Sponsor

Memaparkan catatan dengan label mctheory. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mctheory. Papar semua catatan

Selasa, 15 Mei 2012

PANASS SEHH!! Rasanya @PapaGomo Perlu Ikuti Kursus UMB!!

Biar McTheory pulak yang bersuara!!

Sebenarnya niat Mc menjadi blogger ni untuk berperang dengan Pakatan Haram. Semasa Mc mula menjadi blogger, Mc melihat blogger dan cybertroo BN ni agak kurang. Kalau nak dibandingkan dengan blogger dan Cybertroo sebelah sana kita jauh ketinggalan. Itu pada waktu 2009 la..

Selepas 2010 dan 2011, pertambahan blogger-blogger baru muncul tumbuh bak cendawan lepas hujan. Mungkin ada kesedaran diantara kita orang UMNO, sehingga ada yang berusaha membuka blog untuk menentang cybertroo dan blogger dari pro Pakatan.

Waktu ini, blogger BN cukup BERSATU. Jikalau ada blog baru, pasti ada yang akan membantu untuk promote dan LINKkan blog itu diblognya. Kiranya, zaman ni blogger pro BN cukup hebat dan tidak ada masalah.

Tetapi kini, blogger pro BN telah terbahagi kepada beberapa kumpulan. Malah Mc sendiri telah memilih untuk bersama UMB sebagai jentera parti dibawah Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia. Niat Mc hanya satu, untuk membantu UMNO/BN di alam mayadan memenangi PRU kali ini. Malah sejak berada dibawah UMB, Mc dan rakan-rakan di Kedah bergerak secara konsisten keserata Kedah untuk mengorek isu kemungkaran Pas Kedah.



Namun apabila Mc baca, tulisan PapaGomo yang menyindir peranan UMB dalam menghasilkan cybertroo. Mc rasa terpanggil untuk menulis, bagi meredakan keadaan. Mc rasa PapaGomo ni tak faham, atau sengaja buat-buat tak faham. Mc tak tahu niat PapaGomo menegur UMB itu secara ikhlas, atau tidak. Tetapi kalau benar ikhlas, PapaGomo boleh mengunakan cara lain, seperti mengadakan perjumpaan, berbincang atau berbual ditelefon untuk kenal pasti masalah sebenar.

Mc jugak agak sangsi dengan keikhlasan PapaGomo apabila menyebut peruntukan rm300k. Jika nak tegur mengenai cybertroo, tak usah diungkitkan sekali dengan peruntukan ataupun kewangan. Apakah benar UMB dibiayai RM300K? dan PapaGomo tidak dibayar? heh.. Mc malas nak sentuh soal kewangan, kerana ia perkara yang sensitif.

Jika prihatin sangat dengan UMB dan nasib cybertroo, apa kata PapaGomo cuba memberi pendapat serta idea yang bernas untuk UMB menguna pakai idea tersebut? Mana tau ilmu Tuan Pengerusi UMB tak sehebat PapaGomo blogger tersohor negara buat ketika ini.

Tak perlu kita terpekik di blog untuk menegur satu sama lain. Tulisan di blog BISAnya lain dan keikhlasannya kurang.

Untuk pengetahuan PapaGomo dan rakan blogger lain. Sejak Mc bernaung dibawah UMB, banyak perkara yang telah Mc pelajari dan perkara itu tidak dapat dipelajari ditempat lain. UMB memang organisasi jentera perang siber yang terbaik, cuma selalu di sabotaj oleh geng sendiri, hingga ada pemimpin UMNO yang menjadi buta tidak nampak kelibatnya.

Malah kursus-kursus anjuran UMB lebih berkesan dan menghasilkan ramai troopers (walaupun tidak menelan belanja sampai ratusan ribu). Mc tidak memperkecilkan pihak lain, dan berkata kursus mereka tidak bagus, tidak, namun Mc sendiri banyak belajar teknik dan taktik peperangan siber dari UMB. Mc rasa, PapaGomo kena ikut kursus UMB sekali, baru tahu apa itu UMB dan apa benda yang UMB buat selama ini.

Ramai diantara kita tidak faham mengenai peperangan siber. Peperangan siber amat unik, keputusannya peperangannya juga kita tidak boleh nampak secara terus, tapi kesannya boleh berpanjangan dan meninggalkan kesan tikaman yang mendalam iaitu persepsi.

Setahu Mc, UMB tidak pernah menyerang atau menghentam kumpulan blogger lain. Hubungan UMB diantara kumpulan blogger lain jugak baik, termasuk dengan PapaGomo, namun apa yang Mc nampak, hanya PapaGomo saja yang selalu menghentam (baginya menegur) UMB.

Mc pun tak tahu apa masalah sebenarnya PapaGomo dengan UMB? Dendamkah? Wangkah? Hinggakan ianya berlarutan berpanjangan. Sedangkan kita sekarang menghadapi saat paling getir dalam sejarah. Kita sedang menghadapi PRU yang paling sengit diantara semua PRU sebelum ini. Malah nasib Agama, bangsa dan tanah air kita sekarang, bergantung kepada PRU ke 13 ini. Apakah ada perkara lain yang lebih besar selain dari itu?

Tak bolehkah kita tinggalkan perkara yang remeh ini diselesaikan lepas PRU?

Kadang-kadang kita fikir, kita dah cukup hebat! tetapi kita tak sedar, kehebatan kita itu hanyalah pinjaman dari Allah SWT. Malah kita lupa, ada lagi orang yang lebih hebat dari kita. Malah orang yang lebih hebat itu pun, sentiasa mahu belajar ilmu hebat yang lain. Sedangkan kita yang rasa diri hebat, sentiasa mencebik bibir bongkak dan enggan menerima pendapat orang lain.

Namun adakah sebenarnya kita ini hebat? Tepuk dada tanya iman..

Tulisan PapaGomo turut disambut oleh rakan-rakan blog yang lain.. malah ada diantaranya lebih keras..



McTheory:
Tulisan ikhlas dari hati yang suci lagi murni.. heh..

Ahad, 15 Januari 2012

PERHATIAN!! Pada Semua Rakan-Rakan Blogger..

Salam Semua rakan blogger dan pembaca blog Mc..

Semalam, bloglist Kedah Ke KL, telah hilang dari design blog tanpa sebab. Menyebabkan semua blog yang telah dilinkkan oleh Mc selama ini hilang dan Mc sendiri pun masih lagi keliru yang mana dah link dan yang mana belum.

Jikalau ada blog rakan-rakan yang belum Mc linkkan, sila maklumkan pada Mc. Tinggalkan di ruangan KOMEN atau EMAILkan saja pada Mc.

Insyallah Mc akan linkkan.. dengan syarat.. blog Mc pun di linkkan di blog anda jugak ya terima kasih..


 Assalammualaikum.. Salam sejahtera, Salam 1Malaysia..

Selasa, 5 Julai 2011

PERJUANGAN PERLU DITERUSKAN!! McTheory kembali!!



Episod sedih dan ujian getir mengegarkan azam diri dan pegangan dalam hidup. Namun kurniaan akal, bekalan agama dan asuhan yang teliti membuatkan kita berpijak dibumi yang nyata. Alhamdullilah Mc sudah dapat menerima ujian Allah yang sungguh getir ini. Pemergian orang yang disayangi benar-benar ujian Allah yang maha berat.

Mc sudah kembali, kembali untuk berjuang demi agama, bangsa dan tanah air. Kembali dengan azam yang lebih besar, kembali dengan semangat yang lebih kental, kembali dengan jati diri dan rohani yang lebih kukuh. Kematangan dalam hidup selalunya membuat jiwa kita menjadi lebih besar. Pengalaman yang dilalui selalunya menjadi pengajaran dalam hidup.

Insyallah.. Mc akan terus bersama rakan-rakan blogger untuk mengempur musuh Agama, Bangsa dan Tanah Air. Membenam Anwar Ibrahim bersama Pakatan Jahatnya hingga keliang lahad.

Terima kasih pada semua rakan-rakan blogger yang mengucap takziah pada Mc tempohari.

Semoga Allah memberkati perjuangan kalian dengan rahmat yang lebih besar!..


Perjuangan belum selesai!!

McTheory:
Alang-alang mandi, biar sampai basah!!

Jumaat, 28 Januari 2011

Percubaan.. test 1 test 2 test 3. . . . test test test.....


Blog is updated.. dalam bahasa melayunya.. Mc kembali untuk mengkemaskinikan blognya yang sedang bersawang ni.. harap sabar.. gila.. dah dua bulan tak update..

Ahad, 24 Oktober 2010

GEMPAR! RAHSIA TELAH TERPECAH!! RAHSIA SIAPA??

Inilah rupa ku yang sebenar.. he he he..

Saja bagi topic suspen, Hari ni Mc nak layan kepala dengan semua pembaca. Asyik baca politik, lama2 pun boleh pening betul tak. Apa kata Mc promote satu blog lawak giler. Baca sketsa lawak yang boleh membuatkan anda ketawa terbahak2. .

PENJUAL TELUR YANG TERLAMPAU.

Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.


Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"


Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"


Pembeli: "Telur ayam."


Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"


Pembeli: "Ayam biasa."


Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"


Pembeli: "Yang tempatan."


Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"


Pembeli: "Yang Ipoh lah... " (Sambil terlihat kesal).


Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"


Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan? "


Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah.
Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Sketsa Kedua.

RAHMAT DAN PEGUAM


Rahmat ialah saksi satu kes jenayah berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya, adakah anda sudah berkahwin?.


Sudah, Tuan. jawab Rahmat dengan suara yang tersekat-sekat.


Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin


Rizal : Sekali sahaja.,


Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,


Rizal : Seorang perempuan, Tuan!


Kerana panas mendengar jawapan dari Rahmat, dengan marah, peguam berkata, Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki? ,


Rahmat : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan

Nak baca sketsa lawak lagi masuk je blog ni  Jom Kita Gelak Sampai Pengsan

Mctheory:
Bila asyik2 gelak.. hilang sikit tension.. betul tak??