Memaparkan catatan dengan label pas dan umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pas dan umno. Papar semua catatan
Isnin, 28 April 2014
HOT!! Gambar Menarik Tan Sri Muhyiddin bersama Tok Guru Nik Aziz!
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam meluangkan masa kira-kira 40 minit melawat bekas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Muhyiddin tiba jam 4.40 petang dan mengadakan pertemuan secara tertutup di rumah Nik Aziz sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur jam 5.25 petang
Sejuk mata memandang bila melihat dua pemimpin Islam tersohor negara bersama macam ni. Bukan harap bersatu, cuma boleh bekerjasama dan kurangkan politik sesama melayu Islam. Insyallah kita akan jadi lebih kuat.
McTheory:
Pas dengan UMNO agamanya tetap Islam.. takdak beza pun..
Ahad, 22 September 2013
HOT! Pas sedia bekerjasama dengan UMNO?
Pas nak bekerjasama dengan UMNO bila dijemput? Kenyataan yang kelakar tahap dewa ni. Apa yang Pas mahukan? Tak sudah-sudah spin politik!
PAS sedia bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika PAS dipelawa, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya, PAS boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin PAS dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.
Beliau berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.
"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum di Pokok Sena, dekat Alor Setar hari ini.
Abdul Hadi berkata jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, PAS akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan Al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas.
"PAS pernah membuka pintu mengajak Umno bermuzakarah pada 1980-an dengan berdasarkan perkara-perkara berkenaan," katanya.
Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor sebagai berkata kerjasama antara Umno dan PAS untuk menyatukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara mustahil.
Mengenai cadangan Dewan Ulama PAS supaya tahaluf siyasi (kerjasama politik) antara parti itu dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang dikaji semula, Abdul Hadi berkata Dewan Ulama PAS berhak mengemukakan usul ke muktamar PAS akhir tahun ini yang kemudian akan dibawa ke sebuah jawatankuasa untuk ditapis.
"Terpulang kepada Dewan Ulama PAS, bukan hak kita dan jawatankuasa usul akan melihatnya. Kadang-kadang usul ini tak perlu dibahas tetapi diselesaikan secara peringkat dalaman parti," katanya.
- Bernama
Isnin, 25 Februari 2013
PANASS!! Bilik Gerakan BN Diserang Pemimpin Pas!! #TukarKedah
![]() |
| Sekadar hiasan |
Pemuda UMNO/BN telah diserang oleh pemimpin Pas Sik. Mereka juga telah ceroboh kawasan Bilik Gerakan BN PDM Chemara. Disebabkan hal kecil sebegini, Pemimpin Pas yang bernama Cikgu Azizan telah membawa samseng Pas untuk menyerang Bilik Gerakan BN.
Untuk detail cerita, boleh baca kat report polis kat atas.
Ini bukan kali pertama bilik gerakan BN diserang. Sebelum ni, di Sik juga, Ketua Cawangan UMNO dipukul oleh sekumpulan pemuda Pas kerana melarang mereka memacak bendera Pas dipagar cawangan UMNO.
Tindakan memasang bendera Pas dipagar cawangan UMNO adalah tindakan BIADAP!
Mungkin, Pas Sik agak tertekan sekarang ni, kerana sokongan rakyat Sik terhadap Pas semakin menurun malah tiap-tiap hari ada ahli Pas meninggalkan parti songsang tersebut.
Kalau keadaan ini berterusan, Mc percaya Parlimen Sik dalam gengaman UMNO. Sebab ahli parlimen Sik pun macam tak wujud. Baik tukar saja bagi kat orang lain pula. heh..
McTheory:
Dulu kalah pun sebab geng sendiri yang kerat!.. hmm
Sabtu, 18 Ogos 2012
TUDIAA!! Depa Kutip Artis Tak Laku, Kita Terbaik Di Persada Ulama Dunia!!
Depa lani dok kutip artis suam-suam kuku yang tak laku. Sementara kita dimartabatkan oleh Ulama di seluruh dunia. Antara dua darjat!!
Sabtu, 14 Julai 2012
TUDIAA!! Budak UMNO di HINA Lumat!! #PasCelaka

Tertarik dengan gambar anak kecil ini mengunakan bendera UMNO sebagai alas untuk mengayakan diri dalam keadaan sedang bersolat. Pisau Kedah ambil gambar ini dari Aktivis UMNO Pekan Naka.
Pelbagai komen yang telah di berikan oleh cybertroper otak hijau bagaikan menjadi satu kesalahan dengan gambar yang di paparkan ini sehinggakan bermacam kejian yang telah di lemparkan
Lihat bertapa dangkalnya memberi komen sehingga mengatakan orang UMNO ini celaka, hanya kerana gambar yang di paparkan. Siap menuduh bila jadi anak dara, ajar buat maksiat, bila dah dewasa ajar menentang hukum Allah.
Apakah dengan komen yang di beri mencerminkan cybertroper otak hijau ini memperjuangkan Islam ?
Kita jangan lupa Allah S.W.T itu maha mengetahui akan umatnya. Kenapa terlalu cepat menghukum tanpa ada bukti, apa akan terjadi kepada masa depan kanak-kanak yang di keji itu. Sedangkan anak orang PAS pun belum tentu sempurna kesemuanya menjadi seorang muslim yang baik.

Cuba lihat gambar diatas ini, cybertropper otak hijau tak pulak menghina? sedangkan bendera parti juga di gunakan sebagai alas untuk bersolat.
Nampak sangat cybertroper otak hijau ini lebih pentingkan parti dari Islam. Kalau budak tadi dituduh bila besar buat maksiat, bagaimana pula dengan yang tua-tua ni? Bila besar jadi apa? Dajal? heh.. nak hukum orang memang sennag, tapi cuba cermin diri sendiri dulu boleh?
Team Media Kedah
Sabtu, 24 September 2011
PELIK TAPI BENAR! Banner Pas Sambut DS Najib di Gopeng Perak?
Kalau DS Najib turun padang, selalunya banner-banner UMNO yang selalu kelihatan untuk mengalu-alukan kedatangan beliau. Belum pernah Mc lihat banner Pas mengalukan kedatangan DS Najib kekawasan mereka. Ini merupakan contoh yang terbaik pernah Mc lihat dari Pas. Walau berbeza ideologi politik, namun kita satu Agama dan satu bangsa. Masih ada harapan untuk kita bersatu.
Pemimpin bawahan Pas kebanyakkannya menyokong penyatuan Islam dan Melayu. Namun disebabkan keengganan oleh pihak atasan Pas yang lebih mementingkan kuasa dari penyatuan ummah. Jadi harapan untuk melihat Melayu Islam bersatu, musnah!
McTheory:
Bersatu kita lebih teguh..
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)







