Sponsor

Memaparkan catatan dengan label pas kedah gila. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pas kedah gila. Papar semua catatan

Ahad, 21 April 2013

PANASS!! Isteri Calon Pas Seleweng Duit Pusat Pengajian? #TukarKedah #SaveKedah


dokumen sulit

Panas panas panas.. di tangan Mc ada satu dokumen lengkap tentang penyelewengan di sebuah institusi pendidikan milik kerajaan negeri dimana setiap tahun menerima dana yang banyak dari kerajaan negeri.

Dokumen "SULIT" audit dalaman ini diserahkan kepada Mc selepas penamaan calon semalam. Orang yang memberikan kepada Mc ini mahu perkara ini didedahkan dengan kadar "SEGERA" supaya rakyat dapat menilai sendiri perangai pemimpin pemimpin Pas.

Menariknya kesemua orang orang penting dalam institusi pendidikan ini adalah pemuda Pas, ahli keluarga calon Pas dan isteri isteri pemimpin Pas. Kiranya, angkut kroni jaga tempat ni, memang lingkup la jadinya.

Kandungan dokumen ini juga menunjukkan terdapat banyak penyelewengan dalam urusan kewangan. Terdapat 39 voucher bayaran yang dikeluarkan cukup meragukan sehingga orang yang bertanggungjawab GAGAL untuk menjelaskan kemana perginya wang tersebut.

Dokumen ini masih dalam kajian TMK, dan akan didedahkan sepenuhnya bila siasatan terperinci siap. Jadi kepada calon calon Pas yang bertanding tu JAGA JAGA rahsia anda ditangan kami!

Apa la malang Pas Kedah boleh pilih orang yang bermasalah jadi calon? he he he..

McTheory:
siapa kata Pas tak pandai napotisme dan seleweng?

Rabu, 16 Januari 2013

PANASS!! Video Cikgu Non Kata Pas Kedah Jual Surau dan Balak Untuk Kroni?


Video Cikgu Non Bekas Ahli Pas Negeri Kedah yang cukup popular menghentam Pas dan membocorkan kisah Pas rembat tabung memali.

Isnin, 10 Disember 2012

EKSKLUSIF!! Pas Kedah ZALIM Berkenaan Mengila Tebang Balak!! - YB @TajudinSik


Kehadiran Mantan Perdana Menteri, Ayahnda Tun Mahathir ke Sik telah menyuntik semangat kepada ahli UMNO Sik supaya memberi sokongan padu kepada calon yang dipilih oleh kepimpinan parti untuk menghadapi PRU 13 ini.

Sebelum memberi ucapan di dewan IKM Sik, Ayahnda Tun Mahathir telah di bawa Ketua UMNO Bahagian Sik, YB Datuk Tajudin Abdullah ke kampung Landai yang terletak di Gulau, Sik untuk melihat kezaliman yang telah di lakukan Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS kepada penduduk di kampung tersebut.



Akibat pembalakan yang di lakukan oleh  Kerajaan Negeri tidak terkawal, penduduk di kampung berkenaan terpaksa berhadapan dengan satu masalah besar apabila jambatan yang baru di bina belum pun sebulan, melalui peruntukan Kerajaan Pusat telah runtuh setelah kayu-kayu balak dan sisa-sisa pembalakan yang di lakukan Kerajaan Negeri telah merempuh jambatan ketika banjir baru-baru ini.

Jambatan berkenaan merupakan satu-satunya jalan di gunakan penduduk kampung untuk ke jalan utama yang terletak di seberang sungai.

Rata-rata penduduk kampung berkenaan merasa bimbang dengan permasalahan yang sedang mereka hadapi kerana anak-anak mereka yang bakal mulakan persekolahan tidak lama lagi, terpaksa melalui jambatan yang rosak teruk untuk ke sekolah.

Lebih membimbangkan penduduk kampung berkenaan apabila berlaku kematian kerana kesukaran penduduk kampung untuk mengusung jenazah ke kubur yang terletak di seberang sungai .

Justeru dari permasalahan yang di hadapi penduduk kampung, Adun Belantik, Tajudin Abdullah meminta Kerajaan Negeri mengambil sikap bertanggungjawab ke atas kezaliman yang telah di lakukan mereka terhadap rakyat. - Media Kedah

Video YB Datuk Tajudin perli Pas Kedah boleh tengok kat bawah ni,


McTheory:
Pas Kedah cari duit dengan tebang balak saja.. yang lain mana depa tau!

Rabu, 21 November 2012

PANASS!! Video Shaikh Faisol Mendedahkan Penipuan Minit Mesyuarat Yang Di Lakukan Pihak KUIN!! #TukarKedah

Shaikh Faisol mendedahkan perbuatan jahat Pas!

Shaikh Faisol ini adalah kontraktor yang menang kes tuntut hutang keatas KUIN sebanyak 1.5juta. Disebabkan kes tersebutlah, pihak KUIN mempalsukan minit mesyuarat dan surat akaun bersumpah. Memang teruk la KUIN ni, nama saja Islam, tapi perangai macam kafir!

Sebelum ini Mc bersama Team Media Kedah (TMK) mendedahkan bagaimana Rektor KUIN kesayangan Azizan Razak telah melakukan jenayah besar apabila memalsukan Minit Mesyuarat Palsu sebagai bahan bukti bagi mengelak KUIN membayar saman yang di kenakan syarikat kontraktor penyediaan perkhidmatan, Shake Cuisine SDN BHD. Untuk baca artikel semalam boleh klik SINI

Sebagai bukti Minit Mesyuarat berkenaan di palsukan, sahabat Mc dalam TMK, Duke Of UMNO telah mendedahkan bukti kukuh bahawa Minit Mesyuarat yang di gunakan KUIN bagi mengelak membayar saman yang di kenakan syarikat Shake Cuisine adalah arahan dari Rektor kesayangan Azizan Razak, Jamil Osman.

Rentetan dari pendedahan fasa pertama isu KUIN sebentar tadi, tidak dapat tidak, aku perlu mendedahkan satu faktor yang membuktikan Rektor kesayangan PAS Kedah telah menipu dan cuba memalukan institusi pengajian Islam itu...

Dalam kes ini, Setiausaha Kanan Rektor sendiri telah membuat "statutory declaration" atau pengakuan bersumpah yang mengakui bahawa minit mesyuarat tersebut SENGAJA DIPALSUKAN di atas arahan Datuk Dr. Jamil Osman melalui Timbalan Rektornya, Prof Madya Zakaria Man.

Sebenarnya, aku terkejut bila baca pengakuan bersumpah SU Rektor tu, Kamaliah Osman. Nampaknya Kamaliah enggan bersubahat dalam agenda pembohongan Jamil yang jelas menzalimi hak Shake Cuisine. Mungkin dia tak mau makan duit haram...

Jamil sendiri yang tandatangan minit mesyuarat tu. Tergamak dia buat dosa kering begitu? Rektor sebuah universiti "Islam" di Kedah pulak tu! Tak malu ke dia buat lagu tu? Kalau tak malu dengan masyarakat, malulah sikit pada Allah...



Aku nak tanya Azizan, kenapa dia renew kontrak perkhidmatan PEMBOHONG BESAR di dalam sebuah universiti "Islam" yang begitu harum namanya di zaman BN?

Kenapa perlu PAS Kedah simpan seorang penyeleweng seperti itu untuk memimpin KUIN, sebuah universiti yang dibangga-banggakan rakyat Kedah suatu ketika dulu di awal penubuhannya?

Pada aku, Azizan perlu memecat Jamil serta merta! Tiada tempat untuk insan sebegitu di KUIN. Kalau Azizan tak pecat Jamil, maka Azizan perlu bertanggungjawab bagi semua kesalahan Jamil dan dia sendiri perlu meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Tapi kalau Azizan dan Jamil muka tembok, muka tak malu, maka depa boleh terus menjawat jawatan MB merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN dan Rektor universiti tersebut. Nama KUIN perlu dibersihkan segera dari orang-orang sebegini.

Azizan sepatutnya buat kerja cara Islam! Bukan cara "agama PAS PIS PUS"..!!!


McTheory:
Mengelupoq lagi Pas lepas nih..

Khamis, 18 Oktober 2012

PANASS!! Serang SUK dan KCS! Pas Kedah Alami Penyakit Mental!! #TukarKedah

lembu Pas sedang berdemo

Sedar atau tidak di Kedah sekarang sedang berlaku satu krisis pentadbiran yang cukup kronik. Pas negeri itu sudah mula menentang secara berdepan dengan Perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS).

Tidak pernah dalam sejarah cemerlang dan terbilang lebih 100 tahunnya, KCS diperlakukan sebegini buruk - lebih buruk daripada episod penyapu di Selangor dulu.
Dikatakan, krisis KCS dengan bekas MB Kedah, Tan Sri Sanusi Junid dulu pun tidak seberat ini.

Pas kini amat bimbang sangat dengan KCS yang terlalu profesional, mengikut buku dan tidak mendengar cakap mereka. Pas merasakan KCS perlu dijinakkan menjelang pilihan raya umum ini.

Masanya bagi Pas sudah terlalu suntuk.

Oleh itu Suk Kedah (ss atau setiausaha kerajaan negeri), Datuk Rasli Basir perlu dijatuhkan.

Jika Suk enggan turun, maka beliau perlu dipaksa turun. Jika itu pun gagal, Pas rasa satu rampasan kuasa perlu dilakukan.

Oleh itu, Pemberontakan harus dijalankan sekarang.

Perlu diingat dalam konteks KCS kedah, ia terletak di bawah Istana Kedah atau Tuanku al-Sultan Kedah selaku Yang di-Petuan Agong, sepenuhnya.

SUK sekarang baru sahaja disambung perkhimatan selama setahun lagi dari jun 2012 sehingga jun 2013 oleh Tuanku al-Sultan (bukanya oleh MB Azizan Razak!).

Dalam erti kata mudah pegawai- pegawai KCS merupakan anak-anak peliharaan Tuanku Sultan. Seluruh rakyat Kedah amat memahami “hubungan sunyi” itu. Persoalanya adakah pas dan konco-konconya tidak atau tidak mahu memahaminya?

Bagi orang Melayu melanggar perintah, arahan, pekenan sultan dan raja-raja merupakan penderhakaan.

Episod drama Pas ini bermula ekoran keputusan KCS menukar DO (pegawai Daerah) Kubang Pasu yang juga menjalankan tugas YDP Majlis Daerah Kubang Pasu, Ahmad Fisol Md. Nor, berkuat kuasa 1 Oktober lalu. Tempat Fisol, sebaliknya diambil alih oleh DO Kuala Muda (tiada status YDP) Datuk Abdul Aziz Abdul Ghani

Isu itu diambil kesempatan oleh kerajaan Pas Kedah dengan mengunakan ahli-ahli Majlis Kubang Pasu terdiri daripada pengikut tegar pakatan Rakyat yang dikepalai Pas, untuk memberontak.

Lebih malang pemberontakan ke atas SUK dan KCS ini sekarang diperluaskan ke seluruh negeri. Puak puak yang mahu menjatuhkan SUK cuba mengadu-dombakan keadaan.

Pas tidak mahu DO Fisol ditukar. Saya tidak pasti permainan siapakah ini, namun jom kita lihat susur galur kepada krisis ini.

Suk mengatakan tindakanya menukarkan DO Fisol ke Kuala Muda sebagai sah setelah mendapat pekenan Sultan dan mengikut undang-undang. Sebaliknya Do Kuala Muda, Abdul Aziz ditukar kepada Kubang Pasu juga sah. Ia merupakan satu proses pentadbiran yang biasa.

Pejabat Menteri Besar membantahnya. Tapi mengapa MB dan Exco-exconya terlalu membantah?

Sebenarnya isu disebaliknya ialah juga berhubung kait dengan salah seorang Exco Kedah, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan pelaburan Perumahan kerja Raya Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah yang bercita cita mahu menjadi MB mengantikan Azizan yang asyik uzur.

Amiruddin juga mahu mematikan terus pengaruh salah seorng lagi Exco YB Phahrolrazi Zawawi selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Yang merupakan persaingnya untuk jawatan MB. Difahamkan Phahrolrazi disukai oleh Suk.

Amiruddin cuba mempengaruhi MB yang uzur, yang tidak dapat menerima keputusan al-Tuanku Sultan Kedah menyambung kontrak Suk selama satu tahun.

Calon Suk yang mereka idamkan bukan Suk sekarang kerana bukan Pak Turut mereka, tetapi adalah pegawai Kewangan negeri, Datuk Wira Mohd. Puat Mohd. Ali seorang pegawai lebih junior berbanding pegawai-pegawai kanan termasuk pengarah tanah Negeri dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri yang baru bersara, Datuk Bashirudin.

Alasanya mudah kerana cita-cita mereka boleh dilaksanakan melalui pusat.

Mereka juga mahu Fisol kekal di Kubang Pasu dengan jawatan sebagai DO dan YDP. Difahamkan isteri Fisol pula ialah anak saudara kepada isteri Puat. Puat pula ialah sepupu MB Azizan.

Saya sungguh pening dengan hubungan anak beranak ini. Adakah unsur nepotisme juga memainkan peranan?

Sebagai SUK, Puat juga dikatakan boleh mewarnakan KCS selari dengan politik Pas lebih-lebih lagi diambang PRU13 ini.

Kumpulan ini, diperkuatkan dengan penglibatan beberapa pegawai persekutuan yang dikatakan bermuka Pas dan mentafsir semua peraturan, norma dan undang-undang, selari dengan kehendak kerajaan Pas demi kelansungan hidupnya.

Dalam kes pertukaran Do Kubang Pasu, Penasihat Undang-undang gagal menasihatkan secara betul berhubung penafsiran Akta 171 PBT 1976 dalam pelantikan Yang Dipertuan (YDP) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan dibaca bersekali dengan keputusan majlisNegara Kerajaan Tempatan (MNKT) berhubung YDP yang menjadi amalan seluruh Malaysia.

Di bawah Akta 171 itu, pertukaran ke jawatan Yang Dipertua majlis Daerah Kubang Pasu tidak perlu dibuat terlebih dahulu untuk mendapat kelulusan kerajaan negeri.

Penasihat undang-undang dikatakan gagal menasihatkan kerajaan berhubung ada kuasa-kuasa SUK yang tidak boleh disentuh yang menjadi amalan selama ini.

Beliau tidak bersama SUK sebab tiada untung, tetapi selesa bersama MB, YB Amiruddin dan Puat bagi maksud yang tersirat untuk menjatuhkan SUK.

Puat, YB Amiruddin dan Penasihat undang undang mengangap KCS bukan sahabatnya sebab dilihat sebagai bukan penyokong Pas.

Berikutan daripada itu, pada 3 Oktober lalu mesyuarat Exco memutuskan seperti berikut

Membatalkan pertukaran DO Ahmad Fisol dengan melantik semula Ahmad Fisol sebagai YDP dan DO Kubang Pasu. Ini jelas berlawanan dengan ketetapanyang diputuskan oleh MNKT kerana Ahmad Fisol bukan lagi YDP dan DO kubang Pasu.

Melarang Suk daripada membuat pertukaran pegawai-pegawai KCS sehingga PRU 13 dan melarang SUK daripada mendatangani memo pertukaran.

Melaksanakan keputusan itu secepat munkin.

Dengan Keputusan ini mereka mengisytiharkan peperangan ke atas institusi KCS yang berpaksikan Tuanku Sultan.

Seluruh rakyat Kedah khasnya, dan rakyat Malaysia amnya, sedang menyaksikan satu krisis pentadbiran yang sangat gawat.

Kita tidak pasti sampai bila peperangan ini akan berakhir, perlu diingat sejarah KCS selama lebih 100 tahun cukup unik dan sepatutnya dipelihara selama lamanya.

Kita berharap puak puak Pas yang baru mendapat bunga ini, tidak menjahanamkan KCS!