Sponsor

Memaparkan catatan dengan label mogok lapar lynas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mogok lapar lynas. Papar semua catatan

Isnin, 31 Disember 2012

PANASS!! Peserta Mogok Lapar 100Jam Sudah Ada yang Mati Kelaparan?

Tentunya kita nak tahu, apa terjadi dengan peserta mogok lapar 100 jam Lynas tu kan. Apakah mereka dah mati kering, atau pun dan nyawa-nyawa ikan.


Pelikkan, nak bantah kilang yang sememangnya selamat dan disahkan oleh pakar dan mahkamah. Kononnya pejuang berani mati la sangat. Meh kita tengok apa yang mereka ni perjuangkan.

Kerajaan Malaysia dari dahulu lagi sering menjaga kebajikan rakyat supaya rakyat di Malaysia tidak berhadapan dengan kesusahan dan kebuluran tanpa mengira parti politik. Tapi Pakatan Haram pulak yang memperjuangkan Negara Kebajikan menyuruh penyokongnya berlapar supaya mendapat keuntungan politik dalam menentang Kerajaan Malaysia.

Gambar dibawah ini menunjukan peserta mogok lapar sedang berlapar atas arahan Pakatan Haram.











Sebahagian daripada kumpulan 18 'pejuang alam sekitar sejati' yang menganjurkan mogok lapar selama 100 jam bermula pukul 8 malam Khamis lalu hari ini dikesan makan tengahari di sebuah hotel dan beberapa restoran berhampiran Dataran Merdeka.

Jurugambar kami berjaya mengesan perbuatan itu sebentar tadi yakni ketika mogok baru sahaja mencecah masuk ke 63 jam.

Menurut jurugambar berkenaan, peserta mogok pada awalnya memperlihatkan kepada orang ramai sekitar dataran bahawa mereka dalam keadaan yang sangat lemah.

Bagaimanapun selepas beberapa ketika, seorang demi seorang mula hilang dari tempat mogok lapar terbabit.

Mengesyaki sesuatu, jurugambar mula menjejaki mereka secara senyap dan akhirnya berjaya menemukan sebahagian peserta yang makan dengan pantas di beberapa kawasan sekitar Dataran Merdeka.

Malah lebih memeranjatkan, sebahagian peserta yang dikatakan merupakan ahli DAP dilihat menerima bungkusan makanan yang dihantar kepada mereka.

Memetik kenyataan penganjur program berkenaan sebelum ini, Tan Woen Tian berkata, mogok lapar selama 100 jam itu sebagai protes terhadap beberapa isu alam sekitar dan kemasyarakatan.

Mogok lapar itu jelas beliau akan berakhir pada detik tengah malam Tahun Baru 2013.

Pesertanya – yang juga akan terdiri daripada remaja dan pesara – hanya akan minum air botol sepanjang tempoh tersebut (petikan Malaysiakini).

Woen Tian berkali-kali menegaskan aspek hanya minum air berkenaan ketika sidang media pada malam pelancaran kempen itu.

Beliau bagaimanapun sama sekali tidak menyentuh mengenai 'aktiviti makan diam-diam' seperti yang ditemui pihak kami hari ini.

Beliau juga tidak sekali pun mengatakan ia adalah kempen 'sepatutnya lapar' tetapi bertegas ia adalah mogok lapar selama 100 jam.

Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat yang sebelum ini bersemangat juga tidak kelihatan di Dataran Merdeka hari ini.

Mogok 'sepatutnya lapar' berkenaan dianjurkan oleh Malaysian Youth Against Public Hazard (MYAPH).


Berikut kronologi penemuan kami;

Gambar utama: Pukul 12.28 – ada peserta menerima bungkusan nasi.

Gambar 2 dan 3: Pukul 12.55 – peserta keluar mencari kuih dan makan sepanjang perjalanan balik ke lokasi mogok lapar.

Gambar 4: Pukul 1.18 – Dua orang Peserta mogok pulang ke hotel.

Gambar 5: Pukul 1.32 – Dua orang peserta mogok lapar makan di restoran berhampiran Masjid Jamek.

Gambar 6: Pukul 1.41 – Seorang lagi peserta mogok lapar datang makan di restoran yang sama.

Sumber : MyNewsHub


McTheory:
Kah kah kah.. lapar la sangat.. tuihh sama muka depa!

Sabtu, 29 Disember 2012

GEMPAR!! Mogok Lapar Lynas, Sanggup Anak Mati Demi Pakatan Haram Jadah!! #KL112



Sayu rasa hati apabila melihat ada manusia yang tidak berhati perut mengheret anak-anak mereka untuk bersama-sama mogok lapar. Bawak anak berdemo dengan menyeksa mereka mereka tidur diluar bukanlah satu benda yang bijak.


Sepatutnya ibubapa perlu membuatkan anak mereka selesa tidur di rumah tapi kerana hasutan dan pemikiran cetek, mereka sanggup biar anak tak mandi semua. Pada Mc jika yang nak datang buat mogok lapar tu, tolong jangan babitkan anak-anak.

Nak jadi bodoh biar sendiri-sendiri. Kesianlah sikit kepada anak-anak tu. Tak ada akal betul. Ini Mc nak kongsi dengan rakyat Malaysia, tahap mentaliti mereka yang terlibat dalam mogok lapar tersebut sebenarnya bukanlah datang daripada golongan pejuang rakyat tetapi mereka sebenarnya adalah golongan manusia yang pentingkan diri sendiri.

Kejam dan tak berhati perut langsung! Rakyat Malaysia nak sokong ke puak-puak yang sanggup seksa anak sendiri? Mereka ini sebenarnya sudah boleh dikatakan sebagai pendera!

Mc sokong kata-kata dari Keris7Lok, memang puak ni bangang, sanggup bunuh anak semata-mata pejuangan politik!

McTheory:
Bangsat betul puak bodoh ni

PANASS!! Demo Mogok Lapar Lynas Bukti Pakatan Makin Teruk!!


Kumpulan Himpunan Hijau anti Lynas meneruskan rancangan mereka untuk mogok lapar di Dataran Merdeka selama 100 jam bermula pada jam 8.00 malam 27 Disember dan dijangka tamat pada 12 tengahari, 1 Januari 2013. Laporan jam 8.00 semalam, mendapati terdapat tidak sampai pun 20 orang yang tiba di ‘tempat kejadian’.

Sebelum itu, kita harus faham bahawa mereka ini hanya mogok lapar tetapi tidak mogok dahaga kerana mereka tidak sanggup mati dalam ‘perjuangan’ ini.

Acara kemuncak mogok ini ialah pada 31 Disember di mana 10,000 kereta dan motorsikal dijangka akan menyertai mereka. Protes dicadangkan bermula di Markas Tarbiyah PAS di Taman Melewar Gombak, seterusnya di Markas PAS Chegar Mendang di Bentong sebelum menuju ke Gebeng. Pemimpin-pemimpin PR juga akan berucap dan berceramah politik bagi memeriahkan lagi protes tersebut.

Mengikut laporan hari ini iaitu 28hb Disember, terdapat lebih kurang 60 orang ahli kumpulan ini telah ‘membanjiri’ Dataran Merdeka setakat ini. Kebanyakannya adalah anak-anak Cina DAP yang sama ada bermasalah memahami bahasa Malaysia atau Inggeris iaitu bahasa yang digunakan dalam laporan kajian pihak berkuasa atom dan nuklear antarabangsa, atau sekadar bermasalah otak lembab untuk memahami fakta sains.

Selain itu, terdapat juga seorang anak Melayu, pendemo tersohor yang malas belajar dan enggan membayar hutang iaitu, Adam Adli. Turut kelihatan ialah seorang dua balaci DAP paling setia dari Unit Amal PAS.

Jika diambil kira S.B dan media, jumlah sebenar yang hadir mungkin hanya sekitar 30 orang sahaja.

Walaupun jumlah ini dijangka meningkat menjelang acara kemuncak, namun ia tetap merupakan satu ‘setback’ atau permulaan yang buruk bagi satu program yang disokong atau lebih tepat didalangi pembangkang dari tiga parti yang cukup terkenal dengan tenaga demonstrasi yang ramai lagi bersemangat waja.

Protes secara mogok lapar jarang dilakukan di Malaysia apatah lagi disertai oleh golongan muda, iaitu semuda 14 tahun, menurut dakwaan pihak penganjur. Oleh itu, kita menjangkakan satu permulaan yang menggegarkan dengan kehadiran ramai penyokong-penyokong pembangkang untuk memberi semangat kepada mereka.

Namun, seperti laporan di atas, protes ini telah bermula dengan hambar sekali sehingga kelihatan agak menggelikan hati. Lebih-lebih lagi jika melihatnya dari segi fakta di mana apa yang diprotes mereka adalah tidak relevan sama sekali kerana Lynas telah terbukti secara saintifik sebagai selamat dan tidak membawa mudarat kepada manusia mahupun alam sekitar.

Hakikatnya, selain dari beberapa orang yang memimpin Himpunan Hijau yang telah diberi peluang mengemukakan hujah di mahkamah dan mendapat maklumat terperinci mengenai Lynas, yang lain-lainnya langsung tidak tahu apa-apa mengenai apa yang diprotes mereka.

Mereka dilihat terkial-kial menjawab soalan mengenai Lynas mahupun radioaktif. Seperti juga hujah ketua mereka yang dibakul-sampahkan oleh mahkamah kerana tidak punya fakta khusus mengenai Lynas melainkan pendapat dan gambaran mengenai kesan radioaktif secara am, begitulah juga jawapan yang diberi oleh peserta protes ini, malah jauh lebih dangkal lagi.

Kerana itulah kita melihat tindakan mereka bermogok lapar atau berjalan kaki dari Kuantan yang dilakukan mereka sebelum ini, sebagai satu tindakan bodoh piang.

Jelas, mereka telah diperbodohkan oleh pembangkang yang terdesak mencari isu sehingga menjadikan Lynas sebagai isu politik. Mereka juga telah diperbodohkan oleh pihak asing yang ingin melihat kerajaan tumbang. Selain itu, mereka juga telah diperbodohkan oleh pihak yang berkepentingan sampingan dari segi perniagaan, dalam memastikan Lynas ditutup. Inikah puak yang merasakan mereka lebih bijak dari orang lain dan bercakap mengenai ‘regime change’?

Dari satu sudut lain pula, hakikat bahawa Lynas amat berpotensi berdaya maju dan diterajui ahli perniagaan professional Melayu yang punya jati diri yang kuat juga, tidak wajar diketepikan. Oleh itu, nisbah kaum dalam Himpunan Hijau yang menunjukkan hampir 100% peserta adalah kaum Cina perlu diambilkira untuk membuktikan adanya sesuatu yang tidak kena dengan agenda sebenar penentangan terhadap Lynas.

Apapun, permulaan protes yang hambar adalah petanda jelas dari rakyat kepada Pakatan Rakyat iaitu demonstrasi untuk memburukkan kerajaan adalah kerja orang-orang bodoh yang dilakukan atas arahan pemimpin-pemimpin yang bodoh juga.

Ini kerana pemimpin yang bijak tidak akan ‘menyiksa’ rakyat berjalan kaki dari jauh, menahan lapar berpanas berhujan dan menghadapi risiko cedera atau tertangkap serta tergadai masa depan semata-mata untuk menang pilihanraya. Sebaliknya, pemimpin yang bijak akan menjaga kawasan politiknya serta negeri jajahannya dengan sebaik mungkin untuk memastikan rakyat mengundi mereka.

Nampaknya, dalam usaha puak-puak bodoh Himpunan Hijau menghancurkan Lynas, Pakatan Rakyat telah pun hancur terlebih dahulu.