papa asal bergaya.. cukup tak guna!

Jumaat, 11 Januari 2013

PANASS!! SMS Fitnah!! Ayahanda Leman Bakal Halang Pekida, Perkasa Buat Kacau di KL!! #KL112


Tak nampak? Klik untuk besarkan

Sekali baca Mc dah tau benda ni fitnah dan palsu. Rekaan dari cai Pakatan untuk mencemar nama NGO Melayu dan Pemuda UMNO. Mana ada orang UMNO/BN nak sebut perkataan 'Pakatan Rakyat' naik geli geleman nak sebut 'Pakatan Rakyat'. Nama yang sesuai dan sinonim dengan puak cai ni adalah Pakatan Haram.

Haram atas sebab tak ada rakyat yang waras nak sokong puak 'Pakatan' ni. Hanya yang kurang waras, atau dikhuatiri gila, yang menyokong puak Pakatan haram ni.

SMS Fitnah ni baru saja disebarkan, belum pun ada orang baca atau komen, Tiba-tiba mangkuk tingkat kat bawah ni buat cerita mengejutkan!!

Mc sangsi dengan mangkuk yang bergelar Ayahanda Leman ni. Perghhh.. Ayahanda Leman dohh.. jangan main-main. ha ha ha.. baca posting Leman Mangkuk ni kat FB,


Sejak bila dia naik 'Ayahanda' ni?? Kat mana la agaknya mangkuk ni 'potong buah'?? Dia buat NGO sendiri kot?? Sendiri buat, sendiri kasi pangkat, sendiri lantik, sendiri syok sendiri laa!! ha ha ha..

Ok sambung balik dengan cerita SMS ugutan tu, selepas post SMS fitnah tu keluar, selang beberapa minit, terus Leman Mangkuk ni keluar posting 'hentam' SMS terbabit. Ada nampak macam wayang gambar tamil tak?

Sendiri buat, sendiri kritik, sendiri hentam! Sama macam NGO bodoh yang dia buat tu. Ayahanda konon!! Ptuihh!

Mc pasti, SMS fitnah kat atas tu, Leman Mangkuk yang buat, pihak polis kalau boleh tolong siasat si Leman Mangkuk ni, kerana cuba mengedarkan SMS fitnah dengan berniat jahat. Kalau dapat sumbat dalam lokap lagi bagus, kot la dia teringin nak rasa.

Kemudian Mc nak minta PEKIDA Malaysia siasat si Leman Mangkuk ni, teringin juga Mc nak tengok Leman ni 'pakai baju' apa sebenarnya. 30 ke 36 ke 77 ke atau 29? he he he...jangan 13 sudah la.. itu dah tentu kena campak laut!! ha ha ha..

McTheory:
kaki fitnah dah kantoi.. mangkuk betoi la hang Leman!

Jumaat, 19 Oktober 2012

PANASS!! Leman Tak Lawak Warisi Keturunan Pakar Urut Batang!!



Fuhh, benarkah keluarga Leman 3 suku pakar dalam bidang urut batin ni?? Ramai kawan kawan aku kat Padang Terap duk cerita yang mak si leman tukang urut batang pensil lelaki bukan muhrim..Leman sebelum ni dikatakan pernah mewarisi legasi bisnes keluarganya selepas keluaq dari raja lawak..

Disebabkan bisnesnya yang memang tak boleh nak maju, lalu diceburkan dirinya dalam Pas kerana keserasian antara ubat kuat warisan keluarganya dengan Pas hampir sama ibarat isi dan kuku..

Kalau hangpa tak percaya boleh tengok gambaq kat bawah ni, agak agak leman ka orang lain ?


Menurut kawan aku si AUPN, kesemua pesakit pesakit yang mengunakan khidmat tukang urut kat Kg Bukit Nyamuk boleh test drive..Apa makna test drive tu AUPN.. Aku kurang fahamlah..Kalau hangpa semua nak tau apa itu maksud Test Drive dalam bahasa sanskrit tukang urut boleh baca kat SINI


McTheory:
Oitt Medan Tempur aku pun taktau apa maksud test drive tu.. he he..

Ahad, 14 Oktober 2012

PANASS!! Puluhan Ribu Serbu Ceramah Leman Tak Lawak!! @LemanRLawak

Bakal YB Pas tengah mengatal

Gambar di bawah adalah bukti betapa ramai dan meriahnya ketika Leman 3 suku sedang berceramah.. Kehadiran puluhan ribu rakyat dari seluruh pelusuk negeri Kedah ke Bilik Gerakan PKR Dun Pedu dalam EKSPO BAJET 2013 yang dianjurkan oleh PKR Cabang Padang Terap..

Kehadiran yang tidak dijangka ke majlis ceramah tersebut telah mengakibatkan kesesakan jalan raya sangat luar biasa.. Kenderaan yang menuju ke Pekan Naka bersesak dianggarkan hampir 50 Kilometer..

Orang ramai pula terpaksa berjalan kaki hampir 20 KM untuk ke tempat ceramah gara gara tempat parking yang disediakan pihak penganjur tidak mencukupi disebabkan pemimpin PKR membawa sekali jet peribadi yang dipinjamkan kepada Anwar, bas super luxury Khalid Gagap, kenderaan mewah milik pemimpin PKR dan Pas, serta tetamu kehormat mereka iaitu Kapal Selam yang dihebohkan tidak boleh menyelam..

Dalam pada itu pihak penganjur dengan nada bangga menjangkakan kehadiran orang ramai pada ceramah malam tadi akan mencecah 30 ribu orang disebabkan kehadiran leman yang juga bekas calon tersingkir pada pusingan ke 5 Raja Lawak merupakan anak tempatan..

30 ribu tuuuu 
Kisah Fakta Yang Sebenar..

Pembaca boleh lihat sendiri gambar yang dipamerkan kerana sekeping gambar mampu mengungkapkan seribu patah perkataan..Tak perlu kata apa apa..hehehe..yang pasti RAKYAT PEKAN NAKA MEMANG TOLAK PR SECARA TOTAL!!!

Lebih malang lagi,ketika giliran Leman berceramah selepas ADUN Kupang, 2 org Ahli Majlis Daerah Padang Terap yang merupakan pemimpin pas dan pkr tempatan iaitu Awang Loceng dan Mud Gelong telah bangkit menghilangkan diri kerana meluat dengan lawak bodoh Leman yang suka membodohkan diri secara percuma di khalayak ramai..

Punca sebenar mengapa program PKR Cabang Pdg Terap ini gagal mendapat sambutan adalah kerana Pas Padang Terap telah bertindak memboikot program tersebut kerana kecewa apabila permintaan Pas Padang Terap untuk bertanding di DUN Pedu tidak mendapat perhatian kepimpinan tertinggi PR..

Jadi, Pas Padang Terap telah bertindak memboikot program tersebut bagi membuktikan yang PKR sebenarnya tidak mendapat sokongan rakyat DUN Pedu..



LAPORAN TERBAIK DARI AKTIVIS UMNO PEKAN NAKA

Khamis, 16 Ogos 2012

TUDIAA!! Leman Lembu Raja Lawak Sakit Meroyan!! @LemanRLawak


Rasanya ini paling lawak mengenai si Leman Lembu Raja Lawak yang tak jadi ni. Hampa boleh nilai sendiri kenyataan yang di keluarkannya pada bulan 3 tahun lepas.

Di sebabkan teringgin nak jadi YB, maka si Leman pun menganut ajaran otak hijau supaya boleh popular dengan publisiti murahan



Lembu macam Leman ni peguam ka? Memang la Mc ada dengar dia ni pernah kerja syarikat peguam. Tapi benarkah dia ni peguam? Atau hanya kerja kerani saja, tapi mengaku jadi peguam. 

Lagi satu, Mc nak bagitau ni, ada seorang pegawai MTD yang juga AJK Pas Padang Terap, bagitau Mc, orang Pas Padang Terap, langsung tak suka dengan Leman ni.. buktinya.. semenjak Leman masuk Pas, tak pernah langsung Pas Padang Terap panggil si Leman ni berceramah. Kenapa agaknya ya?

Sebab orang Pas Padang Terap tau, si Leman ni sapa.. cakap saja lebih habuk pun tarakk.. nak jadi YB konon. Lemannn sempena dekat raya ni, nanti TMK nak hadiah kat hang cermin besar-besar bagi hang tengok muka hang sendiri. Layak ka tak layak jadi YB.. ha ha ha..


McTheory:
Jaga Lembu pun kantoi.. ada hati nak jaga rakyat? he he he..

Khamis, 9 Ogos 2012

PANASS!! Leman Lembu Raja Lawak Hutang Peniaga Pasar Malam Bila Nak Bayar Oii!! @LemanRLawak


Ishh.. ishh ishh.. tak habis-habis cerita pasal Leman Lembu ni. Banyak sungguh taik yang dia buat. Tak cerita tak patut, nak cerita pun macam dah malas, namun disebabkan Leman Lembu perasan bagus dan sombong Mc nak cerita juga pasal dia.

Leman Lembu ni selalu kutuk UMNO/BN disetiap ceramahnya hinggakan cukai pintu naik pun dia salahkan kerajaan pusat. Mc nak tanya Leman Lembu, cukai pintu tu, kerajaan pusat ka yang uruskan? he he he.. nak ceramah pun balk study la dulu, jangan main boh saja, nanti malu diri.

Tapi kali ni Mc nak tanya Leman Lembu secara peribadi, hutang hang pada peniaga uptown kat Sungai Petani sana tu dah langsai ka? Berapa banyak hang hutang depa Leman Lembu oii. Lepas buat taik kat peniaga Uptown Sungai Petani, si Leman Lembu ni ubah port lepak pulak kat tempat lain.

Bukankah lani hang kata hang dah popular, orang jemput ceramah sana-sini. Takkan nak bayar hutang pun takut kot. Mc percaya Leman Lembu akan kata semua ini fitnah dari TMK. Namun kalau kata fitnah, takkan la kami berani nak buat fitnah pada bulan puasa. Sedangkan bulan tak puasa pun kami tak buat fitnah. Kalau takdak angin, masakan pokok akan bergoyang, kalau tak sungguh orang tak kata.

Jangan nafikan saja, buktikan dulu. Hang jangan sampai kami bawa keluar video temubual dengan peniaga kat sana. Baru hang tau langit tinggi ka rendah.

Akhir kata kat hang Leman Lembu, hutang orang tu bayar la oiii.. tak masuk syurga hang sebab hutang tu nanti. Sampai ke akhirat pun dituntut. Syurga Nik Aziz, taktau la pulak.. boleh kot..he he..

ayat perempuan pandai la..


McTheory:
Kalau rasa takdak duit sangat, buat kutipan derma, untuk bayar hutang hang Leman Lembu..kan memang tu kerja orang Pas.