Sponsor

Memaparkan catatan dengan label pas bebal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pas bebal. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Disember 2011

KASI PANAS!! SKANDAL JAMIL KHIR MAKAN DUIT ZAKAT!!

Jamil Khir makan duit zakat?

"Tidak timbul isu kononnya wang berjumlah RM32,000 yang didakwa wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman bagi kes Qazaf membabitkan Jawi dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita di sini Khamis 



Patutlah Jamil Khir nafikan.. memang benar bukannya RM32,000 tapi RM63,500.00 telah digunakan.. lihat dokumen yang disertakan..

Rabu, 21 Disember 2011

KASI PANAS!! CHEGU BARD DI TAMPAR PENDUDUK LANGKAWI!!



Mc ambil artikel ni dari blog baru Team Media Kedah, jawapan semula tentang pembohongan Chegu Bard samseng kencing manis..



Bersamaan 17hb Disember 2011, ada program ceramah (pembohongan) PAS telah diadakan di Markas PAS Bayas, Langkawi. Antara penceramahnya adalah :

1) Ust.Azamuddin Taib

2) Ust. Badrul Amin

3) Che gu Bard

Dihadiri lebih kurang 50 orang pengikut tegar dan baki 200 orang adalah pemerhati-pemerhati. (termasuk MKT)


Sebelum ini MKT ada mengulas tentang isi kandungan ceramah (pembohongan) Ustaz Dr. Badrul Amin. Sekarang MKT nak dedahkan pula ketaksuban seorang bekas cikgu (kononnya) iaitu Che gu Bard..

Selasa, 20 Disember 2011

PANAS!! LEPAS USTAZ NASHA DAN HASAN ALI KINI UMNO BELI NIK ABDUH PULAK KA?


Lepas ni gerenti puak Pas kata UMNO dah beli si anak Nik Aziz, Nik Abduh ni pulak. Tak tau la apa yang ada dalam otak puak Pas ni.

Mereka mengaku Pas ni parti Islam. Tapi bila ada yang mahu benar-benar menegakkan Islam, mereka pulaukan sehingga pemimpin itu tercicir dari organisasi parti.

Khamis, 15 Disember 2011

TUDIAA!! PEMUDA PAS NASIHAT JANGAN TINGGAL PAS, PAS PUSAT PULA SURUH KELUAR CEPAT SIKIT!!




Pas sekarang sudah jadi parti politik yang sempurna. Atas, bawah, tepi dan belakang. Semuanya politik. Dalam kes Hasan Ali pun macam tu juga.

Si Pemuda Pas berlakon kononnya sokong Hasan Ali, namun peringkat Pusat pula, Pas seolah lagi suka Hasan Ali keluar Pas. Bak kata orang lagi cepat lagi bagus.

Ahad, 11 Disember 2011

LAA EHH!! RAMAI ORANG PAS BELI UTUSAN HARI NI!!


Hari ni hari dalam sejarah, apabila ramai betul orang Pas beli akhbar Mingguan Malaysia (Utusan edisi minggu).

Mula-mula ingat cerita apa, rupanya depa tertarik dengan cerita Hassan Ali digugurkan. Jika sebelum ni muka puak tegar pembaca Harakah tu hanya jeling-jeling saja pada Utusan. Tapi kali ni mereka bagai terkejut, dan membelek muka depan utusan sambil mengeleng-gelengkan kepala.

Ada yang kata "ishhh biar betui nih".. "awat jadi lagu ni.." .. "Hassan Ali ni baguih apa".. dan pelbagai lagi la bunyi yang Mc dengar.

Rabu, 7 Disember 2011

PANAS!! PENGANUT PAS SAYANGKAN AMBIGA!!



Buang tabiat nak mampus ka apa si Pengasas Haramkah kitab nombor satu orang Pas ni? Tiba-tiba nyatakan perasaan sayangnya pula pada si bekas peguam pejuang Islam murtad.

Ahad, 4 Disember 2011

TUDIAA!! PENDEDAHAN BERANI DARI SEORANG ASKAR FANATIK PAS!!

Perjuangan sebenar Pas..

Saya menulis artikel ini demi menerangkan kepada semua kenapa saya tinggalkan PAS dan menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan rakan saya Nashrul Fazli.Saya menyokong PAS semenjak tahun 1996 semasa menuntut di Universiti Malaya lagi. Nashrul menyokong PAS jauh sebelum itu semenjak di sekolah lagi.

Kami berdua menjadi ahli PAS seumur hidup pada tahun 1997 ketika usia kami 19 tahun. Ingin saya tekankan bahawa tidak seperti majoriti rakyat Malaysia yang menyokong atau mengenali PAS pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, kami berdua sudahpun menjadi ahli PAS semasa PAS cumalah parti kampung dan dijauhi oleh orang Melayu kerana imejnya yang ekstremis.Kami menyokong PAS kerana PAS mengaku Al Quran dan Sunnah sebagai perlembagaanya.

Kami masuk PAS kerana sentiasa percaya bahawa Islam itu Adil. Justeru itu, kami berdua mengikuti usrah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kerana merekalah proksi PAS di kampus. Kami bersungguh-sungguh mahu dikaderkan sebagai ahli PAS malah menarik ramai sahabat kami utk bersama-sama berjuang di dalam PAS.

Beberapa siri tamrin dijalankan oleh PMIUM dan kami istiqomah mengikutinya. Kemuncaknya adalah sebuah Tamrin Panjang (TAMPAN) selama 1 minggu yang telah lama kami tunggu2 kerana ia umpama graduasi bagi anak-anak usrah elit yang terpilih menjadi kader PAS. Kami tahu bahawa tamrin terakhir ini akan brutal dan telah bersiap sedia dari segi mental untuknya berbanding dengan rakan2 kami lain yg mengalami kejutan budaya. Kami redha menerimanya sebagai sebahagian dari proses pendidikan kami sebagai ahli jamaah. Namun betapa pun kami bersedia, kami tetap terkejut! Kerana apa yg kami sangka Islam yang adil, cantik dan indah sebenarnya telah bertukar wajah menjadi Islam yg zalim, ekstremis dan mendedahkan wajah PAS yg sebenar.

Panel2 yg datang memberikan ceramah kepada kami adalah bukan calang2 orangnya seperti Arwah Ustz Fadhil Noor (Bekas Presiden PAS), Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden sekarang, pada ketika itu Timbalan Presiden), Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), Allahyarham Bunyamin Yaakob, Ustz Siddiq Noor, Ustz Azizan (MB Kedah skrg), Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi. Kami dilayan seperti banduan. Hak asasi kami dirampas. Kami diajar perkara2 yg salah! Mana2 ibubapa yg melihat keadaan kami pada ketika itu akan mengalirkan air mata darah. Kami dilarang tidur sepanjang kursus itu (kekadang hanya 1 jam tidur sehari saja), dilarang mandi selama 1 minggu, diberikan makanan- makanan yang cukup daif (yang paling tidak dapat kami lupakan nasi kosong tanpa lauk dan air teh tawar. Akhirnya kami tuangkan air teh itu ke dalam nasi demi memberikan rasa sedikit pada nasi kosong itu).

Kami diberikan tekanan mental (mental torture) dan brain wash setiap masa agar menyokong PAS. Kami didoktrinkan utk menyokong PAS dan jika tiba masanya utk rela mati demi PAS. Pelajaran tidak penting, yg penting hanyalah perjuangan serta kemenangan Islam (read PAS). Ketaatan yg paling utama adalah kepada Presiden PAS (Amir Jamaah) dan bukan kepada Yang Dipertuan Agong malah ibubapa sekalipun.

Malah kami masih ingat dgn jelas bagaimana seorang pemimpin utama PAS sekarang (nama saya rahsiakan, contact personal kalau nak tahu) dengan jelas telah mengatakan bahawa, “Islam ditegakkan dengan dua cara, dengan pedang atau demokrasi. Perjuangan PAS pada ketika ini adalah melalui demokrasi. Jika Pas gagal, maka PAS akan mengangkat senjata! Jika sekiranya saat itu (angkat senjata) tiba, adakah tuan2 semua bersama dengan kami?” Kami yg sedang mabuk dgn candu PAS bertakbir dan kata kami akan bersama angkat senjata!

Sambung Baca Sini

Khamis, 1 Disember 2011

KASI GEGAR!! HARAKAH BAKAL GULUNG TIKAR!!!




Artikel dan kajian ini menunjukkan impak yang jelas serta penolakkan pembaca internet terhadap portal dan kitab nombor satu Pas itu semakin merudum rankingnya. Walau apa pun alasan yang diberi, mengikut kajian yang dibuat. Haramkahdaily sudah kehilangan hampir 100,000 pembaca sehari.

Isnin, 28 November 2011

TUDIAAA!! HABIS LA UMNO, AHLI PAS YANG TERBARU DAHSYAT!! TAPI SIAPA?

Yang ni ka? Bukan la.. ini penjilat tegar Anwar..

Yang ni ka? bukannnn.. ini profesor gila..

Yang ni? Bukan juga.. ini dah lama kena reject..

Yang ni? Ishh.. lagi la bukan, ini musuh ketat Anwar ni..

Laaa.. habis tu, siapa ahli Pas yang boleh menganggu gugatkan UMNO? Mat Sabu? Bob Lokman? Atau Mahfuz?

Nak tau?


Sabtu, 19 November 2011

Panas!! UMNO Rasuah!!



Sebut saja UMNO, rasuah. Sebut UMNO saja, rasuah. Apa Pas tak pernah rasuah ka? Pas baik sangat ka? Dap dengan Pkr tu maksum? Rasanya Pakatan punya kes rasuah pun jenuh juga ceritanya.

Hari ni Mc berjalan jauh, dari Penang sampailah Alor Setar. Singgah makan dan berehat kat kedai-kedai tepi jalan. Bila lepak kedai kopi, macam2 la kita boleh dengar. Tambahan pula kalau kedai kopi tu dipenuhi dengan puak-puak Pas.

Dari cerita kerajaan bagi rm100 (khas untuk budak sekolah), sampai la cerita duit rm500. Semuanya kutuk, takdak satu pun puji atau kata kerajaan baik. Mula-mula Mc dengar saja la. Lepas tu malas nak layan, Mc buka akhbar Utusan baca depan puak-puak tu.

Puak-puak tu tengok Mc macam nak makan! Dari jauh dengar puak-puak ni dok kata hishh.. UMNO rasuah! Mc sabar saja. Bila masa nak bayar, Mc pun tanya salah sorang dari pakcik-pakcik tadi. Betui ka UMNO rasuah?

Pakcik tu dengan semangat balas balik. "Ya la, UMNO rasuah" Mc tanya lagi, "apa yang rasuah?"
Dia kata macam-macam, hampir kata semua rasuah!
Mc senyum.. Pakcik tadi sambung, "UMNO makan duit rakyat". Kemudian, Mc tanya dia dengan baik, "betui ka UMNO makan duit rakyat?"
Dia mengangguk dengan semangat.

Lepas tu Mc bagi soalan cepumas. "Akhbar Utusan ni UMNO punyakan?" Pakcik tadi mengangguk.
"Harakah ni Pas punya kan?" Dia angguk lagi.
"Cuba tengok harakah helaian dia berapa keping, dan Utusan pula berapa keping, kemudian bandingkan harganya pula".
Kat situ pun kita tau siapa yang suka makan duit rakyat! Mc bagi buah penamat.

Untuk makluman semua harakah Pas ni harga dia rm2.00. Tapi helaian dia berapa belas helai saja. Nak dibandingkan dengan Utusan, yang beratus helaian tetapi harga cuma rm1.50, helaian besar lagi. Jadi kat situ pun kita dah nampak, harakah memang untuk perah duit saja. Dah la berita tulis syok sendiri, kena bayaq mahai pula tu.

Sambung cerita, Mc pun berlalu meninggalkan pakcik tadi bersama akhbar Utusan dan Harakah, sambil dia terpinga-pinga membelek kedua-dua akhbar tersebut.

Insyallah jika dia mempunyai akal, dia akan memahami apa yang Mc kata.

McTheory:
Kat situ pun kita tau, sapa yang suka perah duit rakyat!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Isnin, 7 November 2011

Panas!! Jangan lupa undi Pas tau!!



He he he.. Apabila politik dah jadi agama. Nak serah daging korban pun jadi politik juga.

Ceritanya macam ni, Mc berkunjung ke sebuah rumah teman rapat Mc. Dia ni orang kuat Pas. Gambar Nik Aziz dan bendera Pas tu memang jadi hiasan tetap kat dinding rumahnya ni.
Namun ukhwah sesama Islam dan persahabatan diantara kami tak pernah hilang. Namun kalau bertekak bab politik tu, boleh terbang juga la meja dan kerusi. He he..biasa la orang Kedah ni gurau kasar.

Raya-raya macam ni la kita nak berkunjung jumpa rakan-rakan lama. Sedang kami berbual rancak diluar rumah dan membalut rokok. Tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti dihadapan rumahnya. Muncul seorang yang berpakaian t-shirt putih berkopiah, turun membawa beg plastik hitam.

Dari jauh orang tersebut memberi salam, kawan Mc pun menyambut orang itu dengan mesra dan bersalaman. Mc cuma memerhatikan gerak geri mereka dari jauh. Selepas itu orang tersebut memberikan plastik beg tersebut kepada kawan Mc dan berkata,

"daging korban ni Pas yang bagi, jangan lupa undi Pas nanti!!"

Orang itu kata dengan kuat dan jelas. Mereka bersalaman lagi sekali dan orang tersebut turut mengangkat tangan kepada Mc.

Mc menyambutnya dengan mengangkat tangan kembali dan tersenyum.

Dalam hati berkata, "pehh.. Bagi daging korban pun politik ka?"

Adehh.. Tu la penyakit masyarakat kita sekarang. Politik, politik, politik. Sampai bagi daging korban pun politik! Parahh.. Parahh..


McTheory:
Pas paling kritikal bab politik ni..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ahad, 6 November 2011

KASI PANAS!! Nik Aziz memang kaki putar belit ayat Al-Quran!!


Ni la yang dimaksudkan mengunakan Islam sebagai senjata politik. Bagi yang faham politik dan agama, pasti tidak akan sesat. Tapi bagi yang baru nak mendekati Islam.. pasti akan terpedaya dengan Nik Aziz dan kata-katanya itu..


McTheory:
cukup-cukuplah tu menyesatkan orang..

Sabtu, 5 November 2011

PANAS!! Apa Mahfuz Akan sertai Pesta Seks Bebas??



Bukan dia sertai, tapi dia memang gila seks pun..

Apa agak si Mahfuz ni merepek? Kalau takdak bantahan BN akan biarkan? Pas cuba nak tutup kesalahan sendiri dengan menyalahkan orang lain. Mereka puak Pas tak mempunyai teloq yang cukup untuk membantah Seksualiti Merdeka, mereka menuding jari kepada BN pula.

Jika ada laporan polis mengenai hal ini, sudah tentunya Polis akan bertindak menghalang penganjur dari meneruskan pesta seks buih bebas tahap dewa ni.

Kerajaan BN tidak pernah menyokong atau mengeluarkan permit kepada penganjur, jadi apa maksud Mahfuz kerajaan BN menyokong?

Jika penganjur bertindak degil memingkari undang2, pihak polis akan menjalankan tugas mereka untuk menghalang pesta seks terbabit.

Sabtu, 22 Oktober 2011

KASI HANGGIT 18SX!!!! VIDEO SUAMI TORON BINI KOT BELAKANG




Meliwat isteri tidak termasuk sebagai kesalahan hudud didalam Enakmen Hudud & Qisas 2002 yang digubal oleh Kerajaan PAS.

Itu yang teman kemukakan semasa berbahas didalam Dewan Rakyat sebentar tadi. Kenyataan itu menyebabkan ada kalangan Ahli Parlimen pembangkang menjadi histerikal, menjerit racau memaki hamun saperti orang kehilangan aqal.

Teringat teman peristiwa dimana pimpinan kafir Quraisy mengarahkan anak buah masing-masing supaya membuat bising ketika Rasulullah saw membaca Al Quran! Teringat teman kisah Nabi saw dibaling batu oleh kafir Taif sehingga cedera berdarah hanya kerana membawa risalah kebenaran! Kebenaran itu memang pahit untuk ditelan, terutama oleh kaum kafir, musyrik dan munafik. Berdoalah supaya kita semua tidak termasuk golongan menentang kebenaran ini!

Yang teman pelik, dema nak marah pasal apa yop? Sedangkan itulah kenyataannya, itulah hakikatnya, itulah faktanya.

Didalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002, iaitu Enakmen No. 4 Tahun 2002 bertarikh 02.09.2002, tercatat jelas di Seksyen 14:

"Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan diantara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau diantara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan diluar tabii iaitu melalui dubur".
Sudah terang bersuluh pula. Cukup jelas daripada peruntukkan ini bahawa "bermain" melalui dubur isteri sendiri TIDAK termasuk sebagai kesalahan HUDUD didalam Enakmen Hudud & Qisas PAS!!Persoalannya ialah, mengapa bermain "dubur" isteri tidak termasuk kesalahan hudud PAS?

Sedangkan liwat melalui dubur ini adalah satu kesalahan hudud, samada dubur lelaki, dubur perempuan, termasuk dubur pondan, mahupun dubur isteri (samada dubur isteri sendiri, dubur isteri kawan, mahupun dubur isteri orang lain), dubur pemandu, dubur pembantu, dubur pekerja, dubur pembancuh kopi, malah dubur sesiapa pun. Asal main melalui "dubur", ianya adalah satu kesalahan hudud! Kenapa PAS membezakan bermain dubur isteri sebagai bukan satu kesalahan hudud?

Jadi kat mana yang salah kenyataan teman tu yop? Itu adalah peruntukkan enakmen undang-undang hudud yang dibuat oleh PAS sendiri. Bukan teman reka atau rekayarsa. Malahan peruntukkan yang sama terkandung didalam deraf cadangan rang undang-undang Jenayah (Hudud & Qisas) yang dibawa oleh Kerajaan PAS semasa menjadi Kerajaan di Terengganu. Walaupun menerima bantahan yang hebat ketika bahas, rang undang-undang itu diluluskan juga oleh Kerajaan PAS.

Apa tujuan teman dedahkan perkara ini? Kerana teman sedang membawa bahas usul supaya janganlah ada pihak yang mempermainkan hukum ALLAH, menulis hukum sendiri dan memanggilnya hukum ALLAH! Persoalannya adakah benar enakmen PAS itu adalah hukum daripada ALLAH, undang-undang Islam yang sebenarnya?-

YB DATUK ZULKIFLI NOORDIN




PMK
TORON MENORON AMALAN PAS

Jumaat, 21 Oktober 2011

BIAQ BETUI!! Hudud Pas Boleh Liwat Isteri? geng Anwar memang suka!!


Dok kata dah, puak ni buat hudu syok sendiri. Bukan nak buat hudud Islam, tapi buat hudud Pas. Memang Pas makin gila. Apa nak jadi pada puak ni. Sahih Anwar yang bagi kebenaran liwat isteri tu.. senang sikit nak bau kunyit. rosak, rosak.

McTheory:
Tu la terjadi bila Islam di politikkan..

Rabu, 19 Oktober 2011

HENTAM SAMPAI HANGGIT!! DAP LARANG PAS SERTAI PERHIMPUNAN SEJUTA UMAT







EMAIL DIBAWAH PMK AMBIK DARI GELOMBANG RAKYAT


SEORANG AJK PEMUDA PAS GOMBAK TELAH MENYATAKAN KETIDAKPUASAN HATI BELIAU ATAS LARANGAN DARIPADA PEMIMPIN TERTINGGI PAS DARI MENYERTAI PERHIMPUNAN SEJUTA UMAT.


SEKALI LAGI PAS DIHIMPIT OLEH CANGKAMAN DAP SUPAYA AHLI AHLI PAS TIDAK BOLEH MENYERTAI PERHIMPUNAN TERSEBUT..PAS SANGUP MENGHANCURKAN UMAT ISLAM SENDIRI DEMI UNDI DAN SOKONGAN KEKASIH SEBANTALNYA..DAP TERNYATA TAKUT DENGAN KEKUATAN PERHIMPUNAN SEJUTA UMAT.. 




"Apa salahnya jika kami menyertai Perhimpunan Sejuta Umat ini? Bukankah Perhimpunan ini bakal mengumpulkan seberapa ramai Umat Islam di Negara ini? Bukankah Himpunan ini bakal menyaksikan kekuatan dan kekebalan Islam?

Kenapa setiapkali bercakap soal tindakan dan penganjuran yang membawa kepada kekuatan Islam dicantas pihak Pemimpin Atasan Pakatan? Tak kisahlah jika ada di kalangan Pemimpin UMNO atau Parti2 lawan yang lain sertai sekalipun, apa salahnya?

Yang salah kita tetap kritik. Takkan yang membawa kebaikan kita harus maki juga? Ana lihat Gabungan Pakatan ini seolah2 semakin takut dengan sebarang tindakan perlaksanaan mahupun penganjuran program2 yang membawa kekuatan Islam. Apa yang ditakutkan sangat dengan DAP? Sebelum ini di Negeri ana di Kedah bila hendak melarang Pusat Hiburan beroperasi pada bulan Ramadhan, dilarang juga. DAP Kedah marah.

PANAS! Confirm Pas Sokong Islam Murtad!!


Dengan penolakkan untuk tidak menyertai HIMPUN (Perhimpunan Sejuta Umat) Pas secara automatiknya mengumum dirinya sebagai penyokong kepada umat Islam yang murtad!

Kita tahu kenapa Pas taknak sertai perhimpunan ini. Demi sepakatan politik dan takut taiko Dap marah, Pas rela melihat umat Islam murtad dari hilang rakan yang sememangnya kafir.

Apa nak jadi dengan Pas gamaknya ye?

Kepada Umat Islam di Malaysia, Mc seru supaya kita menolak parti bertopengkan Islam ini, kerana kita jangan terpedaya dengan pemakaian jubah, serban atau kopiah yang dipakai. Itu hanyalah satu topeng untuk meraih sokongan politik.

Mereka ini bukan pejuang Islam, tapi mengunakan Islam untuk kepentingan politik.

Kini dengan hal ini, jelas dan memang terbukti Pas persendakan Islam.

Sepatutnya mereka ini di ajar cara orang Islam bekerja dan bertindak.

McTheory:
Boleh berdosa umat Islam beri undi pada Pas..

Selasa, 18 Oktober 2011

PANAS!! Pas dah Lama Umum Menyokong Melayu Islam Murtad!!


Makin hari makin pelik dengan Pas. Kalau dulu Pas la jagoan Islam di Malaysia, segala isu berbangkit mengenai Islam dan Melayu, Pas akan tampil kehadapan, berbanding UMNO yang agak lembab dalam bertindak.

Isu murtad merupakan isu paling besar dan amat mengemparkan seluruh umat Islam di Malaysia, namun Pas seakan tidak menyambut isu ini sebagai isu nasional, Pas mengambarkan isu ni sebagai isu politik dan menganggap ia tidak berkepentingan dalam isu ini.

Apakah Pas takut untuk berhimpun bersama-sama dengan umat Islam lain atas kerana ingin menjaga perjanjian politiknya bersama Dap? Dap akan memarahi Pas, jika cuba menjadi juara kepada Islam?

Apa motif pejuangan Pas sekarang?

Pejuangkan Islam, atau pejuangkan Dap?

Isnin, 10 Oktober 2011

HUDUD!! Siapa yang berbohong? Guan Eng atau Nik Aziz?



DAP mengulangi amarannya semua 30 anggota jawatankuasa tertinggi parti itu akan meletakkan jawatan jika hukum hudud mahu dilaksanakan di negara ini kerana tidak mahu dicap sebagai
pemimpin tidak bertanggungjawab kerana membenarkan undang-undang jenayah Islam itu dilaksanakan.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, berkata parti itu tetap dengan pendiriannya menolak pelaksanaan hukum hudud jika pakatan pembangkang berjaya menguasai Kerajaan Persekutuan kerana ia tiada dalam manifesto bersama pakatan itu dan tidak disebut dalam Buku Jingga yang telah dipersetujui.

“Kalau boleh buktikan bahawa kita nak laksanakan hudud sama ada dalam manifesto bersama atau Buku Jingga, ini menunjukkan pemimpin DAP tidak menjalankan tugas kerana kita cakap masuk Putrajaya bukan nak melaksanakan hudud, kita akan bertanggungjawab meletakkan jawatan sebagai pemimpin dalam DAP, bukan saya saja, tetapi semua 30 jawatankuasa kepimpinan tertinggi DAP untuk menunjukkan kita bertanggungjawab.

“Kita bekerjasama (dengan PAS dan PKR) atas prinsip yang dipersetujui bersama iaitu lawan rasuah, lawan penyalahgunaan kuasa, lawan UMNO/BN,” katanya merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Perak Ke-16 di sini semalam.

Sabtu, 8 Oktober 2011

MAMPUIH! Pas dah Mula Panas dengan MCA??


Satu artikel khas di Haramkahdaily yang kononnya seorang warga cina di facebook memaki hamun MCA sebagai sebuah parti yang tidak menjaga kaum cina. Kononnya selama MCA wujud di Malaysia ni, MCA langsung tidak pernah berbuat baik keatas kebajikan kaum cina.

Artikel ini hanyalah satu propa dan skrip yang di tulis sendiri dari pihak editor haramkah. Kalau bukan propa, tentu cina yang dok maki hamun MCA tu buta mata buta hati dan buta perut.

Tidak semua kaum cina menolak MCA, tapi mereka lebih menyokong Dap. Kerana perjuangan MCA hanya menjaga kebajikan kaum cina dan cuba memperolehi segala kebaikkan di Malaysia sebagai wakil kaum cina.

Mereka memilih Dap kerana Dap mampu berbuat sesuatu yang lebih dari MCA.

MCA salah satu komponen BN yang diterajui oleh UMNO. UMNO tetap pengerusi BN dan MCA tetap dibawah UMNO. Maknanya UMNO tetap ketua pada MCA. Segala dalam bidang pentadbiran, UMNO tetap paling berpengaruh untuk menentukan segala hala tuju dan perbincangan dengan semua wakil kaum lain. Tetapi UMNO tetap di atas. Kalau dari segi kerusi parlimen pun, UMNO tetap menang banyak dari MCA, MIC dan parti komponen BN yang lain.

Itu yang menjadikan UMNO pengerusi BN.