Memaparkan catatan dengan label pas kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pas kelantan. Papar semua catatan
Khamis, 10 Oktober 2013
INFO! Nak Pinjam RM2Billion? Muka tak malu wehh..
Cadangan kerajaan Kelantan untuk meminjam sebanyak RM 2 billion dari kerajaan persekutuan bagi menyelesaikan masalah air di negeri tersebut, benar-benar telah memalukan Pakatan Rakyat dan parti-parti komponennya.
Dalam masa yang sama, mengesahkan dengan sendirinya bahawa Kelantan telah gagal menguruskan masalah air di negeri tersebut, tak seperti yang cuba dinafikan banyak kali oleh pemimpin negeri PAS sebelum ini.
Tak payah UMNO susah-susah mencanang ke seluruh Kelantan, kerajaan negeri itu sendiri telah mengesahkan sendiri kegagalan menyelesaikan masalah air ini adalah datang daripada mereka.
Belum lagi disebutkan bagaimana PAS dan media rasminya Harakah membalun kerajaan persekutuan hampir setiap masa, sekarang mereka nak minta pinjam wang dengan kerajaan persekutuan pula.
Dimana maruah?
Sebetulnya aku tak percaya pemimpin PAS tidak mampu memikirkan jalan untuk menyelesaikan masalah air di negeri tersebut, selain dari minta pinjam wang dengan kerajaan persekutuan.
Mesti ada jalan lain, takkan cara senang dengan pinjam wang? Ini bukan kali pertama pula tu, dulu pun dah bagi pinjam dah RM 600 juta, bagaimana wang itu dibelanjakan, sekarang nak mintak pinjam lagi? Macam mana PAS nak jawab soalan itu?
Aku simpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah bersusah payah mempromosikan kehebatan pimpinan Pakatan Rakyat ini dengan begitu agresif sekali, tapi diakhirnya semua itu musnah dengan tindakan oleh kerajaan negeri Kelantan.
Tidak hairan kenapa PAS menjadi parti yang paling corot prestasinya dalam PRU13 yang lepas apabila sekadar menang di 21 kerusi parlimen (berbanding 23 kerusi pada 2008), selain Kedah yang baru ditadbir sepenggal, jatuh ke tangan BN semula.
DUN Kelantan sendiri menyaksikan kekurangan kerusi yang dimiliki PAS berbanding 2008. dengan UMNO menambah 6 kerusi DUN lagi.
Semua ini berlaku kerana ada kelemahan-kelemahan macam ini yang terlepas pandang oleh pimpinan PAS Kelantan. Aku yakin kalau pengumuman nak meminjam dari kerajaan persekutuan ini dibuat sebelum PRU13, pasti PAS akan tewas di negeri tersebut.
Justeru, jangan tambah lagi masalah yang sedia ada dengan membuat pinjaman dari kerajaan persekutuan. Batalkan sahaja cadangan tersebut dan tumpukan kepada mengumpul sumber-sumber yang banyak di Kelantan itu untuk dapatkan nilai RM 2 billion tersebut.
Bukan banyak mana sangat pun.
Kebimbangan yang lagi satu ialah UMNO (kalau setuju bagi pinjam pun), akan gunakan hasil pendapatan negara dari perniagaan judi, lumba kuda, lesen kedai ekor dan sebagainya untuk membiayai pinjaman tersebut. Nak ke PAS wang dari sumber-sumber yang selama ini haram pada mereka?- Negara Pakatan Rakyat
Ahad, 30 Disember 2012
PANASS!! Video Pendedahan Skandal Tanah Dan Balak Pas Kelantan!!
Video ini mendedahkan bagaimana kerajaan Pas Kelantan mengadai tanah air dan balak mereka kepada pihak luar. Inilah yang terjadi apabila Kerajaan Islam terlalu lemah, semuanya harus digadaikan!
Silap-silap tanah air pun puak ni gadai pada pihak luar, sebab tak mampu nak tadbir negeri. Jauhkanlah dari puak ni tadbir Malaysia, sebab nanti takut Malaysia pulak yang digadaikan oleh mereka!
Selasa, 15 Mei 2012
TUDIAA!! Mat Sabu di Kelantan, KALAH Kepada Hasan Ali? #saveKelantan
Ramai pemimpin PAS masih berpendapat Kelantan adalah tiang seri pengarang jantung hati PAS, rakyatnya setia sehidup semati kekal bersama PAS dan kebangkitan semula pengaruh UMNO serta pemimpinnya walau secuit pun tidak mampu menggugat keteguhan sokongan rakayt Kelantan kepada Nik Aziz selaku pemimpin PAS tersohor.
Itu kata pemimpin PAS yang saban hari aktif dengan dakyah mendokrinkan khalayak umum melalui ceramah politik siang malam tanpa henti dan dek kerana yakin dokrin tersebut telah mendarah daging dalam jiwa raga umat, mereka menjadi takbur dan lupa diri bahawa pembalikan hati dan fikiran manusia tetap juga di dalam kekuasaan Allah s.w.t.
Ambil contoh dua peristiwa berikut yang berlaku hanya dalam jangka waktu lebih sebulan sahaja. Perbandingan kedua-duanya membuktikan tak selamanya PAS berupaya mengongkong pemikiran rakyat Kelantan khususnya penyokong mereka sendiri.
Pada 12 Mei 2012 lepas bertempat di Pasir Puteh Kelantan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan Ali dalam siri jelajah roadshownya berjaya menarik perhatian lebih 3,000 orang hadirin yang turut dihadiri oleh ramai penyokong dan ahli PAS Pasir Puteh.
Sekalipun banner dan poster pemberitahuan majlis banyak yang ghaib tiba-tiba dua tiga hari sebelum majlis berlangsung, namun majlis tetap berjalan dengan jayanya.
Berbeza sekali dengan majlis ceramah yang di hadiri Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang suatu ketika dulu biasanya mampu menggamit perhatian tidak kurang empat lima ribu pendengar pada satu-satu majlis, namun akhir-akhir ini penampilan Mat Sabu dan ramai pemimpin PAS semakin suram sambutannya dari kalangan rakyat Kelantan.
Misalnya pada 29 Mac 2012 lepas, Mat Sabu dan beberapa pemimpin Pas Pasir Puteh telah mengadakan ceramah perdana di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh namun kehadirannya agak mendukacitakan. Kehadiran pendengar boleh dikira dengan jari hanya 30 orang saja yang hadir.
Agak jarang sebenarnya kehadiran khalayak di majlis ceramah PAS Kelantan kurang daripada seratus orang, kecuali di negeri-negeri kubu kuat UMNO sahaja pernah berlaku sedemikian.
Malah di saat Nik Aziz sedang melalui zaman gelapnya sekarang inipun masih lagi dapat tarik perhatian sekurang-kurangnya 5,000 pendengar berbanding minima lebih 10,000 orang tiap kali berceramah sebelum ini, tapi Mat Sabu dah berjaya memecahkan rekod sebagai pemimpin kanan PAS yang pertama terpaksa berceramah di hadapan 30 orang sahaja pendengar. Malu... Malu..
Jauh bezanya antara 3,000 dengan 30 orang. Satu malapetaka besar untuk PAS Kelantan di saat-saat menjelangnya pilihanraya umum ke 13. Ini semua tanda-tanda pengaruh PAS kian merudum dan bakal berhadapan cabaran paling gentir dalam sejarah pilihanraya di Kelantan.
Satu dua perkara yang perlu kita sedari, tanda-tanda kemerosotan sokongan rakyat kepada PAS Kelantan semakin ketara semenjak kemenangan nyawa-nyawa ikan PAS dalam PRK Manek Urai beberapa tahun lalu diikuti dengan gelombang merah di PRK Galas yang menyaksikan PAS jatuh terbungkam kira-kira lebih setahun setengah yang lepas.
Dan apa yang terjadi pada majlis penerangan PAS di Pasir Puteh Kelantan pada Mac lepas hanyalah lanjutan kepada proses kemerosotan yang sedang dialami oleh PAS Kelantan tika ini. Jika ia berterusan tentu saja akan bertukar menjadi malapetaka untuk PAS dan Nik Aziz.
Tidak mustahil dalam PRU akan datang, keputusan pilihanraya umum yang selama ini memihak kepada PAS Kelantan mungkin akan berubah. Kalaupun PAS masih kekal memerintah barangkali ia hanya mengulangi peristiwa gentir 2004 yang menyaksikan kerajaan PAS Kelantan memerintah negeri dalam keadaan nyawa dihujung tanduk.
Sumber: Beruang Biru
Sabtu, 3 Mac 2012
FUYOHH!! Pas Jeli SAYANG DS NAJIB!!
Macam tak percaya pulak bila Mc tengok banner nih. Sejak bila pulak Pas sanggup buat banner macam ni untuk sambut DS Najib.. ini dah kira dahsyat nih.
Rabu, 28 Disember 2011
TUDIAA!! DISEBABKAN NIK AZIZ REMAJA BERZINA DALAM MASJID TANDAS??
Dunia makin teruk, makin merapu..di sebabkan Pakatan Haram. maka dah ada yang jadi imam mahadi, nabi melayu pun dah wujud.. adehh.. ni kisah remaja berzina dalam tandas masjid pulak. Orang sibuk nak sembahyang, dua ekor ni sibuk nak menyundal. Malahan ia terjadi di negeri yang di gelar Serambi Mekah pulak tu.
Khamis, 1 Disember 2011
TAHNIAH NIK AZIZ KERANA MENJADI JUARA TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT!!
![]() |
| sekadar hiasan.. |
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat diselar kerana gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin apabila negeri itu menjadi 'juara' dengan mencatat jumlah pesakit HIV paling ramai bagi tempoh tiga tahun berturut-turut.
Perwakilan Kelantan, Che Hanuni Che Ali yang juga Ketua Puteri UMNO Bachok, berkata Nik Aziz perlu bertanggungjawab dan jangan hanya pandai meletakkan kesalahan pada pihak lain.
“Untuk pengetahuan bukan saja pada 2010 Kelantan menjadi juara HIV, malah pada 2008 dan 2009 anugerah juara itu juga dipegang Kelantan.
“Seperti biasa, sebagaimana yang kita kenal, perangai pemimpin dan penyokong PAS, mereka akan melemparkan keburukan itu kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Isnin, 28 November 2011
PANAS!! KERAJAAN PAS KELANTAN TAK KISAH KALAU RAKYATNYA MATI PUN!!
Pas ni sebenarnya tak faham, kenapa UMNO dan media massa bising sangat pasal isu air ni. Apa yang dorang fikir hanyalah politik, politik dan politik.
Pas Kelantan langsung tak peduli kesihatan rakyat, bahawa air yang mereka bekalkan kepada rakyat selama ini mempunyai berbagai penyakit.
Dorang nak kisah apa, sebab YB-YB Pas ni boleh pakai water filter (penapis air) untuk kegunaan di rumah. Namun macam mana pulak dengan rakyat-rakyat Kelantan yang lain, yang tidak mampu memasang penapis air yang berharga beribu-ribu ringgit tu?
Jumaat, 25 November 2011
KASI PANAS!! DISKO 'GOYANG' INUL DI KELATE!!
Siapa kata di Kota Bharu Bandar Raya Islam tiada disko? Siapa kata Kerajaan PAS Kelantan berjaya menyelamatkan adik-adik kita dari terbiak di dalam budaya kuning? Agen Johnson tak kata.
Baru-baru ini Agen Johnson baru selesai operasi Disko-Dut di Kota Bharu Bandar Raya Islam. Agen Johnson meredah 3 pusat hiburan, dua darinya menghidangkan minuman keras dan satu darinya beroperasi sehingga subuh. Semuanya di Kota Bharu Bandar Raya Islam. Semuanya dirakamkan dengan bukti, tarikh dan waktunya sekali.
Khamis, 24 November 2011
PANAS!! Nik Aziz Sedia Mengikut DS Najib..
![]() |
| marah benor nampak Pok Nik? |
KOTA BAHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju agar pembubaran Dewan Undangan Negeri dibuat bersekali dengan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan secara serentak di seluruh negara.
Bercakap kepada pemberita di sini pada Rabu, beliau berkata banyak masalah akan timbul jika pembubaran Parlimen dan negeri dibuat berasingan.
Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata tiada keperluan bagi Kelantan untuk mengadakan pilihan raya berasingan dengan pilihan raya umum.
"Ini kerana jika Kelantan berbuat demikian ia memberi peluang kepada pihak parti lawan memberi tumpuan kepada negeri ini," katanya.
Rabu, 23 November 2011
GEMPAR!! Nik Aziz Punca Gigi Orang Kelantan Rongak!!
RAMAI yang mungkin tidak sedar. Selain tercemar dengan kandungan logam berat yang melebihi paras dibenarkan, air di Kelantan juga menjadi faktor masalah kereputan gigi dan gigi berlubang di negeri itu. Ia berikutan kurangnya sebatian fluorida dalam bekalan air.
Maklumat ini bukan andaian tetapi fakta yang tidak dapat disanggah. Gejala kereputan gigi ini disebabkan hanya lima daripada 29 loji rawatan milik Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang mempunyai sistem pemfluoridaan atau 17.9 peratus.
Kelima-lima loji itu pula sering berdepan masalah penyelenggaraan, akhirnya menyebabkan ketiadaan fluorida dalam air terawat kepada orang ramai. Ia pencapaian terendah berbanding negeri lain di Malaysia yang mana kebanyakannya hampir mencecah 100 peratus.
Ahad, 20 November 2011
GEMPARR!!! VIRUS SARUNG TETEK MENYERANG NEGERI KELANTAN
Air disahkan tercemar bakteria E.coli
Uji kaji makmal terhadap sampel air di Kelantan pada setiap tahun oleh Kementerian Kesihatan bukan saja mendapati ia mengandungi logam-logam berat malah bakteria berbahaya termasuk E.coli.
Lebih membimbangkan, E.coli turut ditemui dalam sampel air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).
Penemuan E.coli itu dalam sampel air dari Kelantan dikesan dalam uji kaji yang dijalankan kementerian itu dari 2008 hingga 2010.
Laporan Bilangan dan Peratusan E.coli dan Logam Berat Bagi Air Terawat dan Air Mentah Mengikut Daerah Negeri Kelantan 2008-2010 yang dibekalkan kepada Mingguan Malaysia oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.
Perlu ditegaskan bahawa kerajaan dan juga standard antarabangsa menetapkan bahawa bekalan air terawat mestilah bebas daripada bakteria E.coli.
Ini kerana, E.coli sangat berisiko kepada kesihatan manusia iaitu boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam, najis berdarah dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang membawa maut.
Sepanjang tahun lalu sahaja, 11 kes pencemaran E.coli membabitkan air AKSB direkodkan kementerian di Tanah Merah, diikuti Jeli (lapan kes), manakala Pasir Puteh dan Kuala Krai masing-masing dengan tujuh kes.
Beberapa syarikat pengendali air negeri lain memberitahu Mingguan Malaysia, pencemaran bakteria E.coli dalam air terawat iaitu air yang telah melalui loji rawatan, selalunya berpunca daripada kekurangan klorin.
Bagi kes kandungan E.coli dalam air mentah pula, pada 2010 Pasir Puteh mencatat peratusan kes tertinggi iaitu 17.31 peratus, diikuti Gua Musang (16.67 peratus) dan Tanah Merah (11.97 peratus).
Kehadiran banyak bakteria itu dalam sumber air mentah yang digunakan rakyat Kelantan dipercayai berpunca daripada ketiadaan sistem tangki septik (najis) yang sistematik di negeri itu sejak sekian lama dan ia merangkumi keseluruhan daerah termasuk Kota Bharu.
Disebabkan ketiadaan sistem tersebut dan kesukaran mendapat air terawat, kebanyakan masyarakat Kelantan menggali perigi pada jarak rata-rata kurang 50 meter dari tangki najis rumah masing-masing, menyebabkan berlaku serapan bakteria melalui air bawah tanah.
Dalam laporannya, kementerian turut mengesan pencemaran logam berat dan bakteria berbahaya tidak hanya terhad kepada air mentah dari sumber perigi, telaga tiub dan sungai semata-mata, tetapi turut merangkumi air yang dibekalkan AKSB.
Ancaman utama sekali lagi membabitkan mangan, arsenik serta bakteria e-coli disebabkan kegagalan AKSB mematuhi piawaian rawatan air selain kadar liputan air terawat kepada isi rumah Kelantan yang cukup rendah, iaitu hanya 57 peratus daripada 1.54 juta penduduk.
Dalam pada itu, pencemaran mangan dalam air mentah, hanya Bachok dan Tumpat yang bebas daripada pencemaran logam berkenaan untuk tempoh 2008 hingga 2010.
Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli dikesan mempunyai kandungan mangan melebihi piawaian dengan Kuala Krai mencatat pencemaran tertinggi sejak 2009.
Pencemaran mangan dalam air terawat yang dibekalkan AKSB juga tidak banyak bezanya apabila hanya empat daripada 10 daerah yang bebas pencemaran iaitu Machang, Bachok, Pasir Mas serta Pasir Puteh dan kawasan paling teruk tercemar adalah Kota Bharu.
Berbeza dengan ujian oleh Mingguan Malaysia bagi pencemaran arsenik untuk tahun ini, kementerian hanya mengesan pencemaran logam itu pada 2010 melibatkan air mentah dengan kawasan paling teruk juga di Kota Bharu
KESIAN RAKYAT KELANTAN,ANDA DITIPU SUDAH BERPULUH PULUH TAHUN OLEH KERAJAAN PAS,DALAM MASA 20TAHUN TU TIADA LANGSUNG PENAMBAHBAIKAN UNTUK SISTEM AIR TERAWAT.NAK MINUM AIR BERSIH TERPAKSA GUNA AIR PERIGI,AIR HUJAN.KALAU NAK HARAP AIR PAIP TU LEBIH TERUK WARNA DARI SUNGAI GOMBAK
APA APA PUN PMK UCAPKAN TAHNIAH KEPADA RAKYAT KELANTAN SEKARANG SUDAH MEMBUKA MATA MELIHAT SENDIRI PENIPUAN KERAJAAN PAS DALAM MENGURUS TADBIR NEGERI KELANTAN SEHINGGA BEKALAN AIR BERSIH SAMPAI SEKARANG BELUM DAPAT DINIKMATI OLEH SEMUA RAKYAT KELANTAN
TERBARU PULAK PENCEMARAN VIRUS SARUNG TETEK(HEHEHE) JENIS E-COLI TERDAPAT DALAM AIR YANG DIBEKALKAN OLEH AKSB KEPADA RAKYAT KELANTAN.VIRUS INI BOLEH MENYEBABKAN CIRIT BIRIT,MUNTAH,DEMAM,NAJIS BERDARAH DAN BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN.
JUSTERU DIINGATKAN SUPAYA RAKYAT KELANTAN BERHATI HATI DENGAN WABAK VIRUS INI..KANG TAK PASAL2 KENA MINUM AIR GUNA SARUNG TETEK SEBAGAI PENAPIS..
PMK
SARUNG TETEK TU BUKAN E COLI YE,SAJA UNTUK PENAMBAH PERISA
Rabu, 19 Oktober 2011
TUDIAA LAA!! Defisit 83 juta, Tahniah Pas Kelantan, Tahniah Nik Aziz!!
![]() |
| kesiann.. kesiann kan.. |
Patutla Nik Aziz makan nasi bungkus sahaja sebab Kelantan menanggung hutang yang terus meningkat.
Belanjawan Negeri Kelantan 2012 yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri pada Selasa, menyaksikan kadar defisit bagi tahun depan terus bertambah yang dijangka meningkat berjumlah RM83.23 juta berbanding RM53.25 juta pada belanjawan tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa yang menjadi orang kepercayaan Pok Nik ketika membentangkan belanjawan penuh hutang itu
Jadi untuk mengelak daripada rakyat Kelantan meyalahkan MB Kelantan dalam gagal menguruskan negeri Kelantan dengan baik maka Pok Nik akan buat perkara-perkara yang mendatangkan simpati rakyat Kelantan.
Hanya satu soalan untuk Pok Nik mana nak cari RM83.23 Juta untuk menampung perbelanjaan tahun depan.
Sumber artikel Mc ambil dari SINI.
Macam mana Mat Sabu kata Kelantan diantara negeri yang paling bagus ekonominya? Dia dok berceramah menipu sana-sini. Lagi satu, kalau orang tanya, kenapa kerajaan Kelantan hutang banyak? Mereka akan jawab, kerajaan pusat tak bagi duit royalti. Sebab tu kerajaan negeri hutang berlambak-lambak.
Royalti sudah diserahkan kepada rakyat Kelantan melalui agensi yang dilantik oleh kerajaan pusat. 20 juta kalau tak salah Mc, disalurkan ke Kelantan.
Kerajaan Pusat agak susah mempercayai Kerajaan Kelantan, takut wang yang diperuntukan kepada rakyat itu akan habis digunakan dalam pentadbiran atau dimasukkan dalam tabung PRU pula.
Pasal hutang pulak, nampak sangat Pok Nik tak pandai tadbir negeri. Kerajaan Pas Kelantan gagal dalam pentadbiran. Kalau mereka tuduh pasal royalti, negeri lain ada royalti ke? takdak royalti pun tak teruk hutangnya macam Kelantan.
Kerajaan Pas Kelantan dah tak relevan lagi, patut tukar saja!
McTheory:
yang tua tu patut sedar2 la diri..
Sabtu, 8 Oktober 2011
HANGAT!! Gambar Pelik Tapi Benar di Kelantan!!
Kedai jual minuman keras di Kelantan. Siapa kata Kelantan tak ada kedai arak? Katanya untuk orang bukan Islam. Namun apa yang peliknya, kedai arak signboardnya siap ada tulisan jawi tu. Untuk mengalakkan orang Islam minum arak ke? hehe..
McTheory:
Pelik tapi benar..
Khamis, 6 Oktober 2011
TUDIAA!! Sekolah Cina Kena Tindas Di Kelantan!!
![]() |
| klik untuk baca |
Pemuda MCA akan menubuhkan satu pasukan yang sah disisi undang-undang bagi mempertahankan SJKC Kai Chih di Pasir Puteh, Kelantan, jika sekolah itu dibawa ke mahkamah kerana mengadakan sambutan 'Mid-Autumn' iaitu pesta tanglung di kawasan sekolah tanpa permit.
Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh telah mengeluarkan notis ke sekolah tersebut pada 18 September 2011. Pihak sekolah itu diberikan masa selama tiga hari untuk memberi surat tunjuk sebab.
Kesalahan itu yang mungkin didakwa di bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 yang mana jika disabitkan kesalahan ia membawa kepada hukuman denda maksimum RM20,000, penjara lima tahun atau kedua-duanya.
Seperti yang dijelaskan, Sekolah tersebut hanya mengadakan sambutan perayaan budaya cina iaitu 'Pesta Tanglung' pada 15 September 2011. Dr Wee yang juga menjawat Timbalan Menteri Pelajaran, berkata sambutan itu bukan satu hiburan maka ia tidak relevan disaman oleh pihak PTJPP.
Dari sudut Kerajaan Negeri Kelantan, Setiausaha PAS Kelantan Takiyuddin Hassan berkata ia tertakluk di bawah Enakmen Hiburan negeri 1998, tiada sebarang bentuk hiburan yang dibenarkan pada setiap petang Khamis sebagai tanda menghormati waktu Solat Jumaat.
Sambung baca SINI.
Kata sama rata? Takkan la hal sebegini pun tak boleh nak tolak ansur? Inikah Pakatan Rakyat? heh..
McTheory:
Kerajaan Pas Kelantan cakap tak serupa bikin lor..
Selasa, 4 Oktober 2011
KASI PANAS!! Cakap Banyak! Nik Aziz Patut Selesaikan Masalah Air Kelantan Dulu!!
KUALA LUMPUR 3 Okt – Dalam hiruk pikuk kerajaan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakan hudud di Kelantan, ramai pihak tertanya-tanya apakah beliau selaku Menteri Besar telah melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat negeri itu dari pelbagai sudut termasuklah soal fardhu kifayah.
Masalah air bersih yang berlarutan hingga ke hari ini yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Kelantan, masalah kebersihan dan pelbagai masalah sosial lain yang dituturkan menyebabkan kesungguhan Nik Aziz dalam soal hudud menimbulkan persoalan.
Memang betul dan sememangnya diakui Hukum Hudud adalah yang termaktub di dalam Al-Quran dan sebagai umat Islam, perkara itu harus ditaati dan dilaksanakan.
Rabu, 2 Mac 2011
NIK AZIZ MEMANG HEBAT!! MELAKA KALAH DENGAN KELANTAN!! PUKUL HABIS!
Jarang-jarang ketua sebuah negeri hendak mengaku negerinya kalah dengan negeri lain. Tapi lain pulak cerita dengan Ketua Menteri melaka Datuk Seri Ali Rustam yang mengaku kalah satu perkara dengan Kelantan.
Katanya, Melaka kalah dengan Kelantan dari segi gejala sosial, terutamanya yang berkaitan dengan mengandung luar nikah.
Apa bukti? Menurut beliau, buktinya, di Sekolah Harapan yang didirikan oleh kerajaan Melaka ada enam orang kelantan berbanding hanya dua orang Melaka.
“Bab itu Melaka kalah dengan Kelantan, dan saya mengaku,”katanya sambil senyum sinis semasa menghadiri program kesenian di rumah Penghulu Md Natar di Merlimau Pasir petang Ahad.
Sebab itu kata, Ali Rustam beliau ajak PAS debat mengenai Sekolah Harapan ini.
“Saya dah ajak sebelum ini, tapi mereka diam, nanti selepas pilihanraya ini saya akan ajak lagi, kita debat terbuka pilih mana TV yang dia nak, TV3 boleh TV1 boleh, saya tak ada masalah,” katanya.
Sekolah Harapan”, adalah sekolah khas untuk pelajar yang mengandung luar nikah dan dikelolakan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Sekolah yang mendapat peruntukan RM500,000 setahun dari kerajaan negeri itu bagi membolehkan pelajar yang mengandung luar nikah meneruskan pengajian mereka dengan jagaan khas dan mengelakkan kes-kes pembuangan bayi.
18 kejayaan Melaka dan kegagalan Kelantan
Sebut bab Melaka gagal ini, ahli Dewan Negara asal Melaka Senator Akbar Ali ada pandangan lain, beliau dalam satu tulisan khas mendedahkan 18 perkara yang dijadikan perbandingan antara kejayaan Melaka dan kegagalan Kelantan.
“Soal penagih dadah, sekali lagi kita kalah dengan Kelantan, berdasarkan statistik tahun 2009, bilangan penagih dadah di Melaka adalah 327 orang manakala Kelantan 1902 orang,”kata beliau.
Menurut beliau semua sumber yang menjadi angkubah ini sahih kerana diambil dari sumber rasmi.
“Kelantan bukan sahaja tercicir dari segi ekonomi, tetapi sebagai Serambi Mekah yang digahkan, ia terus bergelumang dengan kemelut gejala sosial,” katanya.
Antara yang diukur adalah kadar kemiskinan di mana 0.5 peratus berbanding Kelantan 4.8 peratus.
Kadar pendapatan isi rumah, Melaka RM4,184 manakala Kelantan RM2,536. Hasil kutipan Kastam, Melaka RM1.6 bilion sedangkan Kelantan hanya RM37.3 juta.
Selain itu, penceraian di kalangan umat Islam pula di Melaka 923 pasangan, di Kelantan 2,478 berdasarkan statistik tahun 2009.
Keseluruhan jenayah tahun 2010 Melaka 5,967 berbanding Kelantan 7,900. Kelahiran anak tak sah taraf, Melaka 1,077, manakala Kelantan 1,221.
Berdasarkan semua fakta itu, Akbar Ali, menyeru ahli PAS agar melakukan tranformasi kerana kata beliau, Allah SWT tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya sendiri.
Agenda Daily
P/s: Hebatnya Kelantan.. ish ishh... tak sangka pulak ye..
Mctheory:
N.ajis punya pukulan.. dahsyat nih..
Rabu, 27 Januari 2010
PAS KELANTAN DAN PAS PERAK MULA HARU BIRU, CARI IDEA MENIPU!

Mc agak Pas sekarang ni tak keruan lagi. Blogger penjilat Pas pun dah orang tak percaya, nak ceramah sekarang ni, mana nak laku lagi. Pemimpin Pas pun dah tak boleh cari makan dengan ceramah. Asyik ceramah ulang-ulang, sapa tak bosan. Lama-lama boleh muntah. Sekarang ni, Pas asyik kena serang dengan pelbagai isu. Paling teruk si Pok Nik dan Nizar KKK.
Pas Perak dan Pas Kelantan memang haru-biru. Pas Perak, si Nizar dah sapu bersih segala yang boleh di Perak, sampai boleh jadi jutawan, tambah lagi dengan suapan Dap, bertambah kaya la dia, nak baca klik sini. Pas Kelantan pula dengan kes balak, salah guna kuasa, PMBK dan menantu hantu Pok Nik. Sekarang ni tambah pula dengan kes baru. Beli kek sampai beratus ribu, nak baca klik sini.
Tiba-tiba, dalam portal lidah bercabang Pas tadi, haramkahdaily, beritahu bahawa Pas Perak nak buat sembahyang hajat sebab kes royalty dan kes menteri besar Perak yang Nizar idamkan sangat tu. Mc bukan nak marah, Pas nak buat sembahyang hajat, tapi tetiba je nak buat. Sembahyang kes royalty dengan MB Perak ke, sembahyang hajat tolak bala nak menimpa. Yelahh.. habis semua rahsia dah bocor. Mana boleh tahan, rakyat pun dah tahu perangai Pas yang sebenar. Baru kalut nak sembahyang. Biasala resam manusia.
Selama ni pemimpin Pas Kelantan dengan Pas Perak dok sibuk hal dunia. Sapu bersih apa saja depan mata. Pantang jumpa, semuanya dia nak ketuk. Bila dah rasa susah, mula la nak sembahyang. Nak berlakon la kononnya baik. Piirahh.. rakyat dah tahu la. Orang Pas ni memang pandai menipu. Berlakon, menipu, fitnah dan ceramah. Kalau takdak semua tu, bukan Pas la tu.
Si Husam pula, dok sibuk nak bagitau kata kemiskinan di Kelantan dah turun dari biasa. Kononnya dari 4.1 peratus pada 2008 berbanding 7.2 peratus pada 2007 dan 10.4 (2004) kadar kemiskinan dah menurun, berbanding 0.3 peratus lebih tinggi daripada purata kadar kemiskinan peringkat negara iaitu 3.8 peratus. Si Husam ni nak beritahu, Kelantan dah kurang kadar kemiskinan.
Mc nak bagitau pula. Malaysia antara negara contoh yang membasmikan kemiskinan dengan cara paling baik. Kadar kemiskinan luar bandar berlegar sekitar 59 peratus dan menurun secara berperingkat kepada 15 peratus pada 2002 dan seterusnya 12 peratus pada 2004 sehingga menjadi 7.1 peratus pada dua tahun lepas. Nak baca detail klik sini.
Dalam Malaysia, negeri yang paling miskin sekali ialah Kelantan. Jangan dok tipu rakyat la kata. Kelantan miskin sebab tak dapat royalti minyak. Negeri lain banyak takdak minyak, kenapa negeri lain boleh hidup? Bantuan dari kerajaan pusat? Berapa sangat kerajaan Pusat nak bagi. Nampak sangat pemimpin Pas taktau cara nak mentadbir negeri. Macam ni nak mentadbir negara? Pakai lingkup la.
Kalau nak banding Kelantan dengan Perlis, kecil lagi Perlis, tapi kadar kemiskinan Perlis tak teruk macam Kelantan. Perlis ekonomi pun perlahan cuma pemimpin pandai kawal dan cari projek luar bawa masuk. Kempen pelancongan Perlis berjalan lancar. Macam tu la jaga negeri. Harap pemimpin Pas, pandai cakap je, kerja haram tak buat. Korang belasah duit kerajaan negeri sampai tak ingat, macam mana negeri nak maju.
MctHeory:
Salah sikit tunjuk UMNO. Terhantok sikit, salah UMNO. Kalau Pok Nik kena buarsir, takkan nak salah UMNO jugak kot?
Isnin, 4 Januari 2010
ISU: Rogol Kelantan Meningkat! Apa N.Ajiz dah Buat?

Aku tengah merayau-rayau menjelajah mencari bahan kerja aku, aku terbaca berita dari bernama, bahawa jenayah rogal makin meningkat di Kelantan.
baru semalam aku bertekak dengan sorang mamat Kelantan, dia mengatakan Kelantan tadbiran Islam paling baik di Malaysia. Masjid-masjid di Kelantan semuanya penuh bila tiba waktu.
Boleh dikatakan semuanya sempurnalah Islam di Kelantan ni. Dia kata la, bukan aku kata. Aku pun bidas dia balik mengenai orang-orang muda Kelantan yang berhijrah ke sini dan memenuhi ruang di disko dan pub tak kurang juga di dalam lokap.
Dalam segi ekonomi pun Kelantan memang yang termundur sekali, sebab tu ramai anak mudanya berhijrah pegi tempat lain. Dekat Penang, bersepah minah-minah kilang dan mat-mat kilang semuanya budak Kelantan.
Bab sembahyang memang bagus, tak tinggal. Tapi bab hu ha (bab jahat) lagi bagus, tak payah ajak, serbu selalu. Tambahan bab tina (perempuan) lagi la diorang terer.
Macam mana la nak kata orang Kelantan ni bagus. Memangla tak semua macam tu, tapi kebanyakkannya memang macam tu. Tak percaya cuba baca berita kat bawah ni.
Kes Rogol Meningkat Di Kelantan!
Kes jenayah rogol di Kelantan khususnya membabitkan golongan kanak-kanak bawah umur semakin membimbangkan apabila negeri itu mencatatkan peningkatan 25 peratus atau 313 kes tahun lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata 60 peratus daripada jumlah kes rogol dilaporkan sepanjang tahun lepas di negeri itu membabitkan mangsa berumur bawah 16 tahun.
"Sebanyak 23 kes rogol membabitkan mangsa bawah 12 tahun, 165 kes (umur 13 hingga 16 tahun) dan125 kes melibatkan mangsa 16 tahun ke atas," katanya kepada pemberita pada perjumpaan khas dengan wartawan Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di Kota Bharu semalam.
Katanya, jajahan Kota Bharu mencatatkan jumlah kes rogol paling tinggi, diikuti jajahan Pasir Mas dan Pasir Puteh.
Melalui hasil kajian, Abdul Rahim berkata polis mendapati kejadian kes rogol berlaku disebabkan pergaulan bebas dan faktor suka sama suka. - Bernama
Disitu kita dah nampak betapa Kelantan dah makin teruk. Kita harap pentadbir Pas Kelantan beri perhatian khusus kepada masalah ini. Asyik dok politik, sampai negeri huru hara. Jangan kejadian bawa lari anak dara orang berulang lagi sudah le ye. Buat malu kaum la.
N.ajis jangan la dok sebuk sangat dengan menantu tu. Tengok sama pentadbiran negeri. Jangan harap orang je. Kalau dah taknak merintah lagi, letak je jawatan, bagi orang lain pegang kan senang.
MctHeory: Negeri Serambi Mekah ke, Serabut bersepah? Doakan bukan-bukan, sendiri yang kena tekan. hehe. .
Isnin, 28 Disember 2009
BERITA: POLITIK KELANTAN HURU-HARA!

Akhirnya Politik di Kelantan bergolak lagi, kerajaanPas N.ajis telah menunjukkan wajah sebenarnya, n.ajis lebih mementingkan kekayaan keluarga dari kestabilan politik dan kerajaan di Kelantan.
Berita terbaru yang diterima ialah mengenai penguguran dua setiausaha menteri besar n.ajis. Menantu N.ajis Ariffahmi (CEO PMBK) telah mengunakan kuasanya dengan mengantikan kedua-dua setiausaha terbabit dengan ahli keluarga mereka yang terdekat.
Semalam Husam, anak didik n.ajis, didalam blognya membayangkan betapa pentingnya kekeluargaan dijauhkan dari pentadbiran kerajaan, walaupun tidak dinyatakan secara terus, cara penulisannya seperti merujuk kepada pentadbiran Kelantan yang lebih kepada kekeluargaan atau dalam bahasa sebenarnya KRONI! yang selalu Pas tujukan kepada UMNO.
Pentadbiran Pas di Kelantan seperti sampai kepenghujungnya, apabila pertikaian diantara exco-exco dan pemimpin Pas yang lain, masalah peribadi Dr. Rosli juga telah mengegarkan pentadbiran Pas Kelantan. Nik Amalina pula selalu campur tangan dengan menyalahkan pemimpin-pemimpin Pas yang lain, sambil membela suaminya yang juga menantu kesayangan n.ajis.
Nampaknya Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sudah menjadi pentadbiran kekeluargaan, 'family bussines'. Ariffahmi yang dipaksa letak jawatan nampak seperti lebih kepada menguatkan lagi kuasa pentadbirannya.
Sebelum ini Ariffahmi didesak oleh pemimpin-pemimpin Pas yang lain, supaya meletakan jawatannya (CEO PMBK) dengan segera, bagi mengelakkan cakap-cakap belakang dan kritikan keatas pentadbiran n.ajis.
Ariffahmi memberi masa selama tiga bulan sebelum meletakan jawatan secara berperingkat. Namun sekarang, kelihatan Ariffahmi seperti mencantas pihak-pihak yang dianggap penentangnya dalam PMBK dan mengantikan dengan kroni-kroni terdekat. Ikuti berita terbaru selepas ini!
MctHeory: Puhh. . panas-panas. . best betul mengikuti cerita drama di Kelantan ni. Mengikut orang dalam di PMBK, hari ni banyak lagi kejadian akan berlaku dan kemungkinannya pihak-pihak atasan Pakatan Rakyat akan turun meredakan keadaan jika keadaan bertambah teruk.
Isu kroni dan rasuah sudah mewarnai pentadbiran Pas di Kelantan dan juga negeri lain. Dahulunya isu-isu ini selalu ditujukan kepada UMNO dan pentadbiran Kerajaan Pusat. Lupakan Pas kepada kejatuhan Pak Lah (BN) disebabkan campur tangan keluarga dalam kerajaan? Ini menunjukan, Pas Kelantan dan tinggal nyawa-nyawa ikan.
aminn. .
Langgan:
Catatan (Atom)

















