Sponsor

Memaparkan catatan dengan label litar kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label litar kedah. Papar semua catatan

Khamis, 23 Oktober 2014

EKSKLUSIF! Akhirnya #LitarKedah jadi kenyataan! #KedahSerataRata @MukhrizMahathir #Kedah

Kerajaan Kedah MOU bersama SIC

Seperti yang dijanjikan, Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui oleh Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir menandatangani MOU dengan Sepang International Circuit untuk bina litar lumba antarabangsa di Kedah.

Litar lumba merupakan satu janji BN Kedah pada PRU yang lepas. Malah ianya kesinambungan janji dari kerajaan sebelum itu.

Insyallah Kerajaan negeri yang ada sekarang ni akan tunaikan janji secara berperingkat. Bukan mudah nak laksanakan projek mega. Sumber kewangan juga perlu kukuh.

Mengikut maklumat yang admin dapat, litar lumba ini bercirikan semua jenis track termasuk motorspot.

Selepas ini Kedah akan ada litar taraf dunia yg kedua di Malaysia. Malah akan ada pusat akademik utk melatih pelumba profesional.

Boleh la Mat Rempit yg ketagih merempit tu diajar cara yg betul-betul untuk merempit. Kali ni merempit diatas track dgn ciri-ciri keselamatan yang betul.

Siapa tahu, dari lumba jalanan, boleh ke The Speedway Great Britain. kann?

Khamis, 26 Jun 2014

INFO! Litar Lumba Kedah, Bukti BN Janji DiTepati! @MukhrizMahathir #KedahSerataRata


Satu lagi janji PRU13 ditepati apabila YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah mengumumkan pembinaan Litar Lumba diatas sebidang tanah berkeluasan 50 ekar di Sungai Petani.

Pengumuman tersebut dibuat YAB Menteri Besar Kedah setelah selesai mempengerusikan mensyuarat EXCO di Wisma Darulaman




Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..

https://www.facebook.com/MukhrizMahathirFC

Isnin, 10 Jun 2013

PANASS!! Mukhriz Batalkan Pembinaan Litar Lumba di Kedah?!! #HanyaDiKedah



Kerajaan negeri Kedah baru berumur 1 bulan, tapi sebelah puak bulan hijau dok bising minta BN tunaikan Aku Janji BN Kedah. Amboih laa.. pelan-pelan, dok kalut nak pi mana?

Kerajaan Kedah sedang meneliti lokasi sesuai untuk membina sebuah litar lumba, bagi menunaikan aku janji Barisan Nasional (BN) Kedah pada pilihan raya umum lepas.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata buat masa ini pembinaan litar berkenaan dalam proses penelitian serta perbincangan dan beliau memberi jaminan ia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata pihaknya sedang mengkaji pelbagai aspek termasuk pendidikan, komersil dan sosial demi kepentingan belia di negeri ini.

"Kita buat litar ini untuk memberi ruang kepada generasi belia menceburi sukan permotoran sekali gus dapat menghindarkan mereka daripada terjebak dengan gejala sosial.

"Kita minta rakyat jangan bimbang sebab tak timbul isu buat atau tak.

Cuma kita minta sikit masa untuk bincang mengenai lokasi yang sesuai dan bagaimana nak mulakan," katanya kepada media.

MB dah confirm dah, jangan risau la. Anak muda Kedah tunggu litar siap, jom kita merempit dalam litar lagi selamat dari jalanraya. Asah bakat jadi pelumba motor negara. Mana tau boleh masuk grandprix.. he he..

McTheory:
Pelan-pelan kita buat noo..