Sponsor

Memaparkan catatan dengan label pas masuk umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pas masuk umno. Papar semua catatan

Khamis, 16 Mac 2017

Benarkah Pas gunakan politik lembut dengan perompak negara atau hanya satu lakonan?


Kata-kata Hadi dalam satu ucapan beliau, meminta pembahagian kerusi diantara Pas dan Umno.

"Sebab itu bagi Terengganu, bagi Kelantan, bagi Kedah, bagi Perak, bagi Selangor biar PAS memimpin. Negeri lain umno nak lagi bagi ke dia. Kalau boleh nak perintah habis, nak telan habis. Tapi mulut kita luas mana nak telan habis?

Kita kena ukur dengan saiz kita sendiri. Kita memerlukan satu kerjasama untuk mengekalkan kuasa politik Islam. Ini sangat penting. Kita kena sedar. Ini budaya politik matang dan sejahtera yang kita lakukan pada hari ini.

Orang umno pun selesa. Mereka pun tak mahu tegang, tak mahu berbalah lama. Tak mahu keras. Lembut. Lembut inilah kita boleh berdialog. Kita boleh berbincang untuk mencari mana benar, mana salah. Kalau silap kena perbetul.." ~ Presiden Pas (sumber video: https://youtu.be/ncVqY57a3hs)

Apa maksud Hadi Awang?

Hadi kata bagi pada Pas, negeri Kedah, Kelantan, Perak, Terengganu dan Selangor untuk diperintah, negeri lain diserahkan pada Umno. Kalau ikut Pas nak semua, tapi tak berkemampuan.

Katanya lagi,

Kita kena ukur dengan saiz kita sendiri. Kita memerlukan satu kerjasama untuk mengekalkan kuasa politik Islam. Ini sangat penting. Kita kena sedar. Ini budaya politik matang dan sejahtera yang kita lakukan pada hari ini. (Apakah umat Islam dibenarkan merompak asalkan dimulut kononnya membela agama dan bangsa?)

Dalam para akhir ni Hadi bercakap soal hubungan dengan Umno. Katanya mahu politik secara lembut, tak mahu kasar, baru boleh bincang, baru boleh tegur kesalahan Umno. (Negara sedang dirompak, kita masih menegur dengan cara lembut? Umpama, perompak masuk rumah kita, kita pula jemput perompak duduk, jamu air dan minta dia keluar dengan cara baik. Waraskah?)

Agak pelik pendekatan Pas terhadap Umno kali ni. Jika Pas mahu bersahabat, carilah parti yang bersih, yang benar-benar mahu menjaga Agama, Bangsa dan Tanahair. Bukan parti yang menindas rakyat dan merompak hasil negara.

Jika benar pemimpin Umno tu Islam, takkan ajaran Islam mengajar pemimpin menindas rakyat, melakukan kemungkaran seperti rasuah, seleweng dan menekan rakyat dengan cukai seperti GST?

Ketika rakyat ditekan dengan kelembapan ekonomi, kejatuhan matawang, harga keperluan asas meningkat, petrol naik, subsidi dipotong, kemiskinan bertambah, tanah air dijual dan kadar hutang negara hampir mencecah ke siling. Apakah kita masih lagi boleh duduk berbincang dengan mereka yang sedang merosakkan negara?

Hanya mereka yang sedang bersenang lenang, makna kata berWang saja tidak merasakan keperitan itu.

Parti Pas tak rasa kesusahan rakyat Malaysia ke? Atau memang sedang bersenang lenang sekarang ni?

Serangan Pas terhadap Umno kini, umpama perlawanan gusti WWE yang sudah ditentukan siapa pemenangnya. Nampak gempak, tapi hanya lakonan semata-mata!

#PasKawanUmno

Isnin, 30 Januari 2017

Asmaradana Umno dan Pas?



SAYA adalah antara ramai wartawan yang hadir di perhimpunan di Kuala Lumpur, kalau tidak silap pada 13 Disember 1977, apabila Allahyarham Tun Hussein Onn mengumumkan pemecatan Parti Islam SeMalaysia (PAS) daripada Barisan Nasional (BN).

Dan saya juga hadir membuat liputan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Kelantan, Allahyarham (Datuk) Mohamad Nasir, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Baru bulan sebelumnya.

Mohamad Nasir seorang pemimpin popular PAS yang disayangi Umno tetapi dibenci oleh partinya sendiri. Dia dianggap terlalu rapat dengan Umno sehingga membelakangi partinya sendiri.

Dalam undi tidak percaya itu, kesemua 20 Adun PAS menentang beliau manakala kesemua 13 Umno dan seorang MCA menyokong beliau.

Mohamad Nasir disokong Umno ditolak PAS


Kerajaan pusat menggunakan tunjuk perasaan di Kota Baru dalam bulan November bagi mengisytiharkan darurat yang sekali gus menendang keluar kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

Darurat diisytiharkan pada 8 November 1977.

Apabila darurat ditarik balik dan pilihan raya negeri diadakan pada tahun 1978, PAS kalah teruk dan BN di bawah kelolaan Tengku Razaleigh Hamzah mengambil alih.

Dalam bahasa yang mudah, PAS kena main dengan Umno selepas kematian Abdul Razak.

Pada mulanya PAS menyertai kerajaan campuran pimpinan Perikatan atas inisiatif Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada tahun 1972. Perikatan bertukar menjadi BN pada tahun berikutnya.


Hussein Tendang PAS

Tidak seperti birasnya Abdul Razak, Hussein bukanlah pemimpin popular dan disegani. Beliau menjadi Perdana Menteri secara kebetulan akibat kematian Timbalan Perdana Menteri waktu itu, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Beliau kurang sabar dengan tindak-tanduk politik PAS dan kalah kepada Presiden PAS waktu itu, Allahyarham (Tan Sri) Mohamad Asri Muda di segi kewibawaan dan karisme.


Tun Abdul Razak (kiri) percaya kepada Asri (kanan)

Alasan tersurat penyingkiran PAS daripada BN ialah ia telah mengkhianati kerjasama dengan BN, khususnya Umno. PAS pula membantah perisytiharan darurat di Kelantan.

Tetapi sebab tersirat ialah Umno berasa terancam dengan perluasan pengaruh PAS, khususnya ke rancangan-rancangan tanah Felda.

Abdul Razak, arkitek BN, begitu ikhlas dalam kerjasama dengan PAS bagi memperkukuhkan perpaduan Melayu-Islam sehingga sanggup memberi jawatan penting Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah kepada Asri.

Pelantikan itu tidak disukai oleh ramai pemimpin Umno kerana ia memberi peluang kepada Asri mendekati peneroka Felda yang terletak di bawah kementerian tersebut. PAS secara agresif membuka cabang dan ranting di rancangan Felda.

(Allahyarham ayah saya, walaupun penyokong tegar Umno, menjadi kawan baik Ahli Parlimen PAS bagi Kota Setar Selatan, Allahyarham (Datuk) Abu Bakar Omar. Abu Bakar dilantik Timbalan Menteri Kesihatan dan ayah kerap mengunjungi beliau di Kuala Lumpur.)

Tetapi bukan semua orang Umno dan PAS muhibah macam itu. Majoriti di kedua-dua belah pihak saling tidak percaya mempercayai dan ramai pemimpin Umno marah apabila tempat mereka dalam Parlimen, Kabinet dan Exco negeri diisi oleh wakil PAS.

Hal ini pasti berulang jika PAS bergabung dengan Umno dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Soal di mana Umno dan PAS bertanding akan menjadi masalah besar, khususnya di kalangan panglima-panglima perang Umno (warlords), yang menjadi kaya raya kerana pilihan raya.

Ahli dan penyokong akar umbi kedua-dua buah parti tentu mendapati sukar untuk menjalin muhibah apatah lagi saling sokong-menyokong setelah bermusuhan sekian lama atas dasar bahawa Umno adalah kafir mengikut “fatwa” Presiden Pas (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang sendiri.


Panduan Sejarah

Selepas kematian Abdul Razak pada 14 Januari 1976, golongan anti-PAS dalam Umno dan “old guards” yang benci kepada “Young Turks” dalam pentadbiran Abdul Razak telah memaksa Hussein untuk bertindak.

Hussein tidak berdaya melawan kehendak mereka. Antara anggota kumpulan ini adalah “Singa Umno” Allahyarham Syed Jaafar Albar dan penyokong-penyokong Allahyarham (Datuk) Harun Idris yang dipenjarakan.

Hussein yang tidak berkongsi idea revolusioner Abdul Razak telah melakukan tiga tindakan radikal. Pertama menahan beberapa orang “young Turks” serta anggota kabinet dapur Abdul Razak di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), memenjarakan Harun atas tuduhan rasuah dan menendang keluar PAS.

PAS menjadi begitu terdesak setelah ditendang keluar sehingga sanggup berjinak-jinak dengan DAP dalam PRU 1978. Itu pun PAS hanya menang lima daripada 87 kerusi parlimen dan sembilan kerusi DUN daripada 203 yang ditandinginya manakala DAP menang 15 kerusi Parlimen dan 25 kerusi DUN.


Natijahnya kerjasama dengan Umno memakan diri bagi PAS.


Tetapi mungkin ramai pemimpin, ahli dan penyokong PAS hari ini tidak sedar sejarah hitam ia dijadikan mangsa oleh Umno antara tahun 1972 dan 1977. Umno hampir-hampir berjaya menghancurkan PAS.

Persoalannya, kalau Asri yang cukup berpengaruh dan pintar berpolitik itu pun masih boleh dipermainkan oleh Umno, adakah kepemimpinan PAS yang ada hari boleh mengelakkan PAS daripada sekali lagi dijadikan ulam oleh warlords Umno?

Kalau Abdul Razak berjaya memikat hati PAS dengan idealisme perpaduan Melayu-Islam, apakah landasan yang akan digunakan oleh Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Mohd Najib Abdul Razak dalam impiannya berkongsi ranjang dengan Abdul Hadi?


Najib (kanan) ibarat dua sejoli dengan Abdul Hadi (kanan)

Adakah beliau juga akan menggunakan jargon perpaduan Melayu-Islam sebagai pemikat hati atau beliau akan (atau telah) menggunakan kaedah yang lebih praktikal iaitu “cash is king”?

(Sarawak Report telah menuduh PAS menerima RM90 juta daripada Mohd Najib. PAS berang dan ancam saman SR tetapi sampai hari ini belum berbuat demikian. Minta maaflah kalau dah saman!)

Atau adakah kita sedang melihat godaan berahi Umno ke atas para agamawan PAS setelah parti itu menendang keluar golongan bukan ulama dalam muktamar 2015?

Mungkin Umno berasa lebih mudah menggoda iman politik golongan agama yang hari ini memonopoli kepemimpinan PAS daripada zaman PAS mempunyai ramai pemimpin bukan ulama.

Apatah lagi Umno dan PAS sekarang sudah menjadi burung sebulu yang perlu bersatu – Umno diasak oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia manakala PAS oleh Parti Amanah Negara.

Umno tahu PAS terdesak untuk mempertahankan Kelantan dan PAS tahu Umno terdesak untuk mempertahankan Parlimen. Jadi tidak hairan kalau mereka rujuk semula secara Cina buta.


Wallahuaklam.

Sumber Kadir Jasin

Jumaat, 13 April 2012

GEMPAR!! Pesanan Ahli Pas kepada Ahli Pas yang lain!! #saveKedah


Individu diatas sedang berbual mengenai siapa? Siapa mereka tu? YB mana yang tak bertanggung jawab dan tidak pedulikan kawasannya?