Sponsor

Memaparkan catatan dengan label maksiat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label maksiat. Papar semua catatan

Rabu, 15 Ogos 2012

TUDIAA!! Umat Kelantan Di Tangkap Khalwat Pada Bulan Puasa!!


KUALA LUMPUR – Pasangan kekasih memberi alasan menyewa di sebuah hotel selepas penat membeli-belah pakaian dan barangan sempena Aidilfitri ketika dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), awal pagi semalam.

Wanita yang hanya berkemban dengan tuala itu dicekup bersama pasangannya yang hanya memakai seluar pendek di hotel berkenaan pada jam 1 pagi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, wanita berusia 24 tahun itu membuka pintu bilik selepas pintu bilik diketuk.

“Wanita itu memberi alasan hanya dia seorang diri tidur di dalam bilik berkenaan, namun pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki menyorok di tandas,” katanya.

Menurutnya, lelaki berusia 24 tahun itu memberi alasan dia tertidur di dalam bilik selepas membeli-belah.

“Difahamkan lelaki terbabit tidak bekerja, manakala pasangannya bekerja di sebuah syarikat swasta,” katanya.

Dalam operasi yang berasingan yang dijalankan bersama Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, sepasang kekasih yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dicekup khalwat di sebuah hotel berasingan.

Beliau berkata, lelaki berusia 42 tahun itu sudah berkahwin, manakala pasangannya berusia 18 tahun tidak mempunyai pekerjaan.

“Pasangan berkenaan juga memberi alasan membeli-belah sempena Aidilfitri. Pada awalnya lelaki berkenaan memberi alasan gadis terbabit merupakan tunangnya,” katanya.

Kedua-dua pasangan terbabit antara 23 individu yang dicekup khalwat di lima hotel bajet sekitar ibu kota.

Beliau menasihati ibu bapa memantau anak mereka kerana kebanyakannya yang dicekup khalwat memberi alasan membeli-belah bersama pasangan di sini.

“Ibu bapa harus bertanggungjawab, jangan memberi kelonggaran dan kebebasan terhadap anak mereka kerana khuatir mereka akan terlanjur di hotel bajet,” katanya.

Operasi selama empat jam itu dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara. – SINAR HARIAN

McTheory:
Betul ka orang Kelantan ni?? Fitnah kot..he he

Khamis, 7 Jun 2012

PANASS!! Selamat Datang Ke Selangor..Penari Tiang Syok Berbogel Sambil Menari!! #TukarSelangor



Fuyoo.. dahsyat Selangor sekarang ni.. lebih dahsyat dari biasa.. puak Pas dan Pkr Selangor tak payah seberang Siam lagi dah lanih.. kat Selangor pun dah ada buka cawangan.

10 kali serbu pun boleh selamber buka lagi? Fuuyooo.. mesti ada 'kawtim' baik punya ni..

Ada orang beritahu Mc, kat Kedah pun ada benda yang sama macam kat Selangor ni.. pehh.. biar betui.. mesti ramai musibat-musibat Pas yang pergi kan? he he..

Khamis, 15 September 2011

TUDIAA!! Bila Kadi Pulak Kena Tangkap Basah!!


sekadar hiasan


Sehari dua ini kita digemparkan dengan berita seorang Kadi atau Pegawai Agama ditangkap khalwat di negeri Melaka ini. Saya mendoakan agar berita ini tidak benar kerana ianya jelas memalukan umat Islam jika ia benar. 

Seorang Kadi yang berilmu dan bijak pandai dalam selok belok agama boleh ditangkap ketika melakukan maksiat. Memangla bukan semua manusia sempurna, namun sebagai bijak pandai agama beliau sepatutnya lebih bijak mengawal keadaan dan nafsu.

Saya mengharapkan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Ustaz Rahimin Bani menafi atau  mengesahkan berita ini kerana ianya penting bagi menjaga kesucian Islam. Kalau ianya tidak benar maka pihak yang menabur fitnah mesti didakwa kerana menabur fitnah. 

Kenyataan rasmi dari Jabatan Agama Islam Melaka perlu untuk menjelaskan keadaan.

McTheory:
Berita ni pun boleh jadi Modal Pakatan untuk hentam UMNO..

Sabtu, 6 Ogos 2011

PANAS!! BULAN PUASA PUN BUAT MAKSIAT!!



Seorang ibu yang mahu mengejutkan anaknya untuk bersahur tergamam sejurus mendapati seorang lelaki tidur nyenyak bersama anak gadisnya dalam kejadian di Batu 18, Hulu Langat, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika ibu mangsa masuk ke dalam bilik tidur anaknya yang berusia 14 tahun untuk mengejutkannya.

“Sebaik masuk, ibu mangsa terkejut apabila mendapati mangsa tidur bersama seorang lelaki warga Indonesia berusia 21 tahun yang dipercayai teman lelakinya.

“Lelaki terbabit yang terkejut dengan kehadiran ibu mangsa bingkas bangun lalu memohon maaf selain mengaku hanya tidur dan tidak melakukan apa-apa bersama mangsa,” katanya.

Katanya, ibu mangsa yang tidak berpuas hati dengan pengakuan lelaki itu mendesaknya untuk mengetahui apa yang berlaku.

“Atas desakan berterusan ibu mangsa, lelaki itu mengaku sudah melakukan hubungan seks dengan mangsa ketika ahli keluarga lain sedang tidur. “Lelaki itu juga mahu bertanggungjawab atas perbuatannya.

“Ibu mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu yang melarikan diri membuat laporan di Balai Polis Batu 18, Hulu Langat,” katanya.- H.Metro

McTheory:
Apa nak jadi dengan budak zaman sekarang ni?? ishh laa..

Ahad, 26 Jun 2011

KASI PANAS!! VIDEO SERBUAN RUMAH URUT PELACURAN DI KOTA DAMANSARA!!


Sejak Pakatan menjadi kerajaan Selangor. Rumah Urut tumbuh bersepah-sepah. Bila banyak rumah urut, makin ramai la china doll. Bila ramai china doll, makin sukalah Anwar. Senang sikit nak pilih yang mana satu nak balun.. betui dak?

McTheory:
Selangor Darul Lendir.. bersepah..

Selasa, 21 Jun 2011

GEMPAR!! BAPA 'PROJEK' ANAK SENDIRI!!?


KOTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).

“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.

Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, tertuduh kedua, berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal serumah untuk selama-lamanya.

Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.

Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan.

Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.

Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.

“Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar.

“Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu,” kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.

Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka.

Zaini yang mencadangkan pasangan berkenaan dipisahkan dan tidak tinggal bersama turut memohon supaya mahkamah tidak memberi belas kasihan kepada pasangan berkenaan bagi memberi pengajaran kepada masyarakat - HM

Bila Mc baca berita macam ni, Mc sendiri pun taktau nak kata apa. Mengapalah seorang bapa sanggup merosakkan masa depan anaknya? Tak takut kah dia pada dosa dan pahala? Tak takutkah dia pada hukuman Allah?

McTheory:
Kat mana kejadian ni berlaku? Johorkah? Pahangkah? Apa! Kelantan? ishh betul ke ni? fintah kot.. ishh.. bukan tu negeri Pas yang paling terBAIKKK ke? Ini mesti keje sabotaj UMNO ni..mesti la..

Rabu, 8 Jun 2011

PANAS!! LUBUK MAKSIAT DI KELANTAN!!

berita Panas!!
Teruja benar Mc baca harian Metro hari ni. Parking kat Kota Bharu jadi lubuk maksiat. Bangunan tak diberitahu, tapi rasanya tak banyak pasaraya kat Kelantan.

Macam mana ni Pas? Kata Kelantan Serambi Mekah? Laki orang bini orang pun boleh romen open-open selamber saja. Siap boleh cari port parking lagi tu.

Paling menariknya, mengikut apa yang Mc baca ni, yang dok beromen tu, bukannya pakai ala-ala sosial dan moden. Tapi yang dok pakai jubah labuh, pakai kepiah, serban dan nampak macam orang-orang kuat agama la.
Klik untuk baca lebih jelas..

Kalau mengikut kebiasaan la kan. Pakaian yang menunjukkan mereka alim tapi cuma alim kucing ni, selalunya orang Pas. Yang selalu dok kuat-kuat seks ni pun selalunya orang Pas juga.

Senang cerita, orang Pas ni mulut saja dok mengaku kuat Islam, tapi dalam hati, hanya Allah yang tahu.

Kalau dah nama kata Pas, mulut serupa longkang, satu apa pun tak boleh pakai, busuk saja lebih.

McTheory:
Islam kat mulut, konek bercabang rata..

Isnin, 14 Februari 2011

PANAS!! PENANGAN HARI VALENTINE TANGKAPAN SELURUH NEGARA MENCECAH 40 PASANGAN!!


Tadi Mc tengok berita TV3, ada cerita mengenai tangkapan pasangan yang berkhalwat sempena hari Valentine ni. Tak termasuk hari ni, dah lebih 40 pasangan ditangkap diseluruh negara. Pehh.. satu rekod baru tu. Bukan sengaja kita nak melarang remaja Melayu kita menyambut Valentine, kita melarang takut jadi seperti ini lah. Terlalu terpengaruh dan menikmati hari kekasih ni, hingga melakukan maksiat dan zina.

Kalau pasangan bukan Melayu tu lantak la, ni yang perempuan tu siap bertudung lagi. Apa cerita ni.. tudung atas, bawah bukak ka?

Lagi satu statistik yang Mc dapat ialah, dalam enam tahun ni, sudah lebih seribu orang bayi telah mati dibuang akibat dari perhubungan yang tidak sihat ini. Maknanya, dalam sebulan ada 2 orang bayi yang mati dibuang. Itu yang mati, belum masuk lagi statistik yang bayi dibuang, tapi dapat diselamatkan.

Apa maknanya semua ini? Apakah ini satu perkembangan yang sihat. Mc tahu, bila kerajaan menyarankan orang Melayu dilarang sambut Valentine, orang bukan melayu dan orang Melayu Moden, memandang sinis atas saranan ini. Bagi mereka kerajaan menyekat hak asasi Manusia untuk menyambut hari kekasih. Kalau yang bukan Islam, korang nak sambut, sambutlah.. nak beromen sampai pagi pun tak apa, buat la. Saranan ini hanya untuk orang Melayu yang beragama Islam.

Bagi menjaga akidah dan maruah orang Islam dari tercemar. Lagipun Valentine ni bukan budaya kita. Dari sambut Valentine, baik kita sambut Maulidul Rasul. Dapat banyak pahala.

Pada remaja Melayu, ingat.. sedap 10 minit, tapi seksanya tanggung la sendiri, dari dunia dibawa ke akhirat.

P/s: Kalau Islam hanya pada I.C, memang dah tak boleh kata apa dah..

Mctheory:
Generasi macam ni nak jadi bakal penganti masa depan?? 

Isnin, 8 November 2010

LAGI! REMAJA DI TANGKAP KHALWAT DI KEDAH! Sempat 'main' dua kali tu!


Pejabat Agama Daerah Kulim berjaya menahan sepasang kekasih di sebuah rumah bujang kira-kira jam 11 malam. Ketika tangkapan dibuat, pasangan perempuan yang baru berusia 16 tahun hanya berselimut tanpa sebarang pakaian manakala teman lelakinya berusia 28 tahun hanya memakai tuala tanpa memakai baju. Pasangan lelaki sudah berumah tangga dan mempunyai anak. Dia pernah ditangkap kerana mencuri lampin pakai buang bayi di sebuah pasar raya.

Pasangan perempuan mengaku telah banyak kali melakukan hubungan seks dengan kekasihnya. Pasangan perempuan tidak bersekolah dan menganggur. Dia mengaku telah melakukan hubungan seks dengan kekasihnya beberapa kali di dalam kereta di kawasan tersorok. Dia juga mengaku sempat melakukan hubungan seks sebanyak dua kali sebelum ditangkap oleh penguat kuasa PADK pada malam itu.

"Setelah mengambil keterangan, PADK mengarahkan pasangan itu berpakaian kemas sebelum di bawa ke balai polis untuk membuat laporan. Pasangan lelaki memberi alasan hendak pergi ke bilik air dan kemudiannya melarikan diri dengan memakai tuala tanpa pakaian dari rumah itu. Bagaimanapun PADK telah mengambil semua identitinya dan akan mendakwanya di mahkamah".

Pasangan berkenaan juga akan disiasat bawah Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 jika sabit kesalahan mereka berdua boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali setiap seorang.

"Sekiranya waris mangsa atau PADK membuat laporan polis kerana dia (pasangan lelaki) telah menyetubuhi kekasihnya yang masih di bawah umur, dia boleh disiasat kerana merogol pasangan perempuan kerana kekasihnya itu baru berusia 16 tahun. Kita harus sedar persetubuhan melibat gadis bawah umur boleh didakwa kerana merogol walaupun pasangan dia merelakan diri disetubuhi".

sumber Sg.kasai

Ishh.. dalam orang dok sibuk dengan banjir, dua ekor hantu ni sempat lagi bermaksiat. Kenapa la dalam setahun dua ni banyak betul maksiat kat Kedah. Patut la bala besar turun menimpa, nak bagi sedaq sikit kot.

Sepatutnya PADK buat laporan polis, supaya remaja lelaki yang buat hubungan seks dengan gadis bawah tahun tu ditangkap. Kalau dilepaskan, ditakuti, dia akan cari remaja bawah umur yang lain pulak untuk jadi 'penyedap'nya.

P/s: tangkap untuk jadi pengajaran pada yang lainnya.

Mctheory:
Remaja banyak maksiat ni.. ostat Azizan tau dak??

Ahad, 17 Oktober 2010

APA!! ULAMA DIDAKWA MEROGOL GADIS??

Aida Saskia (kiri) dan Zainuddin MZ

JAKARTA: Selepas video lucah didakwa membabitkan tiga penghibur popular mengejutkan rakyat Indonesia, seorang ulama terkenal negara itu pula menjadi tumpuan kerana didakwa merogol seorang penyanyi.

Minggu lalu, penyanyi Aida Saskia, 25, menuduh ulama Zainuddin MZ merogolnya, namun pemimpin agama itu menafikan tuduhan terbabit, lapor tempointeraktif.

Aida mendakwa, insiden merogol itu berlaku di sebuah vila di Bogor, Jawa Barat, ketika dia berusia 16 tahun.

Peguam Aida, Alamsyah Hanafiah berkata Aida kecewa dengan ucapan Zainuddin mengenai video lucah membabitkan Nazril Irham atau Ariel ‘Peterporn’, Cut Tari dan Luna Maya tersebar secara meluas.

“Dia memutuskan untuk mendedahkan salah laku (dirinya dan Zainuddin) yang amat memalukan,” kata Alamsyah. Zainuddin merancang mengadakan sidang media menjawab tuduhan itu kelmarin namun membatalkannya.

Dalam pada itu, Habib Mahdi, seorang ulama yang dekat dengan Zainuddin ketika dihubungi detikhot menerusi telefon kelmarin berkata, Zainuddin, 59, mengakui dirinya tidak sakit hati dan bersedia memaafkan Aida dengan bersyarat.

“Kata Zainuddin, andainya Aida sudah tidak marah dan menarik balik tuduhan itu, dia akan maafkan Aida demi umat,” kata Habib.
Mahdi juga juga merancang menemukan wanita yang mempunyai kerjaya sebagai penyanyi dangdut itu dengan Zainuddin. Sebagai ulama yang menjadi orang tengah antara Aida dan Zainuddin, Mahdi merasa bertanggungjawab mendamaikan mereka.

Kata Mahdi, ketika ini Zainuddin sibuk berdakwah dan tidak sempat bertemu Aida. Kiyai yang memegang jawatan ketua umum Parti Bintang Reformasi itu membatalkan sidang medianya kelmarin atas sebab tidak diketahui.

Dalam perkembangan lain, Alamsyah berkata, anak guamnya pernah sekali melakukan hubungan seksual dengan Zainuddin.

“Aida bercerita kepada saya bahawa dia pernah diperkosa sekali. Hanya sekali,” kata Alamsyah ketika ditemui di pejabatnya Khamis lalu.
Jika dalam tempoh dua minggu tuntutan Aida tidak dijawab, perkara ini akan dibawa ke muka pengadilan.

Mengenai sikap Zainuddin yang menyangkal dan tidak mengakui perbuatan tidak senonoh terhadap Aida, Alamsyah mencabar Zainuddin membuat laporan polis jika merasa namanya dicemarkan Aida.

Sementara itu, artis dan pengacara Dorce Gamalama mengakui sangat mengenali Zainuddin dan tidak yakin ulama itu merogol Aida. – Agensi


P/s: Dunia makin tua, macam2 benda boleh terjadi..jangan jadi kat Malaysia, sudah la..

Mctheory:
Dunia2.. macam2 ada...

Ahad, 10 Oktober 2010

PANAS!! REMAJA MAKSIAT DI CENTRAL SQUARE SUNGAI PETANI!!

CENTRAL SQUARE

CENTRAL SQUARE

TINGKAT 4 SPACE ZONE KARAOKE

TINGKAT 4 SPACE ZONE KARAOKE


SEPASANG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SP


SUNGAI PETANI - Petang 9 Oktober 2010, tinjauan yang telah saya lakukan didapati berbondong-bondong remaja melayu yang masih bersekolah memenuhi pasaraya Central Square terutama di tingkat 4 dan 5. Bilik-bilik karaoke di tingkat tersebut boleh dikatakan 100 peratus dipenuhi oleh remaja melayu yang masih bersekolah. 



Berbagai adegan dan aksi kurang sopan mereka lakukan. Sempat saya menemu-bual beberapa orang pengawal keselamatan dengan nada yang kurang menyenangkan mereka, gelagat anak muda melayu yang masih mentah dan hanya datang untuk berhibur tanpa batas. Mereka tidak mampu untuk menegur dan menasihati dengan jumlah yang terlalu ramai terutama setiap hari sabtu.  Sambung baca sini.

Saban hari makin galak pulak remaja kita bermaksiat. Harap pihak berkuasa tidak terlepas pandang. Perkara sebegini yang menyebabkan ramai remaja mengandung di luar nikah, lepas tu nak tutup malu, buang bayi. Sudah la buat dosa, bertambah-tambah dosa untuk menutup malunya lagi.

P/s: Kadang-kadang bila kita tegur, kita pulak dimakinya.

Mctheory:
Sakit mata tengok weii..